Pindah bilik 227
Ni Pak Lang yang tulis di luar bilik 227. Ni pantun 4 kerat, pembuka kata entry kali ni....
Pahit manis gelak ketawa,
Berat badan pun sama besar
Sama stail sehati sejiwa,
16 tahun kahwin, anak pun dah besar
Semalam, finally dapat bilik yang Mak Lang suka iaitu 227. Bilik ni ada "banyak" (relatively lah) built in cabinet as compared to the other rooms. Jadi barang-barang dalam bilik tu tak lah bersepah aje, dan men-serabut-kan fikiran. Mak Lang ni pengemas orang nya. Dalam sakit-sakit tu pun bilik nak di pandang kemas.
Pak Lang pagi semalam, tak ada baju bersih. Anak Pak Lang yang sulong (Along) dah bawakkan 5 set, tapi tinggal kat bilik dia di Vistana. Pak Lang pulak semalam bangun agak lambat. Angah pun semalam tidur di hospital ni, sebelah Pak Lang. Dia pun tak ada baju bersih, sebab semua bajunya dalam beg kat bilik dia.
Sebabkan baju tak ada, mandi pun lambat. Dr pulak semalam masuk bilik awal. Pak Lang pun terpaksalah BUAT muka segar, tapi dengan gigi tak gosok, muka tak cuci, rambut tak sikat. Tapi bila discuss dengan Dr tu Pak Lang buat muka sardin aje. SARDIN SEGAR lah. Tak boleh cakap sebab nafas ada sikit bau. Malu nya Pak Lang kat Dr. Orang sakit lagi dah di lap, orang yang jaga orang sakit masih belum mandi.
Nasib baik tempat tidur yang atas lantai tu dah dikemaskan. Pak Lang tidur atas lantai, dialas dengan tikar plastic, lepas tu tikar mengkuang (yang beli kat Alor Star 2 tahun dulu), lepas tu lapik lagi dengan 2 comforter Ereen punya(adik maklang, sorrylah ereen, Mak Long tak pulangkan lagi, Pak Lang melaramkan lah), lepas tu baru comforter Maklang. Tiap-tiap malam macam tu. Bantal 3 biji dari rumah punya. Mana lah tak semak kalau tak disimpan dalam cabinet.
Lepas Dr keluar, Pak Lang pun mandilah, tapi lepas tu pakai baju semalamnya. Angah tak mandi dan tak gosok gigi, sebab baju dan berus giginya tak ada. Dan dia pun nak mandi kat hotel. Talipon Kak Long tu, minta dia asingkan baju paklang yang 5 set tu dari dalam beg tu supaya Pak Lang boleh bawa kat hospital. Kak Long ni memang lah anak yang rajin, nak-nak hal computer dan masak-masak. Kalau hal kemas, ada sikit kureng rajin. Dia bagitahu breakfast kat Vistana tu tak sedap langsung, tapi makan juga.
Jam 10:00 am Pak Lang dan Angah pun naik kereta pergi beli roti canai 10 keping untuk anak-anak tu dan bawalah kat bilik mereka. Hakim memang lah dari semalam nya nak mandi swimming pool. Kak Long dengan Aishah (anak sedara PakLang) mula-mulanya tak nak mandi, tapi lepas tu tak nak balik bilik pulak. Semuanya berenang kat swimming pool tu. Sampai jam 2 pm. Lapar, makan roti canai pagi tu lah.
Petang kami semua balik ke bilik Mak Lang, jadi riuh rendah lah. Fenin kepaka Mak Lang. Budak-budak lah katakan. Tapi bila missi kata bilik 227 tu dah boleh masuk, semuanya tolong angkatkan barang-barang pindah bilik. Tak jauh dalam 20 m aje. Pak Lang pun pasangkan lah ASTRO tu. Mak Lang memang bawa ASTRO dan decoder nya sekali dari rumah masa ambil baju tu, sebab kat hospital ni ASTRO nya limited channel.
Bila dah pasang ASTRO, dan dah kepas, semuanya melepak dibilik 227 ni. Hakim dengan MAYA mandi kat sini. Makan malam, Pak Lang order pizza hut aje. Sampai aje, berlesup-lesup terus habis 2 large pizza. Semuanya penat. Dalam lepak-lepak tu Kak Long tertidur, Angah tertidur, Maya tertidur, Hakim aje tak.
BIla dah malam sikit, Pak Lang pun hantar dia orang balik bilik merekan. Itulah kisah nya aktiviti hari Sabtu.
Pak Lang tulis ni waktu pagi, kat luar bilik 227 masa Mak Lang tengah berlap-lap oleh missi. Sekian saja, terima kasih.
23 Comments:
kalau dulu bak kata silversarina bilik VVIP ni kira bilik Royalty Suite ye paklang?
kesian mak fenin ngan gelagak anak2 ye?tapi penawar nya kan ada ... paklang lah....hahaha
kat bilik tu takbolih letak folded bed ke paklang?or those folded mattress?
Aduh, tak terliur ke Mak Lang tengok anak-anak makan pizza. Takpe Mak Lang, bila dah sihat nanti, Pak Lang belanja.. Cakap aje nak makan apa, Pak Lang belanja.
*Pepandai aje lah Cath ni... Kekekeke... Kang Mak Lang nak makan kat LoneStar Steakhouse kat USA nanti, ha jawab ko...*
Salam...
semoga maklang terhibur ngan keriuhan anak2 sebagai penghibur lara...
kkliza pun tersenyum simpul baca celoteh paklang...seronok seyyy..
kalau paklang buka blog mmg ada ramai nak baca ni...
kkliza doakan semoga maklang bertambah pulih dan gembira walaupun dalam wad...
Salam Pak Lang, tukar bilik pulak, rasanya bilik 223 pun ada besar & selesa, agaknya bilik 227 lagilah besar kot, memanglah walaupun kat hospital,nak juga duduk dlm keadaan yang selesa kan. Mak Lang dah boleh bangun ke, Semoga Mak Lang cepat sembuh. Ni taip N3 masa
kat ofis, sebelum nak balik keje , (Dari Pondok Al Imran)
Kak Elle,
Semua bilik tu sama besar tapi 227 ni ada banyak cabinet, jadi nampak kemas sikit.
Folded bed tak ada, tapi folded ticommut ada lah (tikar + comforter & selimut). He he.
Cat cat
Mak Lang tak terliur pulak tengok pizza. Dia terliur aje, sebab tak boleh gerak. Nanti kita belanja lah.
Kak Liza,
Memang betul tu dey, penglipur lara emak. Kalau tak ada, sedih. bila gaduh rasa semak.
Pondok Imran,
Sama aje besar nya bilik tu, cuma cantik sikit dengan cabinet built in. Sebab nak duduk sampai another 7 hari kan.
Kak Elle,
Semua bilik tu sama besar tapi 227 ni ada banyak cabinet, jadi nampak kemas sikit.
Folded bed tak ada, tapi folded ticommut ada lah (tikar + comforter & selimut). He he.
Cat cat
Mak Lang tak terliur pulak tengok pizza. Dia terliur aje, sebab tak boleh gerak. Nanti kita belanja lah.
Kak Liza,
Memang betul tu dey, penglipur lara emak. Kalau tak ada, sedih. bila gaduh rasa semak.
Pondok Imran,
Sama aje besar nya bilik tu, cuma cantik sikit dengan cabinet built in. Sebab nak duduk sampai another 7 hari kan.
memang betul la mak lang ni pengemas... rumah sendiri pun cantik dan kemas.. sampai taman pun kemas sangat.. bilik kat hospital pun kena kemas...
eeeee... malu lah neeza kalau mak lang datang rumah neeza... mesti serabut kepala tengok rumah sepah.. hehee..
ada hikmahnya maklang duduk sepital dlm waktu cuit sekolah ya, kalau idak, sunyi maklang tu...semuga maklang cepat sembuh dan happy.
Salam hormat. Minat membaca novel ALAF 21 ?
Jomlah join peraduan AKU dan BUKUKU.
Masih teringat sewaktu berada didalam wad .... satu ketika dahul ...
Hee hee, nak tergelak baca cara Pak Lang and Mak Lang buat hospital ni macam rumah lah pulak, siap dengan Astro! Tak apalah, jadikan bilik tu home away from home sementara Mak Lang recuperate. Hopefully Mak lang cepat sembuh.
p.s. Pak lang jangan lupa simpan berus gigi spare kat bilik 227 tu.
hehehehe..paklang bikin term baru ticcomut! hehehehe...kelakar betul rasanya..memang kalau paklang buka blog ramai yang baca..itulah agaknya maklang sentiasa terhibur - permaisura dia ni pandai menghibur :D
saya nak call tapi takut mengganggu sangat, mak lang dah boleh cakap thru phones tak?
memang betul bab2 semak ni! orang sakit lagi terasa sakit kalau bersepah-sepah!! Tak tahaannnnnn...
anak2 tu perlu ada - Alhamdulillah cuti sekolah ni kan?
okay pak lang dan mak lang, take care and hugs untuk mak lang nanti pak lang sampaikan pada mak lang ya? dengan action-action sekali! hehehehe...
sehati sejiwa maklang dan paklang...masa sakit atau sihat tetap bersama. alhamdullillah, maklang dah selamat dari operation. semoga sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat. hati yang terhibur dengan pelawat baik di alam realiti atau alam cyber ini - sedikit sebanyak semoga dapat menghibur hati maklang dan paklang.
ticomut ? hehehehe....di rumah pun saya selalu jugak guna ticomut tu....suka jer lepak di ruang tamu.
salam,
pakpayne
Mak Lang moga cepta sembuh dari azjie di Johor..
Hugs
Cayalah Pak Lang....sambil mendengar 'ulasan selari' dari pak lang tentang isteri tercinta...kita orang pun terhibur dengan gaya bahasa santai Pak Lang ni. Siap ngan perkataan baru lagik.
Semoga Mak Lang cepat sembuh...insyaallah dengan berkat doa dari kita semua yang sayang ngan Mak Lang.
percutian paling best sekali, pak lang pun kena layan mak lang mcm permaisuri lah ye... semuga cepat recover dari apa jua penyakit yang di tanggung selama ini amin.
Moga mak lang cepat sembuh...untung mak lang ada hasben yg supportive...
take care mak lang...get well soon..
barvo guets writer - sunguuh detail liputan anda :) sampai kan salam mama pada maklang. semoga dia cepat sembuh...nanti boleh lah merewang ke klcc bila mari kl ni nanti :)
tulisan paklang bertambah ceria..hehe ini petanda maklang semakin recover.. alhamdullilah.. duduk bilik yg lebih selesa.. nanti tak kisah ke kalau maklang nak extend dua tiga hari lagi hehe..
tapi jangan tak mandi selalu nanti dr masuk tutup mulut mcm dr gigi tu hehe
jangan mare paklang hehe
Didoakan semoga mak lang cepat sembuh.
semoga maklang cepat sembuh.
kesian Paklang kena tidur kat bawah je...jaga2 kesihatan jugak,ye...:)
Hi Kak Lina. This is Yeen. I hope you're feeling better now. Alhamdullillah, mudahan2an semuanya ok. Insyaallah, I will come and visit you again this weekend. Take care.
Salam mak lang, semoga mak lang cepat sembuh. Mak teh dah ada pengalaman jaga anak selepas operation last year. Lepas tu mak teh pula yang sakit! Harap pak lang jaga kesihatan ye.
Post a Comment
<< Home