Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, December 13, 2008

Seronok

Assalamualaikum...

Lengoh dah rasa pinggang ni. Entah kenapa rasa seronok hari ini walau tak kemana. Duduk memerap kat bilik jahit sejak dari pagi. Sambil layan Prison Break yang Along download, maklang jahit manik2 kat beg RE maklang tu...Telinga bertutup dengan headfon sebab takut kacau Cik Abang yang 'sambung' beradu lepas solat Subuh. Letih agaknya sebab semalam seharian teman maklang ke Kuantan. Ialah dari pagi bawak maklang ke DO3, sebab ada meeting. Sementara maklang meeting, dia bawak Hakim pergi ke Teluk Cempedak. Kesian dia...tapi nasib baik, ada yang nak bawak maklang pi Kuantan, kalau tak sorang2 ajelaa...Alhamdulillah Ok..Besok kat ofis sambung pulak kerja semalam...


Kami tiba Kerteh lewat jugak, maklang sempat pi jumpa sepupu maklang semalam ( Cik Abang pi solat Jumaat and tinggalkan I kat situ..)...he..he..kedai kain I ler...cari kain tebal lagi untuk nak buat kusyen kawan maklang. Then jumpa pulak kain biru cantek...nanti boleh buat beg kawan lain yang kat JB tu...Lepas dah penat kat situ pusing kat kain2 ela pulak. Hmmm...melekat ler 2 helai, 1 untuk Wan...hadiah kat Wan sebab tolong jahitkan baju anak2. Dah hantar jahit pun kat Kak Ton, my feberet tailor. Sempat jugak capai baju sekolah and kasut seta setokin si bujang..


Kita berbalik pada cerita pagi tadi eh...

Sebab seronok sangat jahit tadi, maka segala tulang ni lengoh macam nak apa...sekarang ni maklang tersandar atas katil mengupdet blog. Rasanya tak larat dah nak menjahit...Selesai updet ni, maklang nak solat and then layan TV lah pulak...Silap2 TV yang menghadap maklang...

Ini design baru. Tak ada idea masa nak buat ni kat Langkawi ari tu. Tuan punya kata nak English design, so maklang rasa ini boleh laa kot...harap2 dia suka..
Beg ini pun baru aje siap tadi petang, tapi tak 100% lagi sebab masih belum kemaskan kat bahagian atas. Tunggu jugak butang yang maklang tempah tu tak sampai2..
Ini pun buat kat Langkawi...Payahnya lah nak matching kaler sebab kat bilik tu guna lampu kuning. Ini beg besar tau...tak kecik cam letak camera tu. Ni Mas dari Perlis punya...InsyaAllah siap lagi, harap by next week, maklang poskan yer! :)
Ini kepunyaan Zura kat KK...InsyaALlah kalau tak ada apa aral akan post by this week...


Ini pulak oven glove. Ada banyak lagi nak buat...mana tau ada yang berkenan..
Ini lagi pening. Maklang perapdah 3 bulan agaknya, Entah berapa kali ganti riben, asyik nampak tak sesuai aje. Kaler biru tu sebenarnya light purple...Hmm...entah kaler apa nak letak riben tu. Angah kata cam gelap semacam...Pening..pening...harap2 Ibusara faham...maklang nak sangat siapkan tapi entah, macam payah aje nak matching kaler!
Kalau ada sape2 yang berkenan nak order, bolehlah melawat blog jahit maklang...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

16 Comments:

At December 13, 2008 at 9:22 PM, Blogger cikMilah said...

tu dia.. berderet, orang yang tengok pun seronok, apatah lagi yang membuatnya!

 
At December 13, 2008 at 9:57 PM, Blogger Abang Long said...

Ok, boleh tak Maklang jahitkan sesuatu yang menampakkan ciri - ciri 'kejantanan' pada kain tu. Contoh, kalau bunga dikatakan feminin. Kalau corak kotak warna garang itu ciri 'jantan'. Alahai ... tak pernah saya tinggalkan jejak begini dimana mana blog. Bukan apa, saja teringin nak lihat hasilnya. Maaf ya, saya bukan nak paksa, cuma rasa teringin nak tengok je. Tapi kalau Maklang sibuk, abaikan sahaja permintaan ini.

 
At December 13, 2008 at 10:03 PM, Anonymous Anonymous said...

cik milah:

ha...tu dia...geram sebab tak dapat nak siapkan seme...jem dah belakang ni...

Abang Long:

Jap...jap...maklang pikir, camana gaknya ciri2 kejantanan kat beg tu..kang kalau 'jantan' pakai beg ni, walau gambar ada kejantanannya...takut pulak jadi lembut..he..he... ;)..Kelakarlah Abang long ni...

 
At December 13, 2008 at 11:05 PM, Blogger zura aini said...

kalau saya, sumpah tak guna oven glove cun tu, kang habis bunga terbakar. saya akan buat hiasan je lah.
puashatikan menjahit sendiri. teringin saya ni, tapi kerja yang wajib pun tak settle lagi. Malas betul.

 
At December 14, 2008 at 6:30 AM, Blogger Kak Elle said...

sibuk selalu ke maklang?

 
At December 14, 2008 at 8:41 AM, Blogger Tie said...

Maklang suka tgk prison break jugak ke?? Tie suka , tgk yang download dari adik tu... Tapi sekarang takde masa...tunggu free.

Tu sulaman memang cantik. Kalau boleh nak pinjam jemari maklang tu kejap. Jeles betul!!

 
At December 14, 2008 at 11:15 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Maklang.
Chik berkenannya dengan beg yang warna hitam tu. Maklang jual berapa RM satu? Ingat nak tempah satu.

 
At December 14, 2008 at 12:44 PM, Blogger Neeza Shahril said...

makin cantik RE maklang.. banyak nampak tempahan tu.. sure busy sakan maklang sekarang kan..
takpe.. murah rezeki tu maklang.. nanti boleh cuti cuti malaysia lagi.. :)

 
At December 14, 2008 at 5:24 PM, Blogger maklang said...

zany:

boleh buat hiasan dan boleh guna...lagipun maklang jual bukannya mahal pun! Nak order??

Kak Elle:

Kalau tak sibuk pun buat2 sibuk pun jadiklaa...

 
At December 14, 2008 at 5:27 PM, Blogger maklang said...

Tie:

Maklang memang suka Prison Break. 24 pun suka...he..he..memang tengok yang Along dload jer...

Nak pinjam jariTak payah lah..tempah ajer..lagi senang...he..he..win-win situation!

Chik:

Kalau nak tempah, hantar email dan nyatakan requirement. Nak tau harga pergi ke blog jahit maklang.

 
At December 14, 2008 at 9:27 PM, Blogger chekdenoor said...

Salam, tangan maklang ni memang tangan tukang jahit...kemas jer susunan bunga tu.....

 
At December 15, 2008 at 7:29 AM, Blogger silversarina said...

salam,

I'm back ....pagi lagi dah menjamu mata kat RE ni yang semua yang cantik belaka...dan gambar-gambar cuti tu memang nampak sungguh meriah.

Rasa nak cuti lagi ,bestnya :P

 
At December 15, 2008 at 7:30 AM, Blogger silversarina said...

I pun macam zany, memang simpan dalam almari je oven glove tu, sayang babe :)

 
At December 15, 2008 at 6:03 PM, Blogger aNIe said...

Banyak tempahan maklang...dlm penat2 banyak jugak yang siap...

Akak ni angin malas dah mula meniup segala yang patut dibuat semua terbengkalai

 
At December 15, 2008 at 10:14 PM, Blogger zino said...

makin cantik design yg maklang buat.. sape yg tempah tu pasti puas hati..

 
At December 15, 2008 at 10:58 PM, Blogger maklang said...

Neeza:

Terimakaseh...

Chekdenoor:

Terimakaseh...Terimakaseh kerana sudi nak tempah..nanti InsyaAllah maklang siapkan...

Rina:

TQ...Kalau simpan aje...tak pe ke kalau tangan yang terbakar!

Kak Anie:

Buangkan Big M tu...jemput Big R datang, barulah siap semenya...

Zino:

TQ..Zino tak mo tempah ke? sure mem suka..he..he..

 

Post a Comment

<< Home