Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, May 13, 2008

Kemas2 dan Makan2

Assalamualaikum....

Maklang ni hari ni and half day semalam MC. Tak hilang lagi sakit kaki, maklang kena pulak sakit mata. Nasib baik baru aje nak kena. So, taklah terok sangat. Baru sikit aje. Dr. dah kasi antibiotic semalam, hari ini hilang lah...Alhamdulillah...


Ingatkan bolehlah relax ari ni. Rupanya tak ada masa pun nak relax. Tapi dapatlah relax dari kerja opis. Disebabkan lama tak memasak, lepas aje solat Subuh, maklang terus aje memasak. Hari ni maklang masak nasi tomato and lauk kormak serta acar tumis. Lepas tu mintak bibik buatkan salad telur yang memang kesukaan Angah tu. Lepas tu, maklang mintak tolong kat tukang yang tengah buat rumah depan ni ( Tauke tukang ni dulu lah yang buat rumah maklang dulu). Mintak pinjam 2 orang untuk nak tolong aleh2 kan katil2 kat rumah ni. Banyak kerja. Mana taknya. Katil lama bibik hendak dikeluarkan. Katil Queen Along, masuk bilik Bibik sekali dengan tilam. Tilam bilik Wan yang maklang pinjam dari bilik Wan tu kena letak kat bilik Wan semula. Tilam lama maklang yang kami letakkan kat bilik wan sementara waktu tu, Along nak. Dekat satu jam jugaklah tukang2 tu dok angkat katil2 dan tilam2 tu. Ingatkan lepas tu bolehlah relax. Lepas makan tengahari, ada pulak orang datang nak betulkan threadmill. Lepas2 tu ada pulak orang alarm datang sebab dah seminggu lebih, alarm tu tunjuk no.8 aje. Rupanya kena lightning. Dalam pukul 3, barulah maklang boleh nak berehat. Berehat dengan RE sebab dah kesuntukan masa untuk nak jahitkan untuk 2 sepupu maklang yang nak nikah 23.May ni. Dia nak datang ambik hari Ahad ni pulak tu. Berkejar2an maklang menjahit tadi. Nasib baik siap jugak. Tinggal sikit sangat lagi. Lagipun 2 kuntum bunga dan 3 kudup aje. Jadi tak lah lama nak menjahitnya. Alhamdulillah. Lepas tu kena siapkan jadik beg telekung pulak. Nak buat macamanakan, tak sangka nak sakit lama. Kalau tak dah siap agaknya. Tapi sesuatu terjadi mesti ada hikmahnya, InsyaAllah...

Petang pulak, katil yang kami order about 3 weeks ago, akhirnya tiba! Alhamdulillah...dengan tilam yang ada 6 Chiroprator points ni..Moga2 bertambah baiklah hendaknya...Yang bestnay Cik Abang kata, ni hadiah besday dan hari Ibu! Makaseh, Cik Abang...

Anyway, so much about that. Last weekend lepas aje maklang pergi ke Darul Syifa' di Ulik Mayang, minta air tawar dari Ustaz kat situ, Alhamdulillah sihat sikit rasa. Bolehlah maklang nak tolong2 Wan memasak kat dapur dan Alhamdulillah dapat siapkan serba sedikit gubahan dan kemudiannya memasak serba sedikit untuk tetamu teristimewa dari Saudi. Siapa lagi kalau bukan Cik NeezaShahril kita. Seronok menerima tetamu. Cerita macam dah kenal lama aje. Almaklum bak kata Shahril, mana taknya...semuanya terbentang untuk seluruh dunia! He..he...

Terimakasehlah kerana sudi nak melawat Teratak kami..harap2 tak serik ye..Kesian Neeza dan anaknya kena gigit semut api masa nak tengok kolam dalam gelap...




Ini keluarga Neeza

Ini keluarga maklang

Manja betul Angah kecik dengan Angah besar ni!





Ini hidangan kami...apalagi kalau bukan ayam bakar with macaroni dan salad and kentang oregano. Mesti orang kata...APalah makalng ni...macam tak ada modal lain jek...he..he...


Ini pulak dadeh yang Along buat. Makan pulak dengan Hershey's Chocolate Sauce...Sedap nya...




Antara gubahan yang telah siap..










Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

26 Comments:

At May 13, 2008 at 11:16 PM, Anonymous Anonymous said...

amboi manjanya coan ngan along ya!

ayah pun kata, the whole world know first before me..hehehe...

 
At May 13, 2008 at 11:51 PM, Blogger Mama Rock said...

okay maklang, this is all-in-one wish - glad you had a great trip aka honeymoon aka walking down lover's lane in jogja, happy belated birthday and a tribute to great mom! here's to all great wishes for you :)

 
At May 14, 2008 at 6:49 AM, Blogger tulipurple said...

yummmy...sedappppnye tgk ayam bakar.wahhh,seronot sis neeza ek,blk mesia berjln ke rumah rakan2 bloggers...burpppp,kenyang.ihiks'
maklangggg....sweetnyee hantaran tu!i likeee...(wpun sy tak berapa gemar pink karer...tp,mmg sweet sebenonye pink itew..hehe)
semoga mklang sihat sepenuhnye segera..ameeen.

 
At May 14, 2008 at 8:51 AM, Blogger IKHWANI said...

nampaknya neeza melawat seantero dunia blogger ni ya? :)

seronok ramai-ramai tu kan?

mudah2an friendship ni berkekalan sampai bila-bila.

aiseh, tadi tengok puding trifle ni tengok panna cota pulak. Sedapnya!!!

 
At May 14, 2008 at 11:40 AM, Blogger OOD said...

lapar

 
At May 14, 2008 at 12:22 PM, Blogger Helena said...

mmm.... tersilap lagi masuk blog yg penuh dgn aroma lauk pauk....

ni time lunch pulak ni.... nampaknya tak boleh diet la.... perut sudah berbunyi.... hehe

 
At May 14, 2008 at 1:18 PM, Blogger CikguZue said...

kemas2 ada makna ke, maklang? dah nak dpt menantu ke?

 
At May 14, 2008 at 2:52 PM, Blogger Sue.Aleen said...

alahai.. neeza.. mesti schedule dia penuh balik mesia ni..

moga maklang sihat, insyaAllah.. take care eikk...

lapo la plak.. makan bahulu cecah ayo kopi je petang ni...

 
At May 14, 2008 at 4:28 PM, Blogger silversarina said...

Sempat masak sedap2 tu... sedap !!

Harap bertambah sihat ,InsyaAllah.

 
At May 14, 2008 at 5:39 PM, Blogger ummu asiah said...

Cantiknya...hantaran2 tu..nanti if buat utk anak sendiri mesti lagi hebat..lama lagi la pulak.

Hmm..bnyk betul aktiviti..tapi at the end of the day,mesti sedap dpt rehat di tilam n katil baru.memang bertuahlah badan.

Neeza..sampai juga ye ke rumah mak lang n kak rina,ye lah dah dekat2 kan.if tak jumpa rugila pulak.

 
At May 14, 2008 at 7:51 PM, Blogger Kak Elle said...

wah tilam baru ye maklang?nak ayam panggang tu pleaseeeeeeeee

 
At May 14, 2008 at 8:34 PM, Blogger zino said...

neeza ada kat ganu ke? balik bercuti ke dia..

tengok meja makan tu teringat kisah persinggahan dulu hehe 30hb ni kami ke ganu lagi.. hehe

 
At May 15, 2008 at 9:35 AM, Blogger ~eira~ said...

mak lang,lapor ler...

nanti raya haji nak terjah umah makloang,leh x?

mama nak g umah makcik kat kemasik...hehehee!

 
At May 15, 2008 at 11:07 AM, Blogger aNIe said...

Kaki maklang sakit lagik ke? Larr...sian maklang...sabar ajelah ye...

Sampai jugak Neeza ke rumah maklang ye...tetamu dari jauh tu...

 
At May 15, 2008 at 12:16 PM, Blogger Dentist said...

Cantik hantaran maklang... mak saya pun minat bab gubahan hantaran ni...

 
At May 15, 2008 at 8:26 PM, Blogger maklang said...

ummi:

tu bukan Along, tu Angah...

oh..semalam tak paham ummi tulis apa second para..ni baru paham!

mamarock:

thank you..terimakaseh...to che...vanekam...

 
At May 15, 2008 at 8:28 PM, Blogger maklang said...

tulip:

tulah..tak boleh tak suka..warna2 ni kadang2 kita jadik tertawan jugak kan...

Terimakaseh doakan kesejahteraan maklang...Ameen..

OO:

Neeza baru declare...tahun melawat bloggers..he..he...

Maklang masa makan dadih tu teringat gak kat OO, kalau duduk sebelah rumah, memang maklang ketuk pintu hantar kat OO..he..he..

 
At May 15, 2008 at 8:29 PM, Blogger maklang said...

Ood:

Silalah makan kalau lapar!

Helena:

Tak sangka baunya sampai ke sana ye..power betul bau tu..he..he..

 
At May 15, 2008 at 8:31 PM, Blogger maklang said...

cikguzue..

iyelah tu nak dapat menantu...dalam 10 tahun lagi , InsyaAllah...moga2 panjang umur...

Suealeen:

Memang Neeza bezee sokmo..tahun melawat bloggers!

Rindu nak makan baulu panas2..yang orang dulu buat, yang atas dia ada bersakar dengan gula tu...sekali seklai cecah kopi..nikmat tu!

 
At May 15, 2008 at 8:33 PM, Blogger maklang said...

Ummu Asiah:

Harap2 umur panjang untuk nak menerima menantu...memang lama lagi tu...

Syukur..dapat jugak jumpa Neeza..kecik molek orang nya...boleh jadik anak maklang!

Kak Elle:

aha...tilam baru...best!

Nak ayam tu bila? Nanti maklang roast lagi seekor!:)

 
At May 15, 2008 at 8:36 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Memang sibuk sikit...tapi masak untuk Neeza tetap kena masak...bukan selalu jumpa tu!

Zino:

Bila nak singgah lagi...30hb ada kenduri sepupu kat KT...tak dapat nak jumpa kot!

 
At May 15, 2008 at 8:39 PM, Blogger maklang said...

eyra:

Silalah singgah, kalau kami ada rumah, jemputlah. Tapi talipon or email dulu ye..

Kak Lady:

Sakit lagi...nak buat camana...dah tua2 ni! Kena banyak ingat tu!!

dentist:

Maklang ni main2 jer..kalau ada yang minta tolong buatkan, maklang buatlah...saje suka2!:)

 
At May 15, 2008 at 10:30 PM, Blogger Mulan said...

syukran maklang.. syukran.. bestnya makan2 tu..!!

 
At May 15, 2008 at 10:51 PM, Blogger maklang said...

Mulan:

Sama2...bila nak datang sini?

 
At May 17, 2008 at 7:47 AM, Blogger Neeza Shahril said...

Amboi cantiknya gubahan tu... berkenan sungguh...

Mak Lang, terima kasih bebanyak diatas dinner yang sangat sedap tu.. Husband neeza puji masakan Mak Lang. Susah dia nak puji masakan tau.. konon2nya.. his taste is fine la.. Neeza pun setahun tak sekali dia puji rasanya hehehe..

Terima kasih sekali lagi. Tak serik pun, walaupun kena gigit semut tu.. dah baik dah pun.. kejap aje tu. Rasanya dia suruh datang lagi agaknya.. untuk tengok kolam pulak.. tak jemu tengok landscape kat rumah Mak Lang.. bila la Neeza nak ada landscape cam tu pulak kan... hmmmm..

 
At May 17, 2008 at 8:59 AM, Blogger maklang said...

neeza:


Kesian kan..datang rumah maklang dapat cubit2an dari semut api..he..he..dia nak cakap selamat datang tu....

nanti kolam siap make sure datang sini tau...

 

Post a Comment

<< Home