Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, December 15, 2008

Anakku dah bujang sunti!

Assalamualaikum...


He..he...he...SyukurAlhamdulillah...hari ini telah menjadi satu hari yang bersejarah..Si bujang dah jadik bujang sunti..he..he..dah selamat dikhatankan pagi tadi jam 10:53pagi. Maklang macam biasa ke pejabat pagi tadi. Berkejar jugaklah sebab malam tadi ada tamu. Dapat call dari kawan lama yang pernah tinggal di Kerteh. Berpindah ke Bintulu hampir 2 tahun yang lalu tapi masih berhubung kasih dengan kami sekeluarga. Memang masa mereka di sini, kami memang rapat. Ialah kami semuanya merantau kat sini...So, lepas dari dapat call tu dok berfikir nak jamu apa. Mulanya Kak Asmah kata, tak payahlah jamu apa2 sebab tahu maklang kerja dan tak mahu menyusahkan. So, maklang sms dia, kita makan kueh ajelaa ye...Dalam fikiran tu, nak buat puding telor aje. Tu aje yang ringkas. Tapi tak sedaplah pulak sebab orang datang jauh2 kita kasi makan kueh. Alhamdulillah terpikir nak buat spaghetti. Maka spaghettilah jadinya. Nasib baik ada 4 extra tangan tolong potong bahan2. By the time maklang balik dari kedai sebab beli capsicum and bahan2 lain bibiks dah siap potong mushroom dan sedikit bahan2 lain. Sempatlah jamu Kak Asamah dan family makan spaghetti. Dan sempat jugak makan puding telor bercoklat. Seronok bila tengok tetamu makan banyak..Tak tahulah sebab sedap atau pun sebab dah lewat...Apa2 pun it was a happy meet!
Ini Kak Asmah dan Abang Man dengan Hakim
Keluarga kami ( minus Along sebab Along kena sakit perut- makan nasik goreng pedas banyak sangat!) dengan keluarga Kak Asmah. Yang berdiri belakang Maya tu, masa dia kecik2 memang dah jatuh hati kat Maya. Sekarang Azim baru Form2, tapi nampak cam jauhnya dengan Maya in size! Mana tau kot2 ade jodoh...he..he..Marah si Maya ni kalau tau mak dia letak kat blog ni. Jadik cannibal lagi nanti!

Bila tamu pulang maklang sambung sat jahit sebab rasa cam tak sempat nak meet target date nak siapkan beg kawan ni. ALhamdulillah banyak jugak tempahan. Now ni tengah pening nak siapkan. Tunggu ye Cikdenoor kat KL, Nut and Linda kat JB, Ibusara punya runner and sarung bantal semua...ee..banyak lagi ni...kena tambah jari2 lagi..Alhamdulillah..Tu sebab tido lewat!

++++++++++++++++

Sambung kisah bujang ku berkhatan...

Maklang keluar jap tadi dari office sekitar jam 10:00pg. Hakim ke Clinic bersama Abah dia dan Datok Kuantan and Kak Maya. Semenya nak kasi moral supportlaa...Taulah anak bujang manja ni...Penakut jugak nak sunat! Sebenarnya lama dah pujuk dia. Saje beritahu supaya at least dia prepare diri dia untuk nak sunat. Kakak2 biasalah mengusik, nanti kena potong semelah, pakai gergajilaa, manalah budak sorang tu tak takut! Kadang2 Atok Johor pun sama kacau cucu kesayangan dia tu! Puas pujuk, at last dia nak. Masa di Langkawi tu pun dah upah kereta remote!

So, tadi dia datang ke Clinic bersama sehelai kain pelekat. Cewah...relax nampak. Cam tak ada apa2 aje. Lepas dia tengok budak2 lain keluar dari bilik Dr. tak ada sorang pun yang menangis. Seme senyum. Ramai yang berumur 9 tahun ke atas, cuma seorang lagi 6 tahun dan Hakim 7 tahun. Biasalah sementara nak tunggu masuk bilik, bukannya tau duduk diam!
Wah...ceria je nampaknya...

Tu dah takut tu...siap blame mak dia kenapa tak khatankan dia masa kecik2. Maklang beritahu dia yang masa kecik dia sakit, lepas tu dia kata ..tulaa...mak tak makan makanan yang baik2 sebab tu Hakim sakit...hmmm macam2 dia fikir!



tu cam nak suspense jer..

Bila turn dia sampai, dia masuk bilik Dr. tapi dah mula takut2. kelakar. At first maklang tak masuk, tapi bila dah macam lain macam maka mak pun masuklaa...Lama jugak pujuk nak suruh dia naik atas katil tu nak suruh baring. Dr. Zac yang sunatkan dia tu memang dah biasa dengan kami. Dr. pun tau si bujang tu manja sangat. So, relax2 laa kata Dr. Memang mim -nun- jim- aliff si Hakim ni, maklang cakap dengan Dr. All the way masa Dr melakukan kerja2 dia maklang dok peluk aje Hakim. Abah dia pegang tangan dia kot. Tapi memang lah berpeluh bujang tu. Dr. belum apa2 baru cucuk ubat bius, dia dah jerit. Sepanjang proses berkhatan tu dia menangis aje...Sambil2 tu mak terpaksalah menenangkan dia, kata nanti dah baik kita pi kedai 'meinan kami' kat MM nak beli meinan yang dia dok berkenan. Sib baik maklang tinggal tampung aje sebab budak2 banyak gak duit mereka hasil pemberian wan dan ada kawan2 yang datang...he..he..

Takut3..takut3 dah tu!
Punyalah sedih lepas dah dikhatankan!

Tu ha...sedihnya dia!




Selesai dari proses itu , maklang bawak dia balik. Hantar sampai ke bilik maklang. Kasi remote astro kat dia and kata hari ini whole day TV tu dia punya. Kak Maya was very supportive kata nanti Hakim nak makan dia yang nak suap. Memang ari ni dia jadik rajalaa...

Tengahari tadi masa balik, abah dia uruskan dia masa nak buang air kecik tu, nangis at 1st tapi bila masuk toilet 2nd time dah Ok dah. Alhamdulillah. Petang maya antar message kata adek dia dah tak nangis and dah makan bubur satu mangkuk , banyak! Petang lagi maya report kata adek dia dah boleh main kerete remote! SyukurAlhamdulillah, berbaloi melalak tadi sebab malam ni dia dah OK...Tu dah tak nangis...Handal jugak lelaki sejati maklang ni. So, sebagai upah, maklang belikan 2 large pizzas...





Tu ok dah...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
h

Labels: ,

27 Comments:

At December 16, 2008 at 1:33 AM, Blogger Queen Of The House said...

Bravo Bravo! Macam tu lah hero, cakap kat Hakim. Tak yah nangis sebab sakitnye kejap aje. My si kecik pun dah selamat .... selamat belanja duit yang dia dapat selepas berkhatan, beli mainan Hot Wheels at Toys-r-us!!

 
At December 16, 2008 at 1:47 AM, Blogger Neeza Shahril said...

hehehe.. dah sunat dah Hakim.. cepat jugak tu. Tapi takpelah sebab dia 'sihat'. Elok la awal sikit kot..
tapi sedihnya tengok muka dia lepas sunat tu.. kesian pun ada.. cuma, nasib baik lah tak lama lagi ada upah mainan hehehe...

lepas ni Hakim boleh ngorat anak dara lah yeee.. tapi, kena dapat permission mak dulu tau hakim.. :)

 
At December 16, 2008 at 4:55 AM, Blogger D said...

huhuhu.... cian kat si comel tuh! Tak pe, boleh la demand simpati sket dengan muka sedih tu! :)

 
At December 16, 2008 at 6:16 AM, Blogger Kak Elle said...

Congrats Hakim ... monyok nya muka lepas keluar bilik doctor...
macam ni dah tak bolih lah nak jadi suami mak lagi...hehe

 
At December 16, 2008 at 7:34 AM, Blogger cikMilah said...

Macam tu la hero mak,nangis kejap lepas tu OK la...

 
At December 16, 2008 at 8:26 AM, Blogger silversarina said...

salam,

Laa patut masa I pergi hantar barang Hakim tengah pegang kain pelekat , nak jadi bujang sunti rupanya tahniah Hakim !!

 
At December 16, 2008 at 10:44 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Sekarang, bebudak berkhatan kat klinik ya... Dulu2, bebudak berkhatan kat umah aje... Ada anak jiran sebelah umah mak kat kampung, menjerit2 bila dikhatan... :)

 
At December 16, 2008 at 10:58 AM, Anonymous Anonymous said...

bravo buat hakim..

dah jadi teruna sunti ek

 
At December 16, 2008 at 11:09 AM, Anonymous Anonymous said...

tahniah akim, selamat melangkah ke dunia remaja.... aunty eids63

 
At December 16, 2008 at 11:57 AM, Blogger Ezza Aziz said...

ala comel nya si Hakim ni...dah bersunat nampak kiut lagi...
Nasib baik dia tak banyak ragam kan Maklang,
Saya geli hati bila Maya kasi repot dia dah makan bubur satu mangkuk!!selalu nya orang tak lalu makan sebab sakit...Hmmm anu dia yang sakit ,bukan perut nya,,,haha

 
At December 16, 2008 at 12:13 PM, Blogger Tie said...

Hmmm...hakim dah besar tu... tak lama lagi makin besarlah dia..moga2 cepat sembuh, ekk.

 
At December 16, 2008 at 2:02 PM, Blogger Mama Rock said...

hakimmmmmm! selamat menjadi bujang kecil :)

 
At December 16, 2008 at 2:26 PM, Blogger maklang said...

QOTH:

Ni dah Ok dah kak...tapi manja yang sebabkan dia melalak tu..bukannya apa...

Up till today masih jalan terkangkang lagi!

Neeza:

Alhamdulillah dah selamat, kalau tak asyik defer aje. Senang kalau buat kecik2 , kang kalau dah besar kang malu pulak kat Dr. and Dr pun malu!

Ngorat mak dia aje tu...

D:

Kseian jugak tapi nak buat macamana??? Dia cam tak demand, tapi kami yang manjakan sangat!

 
At December 16, 2008 at 3:37 PM, Blogger My Life My World said...

Tahniah Hakim ... dah dewasa. Comei jer muka dia lepas sunat.
Kelakar pulak dengar cerita nih.

 
At December 16, 2008 at 4:06 PM, Blogger chekdenoor said...

wah........ dah pecah suara ker teruna sunti mak lang..... hmm....chekdee cuma ada anak dara sunti jer...... hehehehe....... tak pernah ada pengalaman seperti maklang.....

 
At December 16, 2008 at 6:02 PM, Blogger Mak Su said...

yeah, yeah, caiyuk, caiyuk

 
At December 16, 2008 at 7:08 PM, Blogger zura aini said...

dah jadi anak bujang dah dia. lepas ni kena jadi macho, takleh merajuk lagi.

 
At December 17, 2008 at 6:53 AM, Blogger zino said...

tahniah pada HAKIM... memang dah sah dah bujang anak mak sorang tu hehe..

si hazwan tu tahun depan ingat nak nak suant kan juga.. sekarang ni kalau sebut sunat je terus melalak.. tak apa lah yg dia dengar pasal sunat tu agak nya hehe..

 
At December 17, 2008 at 10:20 AM, Blogger Sally said...

Salam,
tahniah Hakim da jd a young man..anak Sally si Iman masa sunat last year siap kena pergi ER pukul 2 pg..tido lasak sangat..bleeding semula..harap2 hakim x jd mcm abang Iman eh..

 
At December 17, 2008 at 10:34 AM, Blogger pB said...

anak sedara pB 4 orang yang berkhatan tahun nie.

2 di Kay El.
2 di KB.

Yg kat KB tu , kalau kita tengok , macam tak berkhatan. Punyalah aktif. Siap boleh panjat panjat kerusi meja lagi tu.

Ada satu hari tu , dia ikut sorang lagi sepupu tu ke tepi sungai. Musim musim hujan , mesti lar banyak pacat ....

Sekali , bila nak mandi , tengok tengok ada yang singgah kat tempat tu ...

Sib baik tak melalak ....
Yg heran nya , dia boleh cakap , tak rasa sakit apa apa pun ...

Hu yuuuu

 
At December 17, 2008 at 11:29 AM, Blogger lina said...

Tahniah Hakim, dah jadi teruna trang tang tang. Bolehlah bercinta lepas ni. wakaka...

-another Lina-

p.s. maklang, TQ tinggal jejak kat blog saya. :-)

 
At December 17, 2008 at 7:53 PM, Blogger maklang said...

D:

kalau tak sakit demand, apalagi kalau sakit!

Kak Elle:

Memang monyokla mula2 tu tapi ni dah OK!

Cik Milah...Hero Hindustan tu! he..he..auta je lebih!

 
At December 17, 2008 at 7:56 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Memang dah nak pergi sangatlah tu...Terimakaseh banyak2 hantar barang2 tu..

Cat2:

Bujang maklang pun melalak...manja aje lebihnya!

Zar:

Jangan marah kalau nanti dia nak tackle ika pulak! he..he..

Kak eids:

Dah kira remaja ke kak..? Baru 7 nak masuk 8 tahun aje!

 
At December 17, 2008 at 7:58 PM, Blogger maklang said...

Kak Ezza:

Makan dia kalah orang yang sihat! Kasi apa aje boleh masuk!


Tie:

Menjadi lebih manjalah dia!

Mamarock:

Bujang kecik tu memang jadik lebih manja!

 
At December 17, 2008 at 7:59 PM, Blogger maklang said...

Mylife myworld:

Hakim tu in any post pun comei...geram nak geromol!

Chedenoor:

Tak pecah suara lagi...baru 7 tahun!

Mak su:

Caya..anak maklang tu kan!

 
At December 17, 2008 at 8:02 PM, Blogger maklang said...

zany:
bujang kecik tu...entah bila nak jadik bujang besar.

zino:

tu nasib baik makan pujuk..kalau tak , tak menjadik jugak. ni dah selesai Oklah Alhamdulillah..

Jaja:

InsyaAllah tak kot...maklang seram nak letak ubat, abah dia yang jaga dia...

Pb:

Tak ada geng pun dia..sorang aje sunat. Dikelilingi bidadari laa...

 
At December 17, 2008 at 8:03 PM, Blogger maklang said...

Lina:

Akim nak bercinta ngan mak dia aje kot...he..he..

 

Post a Comment

<< Home