Salam Rindu....
Assalamualaikum...
Akhirnya....Syukur Alhamdulillah...Maklang dan keluarga telah selamat sampai ke rumah dalam jam 4:00 ptg semalam. Letihnya..... Perjalanan mengambil 1.5 jam. Terus dari hospital ke rumah. Cik Abang meneruskan perjalanan tanpa henti sebab telah mendapat kebenaran dari Dr. sekiranya tak rasa penat, boleh meneruskan aje perjalanan. Lagi cepat sampai, lagi cepat maklang dapat berbaring kat atas katil di rumah.
Tapi sebelum kami dapat merehatkan diri di rumah, Cik Abang terpaksa bergegas untuk nak memperbaharui road tax kereta merah kami. Dah seminggu tersadai. Tuannya tersadai kat spital, kereta pulak tersadai kat rumah. Mana tidaknya Log Book kereta kat Kerteh, so kena tunggu balik Kerteh baru dapat kami renew road tax tu. Nasib baiklah sempat. PO tutup 4:30pm dan kami tiba kat PO pukul 4:10pm. Sebab nak renew cepat2 ialah supaya kalau Atok nak bawak kereta ke KT untuk nak attend wedding anak2 Wan Pari, bolehlah Atok drive kereta yang agak besar sedikit. Senang nak hangkut anak2 maklang. Yang pastinya, maklang dan Cik Abang memang tak pergi. Bukan tak mahu, tapi keadaan maklang yang tak mengizinkan. Duduk rehat ajelah kat rumah ni...
Lewat petang semalam, kami menerima tetamu dari Kota Singa...Puan Adah bersama suami. Alhamdulillah rumah kami di temui, walaupun perbualan terpaksa di potong sebab bateri telepon maklang flat! Lama jugak bersembang. Dr. Adah siap bawakkan lemang beserta satah. Sedap jugak satah tu tapi maklang tak berani nak makan banyak2. Dr. Adah jugak ada memberitahu yang sepupu dia pernah mengalami apa yang baru maklang lalui ini. Dia kata kena banyak rehat. Memang itu yang maklang intend to do...Almaklum, maklang nak fully recover dulu sebelum nak balik ke office. Setakat buat2 bunga ni yang tak mengstresskan ni, bolehlah buat sikit2.
Pengalaman 2 minggu yang maklang lalui sedikit sebanyak mendekatkan lagi maklang pada Yang Esa. Memang waktu itu maklang berserah 100% atas apa yang berlaku. Berkat doa semua yang tersayang, Alhamdulillah segala gundah gulana dan resah gelisah seakan diangkat dari hati maklang. Tiba2 sahaja, 2 hari sebelum pembedahan dijalankan, hilang segala perasaan yang tidah menentu. Hilang segala ketakutan untuk menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah pembedahan telah dilalui dengan hati yang penuh redha...Syukur sangat maklang rasa kerana diberi perasaan yang begitu. Ya Allah...kau Maha Besar dan Maha Kaya...betapa hambaMu ini bersyukur kerana telah mengkabulkan permintaan hambaMu ini...Moga2 keadaan Maklang bertambah pulih hendakNya...Amin....
Kat sini, maklang tempekkan gambar2 sekitar 'perctian' di Kuantan...
sejambak bunga buat penenang hati yang gundah gulana dari suami tercinta...( rela dalam paksa belikan ni sebab dapat 50% off sempena besday maklang....terimakaseh suami ku tercinta....)
sempat jugak maklang buat ni untuk nak hilangkan keboringan dan susah hati masa menunggu hari pembedahan...
siap jugak lagi 2 jahitan ni...
sekitar makan di ANA apaentah di tg. lumpur...
ini ikan yg dimaksudkan
adek2 dr dept. maklang datang pada hari ahad lepas op. Shah yg ambikkan gambarnya...
sempat jugak paklang framekan jahitan maklang, buat kenangan untuk dr. yg merawat maklang...
Bujang makan nasi lemak sebelum pulang tengahari semlam....seluar tu dar aunty Elle.
adek2 dari Kuantan office tiba just before kami keluar nak balik...
Dr Adah dan suami di 'ruang tamu' tingkat atas. Maklang tak turun ke bawah ler..tetamu pulak naik ke atas..
P/S:
Hari ini ada tetamu akan tiba kat rumah kami. Adek kepada Arwah MIL. Nak buat macamana, cooknya dah tak boleh nak buat apa. Tapi Inysaallah ada askar wataniah yang boleh menolong....
Labels: Life