Salam Rindu....
Assalamualaikum...
Akhirnya....Syukur Alhamdulillah...Maklang dan keluarga telah selamat sampai ke rumah dalam jam 4:00 ptg semalam. Letihnya..... Perjalanan mengambil 1.5 jam. Terus dari hospital ke rumah. Cik Abang meneruskan perjalanan tanpa henti sebab telah mendapat kebenaran dari Dr. sekiranya tak rasa penat, boleh meneruskan aje perjalanan. Lagi cepat sampai, lagi cepat maklang dapat berbaring kat atas katil di rumah.
Tapi sebelum kami dapat merehatkan diri di rumah, Cik Abang terpaksa bergegas untuk nak memperbaharui road tax kereta merah kami. Dah seminggu tersadai. Tuannya tersadai kat spital, kereta pulak tersadai kat rumah. Mana tidaknya Log Book kereta kat Kerteh, so kena tunggu balik Kerteh baru dapat kami renew road tax tu. Nasib baiklah sempat. PO tutup 4:30pm dan kami tiba kat PO pukul 4:10pm. Sebab nak renew cepat2 ialah supaya kalau Atok nak bawak kereta ke KT untuk nak attend wedding anak2 Wan Pari, bolehlah Atok drive kereta yang agak besar sedikit. Senang nak hangkut anak2 maklang. Yang pastinya, maklang dan Cik Abang memang tak pergi. Bukan tak mahu, tapi keadaan maklang yang tak mengizinkan. Duduk rehat ajelah kat rumah ni...
Lewat petang semalam, kami menerima tetamu dari Kota Singa...Puan Adah bersama suami. Alhamdulillah rumah kami di temui, walaupun perbualan terpaksa di potong sebab bateri telepon maklang flat! Lama jugak bersembang. Dr. Adah siap bawakkan lemang beserta satah. Sedap jugak satah tu tapi maklang tak berani nak makan banyak2. Dr. Adah jugak ada memberitahu yang sepupu dia pernah mengalami apa yang baru maklang lalui ini. Dia kata kena banyak rehat. Memang itu yang maklang intend to do...Almaklum, maklang nak fully recover dulu sebelum nak balik ke office. Setakat buat2 bunga ni yang tak mengstresskan ni, bolehlah buat sikit2.
Pengalaman 2 minggu yang maklang lalui sedikit sebanyak mendekatkan lagi maklang pada Yang Esa. Memang waktu itu maklang berserah 100% atas apa yang berlaku. Berkat doa semua yang tersayang, Alhamdulillah segala gundah gulana dan resah gelisah seakan diangkat dari hati maklang. Tiba2 sahaja, 2 hari sebelum pembedahan dijalankan, hilang segala perasaan yang tidah menentu. Hilang segala ketakutan untuk menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah pembedahan telah dilalui dengan hati yang penuh redha...Syukur sangat maklang rasa kerana diberi perasaan yang begitu. Ya Allah...kau Maha Besar dan Maha Kaya...betapa hambaMu ini bersyukur kerana telah mengkabulkan permintaan hambaMu ini...Moga2 keadaan Maklang bertambah pulih hendakNya...Amin....
Kat sini, maklang tempekkan gambar2 sekitar 'perctian' di Kuantan...
sejambak bunga buat penenang hati yang gundah gulana dari suami tercinta...( rela dalam paksa belikan ni sebab dapat 50% off sempena besday maklang....terimakaseh suami ku tercinta....)
sempat jugak maklang buat ni untuk nak hilangkan keboringan dan susah hati masa menunggu hari pembedahan...
siap jugak lagi 2 jahitan ni...
sekitar makan di ANA apaentah di tg. lumpur...
ini ikan yg dimaksudkan
adek2 dr dept. maklang datang pada hari ahad lepas op. Shah yg ambikkan gambarnya...
sempat jugak paklang framekan jahitan maklang, buat kenangan untuk dr. yg merawat maklang...
Bujang makan nasi lemak sebelum pulang tengahari semlam....seluar tu dar aunty Elle.
adek2 dari Kuantan office tiba just before kami keluar nak balik...
Dr Adah dan suami di 'ruang tamu' tingkat atas. Maklang tak turun ke bawah ler..tetamu pulak naik ke atas..
P/S:
Hari ini ada tetamu akan tiba kat rumah kami. Adek kepada Arwah MIL. Nak buat macamana, cooknya dah tak boleh nak buat apa. Tapi Inysaallah ada askar wataniah yang boleh menolong....
Labels: Life
19 Comments:
comelnya maklang dah slim.. jeles ah ummi..
alhamdulillah berkat doa semua orang mak lang dah selamat dan sedang kembali sembuh.
rehat banyak2 ya maklang. jangan renyah2 lagi dah.
happy dengar maklang dah balik rumah dan kembali ceria. Ramai kawan datang melawat yang dapat mendoakan maklang, Insyaallah...
berapa lama maklang akan bercuti dirumah tu (saranan doctor)?
semoga maklang cepat sembuh. tenangkan fikiran dan rehat2 selalu ye...
alhamdulillah mak lang dah selamat dan moga cepat sembuh.
Alhamdulillah,
Selalunya lepas op and lama di hospitak balik rumah perasaan macam lain je. Ada rasa tak? :p
Anyway hope everything will turn out fine for you. You are lucky to have Paklang who is a doting husband!
Sampai juga kawan kita ye maklang ke Kerteh dan jumpa istana maklang tu.Wah amek gambar macam dua pasang pengantin pulak..
tumpang lalu kejap...
Adah I pun nak satar tu selalu dengar tapi apa dia?..hahaha
Rehat maklang biar cepat sembuh ...dan paklang jgn stop writing juga:)
alhamdulillah maklang dah keluar hospital.
restoran kat tg lumpur tu macam restoran yang kami pergi tu hari je.. kale hijau kan...
jaga diri bebaik ye maklang..
alhamdulillah sudah sampai ke rumah...cepat2 sihat ye, mak lang.
Banyak-banyak lah berehat ya maklang... Glad to know you are home now... Ini dah lama rindu coretan maklang tapi kan, paklang pun best jugak... Ini kena mintak paklang jadi penulis undangan once in a while ya... Pleassssseeee!!
Nampak comel dan ceria mak lang. Alhamdulillah lepas ni mak lang rehatlah. Jangan dibawa buat kerja nanti bentan kata orang tua-tua.
salam maklang..
sampai juga hajat kami nak jumpa maklang.. asyik malam lemang terlupa nak bergambar dengan maklang dan keluarga..
tapi ok juga dapat bergambar dengan paklang kat bawah hehe.. semuga maklang recover cepat.. dan sekali lagi terima kasih utk maklang dan paklang..
Maklang,thanks for taking up my call. Terpaksa pendekkan cuti tu sbb KakNgah kena allergy sampai bengkak dan gatal-gatal satu badan. Belum sampai hajat nak ziarah maklang...Berehat kat rumah lagi best kan Maklang. Get well soon.
cikMilah
maklang rilek-rilek ye... kiriman du'a dari Coventry!
Salam Mak Lang, Selamat pulang kerumah, rehatlah dgn cukup & semoga cepat sembuh, Amboi Pak Lang, dah ramai peminat Pak Lang ya, lepas ni bolehlah teruskan tulis blog lagi ya,
ummi365:
mana ada slim..cam tulah jugak. setakat ni berat tu masih kekal. Kalau boleh nak slim lagi, tapi manalah boleh sebab tak gerak ni...cam ulau sawe jer...
neeza:
Alhamdulillah...dah sihat sikit, tapi kalau nak change position dari duduk ke diri atau dari baring ke duduk...lama baru boleh...tak pelah..asal bertambah sihat maklang dah banyak bersyukur...
Moga2 dalam beberapa minggu lagi bolehlah jadi macam biasa..penat jugak asyik berehat ni...
Sakurasa 2:
Selamat datang ke teratak maklang. Terimakaseh kerana mendoakan maklang..:)
Kak Dith:
Rasa seronok dapat balik rumah...apalagi nak rasa...
Alhamdulillah syukur banyak2 kerana mempunyai suami yang sangat prihatin...rasanya semua suami pun akan begitu kalau isteri sakit...Thanks for visiting us tempohari...
Kak elle:
Akhirnya Adah tiba jugak kat rumah Maklang. Akak nanti tiba jugak bila tiba masanya kan...InsyaAllah...
Sualeen:
Sedap sangatg gaknya kat situ. Paklang sampai 2 kali makan kat situ.
Cikguzue:
Terimakaseh ye...
Cat2:
InsyaAllah kalau Paklang ada masa, pasti dia akan menulis lagi...
Sekarang ni agak susah sebab lama tak kerja ni...banyak kerja tu...kesian dia cam tak berapa sihat hari ini tapi kena ke pejabat sebab dah lama sangat cuti...Itulah dia suami maklang....memang kuat kerja. Tapi dalam pada sibuk tu, kalau anak isteri sakit, memang kami didahulukan...Syukur!
Mak Teh:
Syukur berkat doa makteh dan anak2 tahfiz, maklang dah rasa sihat ..Alhamdulillah...
Zino:
Terimakaseh datang melawat maklang...Seronok rasanya bila ada teman2 datang. Maaf hidangan tak seberapa. Penat pulak tu...
Terimakseh ole2 dari Kelantan/ Terengganu...Paklang memang suka..
Cik Milah:
Terimakaseh sebab nak call maklang...Seronok dengar ada orang prihatin...Terimakaseh call maklang...
D:
InsyaAllah...maklang tengah rilek lah ni...
IbuSara:
Datanglah ke rumah, boleh bual2...
Post a Comment
<< Home