Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, May 28, 2008

Legaa part 2

Ni Pak Lang tulis lagi dari bilik 227. Nanti bila Mak Lang dah sihat, dia sambung lah entry dia ni.

Hari ni Hari Rabu. Mak Lang bangun pagi dan boleh mandi bersiram. Pak Lang tolong tampalkan plastik kat dressing operation dia, jadi tak basahlah kat situ.

Mak Lang boleh bangun sendiri dari atas katil dan boleh duduk kat kerusi semua. Cuma jalan aje yang slow sikit. Kalau nak duduk kat kamar kecil tu kena paut kat Pak Lang lah, takut terhempas punggung kat seat tu kan.

Kak Long dan Angah semalam tidur di hospital, sebab Pak Lang malas nak hantar kebilik dia orang. Penat nya kehulu-kehilir, mengendalikan anak-anak ni. Nasib baik ada Mak Long tolong. Mak Long tidur di bilik anak-anak sama anak bongsunya, Najib. Dapatlah Hakim main dengan sepupunya. Swimming aje lepas breakfast sampai lunch time.

Bila Dr masuk dan periksa, dia kata Mak Lang boleh balik besok. Jadi, BESOK, hari Khamis kami check out lah dari hospital ni. Mungkin bil dia dan gedebak-gedebuk nya siap dalam pukul 1:00 pm lah. Lepas tu bertolak balik Kertih.

Mak Lang dah organizekan semua kawan-kawan dia yang datang, bawa balik barang-barang kami dari hospital ni. Bunga besar yang Mak Lang beli kat S$F sebelum operation tu dan beg yang ada banyak baju kotor tu pun dah dibawa balik.

Pak Lang pagi tadi pergi cari HOT/COLD pack, bengkung dan tongkat untuk dalam tandas nanti. Tongkat ni yang Mak Lang boleh paut masa nak duduk dalam kamar kecil nanti. Kalau tak ada orang nanti macamana nak duduk.

Lepas tu Pak Lang belilah ubat-ubat supplement macam evening primrose (3 botol) dan fish oil (3 botol) kat farmasi sebelah kedai equipment tu.

Ni tengah kemas-kemas sikit lagi untuk dipack besok. Maklumlah dah 2 minggu kat sini, macam bilik sendiri pulak dengan baju-baju, selimut sendiri ada 4 helai, tikat, comforter dan bantal-bantal sendiri. Itulah kelegaan hari ni. Tak sabar nak balik rumah tengok kolam yang Sham buat tu, dah nak siap dah. Ah Bong nak buat wiring untuk aircond dan pump air besok pagi. Minggu depan Pak Lang dah kerja balik. Sekian aje untuk kali ni, hingga berjumpa lagi.


PAKLANG

11 Comments:

At May 29, 2008 at 5:07 AM, Anonymous Anonymous said...

baguslah maklang boleh balik, lagi selesa duduk rumahkan. nanti tak boleh lah lagi nak baca update paklang yang selamba jer tu.

paklang kena buka blog sendiri tau..

yang syok hakimlah ya..mandi2an di pool.

take care maklang!

 
At May 29, 2008 at 8:27 AM, Blogger IKHWANI said...

Alhamdulillah, Hari ni dah boleh balik. Apa-apapun kat rumah jugak yang selesa kan?

Baguslah Pak Lang dah beli all the supplements. Mak Lang jangan tuang makan ubat tau!

Okay, take care and SELAMAT PULANG KE RUMAH!! boleh plan nak mencantikkan kolam :)

 
At May 29, 2008 at 9:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Alhamdulillah maklang dah bolih pulang dan tido di katil sendiri yg bertilam baru tu..paklang mesti legakan kan kan?

Baik2 bila naik tangga ye maklang kat rumah nak kebilik beradu tu ..go slow..slow

Dan untuk paklang yg banyak peminat ni thank you very much for the good write and updates on maklang's progress .. tapi jgn bersara ye maybe teratak ni bolih di kongsi bersama .... hehehe

 
At May 29, 2008 at 9:16 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, semua akan kembali normal bila mak lang balik rumah nanti coz bila duduk kat sepital lama lama pun stress juga mcm mana nak baik cepat. tru akak punya pengalaman 1996 buat open heart surgery, bertambah sihat bila semua yg tersayang ada dekat kita smuga cepat proses penyembuhan nya tak lupa pesan org ramai waktu akak dalam proses penyembuhan tu makan ikan haruan banyak banyak utk luka dalaman, telan je lah walau tak suka org dah tolong cari dan masakkan dah cukup baik utk kita

 
At May 29, 2008 at 10:24 AM, Blogger Nik Farizah said...

alhamdulillah..saya mengikuti setiap perkembangan diiringi doa agar mak lang cepat sembuh dan kembali ke dunia blogging secepat mungkin. Tahniah juga utk Pak Lang yg setia menemani Mak Lang ketika susah & senang....

 
At May 29, 2008 at 10:41 AM, Blogger OOD said...

alhamdulillah....

 
At May 29, 2008 at 1:00 PM, Blogger Neeza Shahril said...

dah nak keluar wad rupanya Mak Lang. elok2 jalan balik kerteh ye maklang.. minta paklang bawak kereta slow2 aje..
sampai rumah nanti, banyakkan berehat. masak2, biar bibik aje lah dulu...
semoga maklang cepat sembuh...

 
At May 29, 2008 at 5:41 PM, Blogger Mulan said...

alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segalanya.. moga maklang cepat bangkit segar & aktif semula.. nanti kita jumpa ya..

 
At May 29, 2008 at 10:05 PM, Anonymous Anonymous said...

Di doakan semoga cepat sembuh.
Take care.

Luv, K. Wynn & K. Normah & Anne

 
At May 29, 2008 at 11:21 PM, Blogger maklang said...

Terima kasih to semua kawan-kawan Mak Lang (jadi kawan Pak Lang lah juga ye) yang mendoakan dan yang bagi good wishes.

Ummi365,
Pak Lang tulis ni hikut hangin. Waktu ni rajin lah, lain kali tak tahu lagi.

Ondeonde,
Supplement tu separuh aje untuk Mak Lang, separuh lagi untuk Pak Lang lah, biar sihat dan kuat.

Kak Elle,
Lega dapat tidur atas tilam sendiri. Tadi lepas balik aje terus berdengkur dengan mulut ternganga, kata Mak Lang.

Eid63,
Terima kasih for sharing the pengalaman. Open heart surgery lagi serius operation nya.

Nikfarizah,
Terima kasih kerana menziarahi blog Mak Lang. Menemani Mak Lang ni memang hobi Pak Lang, dapat lah himpit-himpit sikit, cozy.

Ood,
Pak Lang pun alhamdulillah juga.

Neeza,
Pak Lang memang selalu coba bawa kereta slow. Mak Lang berehat diatas rumah aje. Kalau ada tetamu yang nak jumpa Mak Lang, semua naik atas lah.

Mulan,
Terima kasih for the doa,

KWynn,KNorman & Anne,
Thanks for the doa.

Ni dari bilik Pak Lang kat rumah Kertih.

 
At May 30, 2008 at 9:16 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

salam...semoga mak lang akan terus kuat dan semangat tuk sihat seperi sediakala...doa kami x kan putus tuk maklang!u can do maklang...

 

Post a Comment

<< Home