Penantian telah berakhir..tulis sampai habis
Ni Pak Lang yang tulis lagi. Sambung cerita semalam hari Jumaat 23.5.08.
Semalam Mak Lang keluar dari ICU jam 11:00 am. Waktu tu tak boleh gerak-gerak sangat. Anak-anak ada dalam bilik 223 ni jadi riuh rendah lah waktu tu.
Ramai tetamu yang datang, kenalan dialam maya, kawan-kawan sepejabat Mak Lang, kawan-kawan sepejabat Pak Lang. Terima kasih lah semua yang menziarahi Mak Lang.
Tengahari tu lepas solat Jumaat, Pak Lang pun belilah makanan tengahari bawak kat bilik 223 ni untuk makan bersama. Mak Lang boleh minum air sikit-sikit aje.
Malam anak sedara Mak Lang yang sulong, tak boleh teman anak-anak Mak Lang kat Vistana sebab dia dah ada temu janji dengan kawan dia. Tapi ada anak sedara Mak Lang yang lagi satu, adik kepada yang sulong. Dia yang teman anak-anak Mak Lang tu Pak Lang dan anak-anak. Tapi yang best nya malam sebelumnya anak sedara Mak Lang ni tunjukkan Pak Lang kat mana makan ikan bakar sedap di Tanjung Lumpur.
Jadi malam tadi, Pak Lang, Pak Long dan anak-anak semua ke ANA IKAN BAKAR PETAI di Tanjung Lumpur. Sedap ikan bakar nya, sebab pakai macam sambal petai untuk bakar ikan. Pak Lang ambil ikan merah satu upon recommendation from the staff kat ANA. Biasanya ikan bakar ni kita ambil kerapu ke, siakap ke, tapi kali ni Pak Lang ambil ikan merah. Memang sedap sebab ikan fresh dan sauce nya yang special.
Selain dari Ikan Merah, Pak Lang ambil lala, kerang bakar, sotong celop tepung, cendawan goreng dan telur bistik. Gambar tu nanti anak Pak Lang yang sulong tu bubuhkan dalam blog ni lah. Banyak gambar yang diambil.
Nanti bila Mak dan Abah datang, mesti bawa ke ANA ikan bakar PETAI ni. Lepas makan, Pak Long hantar anak-anak ke Vistana, tapi Pak Lang gi GIANT sebab Mak Lang nak Croissant dia. Pak Lang pun belilah 2 tray ada dalam 10 biji.
Lepas tu Pak Lang pun siap-siap untuk tidur. Tu yang letih semalam tu nak tulis panjang-panjang. Maklumlah perut dah kenyang, mata dah mengantuk, comforter dah dibentang dalam bilik, apa lagi...tidurlah wahai permaisura ku kata Mak Lang.
Angah anak Pak Lang no 2 tu tak gi makan kat ANA sebab nak jaga mak dia. Jadi nanti kena bayar hutang lah pada dia, sebab tak makan ikan bakar.
24.5.08 Sabtu.
Pagi ni jam 8:00am, Mak Lang berlap-lap dibilik 223 aje. Missi tarik langsir, terus aje lap-lap badan Mak Lang, baru nampak sihat sikit.
Pak Lang belikan roti canai untuk anak-anak. Lepas tu dia orang 6 orang di swimming lah kat Vistana. Masa tulis ni belum lagi naik ke bilik. Petang nanti Along dah ajak gi Mall untuk dia beli barang-barang. Pak Lang kata nantilah hari Isnin, sebab hari ni ramainya orang.
Mak Lang tengahari ni nampak ceria lagi. Kak Elle dah talipon pagi tadi. Status ada dalam blog dia. Terima kasih kak elle for the hugs (untuk MAK LANG lah).
Sentuhan-sentuhan (hugs etc) ni masa helps in recovery.
Mak Lang Dr nasihatkan kena minum banyak air. Jangan tak minum, sebab air urin nya warna tua.
Tadi pun Dr dah buka tube yang keluarkan darah dari tempat operation tu, sebab dari semalam tak ada darah keluar. Pasang dressing baru kat tempat operation tu.
Sekarang ni Mak Lang tengah tidur, Pak Lang nak ambil budak-budak keluar makan. Nanti Pak Lang sambung cerita lagi.
Habis lah hutang Pak Lang untuk update blog untuk hari semalam dan hari ni ye. Nanti kita cerita lagi.
Pak Lang dari bilik 223
8 Comments:
Rasa seronok baca cerita Pak Lang pasal makan2 kat ANA seafood tu... tapi, sedih juga sebab Mak Lang tak dapat join sama...
semoga Mak Lang cepat sembuh.. lepas ni Pak Lang kena bawa Mak Lang pulaaaaaa... hehehee...
Saya nak join mkn sea food lah paklang....jom kita pergi lagi...eh tapi mcm mana ye saya di-sini mereka di-sana....hehhe
Thanks for the details update Paklang. Hopefully anak-anak tu tak risau sgt bila ada xtvt. Baik hati Angah korbankan ikan bakar sbb jaga mak. Speedy recovery, ya maklang. CikMilah doakan dari jauh.
paklang..
bila maklang dah ok nanti boleh bawa maklang makan seafood tu sekali hehe inshaAllah balik dari kelantan/trengganu nanti kami singgah ziarah maklang dan paklang....
Kelakar sangat Pak Lang ni... Kalau Pak Lang buka blog, memang ramai peminat rasanya... Cam Mak Lang juga, peminat bertimbun... What a great couple...
Shahmey,
Makan-makan ni untuk anak-anak kira macam holiday jugalah.
Kak Elle,
ANA Ikan bakar petai ni memanglah sedap. Mak Lang dan Pak Lang tak makan petai as ulam, dan tak berapa minat pun petai, tapi, this is different dan sedap.
Cik Milla,
Sekarang ni cuti sekolah. Kiranya jalan-jalan cari makan untuk budak-budak lah. Terima kasih for all the doa.
zino,
OK nanti boleh bawa. Jemput lah ke teratak maklang on the way tu.
Cat cat,
Thanks for the complement. Tulis sikit sikit ni boleh lah, as guest, sebab ADA HANGIN nak tulis.
paklang..
hari operation tu zino ada hantar spy.. dia kata tengok maklang dari jauh je masa tu masih dalam ICU..
zino wakilkan anak angkat yg stya kat kuantan .. tak tak la kalau paklang parasan pengunjung mistri datang hari tu ..hehe
Post a Comment
<< Home