Doakan maklang...
Assalamualaikum...
Hari ini maklang sibuk. Tak ada kat opis pun. Pagi2 dah dapat call kata ada meeting kat Gebeng. Terkejar2 jugaklah sebab tak sangka nak ke sana. Pergi masuk pantry kejap makan pagi. Then mintak kawan hantar maklang balik nak ambik kereta sebab ke pejabat Cik Abang yang hantar. Lagipun sejak sakit kaki ni maklang ke Kuantan kawan maklang ni yang tolong drive. Wah...bukan main lagi...cam Boss pulak. Anyway, lepas meeting tu maklang ke Kuantan pulak. Nak ambik drawing pulak. Biasalah tu. Last2 balik Kerteh dekat pukul 5 sebab sempat berhenti kat Chukai. Ada hal kat Bank.
Semalam pulak cepat betul dah tidur. Pukul 9 dah tak tahan. Letih ya amat. Lately memang cepat tido betul. Semalam kaki sakit lagi.
InsyaAllah besok pagi kami akan ke Kuantan. Sebelum tu berhenti kat Gebeng jap nak attend meeting . Then akan ke K$H untuk nak buat MRI. Rasa takut pulak nak buat. Entahlah macamana ye. Buzz Kak Elle nak tanya, dia tak jawab pulak. Tido agaknya...Maklang pun dah google nak tahu camana benda tu. Moga2 tak ada masalah dengan tulang belakang maklang ni. Kami akan bermalam kat sana dan InsyaAllah akan kembali ke rumah bersama anak2 tercinta hari Sabtu...
Doakan maklang ye dan selamat berhujung minggu.
Untuk Cikgu2 yang dikasihi...Selamat Hari Guru!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Life
20 Comments:
Good luck to you tomorrow.
sy doakan moga segalanye berjln lancar urusan mklang dan juga moga mklang sihat sejahtera selalu.
aritu hubby wat MRI utk slipped disk,lama gak menunggu.
take care ek mklang :)
Mak Lang..dido'akan semoga semuanya okay..insyaAllah setiap penyakit ada ubatnya..kenalah ikut nasihat doktor lepas tu.
Selamat menjalankan kewajipan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
saya dah KO jam 9mlm juga maklang..konon2 nak watch tv lepas tu tv yg nengok I:)
Nothing too worry maklang MRI tu macam masuk tunnel aje.
Tak singgah umah opah 2Bke kat cukai?
Insyallah semua ok maklang...relaxx...
Oh... MRI, ingatkan apa tadi. InsyaALLAH tak apa-apa..cikMilah doakan segala yang terbaik untuk Maklang..
mudah2an Ok semuanya.
didoakan akak cepat baik.
saya doakan segalanye dipermudahkan oleh Allah, dan Mak Lang sentiasa sihat dan ceria, insya-Allah...
Semuga semuanya berjalan lancar. Sya masa jatuh aritu masuk gak kat MRI.. takut nak buka mata.. lelap aje tak buka langsung sbb takut panik
Saya doakan semua okay... Lepas tu dah keluar hospital nanti, bawa berehat. Tahulah Mak Lang ni, tak reti duk diam...
Semoga semakin sembuh, InsyaAllah.
Semoga semua nya selamat dan berjalan lancar Mak Lang. Rehat-rehat ya?
Semoga Mak Lang segera sembuh... Insyaallah. Rehat banyak2 and jalan sikit sikit ye.. takpelah jadi boss kejap.. hehhee.. diorang sure faham keadaan Mak Lang kan... take care ya.. :)
ummi:
thank you...hopefully semuanya oklah..
Tulip:
Semalam 1.5 jam tersepit bawa mesin tu! Sesak napas rasanya!
Mintak2 Tak teruklah sakit belakang ni...mintak2 the tulang is in good shape...tak teruk...sedih tau kalau sakit ni...
ummu asiah:
TQ...InsyaAllah maklang akan ikut nasihat Dr...
Abang Long:
Terimakaseh...Memang segalanya yang berlaku di atas ketetuanNya dan kita harus bersyukur..
Kak Elle:
KO cepatnya...penatlah tu!
Tak sempat singgah...Terkejar2 nak balik rumah, nak ambik anak balik sekolah pulak!
Mak su:
Terimakaseh...
Cik Milah:
Suspense jugak sebenarnya. Masuk bawah MRI tu macam masuk bawah katil! Boleh lemas. Hospitalni MRI pesen lama! Lam betul . 1.5 hrs bawah MRI tu!
OO:
TQ..Doakan akak selalu ye...Takut ni!
Cik gu Zue:
Terimakaseh..Doakan semuga semangat tu kuat!
Sya:
Maklang pun lelap aje...boleh lemas bawah tu! Puyalah sompik!
Mamamia:
Yes maam..lemas ni kena jadik Boss...tak kerja kuat2!
Rina:
Thank you:
Nora:
Ye Nora..memang kena rehat. Cepat penat sekarang ni..almaklum, system dah senget!
Neeza:
Dr. kata kena jalan2 jugak. Takboleh duduk aje. Kena ada cara yang betul.
Post a Comment
<< Home