Eh...ada updet lagi...
Ni update dari PakLang
Maklang masuk OT jam 9:00 am. Sekarang ni jam 2:00 pm masih lagi dalam OT. Terima kasih atas segala doa dan ucapan buat MakLang.
dari PakLang dibilik 223
Assalamualaikum....
Ni last memang sah last updet ni.
Sementara nak tunggu dipanggil oleh OT room dan sementara belum masuk uniform untuk OT room, maklang sempat updet.
Alhamdulillah...Syukur dipanjatkan pada Allah, Maklang pagi ini berasa amat tenang dan redha. Perasaan takut masih ada tapi maklang kuatkan jugak hati demi suami tercinta, anak2 yang dikasihi dan mak abah, abah mentua, adek- beradek dan ipar duai yang disayangi serta kelaurga juga tak lupa teman disekeliling samada yang pernah berjumpa dan bermesara atau pun cuma bergurau senda di alam maya... Berkat doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa, Alhamdulillah ketenangan yang dicari serta kekuatan semangat yang dipohon, akhirnya dikurniakan juga olehNya Yang Maha Berkuasa ke atas diri hambaNya yang kerdil ini...Kun Fa Yakun...Ya Allah kau Maha Besar Ya Allah. Tiada apa yang dapat menandingi kehendakMu Ya Allah...
Semalam, maklang menerima agak ramai tetamu. Sejak dari pagi masa maklang masih di bilik mandi, Zul dari dept. maklang yang kebetulan datang nak jumpa Dr. hidung ( he..he...nak mancungkan idung kot..he..jangan marah Zul!), singgah nak melawat maklang. Kelakar betul sebab Zul datang nak pulang duit lebihan masa maklang kirim barang kat Zul. Then senyap sat. Tau tak..kami keluar beli bunga sepasu besar kat $$F. Mintak kebenaran dari Dr. jap. Nasib baik Dr. kasi. Ialah, lepas ni entah bila pulak maklang boleh nak merayap shopping. Cebenarnya sebab ada discount untuk besday maklang 50% untuk 1 item dan 20% untuk 10 items. Cik Abang belanja laa...Terimakaseh lah Abang ku sayang....
Tengahari, Site Manager dari Kuantan (orang kuat projek yang maklang tengah buat ni) dengan the Safety Supervisor datang dengan beberapa biji buah 'Naga' tu....ye ke nama dia. Ok..ok kena berenti...nak ganti baju...Dr . suruh siap...Doakan maklang...Paklang kata nanti dia tolong updet kan...InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Life
8 Comments:
Good Luck!!
Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.
Salam sayang dan salam rindu buat maklang.
Salam maklang, semuga pembedahan berlansung dengan jayanya. InsyaALLAH semangat maklang akan cepatkan lagi proses pemuluhan nanti.CikMilah sekeluarga terus doakan kesejahteraan maklang.
Hugggsss...
Salam maklang, semuga pembedahan berlansung dengan jayanya. InsyaALLAH semangat maklang akan cepatkan lagi proses pemuluhan nanti.CikMilah sekeluarga terus doakan kesejahteraan maklang.
Hugggsss...
kiriman doa dari jauh untuk mak lang... semoga segera sembuh!
mak lang,semoga cepat sembuh ok!
Lina,
How are you ? Sorry I can't visit or call you yet. Kerja and phone ada problem. Hope the op went fine and to see you soon, insyallah
Kami doakan semuanya okay dan selamat.
take care and big hugs from all of us.
Post a Comment
<< Home