Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, May 22, 2008

Menanti dan menunggu 2

Kali ni Paklang yang tulis. Mak Lang pesan minta update-kan blog untuk teman-temannya dialam maya. MakLang dah keluar dari Operating Theatre jam 4:30 pm tadi, dan dimasukkan dalam obervation room. Tengok dari luar ajelah.

Dr kata biarkan satu hari, dia berehat sampai esok. Tadi jam 7:15pm nurse dalam ICU tu panggil, katanya Mak Lang dah sedar dan panggil Pak Lang. Pak Lang waktu tu memang tengah terbaring juga dalam bilik 223. Jadi jumpalah dia. Mak Lang sikit-sikit dah jaga, pening kepala katanya, dan nakkkan minyak kwan loong. Pak Lang kata, dalam ICU tak main lah KWAN LOONG. Pak Lang urut ajelah kepala nya.

Mungkin sebab lama terbaring, pening lah kepala tu sikit. Lepas tu dia tanya ada tak orang call. Mak oi, punya lah banyak call, Pak Lang tak terjawab. Terima kasihlah teman-teman yang mendoakan Mak Lang supaya cepat sembuh.

Sebentar lagi anak-anak dari Kertih pun tiba lah. ETA 8:30 PM gamoknya. Riuh lah nanti kat sini. Nanti anak-anak jumpalah mak anak tapi dari cermin tingkap aje, terutama yang bawah 12 tahun. Nanti besok bila Mak anak dah keluar dari ICU tu boleh lah jumpa.

Mak Lang pun tanya dah update blog ke? Pak Lang dah update sekali. Tadi petang tengah update tibe-tiba plooop.. hilang pulak. Kena taip balik. Pak Lang ada ambil gambar Mak Lang dalam ICU tu tapi tak reti nak load dalam blog ni.

Kalau setakat entry aje mak lang dah ajar pagi tadi sebelum dia tukar baju. Masuk gambar belum lagi. Nanti Pak Lang tulis lagi. Sekian sahaja lah untuk waktu ini. Sehari kena tulis sampai 3x update.

Terima kasih....salam dari Pak Lang bilik 223

5 Comments:

At May 22, 2008 at 8:45 PM, Blogger Kak Elle said...

Alhamdulillah semua nya dah sempurna dan berbanyak terima kasih ye paklang kerena sms saya untuk update on maklang's progress and saya fwd kan pada some of maklang's loyal fans:)yg juga menanti berita surgery tu.

Wah boss suruh update 3x sehari ye?bagus lah nanti tiap2 4 jam saya cek berita terkini.Nanti suruh lah Dhirah uploadkan gambar2 tu ye?

Kirim salam dan peluk cium untuk maklang dari keluarga Jellanie dr Singapore.

 
At May 22, 2008 at 9:32 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam Pak Lang, Saya & keluarga doakan semoga Mak Lang cepat sembuh, InsyaAllah saya akan pegi visit petang esok

 
At May 22, 2008 at 10:05 PM, Blogger silversarina said...

salam,

Alhamdulillah lega dengar maklang dah selamat menjalani pembedahan . Gembira betul rasa sebab hampir seharian hati ni dup dap dup dap menunggu berita tentang maklang.

terimakasih paklang sebab update perkembangan maklang.

salam buat maklang ye pagi esok sebab kami sefamily pulang ke kampung bercuti 10 hari... InsyaAllah selepas pulang bercuti kami akan ziarah maklang.

 
At May 22, 2008 at 10:57 PM, Blogger dith said...

Amboi Paklang,

Sehari sampai 3 x updet, hehe, lebih hebat dari maklang nya!

Kirim salam Lina bila dia dah fully awake. Insyallah take esok, luse saya jenguk. Take care

 
At May 23, 2008 at 9:52 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Pak LAng..
Alhamdullilah Mak Lang dah keluar dari OT .. Insyallah semuanya selamat... Tabahkan hati yer Pak Lang.. Jaga Mak Lang baik baik..Semoga semuanya selamat..
sebenarnya lega sangat membaca tulisan pak lang dari semalam.. bila baca ai ni.. syukur semuanya selamat ...

take care

ibu adam

 

Post a Comment

<< Home