Semangat...
Assalamualaikumm
Assalamualaikumm
Resah dijiwa ini masih belum reda lagi. Tapi InsyaAllah...InsyaAllah berkat doa suami, anak2,Wan dan Atok, saudara mara dan teman2 di alam maya dan nyata, semangat maklang akan menjadi lebih kental untuk menghadapi dugaan ini. Dugaan yang memang tak pernah terlintas dibenak fikiran maklang...
Ya Allah...kau berilah hambamu yang kerdil ini semangat yang kuat untuk melalui dugaan ini, berilah hambamu ini keyakinan yang kuat untuk menghadapi segalanya dengan tabah dengan penuh keredhaan. Segala apa yang berlaku adalah atas kehendakMu Ya Allah...berilah hambamu ini kemudahan untuk melaluinya Ya Allah...Ya Allah...ampunkan dosa2 hamba Mu yang leka dan lalai ini. Jadikanlah hamba Mu ini insan yang selalu bersyukur dan jadikanlah hamba Mu ini seorang insan yang baik.. Mudahkanlah segala apa yang bakal dilalui dan peliharalah kami Ya Allah...Amin..Amin...Ya Rabbal 'Alamin....
*********************
Semalam anak2 dah pulang. Cik Abang hantar mereka balik tengahari semalam sebab hari ini periksa. Betapa maklang rindukan mereka. Walaupun dayang dan dayung tu buat bising ke, mengimpit atas katil hospital ni... tapi itulah semangat maklang sebenarnya. Nasib baik Cik Abang ada bersama...kalau tak memanglah hujan lebat lagi. Waktu2macam ini memang kita memerlukan seorang yang rapat dengan kita ada bersama. Alhamdulillah Cik Abang memang sentiasa bersama untuk nak memberi semangat.
Terimakaseh jugak untuk Kak Elle yang jauh di selatan kerana melayan dan memberi semangat kepada maklang walaupun melalui YM. Terimakaseh kerana menghantar 'personal' perutusan a.k.a Private eye tu...Cantek bunga tu and the chocolate nampak sedap. Nanti bila anak2 sampai Khamis or Jumaat ni, maklang suruh mereka makan. ( Kak Elle mintak teman kak Elle , Yeen, yang tinggal kat Kuantan personally hantar a vase of daisies and chocolates. Tak lupa jugak one big hug from Kak elle thru Yeen. Gambar tak dapat tunjuk sebab USB camera tak ada ni...)
Terimakseh buat Rina kerana susah payah bertanya pada teman2 yang dah melalui proses ini. Walaupun mendengar process ini amat menakutkan maklang, tapi maklang tawakkal dan berdoa pada Allah semuga semuanya akan berjalan lancar dan perocess recovery akan cepat ye...
Baru sebentar tadi kami menerima tetamu. Awal pagi kawan2 dari Office Kuantan ( dulu sedepartment dengan maklang di Kerteh), dah tiba. Ada bawak kueh Apam dan karipap dan kueh bom kot. Terimakasehlah kerana memberi semangat pada Maklang. Mereka berdua ni nak ke PD kerana urusan kerja. Jadik mereka singgah untuk nak melihat maklang. Terimakaseh sekali lagi.
Sedang kami berbual Dr. datang lagi. Tak ada apa Dr. nak check, cuma nak bagi assurance supaya maklang tabah dan jangan risau. Then datang pulak jiran lama maklang yang nak balik ke Seremban.
Then tetamu kami, Rina dan suami tiba...Seronoknya rasa. Rasa semangat naik sikit sebab ada kawan2 datang. At least terhibur jugak hati ni. Rina sedikit sebanyak beritahu maklang tentang experience kawan2 dia yang dah buat macam apa yang maklang nak go thru ini. Alhamdulillah semuanya sihat. Dan maklang jugak berdoa semuga maklang diberi kekuatan untuk melaluinya dengan hati yang terbuka dan bertawakkal. At this moment rasa agak selesa sikit. InsyaAllh bile tiba masanya, maklang akan kuat dan tak takut2. Semuanya maklang serahkan pada Tang Maha Esa. Pohon maklang supaya semuanya akan berjalan lancar, di mudahkan dan recover cepat. Mudah2an ye...Doakanlah...
Rabbi Yassir Walatu'assir. Rabbi Atmim bil khair
"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan, jangan lah disusahkan. Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan."
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi.....
Labels: Life
15 Comments:
Kak, sorry dah ketinggalan banyak post, rupanya akak nak kena operate ya.
Banyak-banyak sabar ya Kak, ingat Allah banyak-banyak, mudah2an semuanya dipermudahkan nanti.
Kami semua doakan akak selamat dan sihat seperti sediakala. Ameen.
mak lang
zikir banyak banyak..
Jangan pressure dan take care ek mak lang
Cantik tak bunga tu? mesti cantikkan sebab dari kak elle.
Tabahkan hati maklang, kami semoga mendoakan maklang selamat.
syukur alhamdulillah maklang dah bolih menerima nya kuatkan hati tu maklang jgn putus semnagat lagi ye?
Ala utusan yg di hantar tak seberapa lah maklang tapi yg important 'THE BIG HUG'...hehehe and Yeen's time yg sanggup membuatkan untuk saya.
take care and hugs.
salam sayang,
Tak berkesempatan untuk menemani maklang lebih lama sebab kena balik ke kemaman..apapun I happy lihat maklang ceria dan itulah kekuatan dalaman yang mesti dihadirkan dalam diri maklang dalam proses rawatan ini . InsyaAllah segalanya akan selamat. Amin.
maklang...sy baru blk dr kg,terkejut baca the past N3s...
sy doakan semoga mklang sentiasa di bawah rahmahnye dan segala urusan berjalan dgn lancar...kuatkan semangat ek mklang.insyaAllah,maklg akan sihat seperti biasa dab bley buat seme yg maklang suka!dgn ada nye yg tersayang sekeliling maklang...u dun hv to worry so much k.
'dgn mengingati-Nya selalu...hati kite akan selalu menjdai tenang...'
Alhamdulillah, lega hati baca N3 kakRina& maklang ; dah tenang dan yakin menunggu pembedahan. Doa cikMilah semuga Maklang terus-terusan supaya semuanya di permudahkan dan maklang will be
back to normal.
Maklang,
AM doakan maklang cepat recover lepas surgery nanti. Kuatkan semangat...dan bayangkan maklang akan pulih dan tak sakit lagi...
Take care!
aminnnnnnn... doa kami jugak mengiringi akak...
cepat sembuh yea akak..insyaAllah..?
saya pun banyak terlepas entry akak... maaf yea...
tapi kira disamping suami akak.. bila ada internet ni..bila akak down ker sikit..boleh la akak luahkan hati kat net ni kan akak...? in this sense..u r not really alone ..
u r lucky to have kak elle n kak rina as ur friends.. :0)... masyaAllah...
Mak lang...
Kuatkan semangat demi org2 yg tersayang...akak doakan semuanya akan berjalan dgn lancar.. insyaalah
Dapat tahu Mak Lang kena operate dari blog Kak Rina. Terkejut gak..
Saya doakan everything will be smooth & Mak Lang kembali sihat.
Mak lang, dah lama mak teh tak jenguk mak lang. Jadi tak tahu kisah nak jalankan pembedahan ini. Insya-Allah selamat! mak lang jangan bimbang. Malam ini mak teh akan suroh anak-anak tahfiz kita buat solat hajat khas untuk mak lang.
Sambil itu mak lang berzikirlah bila lapang dan bila perasaan resah.
" Laailaa hailla anta, Subhanakainnikuntuminadzoolimiiin."
Insya-Allah mak lang akan dapat ketenangan dan Allah permudahkan.
semoga mak lang cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan Allah.
Selamat berehat
Saya doakan moga mak lang akan tetap tabah menghadapi apa jua dugaan...dan agar cepat sembuh.
semuga maklang terus tabah dan bersemangat kuat utk menghadapi ujian ini.. kami semua doakan maklang berjaya dalam pembedahan ini nanti.. inshaallah..
Post a Comment
<< Home