Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, May 18, 2008

Contemplating...

Assalamualaikum...

Maklang masih lagi terperangkap kat bilik spital ni. Hari ini ada dayang ( Maya) dan dayung ( lelaki ~Hakim) tolong buat bising and mengacau maklang. Buah hati maklang yang memberi semangat pun ada. Mana boleh jauh dari isteri dia( waktu maklang menaip ni, Cik Abang yang tengah baring atas katil, sementara si Dayung tu melayan Abah dia menaikkan atau menurunkan katil tu...senang kata dia , katil tu kawal pakai voice control....si Dayung yang dok tekan benda tu..gelihati maklang!) Kalau tak ada Cik Abang memberi semangat mau maklang pengsan. Alhamdulillah, dia memahami dan menemani isteri dia ni. Kesian jugak sebab dia tak dapat nak meraikan cikgu2. Memang sejak 2-3 minggu lepas dia sibuk plan untuk nak sambut hari guru untuk cikgu2. Tapi lain pulak jadiknya. Tak sangka pulak nak masuk spital ni. Inilah dia kita merancang, Allah tentukan!. Kena redha ajelah...Moga2 semua yang berlaku ada hikmahnya...Mungkin ini jalan keluar yang selama ini maklang mohon pada Allah setiap kali maklang bersujud dan merayu supaya diberi petunjuk tentang sakit ni...

Semalam lepas Dr. dah terangkan tentang MRI tu, maklang OK lagi. Dr. terus suggest suruh surgery sebab keadaan slip disc amat ketara. Antara L5 dan S1. Memang kalau tengok dekat MRI tu nampaklah yang disc tu dah terkeluar dan mencucuk saraf tunjang maklang. Kelihatan macam membengkak. Sebab itulah yang rasa kebas2 kat kaki dan jari2. Memang dia slip more ke arah kanan sebab tu jadik sakit. Dr. explain semuanya. Kalau surgery what will happen semuanya. Seram jugak dengar. Takut jugak. Tapi masih kontrol.

Bila balik bilik, mula2 renyai aje ( macam http://renyai.blogspot.com). Lepas tu lebat jugak. Macam2 rasa. Serba salah. Tanya Alang. Alang suruh mintak second opinion. Kalau ikut Cik Abang, Cik Abang suruh teruskan aje. Maklang sebenarnya takut sebab ada 2/3 orang kawan memang kena slip disc and Dr. mereka kata ada 50-50 chance aje to recover. Itu yang risau. Tapi menurut Dr. pakar sendiri ini adalah perkara biasa. Ramai yang kata macam tu. Tapi dia kata dia dah biasa dengan keadaan ini. Alhamdulillah setakat ini semua patient dia berjaya di bedah dan kembali sihat.

Semalam masa on the way back to K$H, Mulan call. ( Kami balik ke rumah sebentar ambil baju sebab cuma bawak baju for 1 nite aje. And of course hangkut anak 3-4. Yang 2 lagi sekolah dan ada periksa lusa. Besok petang, Cik abang akan balik ke Kerteh hantar Akim dan Maya sebab lusa pun periksa!) Dia kata ada 2-3 kawan dia memang dah go thru the surgery and Alhamdulillah semuanya dah OK. Dah macam sediakala. But of courselah tak leh lompat tinggi or lompat jauh. Dah tua2 ni sape pulak nak buat camtu kan!

Pagi tadi pulak "Boss H" called, kata jangan buat. Sebab apa tak tau. Suruh buat physio seme. Mula maklang dengar aje apa dia lecture. Lama jugaklah... Dia kata kena check seme dengan patient Dr. ni etc etc. Malas betul pagi2 nak kena lecture. Bila habis dia cakap, baru maklang terangkan keadaan. Yang Dr. dah suruh physio, kami dah tanya kawan yang kena surgery dan macam2 yang kami dah tanya. Entahlah..

Kalau dengar pendapat orang memang pening. Dan jugak bukan orang yang kena macam ni dan bukan yang pakar tentang ni. Semuanya main taram. Bak kata Jo, macam cerita pasal electrical lah, kita cerita pasal kilowatt orang cakap pasal Voltage. Macamana nak explain kan. Pening. However, I am still comtemplating. May Allah show us the path...InsyaAllah...

Walau macamanapun, maklang ucapkan banyak2 terimakaseh kat Mulan for the semangat, terimakaseh kat Ummi for the sms.To my officemates Kak Bunda, Na, Shah, and the rest ~ Thank you to all. Juga ribuan terimakseh untuk Cik Abang kerana bersama menghadapi dugaan ini dan memberi semangat. Pada Wan dan Atok serta Alang kerana kata2 semangat. Thank you for being there when I needed to talk and for giving me the will to go on with what life has in store for me. Please doa for my speedy recovery. I miss being well again!...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

10 Comments:

At May 18, 2008 at 11:54 AM, Blogger Arena said...

Arena doakan maklang diberi kekuatan utk hadapi ujian ni. Jaga diri baik2.

 
At May 18, 2008 at 12:18 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang your specialist knows best teruskan dgn surgery tu secepat mungkin ye?insya'allah semua nya akan selamat dan maklang akan lebih lansing nanti kena guna abdomen corset tau:)

sayang saya jauh kalau tak skg juga saya melawat maklang untuk bagi moral support in person...walau apa2 pun saya doakan supaya maklang cepat sembuh dari laminectomy tu.

salam sayang dari saya dan semua keluarga Jellanie di Sg.

 
At May 18, 2008 at 12:35 PM, Blogger maklang said...

arena:

Terimakaseh ye..InsyaAllah dengan support kawan2, dengan doa maklang akan lebih kuat semangat...

Kak Elle:

Memang kak, the specialist knows best. Tadi dia kata kalau ada procedure lain yang mudah, dia akan buatkan. Tapi this is the only option..Doakan maklang ye...Kalau akak datang, maklang nak peluk kuat2...dapat sikit kekuatan akak tu...

Tapikan..kalau betul2 nak bagi moral support ni...kalau dapat beg coach ori ke, Aigner ori ke dari akak..sure boost the semangat...he..he...he..(Paklang marah tulis ni...saje maklang nak usik akak , biar ceria sikit!)

 
At May 18, 2008 at 1:29 PM, Blogger cikMilah said...

Maklang, lain orang lain ceritanya kan. This is case to case basis, macam kata KakElle, your specialist knows best, patut beratkan nasihat beliau dari komen orang lain . Yes, we do care but again, yr specialist knows ur case best- Alang& Family pun tahu condition Maklang , dan Paklang memang sentiasa bersama. Tawakkal ya Maklang, doa cikMilah sentiasa bersama, semuga Maklang tenang hadapi ketentuan dan ujian ini dan cepat sembuh macam biasa.

 
At May 18, 2008 at 1:33 PM, Blogger Kak Elle said...

hehe...maklang kalau saya mampu saya belikan tapi saya sendiri org lain yg belikan:)

suruh lah paklang hadiahkan?

 
At May 18, 2008 at 2:19 PM, Blogger maklang said...

Cik Milah:

Betul tu..kalau dengar kiri kanan atas bawah...kepala pening! Office mate call kata go head laa...Boss tu tak kasi buat sebab nak suruh kita keje jek! Kalau sakit sape nak tanggung?

Doakan maklang ye...


Kak Elle:

Itulah pasalnya...asik mimpi akak datang jumpa maklang bawak beg tu...he..he..

 
At May 18, 2008 at 3:15 PM, Blogger Kak Elle said...

Gelak saya tengah buat billing ni nasib baik tak submit tersalah....hehehe..

kalau saya membawa beg tu nak isi barang2 saya kot:)

tadi dah teropong Room 113 wow ramai nya org dayang dan duyung tak pergi sekolah ke?

 
At May 18, 2008 at 4:08 PM, Anonymous Anonymous said...

kakliza doakan maklang supaya selamat segalanya dan cepat sembuh saperti sediakala...

majlis tadi meriah sungguh..
everybody gembira..n everything berjalan lancar...

anyway wish u best of luck..
don't worry too much..
take good care n rest cukup-cukup...

 
At May 19, 2008 at 7:56 AM, Blogger zino said...

maklang..
baru baca cerita maklang ni.. nak bagi nasih bukan nya pakar.. cerita pasal structural engineering boleh la sikit2.. tapi macam masaalah struktur juga ni ..

dengan pelbagai pandangan yg maklang terima , dengan support yg paklang dan keluarga berikan akan memberikan maklang kekuatan utk membuat keputusan..

walau apa pun keputusan yg bakal maklang buat kami sekeluarga mendoakan semuga segalanya berjalan lancar dan berjaya..

InshaAllah..

 
At May 19, 2008 at 11:06 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

Kami dah naik setingkat lagi...213..

jangan salah bilik pulak nak hantar Coach original tu...kang frust maklang!

kak liza:

Worry tak tau takat mana dah..kalau boleh lari dari ini memang maklang nak caaaabuuuttt...

Tapikan kak, nilah salah satu hurdle yang kena lalui...dan kadang2 tertanya jugak, kuatkan maklang nak menempuhnya....

Zino:

Thank you...Doakan maklang ye...Doakan ye...

 

Post a Comment

<< Home