Terimakaseh teman2 yang ku sayang...
Assalamualaikum…
Alhamdulillah….pagi ini terasa kurang sedikit sakitnya. Petang and malam semalam, lengoh betul kat pinggang ni. Lepas makan pain killer tu, hilanglah sekejap. Maklang memang tak boleh duduk lama and kalau position duduk tu tak betul, memang le sakit. Nak buat macamanakan. Mohon pada Allah semuga semuanya akan beransur pulih selepas menjalani pembedahan ini, InsyaAllah…
Petang semalam, tak ada kawan yang datang. Cuma ada 2-3 sms dan phone calls yang di terima. Terimakaseh kepada teman2 yang prihatin. Moga2 keprihatinan teman semua akan dibalas Allah jua. Amin….
Malam tadi, kami makan satay! Cik abang beli jugak mee hailam yang maklang pesan. Rasanya..bolehlaa….tak ada apa pun yang nak dipuji. Mee hailam yang Angah buat lagi sedap. Tapi satay tu memang le sedap. Satay yang Cik Abang beli dari kedai yang kat simpang nak ke sepital ni laa…Satay Z tu…adalah kot maklang makan 5-6 cucuk…Eh…eh…orang sakit ni…tak pe kan…besok lusa dah tak boleh makan…Entah macamana keadaannya…tak tahu lagi. Mintak2 sihatlah dan bertambah kuatlah mintak2nya…Amin…
Sedang kami menjamu selera, masuk pulak 2-3 sms dari Kerteh dan jauh dari nun di sana. Dari Cik Simah kita. Terimakaseh lah Simah, ingatkan maklang. Terimakaseh kerana doakan maklang cepat sihat…Nanti bila sihat boleh lah menjamu mata kat teratak maklang. Buat masa ni , tak ada gambar makanan dah…Tutup kedai. Entah lah tak tau berapa lama…Kalau cepat recover, cepat boleh masuk dapur…sob..sob…
Nak buat ucapan ni…
Terimakaseh banyak2 pada Ummi tersayang kerana menalipon maklang tadi pagi…Renyai jugak maklang tadi…tapi kejap aje…
Alhamdulillah …maklang bersyukur kerana diberi semangat sedikit. Walaupun belum 100% tapi it is building up. Kalau risau2 tu cepat2 maklang baca apa yang teringat dalam kepala ni. Cepat2 beristighfar…Alhamdulillah..tenang sikit. Dan macam kawan2 kata, kena be positive. InsyaAllah…akan maklang usahakan….Usaha tanda kejayaan…Merepeklah pulak orang tua ni kan…
Terimakaseh makteh kerana memberi ayat tersebut. Alhamdulillah…ayat tu sekarang bermain dikotak fikiran maklang..memang membaca ayat tu sejak kena MRI lagi. Alhamdulillah…lega sikit sebab kita mengingatiNya…apa2 yang berlaku pun atas kehendakNya kan…Mohon diberi kemudahan pada Maklang ni.
Terimakaseh OO. Cerita OO tu memang memberi semangat pada Maklang. Alhamdulillah lepas dengar cerita OO tu , blood pressure maklang menjunam turun. Betul, tak tipu. Tadi pagi, misi sampai tunjuk ibujari tanda GOOD, sebab bp was low. Macam bahagi 2 dengan sebelumnya…Syukur..syukur..Mesti Kak Elle suka.
Rasanya cukup takat ni dulu makalng membebel. Belum mandi lagi. Hari ini lewat sikit sebab tak ada air nak mandi sejak semalam. Nasib baik sempat mandi lewat petang semalam. Tengah tunggu Dr pun ye. Lambat pulak dia hari ini. Kenapa entah. Kang kalau masuk bilik air nak berlama2 nak process itu ini, kalau Dr. datang, tersekat pulak...hai...cepatlah Dr...cepat...
Mungkin ini adalah N3 terakhir maklang, sebab besok tak tau sempat tak dapat buat N3. Sebab surgery dah ditetapkan sekitar jam 10:00 pagi. Maklang mohon ampun dan maaf sekiranya ada antara tulisan dan gurauan maklang selama ini menyakitkan hati atau tersentuh hati. Semuanya mungkin berlaku secara tak sengaja.. Almaklum kita manusia biasa yang tak terlepas dari salah dan silap kan. Entah bila pulak dapat updet, unless lah Cik Abang maklang nak updetkan keadaan maklang... Akhir kata...Doakan kesejahteraan maklang...Amin..Ya Rabbal Alamin...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Life
25 Comments:
maklang,
Hope you will have a very successful surgery. Get better soon ya..
Syukur BP dah turun:)Insya'allah maklang surgery will be 100% successful....amin.
Jgn ingat apa2 lagi ye?saya takmo call maklang takut saya pulak yg banjir kat sini walau apa pun saya doakan yg terbaik untuk maklang esok maklang selalu dlm ingatan saya ...'sumpah tak bohong':)
All the best for tomorrow bila dah sadar nanti buka mata tengok kat daisies tu nanti nampak saya tersenyum di situ....hehe
Satay Z tu lama tak makan, semalam masa lalu kat simpang tu memang ada sebut nak makan tapi pagi tak buka lagi restoran sate tu.
InsyaAllah segalanya berjalan lancar .. usah takut, serahkan segalnya pada pakar bedah dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Semoga selamat melalui pembedahan..hopefully pak lang boleh tolong updatekan keadaan mak lang.
Sedihnye baca entry ni..
Salam singgah tuk menjengok mak lang dari blog silversarina,
Alhamdulillah....jaga diri...
saya link mak lang yer..
Dear Mak Lang ... semoga surgery berjaya dan semoga cepat semboh. Ramai yang mendoakan you ... tabahkah hati ye. Kalau nak baik, terpaksalah bersakit dulu (entah falsafah apa ni, hee hee).
insyaAllah,semuanye akan berjalan lancar....insyaAllah,ada rezki next month sy ziarah mklang ek.semoga maklan sentiasa dipayungi rahmah-Nya.
Assalamualaikum Maklang,
Saya doakan Allah permudahkan segala urusan pembedahan dan rawatan Maklang
Amiin....
RAWATAN PENYAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak juga sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :
Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran
Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.
Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :
AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )
قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ | 14
وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ | 15
[14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
[15] Dan dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakinya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahuinya, lagi Maha Bijaksana.
AYAT SYIFA' - Yunus ( surah 10 : ayat 57 )
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ | 57
[57] Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
AYAT SYIFA' - An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )
وَمِن ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ | 67
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ | 68
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ | 69
[67] Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
[68] Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
[69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
AYAT SYIFA' - Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا | 82
[82] Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
AYAT SYIFA' - Asy Syu'ra' ( surah 26 : ayat 80 )
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ | 80
[80] Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.
AYAT SYIFA' - Al Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُوْلَئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ | 44
[44] Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad) : Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).
TEMAN DI ALAM MAYA - selalu juga jengah teratak mak lang utk menghilangkan boring, tapi lately dah kurang jengah, terkejut bila tahu yg mak lang admitted tapi tahu mak lang tak sihat semuga cepat sembuh eids63
moga semuanya selamat dan maklang segera boleh buat bellydance semula..
dah boleh update nanti, update lah cepat. resah menunggu khabar.
pertama-tama terima kasih banyak pada Eids63 yang berkongsi ayat-ayat syifa' ni. Insya-Allah kami yang lain boleh manfa'atkan sama!
Mak Lang, betul ke BP dah turun? syukur banyak-banyak. Jangan risau ya kak. Kami semua do'akan akak.
Mintaklah Pak Lang update kan keadaan akak esok nanti. Kesian kami tertanya-tanya nanti.
Akhir sekali, peluk cium - don't worry, relax, insya-Allah evertything will be just fine.
moga maklang terus sihat & sembuh insyaAllah...
daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...
be strong ok...
prays for the best to mak lang..
maklang...
dari kejauhan ini, saya doakan yg terbaik untuk maklang and family. setiap satu kejadian dan ujian Allah, pasti ada tersirat hikmah dan kasih sayang-Nya pada hamba2Nye...
moga cepat sembuh,ye Mak Lang...
CAt:
Thanks...pray for my recovery ye....
Kak Elle:
Alamak...BP tu naik balik pulak petang tadi. Seram lah sebab tadi misi datang ambik darah untuk nak match kan dengan tabung darah dari GH. Untuk emergency. Hopefully semua nya akan Ok, InsyaAllah...
Rina:
Thanks for the sms...thanks for the words of encouragement...
Moga2 semuanya selamat ye...Masih ada rasa seram sejuk dan kecut perut...Doakan maklang ye...
Ummu Asiah:
Moga2 doa kita semua diperkenankanNya...Amin..Amin Ya Rabbal Alamin...
Queen:
Ini kira falsafah Queen-queenlah ni..hari ini baru rakyat biasa tahu..he..he..
Terimakaseh Queen kerana mendoakan maklang ye...
Tulip:
Terimakaseh...InsyaAllah kalau ada umur, kita jumpa nanti and harap2 masa tu maklang dah sehat seperti sediakala ye...Amin...
Cendawanintim:
Silalah link...maklang suka ada ramai kawan..:)
Moga2 selamat ye...
Anon:
Terimakaseh...
Anon 2:
Terimakaseh Eids63:)
InsyaAllah...berkat doa Eids63, maklang akan sembuh dan dapat bekerja dan berkhidmat pada suami dan anak2 seperti biasa...Amin..
Terimakaseh atas ayat2 itu...InsyaAllah ye..harap2 doa kita diperkenankanNya...Amin...
Ood:
Maklang dah tinggal pesan mintak paklang updet kan...tengoklah nanti kan...
Thanks Ood...doakan maklang..
OO:
Terimakaseh doakan maklang ye..Seram sejuk...kecut perut, semuanya...entahlah..kan...ini semauanya dugaan dari Allah..dan kita sebagai makhlukNya harus redha...
sualeen:
Thanks...betul tu dariNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali...
Moga2 semuanya selamat ye...
Doakan maklang ye...
Zareda:
Terimakaseh.
Cikguzue:
InsyaAllah ye..moga2 ada hikmah atas apa yang berlaku...
Semoga Mak Lang cepat sembuh dan semoga sembuh sepenuhnya juga...
Dear Mak Lang, saya doakan Mak Lang tenang dan tabah, semuga surgery esok berjalan lancar, dan supaya dipermudahkan dan cepat2 sembuh. InsyaAllah..
Adah
maklang..
kami sekeluarga doakan maklang berjaya dalam pembedahan esok..
insyaAllah..everything will be ok... semua rakan sentiasa berdoa utk mak lang... :0)
simah n keluarga
maklang.....doa dari LiL dan saya semoga selamat maklang jalani pembedahan....
idham
Post a Comment
<< Home