Yogya Last Part
Assalamualaikum....
Setibanya dari Gunung Merapi, kami ke Malioboro yang cuma terletak beberapa km aje dari hotel kami. Memang mabuk tengok barangan. Teringat kat teman2 dan adek beradek serta ipar duai. Semuanya laa...cuma nak memilih aje macam mabuk! Maklang tukang tawar harga, Cik Abang tukang bayar. Sekejap aje kat situ sebab kena balik b4 5. Solat belum buat lagi! Lagipun petang itu ada temujanji dengan Abang kepada Kak Bunda. Ada kiriman yang di titipkan.
Di Malioboro. Tengok tu lambakkan batek.
Ini pulak bagpack batek. Memang cantek. In the end lepas menawar, kami hangkut 2 biji yang bagpack dan 2 slingback. Bila balik rumah, jadik rebutan anak2 1-2!
Petang semasa pertemuan pertama dengan keluarga Mbak Nita dan Mas Hashimi. Kami di jemput makan di Restoran Sederhana - masakan Padang. Memang enak sekali! Lamanya tak makan pedas! Terimakaseh ...kerana dapat bawak kami makan. Dendeng itu sungguh enak!
Hari ke 4 kami di sana, kami ke Solo. Ini tempat asal bibik. Walaupun bibik tak ada sama, maklang rasa seronok sebab boleh lah tau asal usul bibik, maksudnya macamana keadaan suasana kampung bibik. Banyak jugak gambar di Solo yang kami ambik. Pagi tu, maklang mengantuk betul sebab tak boleh tido malam sebelumnya. Asyik menguap aje. Kaki pulak sakit aje pagi tu, agaknya sebab penat berjalan pada hari sebelumnya.
Kat belakang itu candi lagi. Entah apa namanya... Ini di Keraton lagi.
Di Solo...
Di Balai bersidang..Itu raja dan permaisuri... Ini pasar antik
Cantekkan ini alas gelas..
Perjalanan mengambil masa sekitar 1.5 jam/ 60km aje tu. Lambat betul nak sampai.Masa kami baru menaiki kereta tersebut, Cik Abang sempat tanya kat Tour Guide, kat mana nak makan gulei kambing yang enak. Mbak Nita ada memberitahu yang gulei yang sedap tu ada kat Pasar Klewei di Solo. Entah apakenamanya, Cik Abang sebut ~ Gulei Kambing Ke tok tok...macam tu lah lebih kurang. Puas Tour Guide dan Pak supir dok memikir. Bila buntu kami talipon Mbak Nita. Rupa2nya Gulei Kambing Tengkleng. Punyalah jauh namanya, patut pun mereka tak kenal!
Setiba di Solo, kami ke Keraton lagi. Kali ini maklang tak lah rasa semacam. Kat sini pun kurang banyak patung2 yang menyeramkan. Sekadar sebuah istana yang masih didiami. Kami dibawa masuk oleh tour guide di Keraton itu. Sronok tengok barang2 perhiasan. Sultan dan anak Sultan bersama bekas Presiden Indonesia, Megawati, memang cakep.Macam mat Salleh aje...padahal kedua ibu bapa adalah Jawa asli. Mungkin adalah dalam salasiah keluarga mereka tu dari keturunan Eropah.
Kami sempat jugak berfoto kat situ. Maklang banyak ambil gambar2 perhiasan kat istana tu. Cantek2. Tak dapat nak tunjukkan semuanya di sini. Lagipun dah nak tak ade space kat blog ini. Dah used up to 69% dah ..camana ni nanti? Selepas tu kami ke Pasar Antic. Tak ada apa sangat. Paklang tambah collection loceng dan maklang tambah collection teko. Itu aje.
Ini kat Ratu Ayu Solo .... Cik Abang tu cm nak propose aje...
Makan kat Ramayana.... Itu ayam penyet dan kerodok..
From there kami ke pasar Klewei. Kira2 jumpalah gerai gulei kambing tu. Tapi tak dapat nak singgah. Sebentar aje kat situ. Berpeluh2 dalam tu. Memang padat dengan batek!Tak boleh lama kat situ sebab nggak ada A-Say nya….Panas banget. Peluhnya keluar melepasi tudung yang di pakei! Yang frustnya pusing2 keliling, Cuma dapat skirt buat Alang dan Angah. Yang ada fayetnya. Dah badan maklang ni kan comei, jadiknya susah nak dapat size yang padan…tulah suruh diet tak mau!. Puas jugak cari bahan (material) yang ada fayet. Tapi yang maklang berkenan, Cik Abang pulak tak suka. Kita nikan berhias buat suami, jadiknya kalau dia tak suka, kita pun jadik serba salah…Keliling2 lagi, jumpa jugak baju buat anak2 sedara, dan kerudung buat anak2. Untuk sendiri ~ ilek!
Last2 kelaur meninggalkan Pasar Klewei. Kami ke Ratu Ayu Solo.Toko ni ada AC. Barulah sejuk sikit. Nak pilih baju pun nyaman aje. Cik Abang sempatlah ambik 2-3 helai. Maklang pun dapat beli yang sedondon dengan Cik Abang. Memang sejak awal kawin, Cik Abang ni memang minat kalau sepasang dengan dia…Seronok jugaklah pilih bahan ( kain ela) ni. Entah bila pulak nak jahit, tak taulah tu…
Dari situ kami pergi makan. Lupakanlah Gulei Kambing Tengkleng tu. Kami ke Ramayana. Sedap jugak. Makanan Jawa lagi… Nora…Maklang dapat makan ayam penyet. Yang ori! Sedap jugak cuma ayamnya agak masih dikit. Lain Ok. Ada jugak kerodoq ( macam kerabu) yang dalam lesung tu. Ada jugak empal daging. Sedap..memang sedap. Dan Cik Abang sempat order gado2 lagi. Teringat kat bibik. Rasanya hamper sama dengan yang bibik buat.
Dari makan, kami bertolak balik. Jam setengah 4 kami sudah berada dekat dengan hotel. Mbak Nita sudah talifon lagi. Selesai solat di hotel, kami bertemu Kak Nita yang jugak solat di hotel. Kami ke Pasar di Molioboro lagi. Lebihkurang macam Pasar Payang, yang ada jual makanan dan bertimbun2 batek. Dari segala jenis gred. Tapi sayang seribu kali sayang, pasarnya sudah nak tutup. Kat sini jam setengah 5 , sudah mau tutup. Masa kami nak tengok2 tu, mereka pun macam tak mo layan aje. Langsung Mbak Nita bawak kami ke Toko Soenardi yang lebih besar ( sama dengan yang di pasar). Ada AC dan lebih nyaman jugak. Alahmdulillah..pucuk di cita ulam mendatang. Batek fayet yang di minta..itulah yang di unjukkan. Memang cinta pandang pertamalah…Maklang suka, cik Abang berkenan. Sungguhpun haraga mencecah hamper setengah juta ( rupiah aje…) Cik abang angguk and suruh beli aje…boleh buat baju Raya kalau panjang umur, InsyaAllah.. Lepas satu2 maklang terpikat batek2 berfayet... seronok Cik Abang belanja baju!
Lepas dah habis shopping Mbak Nita bawak kami makan lagi. Kali ni di Mee Kaden. Sedap mee rebus dia, mee goreng lupa nak rasa. Lepas itu kami ke rumah Mbak Nita. MasyaAllah bestnya rumah dia dahlah besar, pulak tu, buka aje pintu rumah di runag tamu, terus bersambung dengan rumah nya. Kalau di sini, duit buat masjid, dihimpun dari penduduk sekitar....MasyaAllah...
Malam itu, kami berjumpa dengan Tour Guide dan Pak Herman untuk mengucapkan terimakaseh semuanya. Malam itu kami busy packing barang.
Besok pagi jam 9:00am, Mbak Nita dan Abang Hashimi sekali lagi menjemput kami untuk menghantar kami ke airport. Terimakaseh banyak2...Nanti lain masa, kalau ada umur, kami akan ke sana lagi, InsyaAllah....
Selamat Hari Ibu Untuk Mak tersayang...dan juga untuk semua2 ibu...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Cuti2
12 Comments:
Amboi sedondon aje dua sejoli ni. camna mak lang cari supir ya?.. rasa macam nak gi pulak tenguk batek yang cantik2 tu.
Dalam byk bershopping mesti ada satu untuk saya kan?....hehehe
maklang wati baru kata kat saya di sana nak jaga2 bila makan mereka campur daging dgn daging tikus!!yucks!!!
Salam mak lang, memang seronok pergi melancung semasa badan masih kuat dan sihat.
Mak teh tak jenguk sini lama sebab keadaan yang dilalui.
Bila mak lang nak datang KL? Nak order telekung cantik untuk bakal menantu.
Salam..nak tegur macam Ummi gak, wah sedondon, hari tu pink hari ini biru... amboi amboi...geram tengok batik tu kan?
Seronok tengok merpati dua sejoli bershopping..banyak nya barangan untuk shopping... hai harap2 dapat lah berjalan ke sana jgak nanti :)
wah, bestnye jenjalan banyak tempat. tapi tentu penat ek. Moga Mak Lang diberikan kesihatan yang baik...
selamat hari ibu...
Salam..happy mother's day..May ALLAH bless you always
Amboiiiiiiiii best nya...
Mak Lang.. Happy Mothers day..
ummi...
sedonodon tu memang sejak dulu lagi..tak kira raya...ni kira ikut atok dan wan lah ni...
kami cari travel agency thru internet. kalau ummi nak pergi nanti kami kasi phone no. dia. Bagus guide dia!
Kak Elle:
Ada ke? tak perasan lah pulak...he..he..
Mak Teh:
Tak apa mak teh..dengan keadaan mak teh yang sibuk tu tentu mak teh tak sempat nak kemari selalu kan...tapi bila lapang, jangna lupalah ye!
Cik Milah:
Jawapan macam kat Ummi jugak...Memang mabuk tengok batik tu..Entah berapa beg kami hangkut!he..he..
Selamat Hari Ibu, Mak Lang!
Aduh cantiknya alas gelas antik & semua benda2 antik tu!! Mak Lang tak beli ke?
Tentu seronok bila bershopping di sana ... maklumlah, exchange rate favours our currrency, kan?
Post a Comment
<< Home