Legaaa Part 1
Ni Pak Lang yang tulis lagi dari Bilik 227.
Mohon maaf kepada pembaca semua kerana Pak Lang tak update more than 36 jam. Last update was at 8:30 am on Monday dan hari ni Selasa jam 10:00 malam, cerita tentang kejadian hari Isnin.
Mak Lang berasa 2X amat legaaa hari ni kerana dah boleh bangun dan boleh ber_k. (malu lah nak tulis perkataannya). Mak Lang operate hari Khamis dan selama itu tak boleh kencing, kentut dan ber_k. Tapi kencing tu pakai beg, tak ada masalah. Kentut pulak angin aje isi nya, pun tak ada masalah. Tapi ber_k tu isinya banyak dan cair-cair lagi, jadi susah sikit. Missi kata tak apa, boleh ber_k atas pampers aje. (Pakai bedpan tak boleh, pasal operation tulang belakang kan). Macamana benda tu nak keluar. Dia nampak aje pampers, terus benda tu masuk balik. Tak jadi nak keluar.
Dah 4 hari tak ber_k, angin dia dah naik atas kepala. Lepas tu pulak, tak mandi, pakai lap-lap aje, jadi fenin kepala tu bertambah tambah lah lagi. Pagi hari Isnin ni Mak Lang dah boleh bangun sungguh pun berpaut dengan missi dan Pak Lang. No 1 yang dia nak, ialah ziarah kamar kecil. Bila sampai aje dan dah duduk, bunyi nya brooom pooot poot praaak preet. Pak Lang yang dengar kat luar kamar kecil pun terasa legaaa. Bergema dan mengaum-ngaum.
Memang nampak benar Mak Lang lepas ziarah kamar kecil tu, ceria habis. Baru lah ada selera nak makan. Selama 4 hari tu Mak Lang asyik ambil roti dan air kosong. Sekarang ni Mak Lang dan turun hampir 6 kg. Pak Lang pulak yang bertambah 3 kg. Sekarang ni pun Mak Lang dah pun 10 kg lighter than Pak Lang. Nampak gaya nya Pak Lang kena roti dan air kosong ajelah.
Hari ni pulak, Mak Lang dah boleh bersiram. Pak Lang tampal kan plastik kat tempat jahitan yang dah ada plaster tu lepas tu bersiram lah dia. Legaa tak sama dengan pakai lap-lap. Lepas dah boleh bersiram, tak lah lagi pakai gaun hospital tu. Bukannya tak nak, tapi kurang selesa. Mak Lang dah bawa baju kedah nya. jadi pakai baju yang di bawalah. Mungkin 2 atau 3 hari lagi boleh lah mula bergerak tanpa bantuan. However, kaki dan tulang belakang, tak boleh cepat cepat bergerak. Semua slow and steady aje.
Tapi dah boleh jawab phone, boleh baca internet, cuma tak boleh taip lagi, sebab cepat penat. Hari ni pun dah mula physioterapy. The terapist tu datang kat bilik, ajar maklang macamana nak bergerak, nak berjalan, turun katil, naik katil dan sebagainya.
Hari ni Kak Long yang tunggu Mak Lang. Pak lang kena pergi imigresen menguruskan bibik punya permit di Kuantan. Sekian aje tulisan Pak Lang di sudahi dengan pantun lagi.... Nanti sambung besok lagi.
Bukan sakit yang boleh diukur,
Pening kepala, sakit satu badan
MakLang boleh ber_ak, terasa syukur
Itu lah Nikmat nya yang tuhan kurniakan
17 Comments:
hahaha..kelakarlah paklang nie,bersahaja jer.
lega gak sy mendengar perkembangan maklang...insyaAllah,cepatlah sembuh tu ek!
maklang lepas nie kene ajak paklang jd co-writer gak ni..hehe.
hv a nice rest ek maklang.
Kelakarlah paklang ni. Siap bunyi lagi tu. Ummi gelak guling2. Lega dahlah kan maklang..semua angin dah keluar, dah boleh mandi, dah boleh gerak. tak lah boring terbaring je.
Semoga maklang cepat sembuh. Take care
lepas ni pak lang boleh buka blog pulak. Ada bakat. Pasal ber*k pun boleh dapat satu n3. Bravo!!
Lega ye maklang dah bolih ekek:)
hebat paklang menulis kali ni semua perkataan di keluarkan....hehehe
alhamdulillah dah bolih buat physio tak lama lagi dah bolih naik speed lah to 50km:)
semoga maklang bertambah sembuh ye and paklang keep up to the good write-up.
Syukur Alhamdullillah. Lawak lah Pak Lang ni...tulis siap ngan "sound system" nya sekali...he..he...No offense lah sebab we fully understand Mak Lang's situation. Tak orang tak kita kan??
Sebab dah diberi kebebasan menulis....maklang terpaksa akur.....malunya di describe macam tu...tapi kalau berada dalam situasi maklang ni, rasanya kalau dapat mandi dan ber_k ni memang 1000 rahmat yang Allah beri....
Maklang akan mengundur diri buat seketika..entah sampai bila tak tau ...tapi InsyaAllah penulis jemputan nampaknya lebih bersemangat...dan Nampaknya peminat paklang pun dah ramai ni....enjoylah cerita Paklang, after all, dari teratak yang samakan...
Aduhai .. sabar ajelah baca ulasan selari Paklang ni. siap sound effect lagik
Nak ketawa pun ada.. tapi kesian lak pada Mak Lang. Bertuah Mak Lang dpt Pak Lang..bukan setakat jaga isteri.. jaga jugak blog isteri
Tapi memang betul lah kalau yg lama tak kuar camana nak masuk yg baru kan.. tu sbb Mak Lang tak selera makan..
Wah len kali kalau sya jumpa Mak Lang dah slim ek?
he he he hebat paklang menulis pembaca pasti tersenyum2 sendiri membacanya...moga maklang cepat sembuh. Take care.
Alhamdullillah mak lang dah boleh kentut buang air besar tu, cepatlah sihat nanti..
Zar dulu lepas operate pun tak sabar nak kentut sebab lepas tu baru boleh makan, selagi tu tak boleh makan..
Apapun, makan pantang, banyak makan vitamin c supaya luka cepat sembuh, rajin rajin buat physio supaya otot otot tak jem..
dah dengar sendiri dari mulut mak lang masih nak gelak baca pak lang tulis! itu sound system surrounding effect punya ka?? hehehehehe...itulah kan, simple thing kita nampak tapi kalau tak jalan semua system sangkut. Alhamdulillah memang seribu rahmat dah dapat bangun dan ziarah kamar kecik.
OO nak tabih berspring-spring kat Pak Lang sebab mak lang cerita detail lagi tu..tak tulis kat sini!! Tak semua orang boleh jaga isteri macam Pak Lang!
Dah banyak kilo turun elok lah kan..lepas ni jumpa sure dah selim melim ...
Take care Mak Lang dan Pak Lang.
u hv talent, paklang! lols. mmg gelak giler. i took care of my daughter with H for 10 days when she had an operation to correct her spine. so i can just imagine the situation maklang is in. and she didnt even get to shower for those 10 days because i was scared the wound wld get wet or infected. tapi dpt mandi, mmg terasa syukur sangat lah.
so good job paklang, in keeping us all updated, and in taking care of your darling.
ms t
kalau dah boleh kentut tu dah ok lah tu!!!!!! dah boleh balik rehat kat rumah lah pulak
Jo kalu tulis macam nii, kang kena berleter ngan Maaaaammm.
Ha ha haaaa..
(Yahooooo !!. Hmmmm,. Lega, rasa dapat tulis macam niiii)
Nikmat Kuew Tiau Bersama Kerang
Lega Bernafas Bersembang Berjam
Maka Terpancar Terang Benderang
Nekmat Tuhan Pelbagai Macam..
Alhamdulillaah.
hehehe... siap sound effect tu.. tapi best gak kan sebab ni blog mak lang.. esok2 mak lang sure nak baca balik kisah sedetail-detailnya...
terhibur rasa baca entry yang pak lang tulis.. hopefully boleh menghiburkan maklang yang sedang dalam process recovery tu...
semoga mak lang boleh cepat berjalan dengan laju... makan banyak sikit ye mak lang...
salam pak lang dan mak lang, lama tak mai cni so tak tau lah mak lang sakit apa. but its good to hear that nak lang dah sihat. moga mak lang bertambah kuat soon.
atenah
Hahaha memang lawak la entry pak lang ni. Tak sia2 tunjuk ajar mak lang. Tak pelah, mak lang rest la dulu. Bagi je ler penulis jemputan ni teruskan usaha2 mengupdatekan kami sumer.
Leen selalu baca blog mak lang ni...walaupun kita tak kenal, terhibur sungguh.
Semoga mak lang cepat sembuh dan pak lang, keep on the good update :-)
teringat time ayah jaga mak kat spital. kadang2 lucu tengok, but for the most part, membanggakan...
Good on ya pak lang!
Lekaslah baik maklang! Kurang idea nak masak dah ni. Sumber inspirasiku dapur tak berasap!
Post a Comment
<< Home