Serabut..
Assalamualaikum....
Kepala tengah serabut ni. Macam2 masuk dalam kepala. Rasa sedih. Rasa susah hati. Nak go on ke tidak. Macamamana nanti lepas surgery. Nak solat macamana. Nak gerak macamana. Tok sah cerita macamana nak gerak or nak buang air. Kalau masa beranak boleh lah agak2 macamana. Tapi ini langsung got no idea at all. Macamana ye?? Macamana?
Kalau dengar macam2 info dari kawan2 yang pernah kena slip disc ni atau dari orang yang tak pernah go thru the sakit ni memang lah pening kepala. Baru kejap ni just before Dr. masuk, another friend called. ' You nak go thru surgery ke? " "Ye", maklang kata. "Eh..you tak tanya ke kawan kita, En. I? Dia kata sampai sekarang tak recover. Tak payah lah buat!". Memang benda2 ni tak senang dibuatnya. Darah maklang melambung naik. Buat jadik risau. Takut things will get worse than it is now. Naudzubillahminzallik!Bila Dr. masuk, maklang beritahu segalanya. At least, dia tahu apa yang dia cakap. And dia dah banyak buat ni. Maklang tanya segala2nya, tapi still rasa takut tu menghantui maklang. Sekarang ni maklang berserah aje pada Allah. Dr. kata, mintak tenangkan fikiran. Jangan terlalu fikir yang bukan2. InsyaAllah semuanya akan baik. The Dr. knows how I feel. I am worried sick. And I feel so sick! Trapped in the bilik! ( For info. petang semalam, kami pindah bilik. Naik tingkat 2, but we did not get the room that we wanted. Nanti nak mintak pindah lagi kalau bilik tu dah kosong. Bilik ni besar, tapi tak kemas sebab tak ada banyak storage. Almaklum, bila dah ramai, dengan tikar bantal, begs baju and all. Semak jadiknya!)
Dr. kata tak apa...tak ada apa. Dia dah explain kan semuanya semalam. Nak masukkan skru kat belakang tu. Lepas tu, InsyaAllah boleh jalan macam biasa, boleh lari cam biasa, tapi of course macam Mulan kata tak boleh lah lompat tinggi ke lompat jauh ke! Hai...risau..risau...poning kepalo den!
InsyaAllah, the surgery will be performed on Thursday morning. Semalam dah buat ECG. Dr. kata OK. Tadi pagi ambik darah dah. Hari ni nak buat x-ray pulak. Hai...macam2. Takutlah sekarnag ni dah tua2 ni. Dulu2 tak lah rasa takut macam ni. Maklang dah banyak kali kena surgery tapi kali ni rasa macam takut sangat. Mintak di permudahkan oleh Allah...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
24 Comments:
Yelah Mak Lang, alangkan nak gi dentist pun kita risau, ini kan pulak nak buat surgery. Macam Mak Lang tulis sebelum ni, terpaksalah tabahkan hati yang tak kuat/tabah tu... apa lagi yang kita boleh buat, berserahlah pada Allah.
maklang jgn susah hati ye kan doctor dah explain semua nya...you in good hand:)
cuma yg saya tak mengerti ni kan kenapa mereka2 yg call maklang ni bukan nak bagi support tapi menurunkan semangat maklang pulak.
think positive ye maklang dan kita terserah pada NYA semoga apa yg maklang akan lalui semua nya akan berjalan lancar & insya'allah akan sembuh seperti sedia kala...amin.
Mak Lang..yakin pada diri..dengar advise doctor..masa inilah juga masa paling baik untuk berdo'a dan bertawakkal pada Allah..pasti Mak Lang akan rasa tenang..
let us know bila nak dioperate..we wl all pray 4 u..InsyaAllah...do'adari kawan-kawan yg tak dikenali dan tak diketahui....buat masa ni mak lang rehat betul2.
akuni:
Takut...risau...seram...macam2 dalam fikiran ni...
Kena kuatkan semangat, yakin dan tawakkal pada Allah...Moga2 Maklang diberi kekuatan semangat untuk mengharungi dugaan ini...
Terimakaseh ye...
Kak Elle:
Thanks for the big hug, the flower and the chocolate. YOu are one of a kind! Memang Yeen datang bagi semangat! Alhamdulillah...semangat akan pulih...tapi tetap mohon akak doakan maklang ye!
Memang tak taulah macamana nanti on that day itself. Allah please give me courage!
Assalamualaikum,
Mak Lang basically it's all depends on you. Sbb bapa mentua saya pun ada sakit ni, dia dah pergi 2-3 specialist semua cakap yg sama juga cuma kami anak beranak tak galakkan sbb dia tu dah tua, lebih 60 tahun risiko lebih tinggi bila nak operate ni. Tapi saya yakin kalau Mak Lang masih muda cun melecun, InsyaAllah cepat sembuh. Bole tanya kat hospital mana ni? Kat KL ker? Sbb setahu saya kat KL antara hospital pakar yang bagus macam Pantai Medical Centre & Damansara Specialist memang bagus doktor kat sana...sbb dah ada pengalaman duduk hospital hihihiii Walaupun saya ni muda dari akak tapi sbb saya minat baca blog akak, saya pun risau tau, namun saya doakan untuk akak semoga cepat sembuh...Amin...salam untuk anak2
saya pun kesian dgr crite mak lang. apepun kuatkan semangat. mungkin yg memberi nasihat tu ada point jugak. kadang mrk bercakap atas dasar pengalaman. sebab saya pun masa nak operate dulu, cam tu juga. ada yg crite pengalaman dia, kan. cuma, apa yg boleh kita buat sekarang ni, banyakkan berdoa. kalau masih lagi ragu2, solat istikharah dahulu. kerana yg menyembuh, sememangnye bukan manusia, tetapi Allah dan Dialah yang Maha Mengetahui. dan kita pun tidak boleh lemah dan putus asa drpd berusaha....insya-Allah dengan doa dan kesabaran itu, Allah akan permudahkan segalanye....
salam,
Sori I tak bertanya khabar lepas hari tu sebab ingat dah balik rumah... InsyaAllah surgery akan pulihkan sakit maklang .. kami doakan selamat semuanya.Amin.
Take things positively,ya Maklang. Tenangkan fikiran, mintalah petunjuk Allah, minta PakLang, Atok dan Wan sembahyang istikharoh.Waktu macam ni memang syaitan suka membisikkan yang tak baik jer..banyak2 beristighfar..lebih baik baca selawat syifa dan YaSin dari fikirkan yang bukan-bukan. cikMilah doakan semangat maklang pulih, fikiran tenang dan sabar menghadapi kesakitan ini. Hugsss...
maklang..
it ok to feel worry sebab maklang tak ada pengalaman dengan apa yg bakal berlaku.. tapi Dr knows better.. dia dah banyak melakukan penbedahan seumpama itu.. dia dah paham sangat bagaimana dengan kes maklang ni.. so boleh pakai nasihat Dr tu..
yg lain tu berserah kepadaNya.. InshaAllah kami semua doakan maklang akan melalui dengan kejayaan..
wee all pray for you..
Mak Lang, kita bersangka baik jer pada semua yang memberi pendapat memasing. Niat mereka juga baik tetapi apa pun jua...Mak Lang dan suami sendiri yang patut buat keputusan yang tentu nya di restui keluarga. Apa pun juga, kami doakan yang terbaik dan semoga semuanya berjalan lancar.
Noralis:
Terimakaseh kerana sudi nak baca blog maklang dan sudi nak dengar luahan hati maklang...
Terharu bila ada yang tak dikenali mendoakan kesejahteraan kita kan...
Pohon doa restu moga2 maklang selamat menjalani pembedahan ini ye...dan boleh menjalankan tugas seperti biasa, InsyaAllah...
Maklang di Kuantan...hospital yang kat Alor Akar ni. InsyaAllah Dr. kat sini pun pakar. Dia Orthopeadic and Trauma Surgeon...Doakan kami ye...
Mak Lang,
Baguslah dengar Dr. Mak Lang tu specialist. Saya ni sbbkan jauh jer, kalau idak mahu juga saya ziarah Mak Lang, takad dlm M'sia tak de hal kan. Apa pun dari kejauhan ni saya hanya mampu sama2 doakan kesejahteraan & semoga kuatkan semangat & nanti cepat sembuh, InsyaAllah. Hari Khamis nak operate kan? Memang hari yang elok sangat tu...
Salam Perkenalan dari saya di Afrika...
Ibu Adam
A;kum Maklang...
saya ni one of silent reader maklang.. it almost a year saya membaca cerita mak lang..
Mak Lang ..
kuatkan semangat yer...tuhan maha mengetahui segalanya .. doktor mesti tahu apa yang terbaik buat patient dia kan ..
Mak lang.. saya pernah melalui semua ini ... last year masa anak saya sakit teruk ( usus melekat ) . saya ni ibu tunggal mak lang.. doktor decide nak buat operation tapi rata2 semua menghalang .. saya berdoa dan bertawakal dengannya ...tiap tiap malam saya berdoa moga tuhan bagi kekuatan pada saya ... anak saya masih kecil lagi mak lang .. baru berumur 4thn masa tu.. so family saya suruh berubat kampung lah apalah.. saya kesiankan dia mak lang.. asyik dok minum air jampi jer.. so one day saya nekad .. buat keputusan teruskan pembedahan utk anak saya tu... alhamdulilah Maklang ...semuanya berjaya dan now anak saya sihat sepenuhnya dan membesar macam org lain ... alhamdulilah .. so saya harap Maklang kuatkan semangat .. tabahkan hati ...insyallah semuanya akan selamat..
maklang, tadi singgah kat kak rina's blog, baru dapat tau that you are warded. hopefully semuanya selamat...our prayers are with you. get well soon.
InsyaAllah semuanya akan ok.Qisst doakan selamat semuanya. Amiiin.
ML.. Banyakkan berdoa.. solat hajat dan semoga semuanya berjalan lancar and ML sihat
Semoga semuanya selamat.
tentang operation tu, tak payah risaukan. Bukan kerja kita. kerja doktor kan? Dia well-trained kan? Bior dia yang risau.
tentang post-operation tu, tak payah risaukan jugak. Perkara risau tu mungkinnya tak akan jadi pun. Nanti dulu.
One day at a time. Tenangkan hati. ramai orang mendoakan MakLang.
Mak Lang tak usah risau, just concentrate in getting better. Tu je.
Okay?
Maklang...jgn dengar cakap orang...dengar cakap doktor ...sebab hubby kak lady pun dulu kene slipdisc...dah operate dah...alhamdulillah takde complication...cuma dia tak boleh pergi gym atau buat exercise yg memberatkan tulang belakang aje...
Insyaallah...think positive macam kak elle cakap...
Cikguzue:
Ialah mereka cuba nak memberi semangat. InsyaAllah...maklang bertawakkal...moga2 semuanya akan berjalan lancar...Amin...
Rina:
Tak apa...masing2 sibuk dengan hal masing2 kan...InsyaAllah maklang is in goos hands.!
Cikmilah:
InsyaAllah akan amalkan ayat2 untuk menghalang segala gangguan. Bertawakkal..moga2 tengan hati ini, InsyaAllah...
Terimakaseh Cikmilah..
Zino:
Terimakaseh nak hantar sms. Terimakaseh kerana kata2 Zino tu at least buat maklang tenang...Amin...Syukur dan redha, InsyaAllah..
Nora:
Of cozlah, maklang dengar aje. Tak adalah nak kata apa. Mereka cuma nak bagi pendapat aje. Tapi kadang2 buat jadik susah hati, jalan mana nak ikut.
Macamana pun stelah bincang ngan Dr., baiklah ikut kata Dr. sebelum keadaan menjadi lebih parah. Doakan maklang ye, semuga semuanya selamat dan recover cepat!
Noralis:
Maklang terharu...tak sangka ada jugak pembaca sampai ke sana ye..Moga2 persahabatan berpanjangan...doakan maklang ye...
Ibu Adam:
Terimakaseh...Ialah. Kita dah berusaha secara tradisional semua dan cara moden. Alhamdulillah anak Ibu dah sihat.
Dr. maklang pun kata baik buat, so kita ikut nasihat pakarlah kan. InsyaAllah selamat. Terimakaseh kerana memberi semangat kat maklang ni...Terimakaseh...Terimakaseh...
mamarock:
Terimakseh...Doakan maklang ye...
Qisst:
Terimakaseh...
Sya:
Maklang ucapkan terimakaseh...InsyaAllah moga2 selamat semenya ye...
Ood:
Iyela...iyelaa..maklang dengar cakap adek maklang yang jarang2 nampak kelibat dia kat sini...
Terimakasehlah kerana sudi nak tinggal jejak hari ni...
InsyaAllah...maklang berharap semua akan selamat ye...amin...amin..
Kak lady:
Oh..Syukur ye, abang akak ok. Harap2 maklang pun macam tu jugak ye. Akan recover macam biasa jugak. Doakan maklang ye...
Post a Comment
<< Home