Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, May 23, 2008

Penantian telah berakhir

Ni entry Pak Lang yang tulis, as a guest writer sampai Mak Lang sihat and can write.
Petang semalam kira-kira jam 8:00pm anak-anak Mak Lang yang berempat tu tiba dari Kertih. Kawan Mak Lang yang tulong bawakkan. Transfer kan 2 beg peti besar dari kereta Aunty MAS, kekereta Pak Lang. Dalam beg tu ada 5 pasang baju siang, 5 pasang baju malam, seluar kecik, seluar besar semua 5 pasang untuk tiap-tiap anak Mak Lang. Penuh lah 2 beg. Terima kasih Aunty MAS kerana bawakkan anak-anak Mak Lang. Suami aunty MAS ni satu office dengan Mak Lang.

Kalau tak Pak lang lah kena ambik dia orang di Kertih, penat lah ooo. Sampai aje di KSH ni, dia orang pun tengoklah Mak Lang dari luar cermin aje. Mak Lang masa tu masih lagi dalam ICU. Waktu tu masih lagi tidur.

Hari ini, pagi-pagi lagi Pak Lang dah gi kat ICU tu. Tapi missi tak bagi masuk, sebab Mak Lang tengah bersiram oleh dayang-dayang missi. Oops bukan bersiram, tapi ber lap-lap aje. Maklum lah kalau berlap-lap ni, ada yang ternampak ada bau-bau yang kurang harum dan sebagainya, jadi missi tu tak bagilah masuk lagi, tunggu sampai siap berlap. Pak Lang tunggu lah dibilik 223.

Nanti sambunglah, sekarang ni dah jam 11:30 pm. PakLang tak boleh tulis lama, penat mesti nak tidur. Nanti besok Pak Lang sambung lah cerita ni. Tapi kan tajuknya telah berakhir, jadi tak payah lah cerita (he he..Mak Lang pesan suroh cerita juga). Nanti lah besok sambung ye.

Antara topik yang akan disiarkan ialah:
1. Penantian telah berakhir..tulis sampai habis.
2. Ziarah: Tetamu-tetamu yang datang
3. Anak anak punya hal
4. Makan malam di ANA, Ikan bakar Petai di Tanjung Lumpur

Tunggu esok ye. Selamat Malam. Terima kasih atas semua doa, ucapan, senyuman, taliponan, sms-an, comment-an. Semua membuat semangat naik, untuk melalui detik yang agak getir.

Pak Lang darir bilik 223

7 Comments:

At May 24, 2008 at 1:11 AM, Blogger Abang Long said...

BERSABARLAH ...

 
At May 24, 2008 at 1:12 AM, Blogger ALAF21FC said...

Kuatkan semangat !

 
At May 24, 2008 at 1:28 AM, Blogger zino said...

semuga maklang cepat sembuh..

 
At May 24, 2008 at 8:30 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah segalanya dah selamat...
wahhh..banyak betul lapuran yg paklang kena tulis...
akan kkliza tunggu lapuran tuuuu...

 
At May 24, 2008 at 8:33 AM, Blogger Cat Cat said...

Paklang ni kelakar betul lah.. Setahu Cath, maklang sentiasa berbau harum semerbak... Itu dengar cerita lah... Favourite maklang Estee Lauder - Pleasure, kot... Hehe.

 
At May 24, 2008 at 12:34 PM, Blogger Kak Elle said...

tulis jgn tak tulis ye paklang...peminat semua menuggu ni termasuk saya....haha...eh maklang tak gu7na bedak mark & spencer I bagi ke?...hehehe

 
At May 24, 2008 at 2:18 PM, Blogger maklang said...

Abang Long, Alaf21fc, Zino,

Terima kasih atas kunjungan dan kata semangat


Kak Liza,
Terima kasih kerana suka atas kunjugan. Lapuran dah ditulis.

Cat-cat
Saya suka cat-cat enjoy the lawak. Pak Lang suka minyak-minyak wangi. MakLang tak suka. Minyak wangi masa hantaran kahwin pun masih ada. Pak Lang dah berbotol habis.

Kak Elle,
Bedak tu Mak Lang simpan kat rumah. Sayang nanti cepat habis. Sebab yang pakai Mak Lang dan anak-anak. Pak Lang tak pakai bedak.

 

Post a Comment

<< Home