Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, November 29, 2008

Cuti pun bermula....

Hari ini dah hari ke 2 kat sini. Baru aje celik mata dah terus aje nak updet. Kalau simpan lama2 nanti kang lupa pulak apa yang kami buat kat sini…almaklum...memori space dah kurang kan. Rasanya hari ini tak boleh nak letak berita bergambar memandangkan signalnya agak kelembapan kat sini…Duduk kat utanlah katakan..he..he…


Kita flashback jap ye..


26/11 – Rabu.


Petang itu kami bergerak lewat. Sekitar jam 7:30 lepas solat maghrib. Mana taknya, ada lagi nak pack2 last minute tu, kerja Cik Abanglah, pack ubatlah etc. Kerja maklang dah settle malam sebelumnya. ..he..he..he…

Perjalanan was OK. Cuaca ok. As usual 2 jam perjalanan, maklang mintak berenti sebab belakang ni dah rasa macam nak jem. Memang kalau tak berenti memang akan turun kekaki nanti lagi masaalah… So, sampai Gambang kami berentilaa…Boleh tunaikan solat Isyak jugak. Tapi bila keluar kereta, Akim nampak tayar kereta dah pancit…Nasib baik kami kat hiway, senang panggil MTD mintak betulkan tayar tu. Lepas iru, perjalanan kami slow sedikit. Maklumlah tayar kereta kecik! Alhamdulillah selamat sampai pukul 12:30pagi. Kesian Cik Abang drive sorang2 aje…yang lain selamat sampai ke Disneyland malam tu…sedap tidur sebab sejuk dek ujan tu…Tapi cik Abang sikit pun tak mengeluh. Sebabnya dia dapat menikmati lagu2 kegemaran dia sambil menjadi conductor music ..he.,.he…sampai naik syehlah orang kata, Nasib baik tak sampai jadi penyanyi lagu opera…kalau tak haru kami tak leh tido!

27/11 – Khamis

Sesampai di rumah. Kami mengemas pulak. Nasib baik Angah pandai nak tolong. Maklang menyapu dan mop rumah sikit2 dengan bantuan Angah. Kalau tak ada yang sorang ni , mau bengkok pinggang maklang. Mop rumah pun banyak yang dia buat sebab belakang maklang dah sakit. Cik Abang pulak sibuk bukak the electric goods kat dapur. Mesin basuh, fridge, microwave etc yang kami beli sebulan dua yang lepas masih dalam kotak lagi. Then, kami pasang langsir2 kat bilik. Kat bilik2 seme cantek2 walau jahitan tak ada quality. Maklumlah main hentam jahit aje sebab nak cepat. Yang tak bestnya bila gantung langsir kat pintu ruang tamu, the pintu pakai skirtlaa…langsir pendek by 2 kaki! Malam tu I tak dapat tido dok piker macamana nak betulkan langsir. Last2 pagi2 tu dapat idea sebab ada lebih 2 keping langsir. Nak guna langsir tu nak tampal aje. Tapi bila tengok2 lagi, rupanya kain2 tu lain. Maklang terguna kain langsir untuk area rumah maklang kat Kerteh. Warna sama pattern dia lain. Haru betul! So, in the end, tengahari tu, maklang ke kedai beli lagi kain. Kenalah dekat 100. Balik jalan ini nak kena jahit langsirlah pulak kat KL tu. Alang dah bawak mesin jahit dia, so bolehlah menjahit!

Sempat jugak maklang sopping riben2 maklang. Habislah sebelah tangan…Fengsan! Beli bahan2 untuk nak buat kit untuk kelas Sulam Riben awal January nanti InsyaAllah…Doakan usaha kami ini berjaya ye…Dalam pada maklang beli2 langsir tu tadi, sempat jugak maklang kebas 2/3 potong kain untuk my RE tu.

Thanks to Alang sebab menyelitkan 1-2 helai kain cantek2 untuk maklang. Alang beli entah berapa helai kain buat nak kasi hadiah kat nurse2 kat spital dia. Sebagai tanda terimakaseh dia semasa kerja dan menolong dia nak get thru her exams. Alhamdulillah…pass dah dia jadik speselis! He..he..tak lama lagi senang nak ngecek apa2 ha..ha..ha..

Lepas dari itu, maklang balik. Best betul sebab rumah maklang dekat sangat ngan town. Jem2 pun 10 mins aje dah tiba. Sesampai di rumah, terus aje siap2 nak ke airpot.

Perjalanan ke airpot lambat betul. Hujan lebat. It took us almost 2 hours nak tiba. Alhamdulillah semenya selamat. The flite was delayed about 20 mins kot. Perjalanan was good. Kenyang makan kat dalam plane. Mana taknya, kami makan kebab yang maklang beli petang tu kat jalan TAR. Agaknya satu kapalterbang berbau. Yang bestnya kami dapat minum banyak air sebab duduk dekat dengan pantry ..seat no 25! Belakang betul! Kacang entah berapa packat airhostess tu kasi. Ada agaknya dekat 10-15pckts kami ambil and mereka kasik jugak!Ingat kan duduk kat belakang tak best sebeb turbulence teruk…he…he..tulah rezeki rupanya..siap mereka offer minum kopi lagi…Atok as usual kelakar dia, siap stack glasses air oren kosong tu sampai 5-6 tingkat and minum, sampai steward tu dok terpusing2 tengok atok pegang gelas tui…Kami ketawa nak pecah perut!

Tiba Langkawi jam 9:30pm. Dah ada kereta manunggu ( kami ingat kena tipu sebab masa Cik Abang buat booking, and reconfirm dgn otel tu, nama kami tak ada. Deposit dah bayar kat orang tu, tapi otel kata mereka tak ada janji dah dgn orang tu sebab ada yang tak bayar..Nasib baik, orang tu datang and bawak kereta untuk kami, and deposit kami ditukar untuk kereta. So, tinggal tambah sikit lagi untuk total sewa kerete. Kereta Serena for RM128/day. Oklah..tapi kete tu tak baru. Cik Abang kata kalau nak cantek…beli sendirilaa..)

The Kondo yang kami tinggal was below expectation. Malam tu maklang tido lambat sebab surf internet, cari bilik2 yang kami rasa mampu nak bayar! So, kami deciced untuk sewa kat Kg. Tok S3nik. Rupa2nya Cik abang was even faster then maklang. Dia dah buat survey b4 kami datang. Details of a few resorts dia dah tengok dulu…so, tak jadik hal..

28/11.

Pagi2 bangun, rasa mcam pinggang nak patah! Mana taknya tilam lendut betul. Lembik. Pinggang sensitip ni tak leh kalau salah tidur. Anak2 pulak tak selesa tido. Bersepah kat ruang tamu. Angah, Along and Maya berterabur kat luar. Tidur atas selimut. Ingatkan sewa 3 bilik ni boleh lah dapat anak2 tido selesa. Satu bilik maklang and Hakim, paklang tido sendiri kat satu bilik tu ada katil bujang, atok and Wan satu bilik, so memang tak selesa. Kesian kat anak2!

Lepas siap pagi tu, maklang, Cik Abang dan 2 kecik pergi hotel hunting. Kami terus menuju ke KTS ni. ALhamdulillah ada bilik ( lagipun tengah malam tadi Cik Abang dah call and reconfirm our booking – dia dah book sejak dr Kerteh lagi– contingency plan!). Kami masuk satu chalet with 3 rooms…agak jauh ke dalam. Risau atok tak leh jalan jauh, kami mintak rumah dekat tepi jalan. Alhamdulillah kami pun dapat good rate ( tak rugi cakap rate yg ada travel agency offer and they offered a rate lower and tak rugi maklang tanya, tak ada nak kasi breakfast ke untuk kami pagi tu…he..he..dapat for 4. Resort ni pun ada bagi breakfast untuk hari2. Kiranya oklah as compared to the one b4. )

Lepas dari situ kami singgah beli breakfast untuk yang tak ikut. Sebelum tu sempat singgah kat Idaman Suri. Memacam ada kat situ. Segala mak nenek pinggan mangkuk, my to be Corelle and Vision ( berangan laa… - tapi I think I would settle with a tea set je kot!). Tak beli pun…survey aje dulu..

Almost 12, kami check in kat Resort ni. Bestnya…3 rooms…Maklang and my kekasih in one room, atok on the other end2 , anak2 kat tengah2. Lega…Ada connecting doors in between ors/atok and the kids. Taulah kalau anak2 campur, memang tak leh tahan bising dia. Tapi sebab ni rumah kayu, kebisingna nya tembus! Anyway, at least we could rest peacefully. Tengahari sementara tunggu solat Jumaat, maklang sempat RE jap. Hampir siap one small jahitan untuk Jurra kat KK ..Seronoks enjoy RE ni…

Lepas makan kat veranda depan rumah tu, kami pi jalan2. Sampailah kat Zon Free Duty Shop. Sempat shopping coklat entah berapa keping plus 3 pasang baju tido Hakim. Harga tak banyak beza dengan tanah besar, tapi sebab ada size maklang beli jugak . Almaklum Hakim ni comei , payah nak dapat size. On the way balik, dapat beli Laksa Power ( ada kat along jalan pantai airport)… and memang power gila…and sedap. Tapi kami tak recommend the rojak and cendol. Kantoi!!!...Lepas makan I RE lagi, siap 2-3 kuntum duth hyacinth, susah mengRE dalam lampu kuning ni…kaler tak leh beza sangat. Jap lagi nak pi beli mentollaa…Cik Abang and anak2 pi jalan2 cari makanan lagi malam tu…Dari Abah dia ngantok sangat, lepas pekena kopi by Angah, langsung Abah can lompat2 jadi antu cina mengusik anak2. Pecah perut ketawa kacau budak2 ni…Gelihati den!!

Will updet again bila ada masa!

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, November 26, 2008

tak sempat!

Assalamualaikum…


Hari ini kat office sejak pagi, sibuk sikit. Almaklum nak tinggal opis dalam seminggu ni, banyaklah benda nak kena settle kan. Ini pun kejap aje nak menaip ni. Tak leh lama2. Sambil2 maklang pikir lagi apa nak settlekan. Kalau tak pikir kang ada yang terlupa and kesian pulak kat kawan maklang kena buat kerja. Dan kalau boleh masa maklang pi cuti ni malaslah kalau ada yang nak call2 ni. Malaslah nak melayan….

InsyaAllah petang ni lepas office, pukul 6:30lah kot, baru kami bertolak ke KL. InsyaAllah tiba dekat kol 12:00am kot dan kami cadang nak tidor kat rumah baru kami. Alang dah kata..wah sombong eh…tak mo tidor rumah dia. Saje ajelaa..nak cuba tido kat rumah baru tu. Nanti besok kita jumpalah…after all Alang akan hantar kami ke airport besok malam…so, jumpalah jugak. Lagipun rumah kami tu dekat banding dengan rumah alang, kami kena jalan lagi for another 20 mins! So, tak pelah eh alang…sekali sekala aje…


++++++++++++++++


Semalam rasa seronok pulak …petang semalam maklang ke rumah Kak Ina..dia pun kan buat RE. Sempat lah kami compare notes dekat2 sejam. Maklang dok tengok camana dia buat bunga ros senget dia tu. Memanglah maklang suka roses dia. Tembam2 and cantek2. Harap2 jari jemari ni dapat lah nak ‘tiru’ model bunga kak Ina tu. Kak Ina kata sebenarnya bunga senget yang dia buat tu asalnya nak tiru cara maklang buat, tapi sebab tak menjadi, datang idea lain lah pulak..Itulah namanya kalau dah tangan nya kreatif, buat apa pun menjadiklaa… Alhamdulillah, Kak Ina tak kedekut nak ajar maklang…Moga2 rezeki dia melimpah…orang kalau pemurah ni, Allah lagi beri dia rezeki kan…Maklang pun nak ambik kesempatan ni, nak ajak kawan2, teman2, member2 yang datang sini, pergi lah melawat rumah Kak Ina tu..mana tau ada yang berkenan..he..he…


++++++++++++++++++++


Dekat nak maghrib baru maklang balik. Lama betul tunggu Cik Abang, rupa2nya dia tunggu maklang talipon baru dia datang ambil. Janjinya lepas aje dia beli barang lepas hantar maklang tu, dia nak ambik. Salah infolah tu sampai lama nya tunggu tak tiba. Tapi tak per..pertemuan tu memang berbaloi…


Malamnya maklang duduk kat mesin jahit sat. Menghabiskan langsir2 yang tak abis kelim lagi tu. Lupakan kejap sakit belakang ni…Siapkan jugak so that boleh pasangkan kat rumah baru. Alhamdulillah dalam pada sakit belakang tu siaplah jugak. Sakit pun sebab musim ‘cuti’ ni..hmmm..tulah dia pompuan kan. Sebelum tu dah siap kan jahit tepi untuk kain2 yang maklang nak RE kan masa cuti nanti. Bolehke? He..he..I nak hangkut sebeg riben2. Kalau tak macam tu takut nanti mati kutu pulak bila berjalan nanti.

Gitu gini, siap kemas baju maklang, cik abang and akim dah dekat pukul 11:00pm. Kena pulak tambah baju Maya and Along sikit. Angah pulak maklang suruh dia pack sendiri. Besar dah anak dara maklang tukan..he.he..

So, petang ni kami nak berangkat dah..seronoks..harapnya cuti kali ini dapatlah enjoy..lama dah tak cuti sejak sakit ari tu…he..he..tapi mungkin besok updet lagi kot sebab i buka kemana pun...dalam negara aje...he..he..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Monday, November 24, 2008

Another Tiring day..

Assalamualaikum...


Kalau semalam Kak Elle had a tiring day, ari ni turn maklang pulak. At this moment rasanya mata cam nak lelap aje. Mana taknya dari dok relax2 bual2 ngan ummi tadi pagi, tak aleh2 dapat call dari kawan yang kat Gebeng. Nak talipon lah kak...kami kalau pakai wireless ni memang jawabnya saya tak dapat lah nak load gambar...bila dengar dia cakap macam tu, maklang langsung lah decided nak ke Kuantan. Nak jumpa orang talipon. Belakang ni cam lengoh aje, tapi kuatkan jugaklah..drebar dah tak ada, so kena drive sendiri lah...ke Gebeng aje, then naik kereta kawan ke Kuantan. Taklah rasa letih sangat.


Selesai meeting tadi, balik ke Kerteh terus. Sempat singgah kat Tun@s M@nj@ tu, ingat nak carikan Cik Abang vase yang macam gelas tu nak letakkan macam jelly tu and then letak pokok, boleh letak pokok bunga kat situ. Dia nak letak kat opis dia. Maklang dah letak kat opis maklang tadi, Ada 3 pasu isi jelly tu, ada 1 vase letak air aje, ada 3 pasu bunga yang pakai tanah. Terasa cam dalam kebun bunga lah pulak...Tak pe..tak pe...sakit ati boleh ilang kalau tengok pokok bunga ni...


Pasu yang dicari tak jumpa, so maklang beli roti and milo aje. Roti makan dalam kereta aje sebab dah kelaparan dan milo Akim dah pesan, Then singgah kedai kek belikan potato flakes untuk Angah. Beli lebih kot nanti nak bawak pi jalan. Senang tak payah masak nanti. ( ummi...ni ummi boleh beli jugak!)

+++++++++++


Cadangan nak menghabiskan jahitan langsir tak jadik last wiken. Belakang sakit so terpaksa berenti. Cik Abang kata nak tolong, tapi kata ajelah...nasib baik ada bibik yang tolong pin-pin kan. So, maklang tinggal jahit ajelah. Sebab buat kerja nak cepat, ada langsir yang terpotong senget. Sungguh tak senonoh kerja maklang kali ini. Tak apalah, nasib baik untuk rumah sendiri! Tapi, InsyaAllah besok siaplaa...

Besok pulak nak rebus daging untuk nak buat dendeng. InsyaAllah nak buat sambal ikan bilis jugak untuk nak bawak bekal berjalan nanti...

So, sementara tu..layanlah gambar2 ni...



Ini dari Ibusara...dia kata dia nampak ni terus ingat kat maklang tau...terkembang jap idung I..he..he..jauh mari ni, dari tanah suci ni..TQ so much!


Ini langsir yg dah siap jahit. Ada lagi sebeban...:(


Ini cheese cake blueberry...kak liza dah rasa dah....


Maklang nak rehat ( read jahit RE..he..he..) sambil layan TV...selamat malam semenya...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Sunday, November 23, 2008

Anniversary...

Assalamualaikum...


Lega dah...petang tadi maklang dah siapkan tempahan beg buat Syami..lega betul. Maklang ingatkan tak sempat nak siap since cukup minggu ni, InsyaAllah maklang sekeluarga dah nak cuti2 Malaysia...kalau tak siap kang, tak dapat pulak nak dihantar pada Syami. Maklang harap Syami, berpuas hati ye..punya lah payah nak menjahit yang hijau tu jadik beg. Tebalnya ya amat...sampai terpaksa jahit tangan kat sebelah atas tu... Kalau nak tengok yang closeup pergi lah kat bilik jahit maklang ye...






Semalam kami tak kemana2 nak celebrate Anniversary...duduk rumah aje pada siangnya. Maklang sempat pi melawat kawan maklang yang baru bersalin. Baru tak baru, dah last day of her pantang semalam...Dah kata rezeki kami, dapat makan pulut kuning dengan rendang ayam masa melawat dia. Dia buat makan sempena abis pantang...Seolah2 menyambut Anniversary kamilah pulak..Syukur Alhamdulillah..

Tengahari tu, sambil2 maklang menjahit langsir, maklang dok main sms dengan Cik Abang sebab maklang kat atas and dia kat bawah, malas nak menjerit and nak gerak dari mesin jahit, jadiknya maklang sms dia...Dia tak balas pun..cuma setuju nak date maklang dengan anak2..He...he...So, malam tu kami makan by the sealaa ( Dhira..bukan windows by the sea kat
aw@n@ tau...)...gerai jual ikan bakar...Ok jelaa..taklah sedap mana pun, tapi harga boleh tahan mahalnya...

Inilah antara makanan yang diorder. Kangkung belacannya dah selamat dah tu...



Ada ikan sebelah (orang kata ikan sisa nabi) dibakar with sambal, sotong goreng tepung, kangkung belacan, sup tomyam and telur dadar...


Haa..bulat tak muka I??.tak per..bulat2 tu lah yang Cik Abang sayang...perasan lah pulak maklang ni...tak habis2 mood perasan tu..he....he...Angah kata Abah ambik gambar camtu cam lembut jer:)

As usuallaa...kalau lambat makan...ada ajer yang angin...Merajuk jer kerja, tak kasi main buaian, merajuk..seram nak kasi main buaian sebab ada dalam 100m dari kami...takut jugak ada ulau malam2 tu...Bila dah kasi makan...boleh pulak gurau!


Ha...ni lauk tengahari semalam. Goreng Sabah vege with tauhu lembut and kicap kikkoman. Sedap..sekarang ni musim makan sayur and lauk aje...kurang kan nasi...

Ini pulak maklang campurkan aje kacang botol yang bibik petik belakang rumah tu...dengan sambal kacang ikan bilis yang maklang buat entah beberapa hari yang lepas! Minyaknya...takut tengok kekilatan sebab minyak tu...

Ini pulak ayam ketumbar...maklang bake/ grill dalam microwave...sedap jugak!

Sebelum lupa...terimakaseh kak liza, datang rumah I semalam...dapat makan cheesecake kan...he..he..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Saturday, November 22, 2008

17 tahun

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..hari ini genaplah 17 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah setakat ini kami berjaya mengharungi suka duka berumahtangga....dan doakan kami semuga terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..Amin ya Rabbal Alamin...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Friday, November 21, 2008

Kita hanya merancang...

Assalamualaikum...

Dah pun Jumaat.

Sejak petang semalam, suasana agak muram kat rumah ni...Hmmm... 2 anak kesayangan maklang dah pun tiba kat JB. Ikut Alang. Apa yang dirancang telah terhalang oleh kehendakNya...apa2 pun redha aje. Alang sebenarnya nak spend wiken kat sini lepas periksa dia, tapi sebab FIL dia masuk hospital, apa yang dirancang langsung bertukar! Lepas aje dari course Uncle J tengahari semalam, mereka langsung ke sini nak ambik Ucop dan Yasmeen and of course bibik mereka. Tapi sempat lagi singah kat MM sebab dia nak beli hadiah untuk anak2 sedara sempena lulus periksa. Akim dapat binoculars, Angah dapat 2 buku cerita ( salah satu darinya by Ummi Kalthum Ngah), Maya tak tau pulak dapat apa, Along pun maklang tak tau dapat apa. Sebabnya masa maklang ke pejabat lepas lunch tu, mereka tak sampai lagi ke rumah. Mereka bertolak ke JB sekitar jam 4. Dah Alhamdulillah sampai jam 10:30pm. So, tak sempat lah maklang nak ambiik gambar si tembam Yasmeen. Alang kata dia dah ada ambik gambar si tembam tu pakai booties and hairband dari Singapore, nanti dia akan hantarkan kat Maklang...


Hari ini maklang akan spend most of the time in my sewing room. Ada lambakan langsir sedang menanti giiran untuk dijahit tu...Alhamdulillah dah hampir separuh siap sejak dari petang/ malam semalam. Tadi pagi pun sempat siap 4 keping. Tapi belum kelim laa...Langsir jahit straight ni senang sikit. Nasib baik jugak Cik Abang tolong potongkan sesama maklang semalam. Kalau tak mau pinggang jem. Beg telekong untuk Kak Ina pun maklang dah siapkan satu malam tadi, cuma kena finishing touches aje...harap2 semenya selesai by this wiken so that I could move on to others punya pulak...Aaaahh...semacam tak cukup masa aje kan...


Hari ini jugak akan ada operasi nak buat dendeng untuk nak bawak bekal kami bercuti minggu depan, InsyaAllah. Moga apa yang diplan menjadi kali ni...Amin..Amin...Ya Rabbal Alamin...:)

Sejak semalam hati rasa sedih sangat...tapi biarlah ianya rahsia...kan..:(:(:(

Ok lah..setakat ini aje maklang bersiaran, tak ada gambarlaa ari ni, I nak pi shopping kat Tani Mall...he..he...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Thursday, November 20, 2008

Kerja lagi

Assalamualaikum...


Penatlah sungguh semalam. Tak plan pun nak ke Kuantan. Petang hari Selasa Client ada call tanya pasal submission. Gelabah jugak nak jawab sebab maklang tak berapa tahu pasal yang satu ni. Memang critical abis sebab masa yang authority kata boleh bagi approval ialah 3 bulan lepas submission. Jadinya kita yang nak facilitate benda ni jadi gabra lah juga. Maklang call jugak orang DO3 tu. Nasib baik dia baik aje. Sejak 2/3 kali call dia layan aje. Dia kata biasalah selalu consultant call dia tanya2 benda ni seme!


Sebab banyak sangat nak tanya, maklang decided just to drive down and see her. Senang cerita. Apalagi, ari ni mengdrivelah saya. Sampai Gebeng aje, then kawan maklang ambik dan kami terus ke Kuantan untuk attend meeting. Alhamdulillah it went well...

And lepas meeting, maklang singgah kat hotel Taman MS ambik si Ucop and Yasmeen serta bibik. Maklang hangkut mereka ke Kerteh..he...he...tembam betul si Yasmeen, and Ucop is forever skinny! Bilalah nak ikut Abang Akim kan? Alang tinggal lagi semalam sebab Uncle J ada conference. Ucop tu anytime, kalau nak bawak ke rumah nak jumpa Idola dia memang suka sangat. Dia jadik tak tentu arah kata Alang bila beritahu maklong nak ambik dia.


Sempat jugak menyinggah kat kedai kek kat Kemaman. Beli koko yang tak ada dah. Sempat beli dadih yang rasa mocha and cappucino. Punyalah lama nak makan yang ini. Dok teringat aje masa makan kat rumah OO 4-5 bulan lepas. Beli jugak cream cheese etc sebab dalam kepala nak buat blueberry cheese cake sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17 ni. Besok lusa aje...Moga berkekalan keakhir hayat, InsyaAllah...


Bukan itu saje maklang sempat buat. Maklang sempat singgah kat kedai grocery. Mengangkut se troli. Tak kuat angkat mintak tolong budak yang keje kat situ. Tak bagi tips pun...camanalah nak salam budak Cina tu. Kalau pompuan ok jugak, ni lelaki...tapi pelah dek...tolong2 aje. Lepas tu maklang pecutlah balik Kerteh. Nasib baik tak ujan cam pagi tadi tu...kalau tak lagi lewat nak sampai. Alhamdulillah 3:15 kot sampai rumah. cepat2 makan and terus aje ke pejabat. Kalau tak pasal janji nak antar email kat Client tu memang maklang tuang terus. Penat sangat rasanya..maklumlaa mengdrive sikit punya lama - break record 1 jam semalam!( sejak lepas baik ni tak pernah drive sejauh ni , sebelum ni sampai Cherating aje, nasib baik tak apa2!)


Petang tu kol 5:30pm dah balik . Terasa letih. Balik rumah main ngan Yasmeen tembam jap, then mandi manda and you know what I did? I menjahit laa, apalagi!. Ingat telekong kak Liza tak siap lagi. Rupanya maklang dah jahit entah bila!. So, jahit telekong anak2 OO. Ada 1.5 aje tak letak renda, lagi 1.5 dah siap. So menyiapkannya lah semalam. Ni tinggal letakk getah aje kat kain dia sebab tak ingat berapa ukuran pinggang anak2 OO. InsyaAllah petang ni. Malam lepas jahit tu, maklang sambung RE Syami. Sikiiiiiit aje lagi. InsyaALlah kalau selesai malam ni, besok boleh jadik beg :). then kena stop RE jap, langsir rumah KL tu, lama dah tersadai. Maklang dah train bibik guna mesin, nanti boleh lah dia jahitkan sikit2...


Ari ni maklang pakai baju baru. Beli kain dah lama,tapi baru siap sebulan lepas kot, so ari ni baru pakai. Sama ngan kain, beli masa raya dapat 70% off kalau tak, tak merasa jenama Somerset ni..he...he..so. Pakai baju barulaa...tapi kaler ni Cik Abag kata kaler Ereeeneee, Alang aah tu. Muram durja aje...dia tak berapa kenan. Dia suka isteri di pakai kaler terang menderang...tapi tak pe, tudung I kaler peach.

Best ari ni khamis besok dah tak kerja...tak sabar nak cuti. Moga2 kerja ari ni smooth sailing lah hendaknya...Tengok ujan kat luar tu rasa cam malas je nak ke office!


Ini part of my hadiah anniversary...Ni permintaan kak Elle. Tak payah tunjuk semelah kak...akak imagine jelah apa bendanya tu...he..he...I suka. Walaupun a bit besar, sebab Cik Abang ukur sendiri..
Ini baju kaler Ereeny ni..muram durja aje..
Ha..Ucop nak jugak tidur celah Along. Dia menempek kat Along masa Along tengah tengok CSI kat bilik Maklang. Lepas tu Along hangkut bawak masuk bilik dia. Alang kena upah ni..Along jaga anak lelaki kesayangan dia...


Selamat berwiken seme!







Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......jahit tu

Labels: ,

Wednesday, November 19, 2008

Perasan

Assalamualaikum...


Lambat pagi ini. Maklang tak sempat nak menaip malam tadi. Penat and mengantuk betul. Sesampai dari office jam 6ptg semalam, maklang makan roti and soup tomyam. Terasa sedap pulak tom yam yang maklang buat semalam...he..he..perasan I ni kan.. Ada jugak buat tauhu jepun goreng dengan daging dan capsicum. Oklah yang itu. Tapi Along kata sedap. Entahlah..nanti kalau nak tahu, cubalah sendiri bila maklang dah letakkan dalam blog masak. Bila tu tak tahulah kan...I ni kan rajin...he..he..




Nilah kerja maklang semalam petang. Tak menyempat nak siapkan. Terasa cute pulak beg ni..Perasan lagilah tu...Just nice untuk nak isi camera and accessories dia. Maklang saje buat tangkai panjang, senang nak sauk. Sekali sekala nak sauk kat lengan nak pi pasar tani pun boleh jugak...Lepas siap tu, maklang siap letak renda kat telekongs Ina Paka. So, siaplah kedua2nya. Ina order pulak 2 beg telekong. So, kena buat segera ni. Dia nak ambik next week.

Malam tadi anak2 kecik 2 tu dah mula berkhemah kat sini...penuh bilik ni..tak ada chance mak nak meraba..ish..ish...orang tua ni...teruk betul...

Petang ni kalau sempat and tak letih, nak selesaikan telekong kak Liza pulak. Kak liza nak beg telekong jugak ke?..beg tu terhad tau...kalau nak order cepat2 he..he..

Oklah ..pendek ari ni , tak leh cerita panjang, maklang nak ke office jap lagi...
Beg ni comei je..ukuran dia 10"x6"x 3". Lebihkuranglaa..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Tuesday, November 18, 2008

Dating

Assalamualaikum,


Semalam masa tunggu Cik Abang nak ambik maklang balik dari office, terasa pulak laparnya perut ni. Almaklum tengahari makan sikit aje ..tapi oooopsss...lupa pulak ada makan 2 keping kot pisang goreng. Lembik and penuh ngan minyak...hmmm...habislah cholestrol naik lagi!

Sambil nak type message kat Cik Abang, dia pun tiba kat depan office. Maklang ajak Cik Abang pi dating kat MM. Terasa nak makan thosei sesangat. Maka kami pun makan lah ber2. Tak ada anak2 memang rasa lega. Sekali sekala memang kena keluar berdua-duan. Mana taknya sebab kalau ada anak2 ni memang tak dapat nak cakap2. Bestlaa...lama tak dating.. Tapi tak rasa pun masa macam mula2 berendot dulu! He...he...ialah orang dah lama...

Masih ingat dulu masa mula2 kenal dulu ada gak dating nya. Adalah sekali sekali pi makan2 ,pi shopping, pi tengok wayang ( tapi tak main pegang2 eh..I baik tau...dah tua2 ni pulak tak leh kalau tak pegang...he..he...melalut dah orang tua ni he..he...). Yang paling selalu kami buat masa dating ialah pergi makan lah apalagi. Almaklum kami memang seronok dating kalau pergi makan. Peristiwa yang paling tak dapat den nak lupa was masa pi makan kat Medan Mara. Masa dulu2 tu kat Medan Mara memang ada jual memacam. Sedap2 belaka. Senang kalau pi makan kat situ sebab office Cik Abang kat Pertama Complex aje.

Maka satu petang tu, adalah 2 insan yang bercinta pergi dating. Makanlah apalagi. Maklang ingat lagi. It was still early lah dalam kol 8:00malam kot. Paling suka makan mee sup kat situ memang sedap. Entah kat mana dah orang yang menjual mee sup tu. Sekali masa tengah tunggu nak makan tak aleh2 Cik Abang menjerit. Eiii...kata dia...Awak raba saya eh....Eeee...mana ada..perasan orang nak raba dia! Sumpah! tangan saya ada ni kat sini....Rupa2nya ada seekor kucing meleser kat kaki dia...punya lah Cik Abang maklang tu perasan..ha..ha...sampai sekarang I tak leh lupa peristiwa orang perasan tu...


Anyway, the date semalam was Ok. Kali ini si mak dara yang belanja. Mulanya makan thosei sorang sekeping, then sambung pulak makan rojak semangkuk share ber2. Kiranya romantik jugaklaa...he..he..

Lepas balik dari makan tadi sempat maklang jahitkan beg untuk makteh tu. Bunga2 nya dah lama siap. Masa mak teh datang 2-3 bulan lepas dah siap, tapi maklang tak sempat nak jahit kan jadik beg. Ingatkan nak hadiah kan mak teh...So hari ini dapatlah maklang siapkan untuk mak teh.. Close up...manik2 tu bibik tolong jahitkan..lega ada assistant sekarang.
Ini dia beg dah siap buat isi telekong. Tak letak interfacing pun. So, beg ni tak ada 'body' laa...



Dan maklang sempat siapkan yang dibawah ni sebelum maklang tidur. Kalau sempat nanti petang, maklang jahitkan jadi beg cerut untuk buat isi barang yang berkaitan dengan camera maklang... Terkenang kat berries kat jahitan cushion untuk cikgu last week.



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......an-duan

Labels: ,

Monday, November 17, 2008

Cuti

Assalamualaikum..


Semalam maklang submit surat cuti. Mintak cuti mulai 30hb Nov ke 4hb Dec. Tapi mulai cuti sejak dari 27hb kira cam leave in lieu sebab ada kerja one Friday tu maklang tak calim overtime. So, dapatlah jimat cuti yang dah tinggal beberapa hari aje lagi. Rasanya takat ni je kot boleh cuti, sebab kalau boleh , maklang nak cuti panjang bulan 5 tahun depan. Sama2 dengan anak2 yang cuti sekolah..Berangan lagilah tu...

Petang lepas balik kerja maklang dapat selesaikan jahit telekong mak teh. Dah masuk dalam plastic bag dah. Tapi tak post lagi . Mungkin Khamis ni kot baru boleh pos. Ada sikit lagi benda yang maklang nak letak kat dalam parcel tu nanti.Biarlah mak teh surprise bila dia terima. Sebab dek benda tulah, mak teh kena tunggu sikit lagi. Lepas tu, maklang nak siap jahit kan 2 helai telekong yang Ina Paka pesan sejak awal tahun, then telekong anak2 OO serta beg nya. RE dah siap, tapi belum jadik begnya. Then come Kak Liza punya telekong pulak. Nasib baik bibik ada tolong bersihkan jahitan, kalau tak, tak boleh lah lagi nak menyiapkan nya. Masa punya lah terhad. Ada lagi 7 telekong rasanya nak kena siapkan. Entahlah bila tu. Tapi buat masa ni, maklang dah jahitkan 4 helai tak silap, kalau tekun bolehlah siap. Rasanya masa cuti tu, maklang kena hangkut segala RE untuk nak jahit. Untuk Ibusara, InsyaAllah boleh siap untuk pakai Raya Haji. Boleh lah buat masa waktu malam masa cuti nanti. InsyaAllah lagi. Tak tahu lagi macamana perancangan nya...


Itulah, cakap pasal cuti ni, malam semalam, maklang bercuti lagi dari menjahit RE untuk Syami. Sori eh dek, ada sikit lagi. Maklang target nak siapkan beg2 tu by this wiken InsyaAllah. Maklang tak sabar nak buat untuk sendiri punya. Sekarang dah half way maklang jahit. Ni seme sebab terkenan kat berries yang maklang buat ari tu. Kali ini letak dalam pasu. Idea datang masa tengok gambar pokok kat pinggan makan...terus datang idea nak buat berries. Tambah berries aje..he..he..tak sabar nak tunggu siap. InsyaAllah kalau tekun kejap aje siap. Kecik aje jahitan dia. Maklang berangan nak buat beg kecik untuk nak letak camera, USB port dia dan charger dia. Asyik ilang aje...sebab tak ada bekas. Bersepah pun iye. Nanti lah bila dah siap 2/3 hari nanti maklang letakkan kat sini. Sementara tu, maklang letakkan gambar inspirasi maklang tu eh...






Pening kepala ingat banyaknya kerja menunggu. Langsir ada sebeban nak dijahit. Kalau lah Cik Abang boleh tolong kan kain tu...kan ke best...tapi kena buat dgn along laa...Maklang tak ada 4 tangan! ( selalunya gunting langsir dengan Cik Abang!)


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Sunday, November 16, 2008

Pentingnya makan...

Assalamualaikum…

Dah bermula pagi Ahad dah…

Hmmm…kalau ikut hati malasnya nak kerja. Tak puas kalau wiken y ang pendek ni. Seronok menjahit sepanjang hari. Lega. Ilang segala stess dan problem2 kerja kat opis tu.

So, bermula lah seminggu lagi untuk nak cari duit. Duit untuk menampung keperluan kami sekeluarga..

Ni baru aje selesai menumis apa yang patut untuk makan tengahari. Sempat jugak mintak bibik panaskan kuah laksa Penang yang tak sedap tu. Maklang ada buat laksa Penang last week tapi entah kat mana silapnya..maklang rasa fail ..tapi Cik Abang kata pass laa…Hmmm..Memang tak sedap langsung. Tadi maklang tambah kan sedikit lada kering, serai dan sedikit bawang putih. Letakkan lagi asam jawa. Rasa2 macam sedaplah sikit dari hari tu. Entahlah…Along yang suka sangat, tapi mak dia tak pandai buat! Frust jugak. Tapi rasanya laksa Penanglah yang paling ringkas! Cik Milah kalau baca ni, bagilah petua nya sikit. Kalau orang tua2 kata…menyeman masak ni. Menyeman tu, macam buat apa aje memang tak menjadi.

Masak sempoi aje ari ni. Sup petola dan ikan gelama sumbat belakang. Perencah dah buat. Maklang mintak bibik modify bila nak bakar. Tambah sedikit serunding kelapa yang Cik Abang bawak balik dari opis ari tu. Letak kat 2 ekor and 2 ekor lagi biar kosong. Waktu anak2 cuti ni kena masak lebih sedikit sebenarnya sebab kalau dah semenya di rumah memang makanan tu kenalah banyak. Mana tak nya…keje lain selain main, and BERGADUH ( sampai ada yang bercekau!), makan ajelah kerjanya. And kalau tak cukup makan memanglah akan menyebabkan hangin seluruh badan. Darah tak naik ke otak, dan pemikiran jadi singkat and gaduhlah jadiknya. Itulah kepentingan makanan kat rumah ni. Yang paling naik hangin Si Mayalaa…Tak padan kecik tu…kalau lapar, memang dia naik hangin. Ingat dulu2 masa dia 5-6 tahun, boleh dia gaduh aje sepanjang jalan dari JB nak ke Kerteh. Dia angkat skirt dia, tunjuk ponggong kat kakak dia and jelir lidah. Ingat lagi. Cepat2 CikAbang berenti kat KFC, beli ayam, kasik makan, and tak lama lepas tu boleh gurau dengan yang lain. Maklang dah paham benar Maya tu..So, kalau signal macam tu, jawabnya cepat2 lah ajak makan, or suruh dia tidur. Kalau tak cukup tidur pun groggy semacam…

Malam tadi dah selesai jahit manik kat telekong Mak Teh. Hari ini boleh letak renda dan jahit kain dia. Then kalau sempat boleh jugak buat RE. 2 hari I tinggal Re tu...

Ni tak leh lama, nak ke pejabat jap lagi. Tak siap lagi…Selamat bekerja untuk yang mula hari ini dan selamat berhari minggu untuk yang lain!

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Friday, November 14, 2008

Alhamdulillah...Thank you Allah...

Assalamualaikum...

Wah berehat panjang maklang. Sejak lepas siap buat beg2 maklang nak kasi cikgu tu, rasa lega satu macam ( ALhamdulillah, cikgu2 suka sangat, sampai ada yang datang jumpa maklang nak cakap thank you :) ). Lepas dah dapat result Angah lagi lah relaxkan. Alhamdulillah semalam was a good day. Happynya sampai ke petang! Ingat lepas peristiwa ujan dan lepas tu terang benderang tak ada lah lagi yang best. Rupanya banyak lagi berlaku...memang orang kata good things come in three ..gitula bunyinya...

Kita simpan cerita happy tu, nanti maklang cakap eh....

Masa kat sekolah semalam, seram sejuk rasanya. Almaklum Angah adalah
seorang anak yang agak payah nak jaga. Cepat kecik hati, tu yang payah tu. Susah betul nak suruh belajar. Kalau belajar cerita Indonesia tu memang senang sekali..he..he.. Tapi dia anak yang baiklaa...kalau datang angin baik dia, teroverlah baik dia. Kalau tak...hmmm...malas nak cerita. Apa2 pun, bak kata paklang...nasib baik anak sendiri, kalau anak orang, dah lama antar balik kat mak dia!He..he..

Gelihati ada jugak masa tunggu result nak keluar tu..Cikgu sekolah tu, Cikgu Saidan memang kelakar sangat. Lepas Cikgu besar kasi ucapan, cikgu Saidin kata...Ala...kesian Cikgu tengok muka anak2 murid ni. Ada macam nak terbayghark! Seme gelak. Mesti anak2 seme takut sebab ialah result periksa. Lepas tu baru gurubesar panggil nama sorang2 yang dapat 5A. Bagus cikgu buat cam tu...Biar anak2 tahun 5 tahu macamana nanti bila mereka pulak ambik exam!

Maklang dapat tahu result Angah dari cikgu2 Angah even before Angah pergi jumpa Cikgu dia. Memang nangis betul maklang. Alhamdulillah syukur sangat. Kali ini ujan lebih teruk dari masa dapat result Along dulu. Ialah tak sangka Angah did it. Tak payah lah maklang beritahu seme brape Angah dapat. Biar itu kami simpan aje sendiri. (Okkan Cik Dinz?). Yang penting semenya happy.Atok dan Wan serta Alang pun surprise. Macamana pun, Sebaik mana pun result Angah, yang tahunya, Angah memang tak akan kemana2...sama aje dengan Along dia, nak kepit bawah ketiak mak abah aje..he..he...


Tak abis lagi sebenarnya kerisauan maklang lepas dapat result Angah tu...Alang pun dapat tahu result dia semalam. Yelaa...kesian dia. Kalau tak lepas memang kena ambik lagilaa...dia kata asik kena belajar aje, cam tak ada life! Petang tu call, dia kata tak dapat result lagi. Lewat petang call Wan and Wan pun cakap Alhamdulilah dia lulus...Alhamdulillah segala usaha dan berkat doa orang2 yang tersayang, keluarga ini diberkatiNya, InsyaAllah...( maklang seronok sebab boleh mintak hadiah dari Alang sebab dia pass...he..he...)

Alhamdulillah..tak lekang dari mulut2 kami! Alhamdulillah...

Tak abis lagi..tu...Kesyukuran maklang, petang semalam dapat pulak hadiah dari Cik Abang tercinta. As usual, dia kalau dah beli hadiah, tak menyempat nak kasi...tak sempat nak tunggu anniversary kami yang ada lagi 8 hari tu...he..he...wahai abang ku yang tercinta...terimakaseh banyak2 atas pemberian tu...I was a happy woman semalam..he..he..and still is today...

Oleh sebab tu , ari ini mkalng masakkan kerabu buat abang..nanti maklang upload kat blog makan...he..he...

Jap lagi, nak jahit manik lagi...Nak kena siap this wiken nanti boleh pos kat makteh...

Selamat berhujung minggu!

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Thursday, November 13, 2008

cerita angah lagi..

Assalamualaikum...


Maklang nangis tadi bila maklang pi sekolah angah. Nampak aje cikgu angah, maklang terus meluru ke dia. Tanya dia macamana result dia. Bila cikgu cakap, terus maklang berair mata...:)

Syukur Alhamdulillah...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, November 12, 2008

Tengoklah macamana nanti...

Assalamualaikum…


Not a good day for me today. Bukan pasal kerja. Kerja ok aje. Smooth so far, tak lah macam last week. Ok Ok aje. Cuaca pun sejuk aje tadi…best…


Ingatkan the ‘weather’ would be cool for the whole day. Walaupun pepagi tadi ibujari tangan kiri maklang dah terluka dek terkena screw driver masa nak ketatkan pemidang masa pagi2 maklang buat RE sementara nak tunggu gi kerja tu. Berdarah beriye2. Ingatkan nak cepat. Rupanya makin lambat sebab jari dah berdarah! Terkena sikit riben tu. Mana tak nak cepat. Semuanya kena siap by tonite sebab besok, Angah last day. Nak kena kasik kat cikgu dia. Maklang start tengahari semalam masa lunch. Terkejar2 maklang nak menjahit. Simple sangat bunga dia. Siaplah satu malam tadi. Pagi tadi mintak bibik tolong letakkan manik.Harapkan Angah sampai waktu ni tak siap2 lah.

Tengahari tadi masa balik lunch, dapat buat sikit lagi. Then mintak Angah sambunglah. Ha…bunga dia kembang setaman…Tak apalah, at least cikgu tau tu dari murid dia. Bila maklang balik petang tadi, tak siap lagi. Terpaksalah maklang sambung pulak. Tak sempat bukak stokin, maklang dah duduk kat mesin jahit. Masa maklang menaip ni dah siap satu aje. Yang satu lagi bibik tengah letak manik. Jap lagi dia siap baru maklang jahitkan jadi kusyen. Dah ukur, InsyaAllah sekejap aje tu siaplah. Zip seme dah siap tampal... Tengoklah macam nanti eh...


Tengahari tadi, hangin maklang go upstairs jugak. Mana tak nya….hp Angah kena cuci dalam washing machine. Memang hangin. Sabau ajelaa…Nasib baik Cik Milah ada nak tenangkan maklang. Yang sayang nya, hp tu baru aje dibeli, tak dan ½ tahun. Maklang belikan dia masa maklang sakit ari tu. Kesian tengok dia, dia beli sim card and then guna aje hp lama yang tak ada charger tu. Sedih maklang tengok. Ni dah elok2 dia jaga, kena basuh pulak. Entahlah ada harapan benda tu nak bernyawa lagi or not, tak taulah pulak. Tengok rexeki laa…Bibik tak cek seluar dia, terus cuci aje ..hmmm….geram..geram…Tengoklah, niat maklang kalau result dia bagus, naklah hadiah kan dia hp. Tengokla macamana nanti!




Petang tadi pulak, lepas kami selesai solat Asar, tengok2 banyak site kena blog dek administrator. Ingat maklang punya sorang aje, rupanya semenya. Habis engr2 kat tempat maklang pun kena. Sampai bank punya site pun tak leh masuk. Payahlah lepas ni nak transfer duit. Kena gi banklah jawabnya. Ada jugak rasa bersalah sebab kadang2 tu ada jugak masa bosan2 and jem tak leh nak pikir, maklang lompat2 sana sini. Kadang sekali sekala cakap2 dengan kawan2. Lepas ni tak adalah lagi. Sebenarnya memang tak bolehlaa kalau nak cakap lelama sebab waktu kerja. Sebab tu takut. Takut kang kena ambik tindakan etika pulak. Mintak jauhlah hendaknya…Lepas ni kalau boring bolehlah baca suratkabar aje..he..he..Adek2 engr memang terkejut sangat. Takkan teruk sangat kata mereka. Tengokla macamana nanti!



Waktu ni, maklang masih menunggu jahitan bibik tu siap. Lepas jahit kusyen tu, nak relax jap sambil tengok CSI. Tapi kalau tak pegang apa2, kang CSI yang tengok maklang.


Ini RE yang maklang jahit semalam. Taburan manik tu bibik no.2 yang jahit. Oklah...nasib baik ada yang tolong...kalau tak waktu ni masih tak siap lagi. Suka pulak maklang tengok berries purple tu...Iddea datang bila teringat kat buku sulam maklang yang ada design tu..nanti nak buat lagilah untuk projek lain pulak...
Yang ini bunga purple afa Angah buat, ada maklang yang buat. Nampak tak kembang semangkuk tu....Angah lah tu...kembang cam idung Angah...ha..ha..

Ini satu lagi beg untuk cikgu. Semalam lupa nak ambik. Ini cik Abang kata paling dia suka...maklang pun suka jugak, tapi a bit pucatlaa...I kan suka terang benderang...





So, rasanya baiklah maklang pegang manik2 untuk di tampalkan kat telekong mak teh tu…Selamat malam seme…Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Monday, November 10, 2008

Hectic

Assalamualaikum....


Jam dah menunjukkan 11:19pm. Maklang baru aje khatam menjahit 5 buah beg. Punya buat kerja dalam rushing. Sejak dari 2-3 minggu yang lepas, sambil menjahit untuk kawan2 yang tempah, sibuk dengan kerja dan ke sana kemari, maklang cuba jugak nak habiskan jahitan tu sebelum tutup sekolah. Ni seme kes Angah laaa...Masa memula nak bagi hadiah kat cikgu beg2 ni, dia kata dia yang nak sulamkan RE tu tapi as usuallah ..mak yang kena habiskan...biasalah tu. Dia sempat buat satu aje...yang tulip tu, tu pun mak dia yang habiskan...


Ni cik Abang dah berkeruh kat sebelah. Dia tak berapa sihat. Tak ada suara dan asyik pening kepala aje. Kena ujan lah tu hari Sabtu lepas, langsung semalam dah tak sedap badan. Penat pun iye agaknya sebab baru aje balik dari KL...


Maklang pun sibuk tak tentu arah. Sejak dari Jumaat pagi tu lepas pulang dari pasar , maklang dah menumpukan sepenuhnya pada jahitan untuk beg ni. Sambil2 tu maklang on kan mesin sulam untuk nak siapkan sulaman telekong mak teh. alhamdulillah dah siap tinggal nak manikkan aje. Insyaallah dalam sehari dua ni akan mula nak letak manik kat telekong tu. Hmm...penat tu...InsyaAllah by wiken kalau tekun sempat siapkan. Nak letak renda lagi...memang leceh betul nak jahit manik ni... ( I dah menguap dah ni) So, whole day sampai ke malam maklang duduk menjahit. Terpaksa break tengahari tu sebab pergi rumah jiran depan rumah, dia ada buat kesyukuran sebab naik rumah. Oklah makanan dia.


Cik abang tiba malam Jumaat tu kira2 kol 10 kot. Maklang tak tido lagi Anak2 eronok sebab seme dapat hadiah...mak aje tak dapat hadiah..Sedih sungguh lah...tapi nak buat camana, kalau orang tak ingatkan kita...sob....sob...

Oklah nak tido dulu...enjoy the gambars...Maklang kan updet bila dah relax!

Sambung cerita Sabtu pulak.

Pagi tu maklang bangun macam biasa. Paklang lepas Subuh, pegi ambik Angah kat sekolah. Dia baru aje tiba dari Cameron Highlands tu..Penat sangat kata dia. Pinggang macam nak patah. Mana taknya naik bas sejak dari malam sebelumnya. Rushing sungguh. Dari sini terus ke Perak, pergi tempat jual labu sayong, then lost world and entah mana2. Tiba CH hari Jumaat tu. Dia sibuk sms tanya nak beli sayor tak. Maklang pesan belikan leek. Hmm..bila balik sini, memacam dia shopping. Maklum lah duit ada. Semuanya ada strawberry. Cuma jem strawberry je lupa suruh dia belikan. Ada fridge magnet, selipar, bantal, phone punya chain semenya ada strawberry. Sampai cekak rambut pun ada buah tu. So, sekarang kami panggil dia minah Strawberry…Angah..oh Angah..

Pagi tu Cik Abang 3 kali ulang alik ke sekolah, kes Angah tertinggal barang. Pulak tertinggal tu the yang dia belikan untuk abah dia. Tu yang nak pergi jugak. Nasib baik jumpa… Bila anak2 dah kompol seme ni mulalah dia usik dia, dia usik dia…BINGIT betul!

Cik Abang sambung beradu lepas tu. Penat tak ilang lagi. Maklang as usual continue jahit. Sempat YM ngan RIna kata nak pi makan thosei kat MM. Dan tak sangka pulak 2 jam lepas tu dapat sms dari Rina kata dia nak ke sana. So, berjumpalah kami. Dapat tengok si tembam Umair..Memang sungguhlah tembam. Rasa cam nak dukung, tapi takut tak steady pulak nak dukung baby sekarang ni…Sikit lagi bila dah rasa kuat betul nanti maklang dukong…tapi kot2 sekali lagi jumpa, dapat dukung adek Umair pulak!

Sedap makan thosei tu…puas atilaa..sebab kuah dia kasi kaw-kaw. Tapi tak puas nak bual ngan Rina…nanti kita date lagi..ajak mulan and Kak Liza nak???

Petang tu ingat bolehlah I mengspent masa untuk RE lagi. Tapi Pak Omar call suruh pergi rumah dia sebab ada doa selamat sebab dia nak pi haji dah. Dia dah beritahu last week ke 2 weeks back, tapi memang totally lupa. Ingat kan wiken akan datang ni. Nasib baiklah ada sedikit lengkong yang bibik buat, kalau tak memang pergi dengan tangan yang kosong. Makan lagilah jawabnya kat rumah Pak Omar. Tapi control jugak. Sesia aje 1 minggu dah tak makan banyak, kena sekali kenduri dok makan banyak…Sib baik boleh control…Alhamdulillah!

Balik dari rumah Pak Omar, maklang mula menjahit beg. Alhamdulillah siap 2 petang tu, tapi Cuma tinggal finishing aje..alhamdulillah tiba pagi ini siap dah seme…Lega sat, tapi Angah mintak pulak jahit 2 kusyen cover simple2 untuk cikgu kelas…Hmmm terkejar2 lagilah jawbnya malam ini…Harap2 dapat siap!!!

Ini antara hantaran yang maklang buat. Malas nak letak semenya...susah tak ada streamyx ni..dok rebut modem kecik tu aje!
Tu dia Umair tido ternganga..Jap lagi menjerit sampai satu MM dengar suara DJ tu...

Balik MM, pi petik kacang panjang luar rumah..Pak Omar yang tanam!


Ini hasil tuaian...banyak tak habis..sempat agih2 kan ke rumah jiran2! ( bekas strawberry tu...bukan dari Angah. maklang beli kat air itam entah berapa tahun dulu!

Bunga ni tak terbalik...sana buat cam tu..cam bunga pengantin pegang...Main campur2 aje kaler. Ambil roses yang dah siap!




Ini Angah buat part of it. Dia claim kupu2 yang banyak tu dia yang buat. Bunga tulip tu memang dia buat, Dedaunan tu mak dia yg abiskan!





Ini pun sama. Bunga kuning sebelah kiri aje dia buat pun tak abis..Mak lagi yang selesaikan..


Ni totally by mak ni...buat masa cuti kat Melaka hari tu..masa tu Angah tengah hot! Baru kena marah ngan Abah dia.


Heri penyampaian hadiah. Akim dapat no3. bolehlah sebab tak pernah belajar pun. Dia dapat naik kelas pertama tahunakan datang..Amin..harap2 berjaya seterusnya, InsyaAllah..

Ini anak YDP...YDP kasi hadiah sebab anak dia jadik pengawas perpustakaan...Angah dapat 2 kali naik pentas...Khamis ni result Angah keluar, doakan moga Angah lulus cemerlang. Begitu juga dengan Alang yang ambik specialist exam dia...Doakan ye!




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Thursday, November 6, 2008

Termakan...

Assalamualaikum…


Kejap aje dah petang. Macam biasa before nak melangkah kaki keluar dari pejabat maklang nak updet jap.

Sebelum nak bercerita..maklang nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 70 buat ayahanda/atokanda yang tercinta...semuga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik...Kami semua sayang abah/atok...dari Kerteh with Love...

Hari ini kerja so-so aje. Tak sabar nak tunggu besok sebab besok hari Jumaat, tak kerja dan lebih2 lagi buah2 hati nak balik. Cik Abang dah kata dia akan bertolak balik tengahari nanti dan Angah, insyaAllah sampai malam. Kesian Angah, dengar dia cakap aje macam penat sangat perjalanan dia. Just imagine dari sini 7 pagi, tiba di Perak dekat 8 malam…letihnya ya amat. Bas ikut jalan ke arah KT then turun balik ikut mana tak tahu lah. Dia dok merungut panas, and tak boleh tidur. Kejap2 maklang terima sms dari dia.


Malam tadi, lepas Dudy balik dengan kawan dia ambik hantaran tu, maklang keluar ke MM dengan si tembam tu. Tak sabar2 dia nak keluar. Maklang beritahu, kita keluar lepas Uncle Dudy ambik barang, sebab tak sabar2 nak jalan, suruh dia talipon Dudy bila nak sampai. Pukul 8 baru mereka sampai. Lepas minum air mereka balik dan kami terus ke MM. Wah..seronok dia…


Kami pi makan roti canai aje. Hakim nak roti canai telur, maklang pulak makan thosei. Hakim order horlicks ice and maklang order sirap limau. Total RM7.80 je. Sedap jugak thosei tu..kuah kari ikan dia kaw! Tapi sayang tak ada chutney. Kalau tak sure lagi sedap. Kalau rajin, nanti Sabtu pagi, nak ajak Cik Abang and anak2 pi breakfast kat situ..( alamak…hancus diet aku!). Cakap pasal diet, sejak seminggu kurangkan makan ni, nampaklah scale tu turun sikit..Lega rasa…kena teruskan ni…mana tau boleh slim melim…he..he..mintak kuatlah iman ni nak kuruskan badan ni..pulak lagi 4 bulan nak jumpa Dr. tulang tu, kot2 lah dah kurus. Kang Dr. kata cakap tak serupa bikin…tapi usaha mestilaa ada, jangan dok cakap aje kan…


Lepas kami makan tu, Hakim ajak makalng pi kedai yang ada jual hailer tu. Alamak, ingat kan dia nak tengok hailer. Tapi sejak dari rumah dia dah kata dia nak pakai mask yang kat Star Wars tu. Mask tu siap ada voice controller yang kalau cakap tu boleh keluar suara jadik cam robot. Harga dia aje, pening kepala maklang tengok. RM 169.90.. Maklang kata kat dia…Kim…mak kena kerja 2 minggu baru dapat banyak tu…Sempat jugak lah dia testing masukkan kepala dia dalam benda tu. Kejap aje dia try mintak suruh bukak , agaknya dia rasa lemas kot. 2 kali cuba, 2 kali dia suruh keluarkan…Lepas tu sambil jalan balik, dia dok kata lagi 2 minggu dapat ke benda tu? Maklang kata eh…taklah..2 minggu baru dapat banyak tu, mungkin seminggu RM25 aje boleh simpan untuk itu, yang lebih nak beli telor, beras, sayur, ayam etc…Termakan jugak dia bila dengar mak dia punya reasons! On the way nak balik singgah kat 7-E. Saje belikan dia Bubble Yum. Memang dia suka sangat tu! Bila dah beli, maklang ceritalah, kalau beli BY tu boleh dapat 80 bungkus ~ 400 biji kalau tukar dengan harga mask tu. So, dok berkira2 lah kalau beli BY dengan mask tu. Last2 dia kata tak maulah mask tu…Baik beli BY aje…and konfem kat abah suruh belikan kereta kecik aje untuk dia…Hot wheels agaknya…janji ngan Abah pulak…Dalam hati, lega ya amat sebab tau kalau dia main pun kejap aje…2-3 hari aje yang main all the time, lepas tu terperok kat kotak meinan dia.

Malam ni tak tau lagi nak bawak dia kemana. Tengoklah kalau dia nak ke McD ke..or maybe makan kat rumah aje sebab bibik masak nasi ayam tadi, sedap betul.

Akhirnya..si bujang termakan kata2 ibu dia…ha..ha…

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, November 5, 2008

Hakim ku Lucu!

Assalamualaikum...


Jap lagi maklang dah nak balik ke rumah. So, sebelum offkan PC ni , nak updetlah kejap. Kat rumah memang tak ada harapanlaa...


Lepas maklang solat Asar tadi, terasa pulak sunyinya. Hari ini, balik ni kang, sendirilah. Kalau kebiasaan di ambil oleh suami tercinta, hari ini, balik ke rumah bawak kereta sendirilaa...Nasib baik perjalanan takes less than 10 mins. Kalau tak tentu rasa sunyi lagi kot. And bila sampai rumah, Akim sorang aje ada....Sedey..


Sedeh jugak masa Akim tanya tadi...

Mak Angah pegi mana?

Angah dah ke Cameron dengan kawan2 sekolah...

..Ooh..mak hantar ke Cameron ke? Akim tanya lagi.

Taklah..mak hantar ke sekolah je.

Angah balik bila?

Hari Jumaat...

OOOooo

Pastu lepas maklang hantar dia balik lepas makan kat rumah kawan, ada buat open house tengahari tadi, dia call..

Mak ..abah balik bila?

Abah balik ari Jumaat...

Ooooo..kata Akim


Masa maklang hantar Angah tadi belum pun pukul 7pagi. Kena sampai about 6:40am. Tau ajelah Angah. By 6:00 am dah ngadap TV. Dah siap seme, tapi beg yg nak di bawa, bukan dia nak siapkan . Tunggu last minute, carik beg tak jumpa terus hot...Sabau jelaa...


Petang semalam masa Cik Abang and Along and Maya nak pergi, sebak jugak rasa hati. Nak keluar dah air mata ni. Kalau lah tak kerja..kan boleh ikut. Tak pelaa...sekejap aje. Besok lusa, Insyaallah dah balik. Malam tadi alarm 2 kali bebunyi. Nasib baik awal lagi. Tapi seram jugak. Along siap kata baik2, sebab rumah cikgu dia dekat2 situ baru aje kena potong grill. Mintak2 tak ada apalah. Cik abang and co. sampai rumah Alang almost 11. Lega bila tau dah sampai.


Dalam pada sedih semalam, Akim buah hati maklang tu buat maklang ketawa sampai nak pecah perut.


Mana taknya...petang tu dia mandi tak sampai 2 minit kot. Bila cium rambut and badan wangilaaa..memang geram tengok badan dia yang putih gebu and tembam. Rasa nak gigit aje. Maklang tau dia mandi kerbau. Bila suruh lagi mandi, dia tak mau. Tak apalah...Penat nak cakap banyak kali..

So, bila maklang nak makan, dia ikut sekali. Tengah2 makan tu, adalah sekor kumbang terbang masuk kat pinggan dia. Menjerti dia. Nak ketawa tengok. Badan punyalah besar, tengok kumbang sebesar kelinking dah menjerit. Maklang angkat kumbang tu and buanglah nasi kat mana kumbang tu landing. Langsung dia tak mau makan. Bibik gantikan dengan nasi baru. Tengah2 dia nak makan tu, kumbang terbang lagi masuk kat dalam baju dia. Lagilah dia menjerit. Menangislah dia. Sambil menghentak2 badan dan kaki sebab nak suruh kumbang keluar dari baju. Bibik bukakkan baju dia, barulah kumbang terbang keluar. Langsung dia lari masuk bilik air nak mandi...Maklang apalagi, carik chancelah terus kata...


Ha....mak dah suruh mandi tadi tak mau..kumbang tu tau awak bau busuk! (sambil buat muka serius). Dalam hati puaslaa menahan ketawa. Sian bujang I...Bila naik atas, call Along kat bilik air and cerita. Kalau cerita depan dia mau dia hangin. Merajuk kang, tak ada orang I nak peluk nanti! Agaknya entah bila Along dia call dia, dia tanya camana Along boleh tau...Hakim..Hakim...lucu betul!


Malam ni, sepupu maklang nak datang dgn kwan dia nak ambik hantaran kawan dia. Then maklang cadang nak bawak Hakim pi makan thosei kat MM...Berdua ajelaa kami..jangan dia mintak maklang belikan dia hailer berharga RM50 kat kedai Mainan 'R' kami, tu dah lee...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Tuesday, November 4, 2008

Masih sibuk..

Salam...


Tak boleh nak tulis panjang...


Kat Office sibuk dengan kerja tapi sempat jugak bual ngan kak Lady..lepas rindu kejap dengar soghe...kejap aje..sambil2 kerja tadi..he..he..thanks kak layan I...sempat dengar luahan hati pasal Ba- wau- sin - sin I...gereeeemmmm...nasib baik dah resolve lega..

Kat rumah selain sibuk RE Syamiza dan sulam telekong mak teh...maklang tak leh internet sebab line kong. Sejak line phone kena cangkul kat simpang jalan besar, phone tak elok2. Line internet ni entahlah kot2 modem wireless kong. Nak pakai internet kecik ( celcom wireless tu)..kena rebut ngan Cik Abang n Along. Dari rebut, baiklah maklang menjahit aje..siap gak kerja...

Malam ni I sunyi, mungkin ditemani tembam mak aje...Abang nak ke KL petang ni ada kursus kat KL. Maybe Along and Maya ikut. Besok pulak Angah nak ke Cameron ikut group sekolah. Tinggallah kami ber4 kat rumah...Mesti di landa kes rindus...hmmm...sedeynya...Internet kecik pun sure Along hangkut...


Oklah...nak balik ni, nak siap bekal Abang nak keKL. Mereka akan tido kat rumah Alang kot. Kalau I ni tak keje boleh menempek...tapi kalau nak cuti, kang nak ambik cuti ujung tahun tak adalah pulak...Sekali sekala berjauhan moga2 tambahlah kasih dan sayang tu....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput laa datang lagi...

Labels: , , ,

Sunday, November 2, 2008

Menyibuk..

Assalamualaikum...

Sungguhlah maklang menyebokkan diri last wiken. Sungguh tak ku sangka begitu sibuknya aku ini..he..he.. Hari Jumaat tu, lepas ke Dr. Kami pi makan kat gerai. Rasa guilty lah pulak sebab makanan kat situ minyaknya boleh diperah sampai rasa geli kat tekak. The last time we went Ok aje food dia. Lepas dari situ, Cik Abang hantar maklang dan Maya ke K@md@r. Pi cari material buat beglah, apalagikan. Sambil2 dapat jugak 2-3 potong kain koton untuk buat baju Kedah Wan. Bila tengok bunga cantek2 Maya pun nak, and mak Maya pun nak. Rasanya kejap sangat tak sempat nak lelama membelek2. Tapi tak pe, lagi lama, lagi banyak kang mengangkut! Syukurlah tu, Cik Abang called kata dia dah selesai solat Jumaat. Si Bujang ikut dia solat aje...


Lepas tu, kami pergi tempat nak test kete. Memang berangan nak tukar kerete sebab masa balik raya tu...kerete kami ni dah penuh bebenor. Padahal barang2 seme dah naik atas kepala kereta. Sumbat pulak kat belakang tu...Memang penuh. Row no. 2, Along duduk dengan Angah. And tengah Hakim, sampai berlaga bahu. Row ke 3, Maya dan bibik. Bibik 1 dah dipos naik bus. Kalau tak memang tak nafaslah kerete tu. Himpit2 betul. Tu pun nasib baik Maya comei. Kalau tak terasalah pulak cam sardin segar kami ni semue! So, akhirnya perancangan Cik Abang nak pi try test kereta tu terlaksanalaa..Hakimlah paling seronok. Maklang so-so, Maya terus hot. Dia tak mo tukar kereta. Maklang ikut aje. Cik Abang kata Oklah kereta tu. Power ada,space lagilah ada...Hmmm...lepas dari try test kereta tu, terus aje dia pergi berbincang nak tengok harga kereta tu. Lepas kira2 macam tak banyak aje monthly payment dia. Wah..Hakim tak sabar nak berkereta baru...Tunggu je laa...Ni sebut aje nak tukar kereta, Maya dah menjeling dah ni haa...gelihati maklang...Payah2 kita beli lori aje...banyak space!

Lepas tu kami pi servis kereta. Sambil tunggu2 maklang sempat ber RE and dok tengok internet kat PC yang ada kat situ. Cik Abang malas nak pakai Huawei dia sebab asyik putus aje connection dia! Kami bertolak dari situ dah pukul 5:00kot. Singgah kat Cherating sebab maklang dan Maya tak solat lagi. Then kami singgah shopping..Shopping barangan dapur. Sekali dengan bahan2 untuk nak masak spaghetti untuk kawan maklang. Dia tempah buat 50 orang makan. Mana tak banyak!Penatnya hari tu. Lepas makan malam mintak bibik urut kaki. Tak larat dah.


Hari Sabtu ingatkan naklah meleser atas katil lepas solat Subuh. Bila keluar bilik air, katil ku dah siap dikemas oleh suami tercinta. Dia ajak ke Dungun nak beli daging batang pinang. Anak2 dah lama request mintak buatkan RAWA. Cam steamboat tulaa..Mahalnya lah ikan2 and ayam kat Dungun. Yang peliknya minyak turun tapi harga ayam jadi RM8/kg...Kami beli 2 ekor aja. Dari pasar, maklang singgah beli interfacing kat kedai jahitan. Barang2nya murah. Then on the way balik kami singgah kat Paka. Banyak jugak beli ikan kat sini. Murahlah sikit. Cik Abang pun tambah lagi ayam sebab harga macam harga semasa - RM7/kg.

Sampai rumah apalagi..memotong dan menyianglaa sebab nak makan tengahari. Memang berbaloi makan kat rumah, baru puas kata anak2.

Lepas makan, maklang sambung buat hantaran yang lom siap. Akhirnya siaplah jugak semalam. Cik abang pulak sibuk ke sekolah untuk persiapan terakhir sebelum Malam Alumni kat SKRP ni. Kami ke sana lepas maghrib. Jumpa Mulan dan Asiah. Ada performance by Azizi AF1. Oklah presentation dia. Walaupun ada 9 kad, kami cuma dapat 1 aje - hadiah makan free untuk 4,oklah dari tak dapat.

Letihnya ya amatz. Kami tiba rumah dekat pukul 12. Gitu gini, dekat pukul 1 pagi. Memang letihnya ya amat. In fact masa meniap ini pun mata cam nak lelap je...infact dah terlelap masa nak proff read tadi sampai cik abang gerakkan!
Kami ber4..along dan angah tolong ambikkan gambar...
Ini YDP dengan isteri...sian isteri kena duduk meja belakang dengan anak2. YDP duduk meja VIP...
Kad aje beratur...hmmm...rezeki tak banyak malam tu...dapat makan for 4 aje. Lain kali kalau pergi, kenalah bayar untuk anak2 kecik yg 2 tu!
This was really2 good. Ni share2 tau!
Ha..dapat tangkap gambar ngan Mulan dan Asiah...Betapa besarnya I berbanding mereka...hmmm...cepat diet!
Ini persembahan pembukaan - Boria. Memang best!
Lagi the 3 of us. Last2 maklang suruh bujang duduk kat abah dia sebab tak larat nak marah dia sebab tak tu dok diam!
Nilah monopoly yg diidam2kan tu...Along sorang aje dah bayar RM4o. Yg lain tu, alamatlaa...



Besok nak ke Gebeng pulak. Maklang layan je orang minyak. Hari ini rasa best sebab laluan kabel tu BOSS I terpaksa ikut! :) . Ialah masaalahnya, orang yg tak pi site, memang payah nak tengok the constraint yang kami hadapi.Entah lah...maklang kalau tak pi sendiri tengok, mesti illek punya idea, camana aku nak keje tu...Hmmmm.......


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,