Menerima tetamu
Assalamualaikum
Musim2 cuti dan hujan ni ramai pulak kami menerima tetamu yang tiba lewat malam. Lewat tu adalah lebih dari 9:30 malam ke atas. Kadang bila dah terlalu lewat tu, tak ada idea nak kasi makan apa. Agaknya otak pun dah tido jadi malas nak pikir kot.
Last Thursday nite, maklang terima call dari seorang adekk yang dulu pernah kerja satu opis dengan maklang. Masa tu dah pukul 10:30pm kot. Dia kata nak datang rumah. He..he…silakan…dan dia tiba around 10:40pm kot. Ialah lama tak jumpa, sejak dia bertukar kerja ke KL dan kemudian dihantar bertugas di China, dan sekarang pula di pejabat baru di UAE ( tak silap!), memang itu adalah petemuan pertama sejak 3 tahun lepas kot. Dia datang bersama isteri dan 2 anak serta seorang anak saudara. Sekejap masa berlalu, anak pertama dah 4 tahun yang ke2 dah 1 tahun dan InsyaAllah akan datang tak lama lagi ada 1 lagi dah on the way. Tak tahu apa nak hidang, nasib baik Bibik Nurfaezin ada tolong buatkan teh dan serve coklat kek yang ada kat dalam peti ais. And nasib baik anak dia suka sampai kami bekalkan!
Then 3 malam lepas, keluarga Kak Asmah tiba pulak jam 9:30 malam. Dah cerita dalam N3 yang lepas. 2 malam lepas pulak Pak Chu singgah dengan keluarga mertua ke rumah kami. Tak tau nak buat apa, makalng siapkan cucur udang yang di goreng bibik. Kesian, tak sangka yang mereka akan tiba 1 jam selepas dia talipon sebab dia nak singgah rumah adek dia kat Paka, kalau maklang tahu, sempat jugak gorengkan nasik! Tak apalah tak ada rexeki. Yang pentingnya sempat jugak kasi makan. Tapi yang memalukan ialah bila mertua Pak chu nak tengok rumah…He..he…waktu2 malam macam tu, rumah agak tonggang terbalik lah semenya dah bersepah. Bilik along tok sah ceritalaa…tongkang pecah pun lagi cantek. Tak tahu macam mana nak buat dah. Maklumlah musim cuti dan dia pulak tengah sibuk nak sort buku2 mana yang tak perlu lagi…Ish..ish..malunya…
InsyaAllah besok malam pulak, entah pukul berapa adek ipar maklang yang tak kurang ke’perky’an nya akan tiba bersama segerombolan anak2nya. Sure heboh lah rumah maklang..he..he..Lama mereka tak datang sini. Kabarnya nak meredah Pasar Payang…Habislah kedai2 Pasar Payang laku seme barangan di borong agaknya…Maklang mungkin tak ikut kot sebab hari Jumaat ( besok ) nak ke KT dah. Anak kawan maklang kawin ( bertandang) kat KT. Acara besok tak confem lagi. Yang pasti anak2 nak ikut. Kalau Cik Abang tak pergi, terpaksalah maklang drive sendiri. Kalau anak2 ikut, kurang lah rasa takutnya…
++++++++++++++++++++++
Sebab kaki and lutut sakit, malam tadi, maklang mintak bibik, my personal tukang urut , urutkan kaki/lutut maklang. Menjerit jugaklah sebab urat semenya dah berselirat! He..he..lepas ni no air batu laa…Then maklang duduk kat kerusi urut yang dah 6 bulan di tinggalkan (orang lain duduk, tapi maklang tak, sebab takut dia urutkan pinggang I yang masuk besi tu!). Maklang letakkan bantal kat pinggang supaya bila dia roll kat pinggang, taklah kena besi tu…
Maaf N3 ni berterabur..he..he…wiken mood dah ni!
Oklah..sini dulu..kerja banayk menunggu…selamat berhujung minggu!
P/s: Nek..beg nek dah 3 buah siap…
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
17 Comments:
Wah!! Maklang cuti sekolah ni acara menyambut tetamu di rumah maklang...seronok kan bila tetamu datang...macam akak minggu ni pun insyaallah ada tetamu...
Kesian kat mak lang....... hmmm kalau chekdee....sure tarik muka juga...kalau ada tetamu nak datang bertandang selepas jam 10 malam....... sebab nyer....kita nak rehat dah masa tu..........
ramai betul tetamu rumah maklang..
murah rezeki tu orang kata.. tetamu datang bawak pahala.
Nak tengok rumah ya.. memang lah maklang.. rumah maklang unik dan cantik. mesti orang tak lepas peluang nak meninjau2 kan.. :)
ishh maklang ni rupanya minum air batu yer.. mana tak sakit urat..
zar ni dah setahun lebih operate pun tak berani lagi sentuh air batu lagi.. nasib baik ada bibik pandai urut kan.. hehehhe
sekali lalu terpandang tajuk "terima menantu" ek ehhhh takkan baru semalam dua berkhatan dah terima menantu, ho, hoo, ke situ pulak ehhh.
Best terima tetamu, tapi kalau ada assistant tolong itu ini bagai lagilah bestkan, kalau tidak bengkok tulang, he, he.....
keseronokan dan keberkatan melayni tetamu datang, InsyaAllah.
alhamdulillah ramai pengunjung kan?
tetamu datang bawak rezeki ,malam-malam pun memang tak kisah , nak-nak musim cuti sekolah ni , meriah rumah , best.
lagi ramai tetamu lagi murah rezeki.. mereka yg datang tu menambah rezeki maklang melimpah ruah..
Maklang,
Seronok betul kalau ada kawan datang ke rumah....tambah-tambah kalu yang datang tu yang dah lama tak jumpa.
kak anie:
Alhamdulillah ramai jugak ingat kita kat ulu ni..memang seronok terima tetamu ni...
chedenoor:
Tak leh tarik muka chede, nanti orang lari..muka maklang ni garang...tarik panjang2 nanti orang takut!
neeza:
ALhamdulillah..nanti neeza balik, datang lagi eh...
zar:
Tu padan muka maklang ..kan...tak tau nak pantang...ni baru nak pantang!:(
Alahai, kalau macam tu, nanti saya dan famili akan sampai rumah Maklang selepas Subuh. Tapi jangan susah -susah, sebab saya cuma sarapan dengan Ot dan Air panas kosong sahaja.
mak lang..
bkn senang tau org nk dtg umah kita..hanya yg betul2 ingat kita je yg sanggup dtg hatta waktu mlm sekalipun....
best kan ramai kawan..rezeki pun bertambah2..
hehehehe malam2 serbu umah org... seb bek willing host .... ps mn pics??
zany:
memang suka kalau orang datang rumah..
zany bila nak ke mari??
kak elle:
Tetamu yang kat singapore tu yang tak tiba2 lagi...
Rina:
betul tu...
zino:
begitulah kata orang2 tua...
Manlaksam:
Aha..seronok jumpa kawan 2 yang lama tak jumpa!
Abang Long..
Kalau datang lewat pun kami pasti menerima..he..he..tapi kalau nak makan kena habaq awal2 laa kan..
Nur:
Alhamdulillah..setakat ni ramai jugak yang singgah...taklah rasa sunyi sangat duduk j auh dari sedara mara!
Mr. Zee:
Terimakaseh nak singgah Teratak maklang...Tu gambar dah masuk kat N3 baru..Awat Pak Chu tak masukkan kat blog Pak Chu..?Sure gambar lagi cantek...camera canggihlah katakan...
Post a Comment
<< Home