Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, December 17, 2008

Lutut dan pinggang ku sakiiitttt....

Assalamualaikum…


Pagi ini kaki maklang terasa lengohnya teramat sangat. Sejak seminggu 2 ini, lutut kaki kiri ni terasa macam ada batu. Berat sangat nak bawak. Kalau nak sujud atau nak bangun dari solat, mak aii…sakitnya. Pagi ini macam menjangkit pulak kat kaki kanan. Maklang dah lumurkan balm gamat tadi masa baru masuk kerja. Berbau kuat kat tempat maklang. Nasib baik sedap. Ni kedua belah kaki ni rasa ‘berangin’ aje. Air cond kat depan meja maklang pun nampak macam kuat aje. Nak kena offkan ni, or else nanti tak kuat jalan pulak. Sebenarnya ni jadik gini sebab tiap pagi minum air susu yang kocak dengan air batulah ni…kalau tak tak terminum…sebab ’recipe’ kat sachet tu tulis camtu. Tapi sejak 2-3 hari ni guna air sejuk aje, and bila rasa tak berapa sejuk baru maklang minum!


Pinggang pun rasa tak sedap. Kalau duduk lama sikit mula rasa lengoh. Kalau lepas bangun pagi nasib baik elok. Kadang2 terpikir jugak, entah2 besi dalam badan ni dah tak betul kedudukannya, tapi boleh ke macam tu? Entahlah kan. Maklumlah sekarang pergerakan agak terhad. Kalau dok menjahit kat atas kati cepat rasa lengoh. Memang tak boleh duduk atas sofa/ katil yang lembut sebab support kat situ tak bagus! Macam malam tadi, duduk sekejap dah rasa tak selesa, maka maklang baring. Lepas maghrib duduk lagi rasa tak sedap, langsung maklang duduk aje atas lantai. Baru rasa selesa. Sekarang ini keadaan duduk memang kena jaga, Nak buat macamana dah ini ketentuan takdir buat maklang. Moga2 tak ada lah penyakit lain yang akan singgah. Kena banyak bersabar. At least masih boleh meneruskan hidup walau tak sesempurna insane lain.


Kerja kat pejabar, macam biasa agak sibuk jugak. Tak sabar nak siapkan approval submission ni. Kalau kerja depend kat orang ni susah. Information atau surat2 dari client tak terima, kita terpaksa lah tunggu aje…Tu hal kerja minggu ini. Patutnya ari ni maklang ke KL, ada meeting kat Putrajaya. Mulanya kami nak pergi berdua dengan the Client, tapi sebab Boss kat office, tak approve 2 orang pergi, so maklang suruh aje dia yang pergi since dia dah memang nak ke selatan tanahair untuk project lain jugak. Pulak tu my bujang yang baru berkhatan tu tentu nakkan mak dia ni…


Alhamdulillah dia dah Ok nampaknya. Dah boleh main kejar2 dengan kakak2 dia. Tak nangis dah, tapi kesian jugak tengok. Selalu tu active benar, kena kali ini dia duduk aje…


Pagi tadi sebab terlalu seronok nak masak ayam masak asam dan daging goreng kicap bersama sawi putih ( sedap tau), maklang sampai lupa nak buat breakfast ( tu pun bibik yang ingatkan sebab boss dia tak ada breakfast nanti! Maklang minum susu aje). Sebab mee hoon tak ada, segala frozen food dah habis, makanya terpaksa lah maklang blendkan tepung dan susu untuk buat roti jala. Kena jugaklah buat kari daging untuk di makan bersama. Kenalah cepat kan sebab boss besar nak breakfast. Cepat2 jalakan baru naik atas. Kalau anak2 aje tak per sebab semenya sambung beradu lagi lepas solat,. Almaklum musim cuti ni… Hmmm…lewat pergi kerja. Mana tak nya pukul 7:50 pg baru naik bersiram! He..he…Tapi before 8:30am dah tiba! Sini dekat aje!


Malam ni nanti balik, kena sambung nak jahitkan beg telekong yang nekrock tempah. Ada 5 buah semuanya. Baru siap 1.5. Kena cepat sebab nek dah nak balik Malaysia cuti bulan January nanti…

Selamat bekerja seme…Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

21 Comments:

At December 17, 2008 at 11:31 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Ada time, rehat2 lah sikit ya... Tak terbayang Cath camner if my lutut dan pinggang sakit... But if it ever happened to me, telan aje panadol or ubat tahan sikit.. Bab2 sakit ni, Cath kureng sikit.. :)

 
At December 17, 2008 at 11:43 AM, Blogger rossana said...

maklang...kesihatan kene jaga esp kite yg 40's ni...pantang silap skit sakit..sya ingat masa muda2 dulu..pelik tgk seniors off mate jaga mkn..anginla..itula..kite bedal je tk rase apa..tp now..silap skit dh rase semacam...
he..he..bujangdh khatan ye...jap lg jd anak teruna....

 
At December 17, 2008 at 11:55 AM, Blogger maklang said...

cat2:

rehat memang kena rehat...kadang terbaring aje atas katil. dengan kerja yang banyak kat office ni jadik serabut..Pulak2 dah dekat musim cuti bulanan tu..agaknya tu yang seme sakit!

Rossana:

Memang betul tu...Eh..kata nak datang belajar jahit RE..Klas nak start ni 8 January, InsyaAllah...

 
At December 17, 2008 at 12:07 PM, Blogger Ezza Aziz said...

mak lang,cuba buat urine test. Kekadang kencing kotor boleh buat sakit pinggang dan sakit kaki..saya pernah kena....

 
At December 17, 2008 at 12:08 PM, Blogger IKHWANI said...

Kak minum susu apa tu? sakit tu sebab reaction penyembuhan susu ke??

sabar jer lah, insyaAllah diampunkan dosa2 kita ..kalau sihat sokmo nanti lupa diri pulak..kita sakit jari kelingking ni ha! rasanya sebab pijak acceleration pedal tak betul kot. Maklum kaki kita bukan panjang, lenguh jadi jari2 kaki, walhal sandal tumit wedges dah kita pakai tu. Che abang kata nak letak lapik pedal kasi tebal.

Take care ya!

 
At December 17, 2008 at 12:10 PM, Blogger cikMilah said...

take care maklang. Jangan lasak sangat badan tu..

 
At December 17, 2008 at 12:14 PM, Blogger Tie said...

Maklang kena banyak minum air suam kosong. Tie pun kekadang ada gak sakit gitu.

Urat dah season tu...kita ni orang pompuan memang teruk buat kerja seharian...Kalau ada orang boleh massage lagi baik, kan...

 
At December 17, 2008 at 12:24 PM, Blogger chekdenoor said...

Maklang.... chekdee pernah bertahun sakit pinggang kronik...dan chekdee dan berjumpa dengan pelbagai doktor...... tapi akhirnyer...masalah sakit pinggang chekdee hilang setelah mengamalkan petua seorang teman iaitu minum air kosong satu hari 5 liter....... setelah sakit hilang, amoun air yang diminum bolehlah dikurangkan.......

 
At December 17, 2008 at 12:48 PM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza pernah kena sakit lutut.. nak naik tangga kena pegang tepi tu. Kalau tidak memang tak ternaik.. Alhamdulillah sekarang dah baik..

maklang banyakkan rehat ya.. minum susu banyak.. tak pun ambik calcium tablet..

 
At December 17, 2008 at 12:59 PM, Blogger maklang said...

kak Ezza:

Baru aje buat blood test sebulan lepas tak ada apa , Alhamdulillah...

OO:

Asyik tak sihat ajer...kadang sedih gak sebab tak macam orang lain! Banyak sangat dosa kot!:(

 
At December 17, 2008 at 1:53 PM, Blogger silversarina said...

Kena makan ubat dan rehat tu , kalau I sakit sikit je dah makan ubat sebab takut melarat ... harap maklang jaga diri baik-baik .

Cepatnya Hakim dah baik ye..cewah, dah besar dah dia,orang bujang ,,,hehehe.

 
At December 17, 2008 at 2:53 PM, Blogger Kak Elle said...

Di bawa berehat lebih sikit atau pergi physio untuk otot2 yg tegang...kita punya joints seme dah kering maklang kena mkn glucosamine skg

 
At December 17, 2008 at 3:13 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, musim cuti ni la nak merasa bila dah terang sikit baru start masak and bersiram...hehe, kalau hari biasa takde chance langsung :)

 
At December 17, 2008 at 3:53 PM, Blogger rossana said...

tu la maklang....tk de geng nk pi tk best gak...cik abg pun tk respons..tanya kot2 dia leh anta...hari tu wkg day plak tu...tgk la kot nxt time ada rezeki...

 
At December 17, 2008 at 5:16 PM, Blogger Tepi Sungai Batu said...

Banyakkan berehat, manjakan diri....insyaAllah boleh baik tu.

 
At December 17, 2008 at 7:28 PM, Blogger zura aini said...

samalah kita kak, sakit tangkap kat lutut dan pinggang dulu, jom pi gym kak (uishhhh, malas tau, dah bayar deposit dah pun)Lebih rela, duduk2, lepak2 dan nyum-nyum.

Maklang, tokey beg pun order bag ngan maklang juga ke? he, he.....

 
At December 17, 2008 at 7:43 PM, Blogger maklang said...

cik milah:

InsyaALlah...ni pun baru aje lepas berbaring tadi..lepas tu mandi and solat maghribni kat atas katil main PC..he..he..

tie:

itulah kan..orang pompuan...lepas dah beranak2 ni memacam sakitnya...dah nak expire dah gaknya...ni nasib baik keje rumah ada yang buatkan, kalau tak lagi bengkok. Sebab tak ada apa nak buat tu yang maklang boleh kah menjahit nak abiskan masa...

Chekde:

InsyaAllah akan ikut petua Chede. Mana tahukan kot2 serasi ngan maklang...InsyaAllah...

 
At December 17, 2008 at 7:45 PM, Blogger maklang said...

neeza:

Inilah penyakir orang tua. Malam2 tido kena pakai setokin agaknya.. Kena selimut and tak leh kena aircond sangat. Badan dah season!

Rina:

Maklang memang tiap hari makan supplement. Tak leh nak biasakan makan ubat tahan sakit bila tiap kali kena sakit...he..he..

Bujang memang dah sunat, tapi manja dia bertambah lagi nampaknya...

 
At December 17, 2008 at 7:49 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Glucosamine dah habis lah pulak...nanti kena belilaa...baru aje abis...

Mamarock:

Betullaa...tapi rasa kan best tak yah masak...budak2 ni nak mak dia jugak yang masak

 
At December 17, 2008 at 7:51 PM, Blogger maklang said...

rossana:

ajaklah 2-3 orang, nanti boleh datang sekali!

pak man:

Tak ada orang nak bermanja..dan tak ada orang nak manjakan...so kenalah manjakan diri sendiri..tak gitu pak man!


zany:

tokei beg muak kot tengok beg kulit...beg maklang murah aje kalau compared dengan beg tokei..he..he..

 
At December 17, 2008 at 11:05 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang
dalam sakit sakit pinggang tu sempat lagi menjala yer..

 

Post a Comment

<< Home