tak sempat!
Assalamualaikum…
Hari ini kat office sejak pagi, sibuk sikit. Almaklum nak tinggal opis dalam seminggu ni, banyaklah benda nak kena settle kan. Ini pun kejap aje nak menaip ni. Tak leh lama2. Sambil2 maklang pikir lagi apa nak settlekan. Kalau tak pikir kang ada yang terlupa and kesian pulak kat kawan maklang kena buat kerja. Dan kalau boleh masa maklang pi cuti ni malaslah kalau ada yang nak call2 ni. Malaslah nak melayan….
InsyaAllah petang ni lepas office, pukul 6:30lah kot, baru kami bertolak ke KL. InsyaAllah tiba dekat kol 12:00am kot dan kami cadang nak tidor kat rumah baru kami. Alang dah kata..wah sombong eh…tak mo tidor rumah dia. Saje ajelaa..nak cuba tido kat rumah baru tu. Nanti besok kita jumpalah…after all Alang akan hantar kami ke airport besok malam…so, jumpalah jugak. Lagipun rumah kami tu dekat banding dengan rumah alang, kami kena jalan lagi for another 20 mins! So, tak pelah eh alang…sekali sekala aje…
++++++++++++++++
Semalam rasa seronok pulak …petang semalam maklang ke rumah Kak Ina..dia pun kan buat RE. Sempat lah kami compare notes dekat2 sejam. Maklang dok tengok camana dia buat bunga ros senget dia tu. Memanglah maklang suka roses dia. Tembam2 and cantek2. Harap2 jari jemari ni dapat lah nak ‘tiru’ model bunga kak Ina tu. Kak Ina kata sebenarnya bunga senget yang dia buat tu asalnya nak tiru cara maklang buat, tapi sebab tak menjadi, datang idea lain lah pulak..Itulah namanya kalau dah tangan nya kreatif, buat apa pun menjadiklaa… Alhamdulillah, Kak Ina tak kedekut nak ajar maklang…Moga2 rezeki dia melimpah…orang kalau pemurah ni, Allah lagi beri dia rezeki kan…Maklang pun nak ambik kesempatan ni, nak ajak kawan2, teman2, member2 yang datang sini, pergi lah melawat rumah Kak Ina tu..mana tau ada yang berkenan..he..he…
++++++++++++++++++++
Dekat nak maghrib baru maklang balik. Lama betul tunggu Cik Abang, rupa2nya dia tunggu maklang talipon baru dia datang ambil. Janjinya lepas aje dia beli barang lepas hantar maklang tu, dia nak ambik. Salah infolah tu sampai lama nya tunggu tak tiba. Tapi tak per..pertemuan tu memang berbaloi…
Malamnya maklang duduk kat mesin jahit sat. Menghabiskan langsir2 yang tak abis kelim lagi tu. Lupakan kejap sakit belakang ni…Siapkan jugak so that boleh pasangkan kat rumah baru. Alhamdulillah dalam pada sakit belakang tu siaplah jugak. Sakit pun sebab musim ‘cuti’ ni..hmmm..tulah dia pompuan kan. Sebelum tu dah siap kan jahit tepi untuk kain2 yang maklang nak RE kan masa cuti nanti. Bolehke? He..he..I nak hangkut sebeg riben2. Kalau tak macam tu takut nanti mati kutu pulak bila berjalan nanti.
Gitu gini, siap kemas baju maklang, cik abang and akim dah dekat pukul 11:00pm. Kena pulak tambah baju Maya and Along sikit. Angah pulak maklang suruh dia pack sendiri. Besar dah anak dara maklang tukan..he.he..
So, petang ni kami nak berangkat dah..seronoks..harapnya cuti kali ini dapatlah enjoy..lama dah tak cuti sejak sakit ari tu…he..he..tapi mungkin besok updet lagi kot sebab i buka kemana pun...dalam negara aje...he..he..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
13 Comments:
Salam Mak Lang,
Aduhai MakLang semalam tu bukannye apa just tunjuk2 macam tu aje. Lagipun saya excited MakLang sudi datang rumah, sampaikan tak angkat apa2 pun utk jamu MakLang. Apa2 pun TQ sebab sudi dtg ke rumah, dan SELAMAT BERCUTI. Make sure enjoy haliday ni betul2. Terima Kasih banyak.
Bon Voyage maklang and enjoy your break kat utara tu:)jgn lupa ole2 ye...hehe
salam
Happy Holiday Mak Lang
Selamat Bercuti !!
Cuti jugak buat RE tu ..hehehe.
selamat beristirehat....enjoy!tp RE tak tinggal gak..hehe.
uishhh..umah baru di KL???mana tu maklang??
Selamat ber...gumbira Maklang!
selamat bercuti dan beristirehat... ke tak rehat sebab buat RE lagi? ish ish.. maklang ni memang wanita waja betul la..
akak tertinggal keretapi kot? nak berholiday kat mane?
Selamat bercuti mak lang.
selamat bercuti..... dan merehatkan minda...
Kak Ina:
maklang pun seronok dapat bertukar2 idea...
kak elle:
InsyaAllah...harap2 dapat enjoy!
Pb:
TQ
Rina:
RE tak leh tinggal, boleh buat in between or bila mata tak leh lelap!
tulip:
RE tulah part of merehatkan minda, kalau tak RE dia jadi cross stitch!
manlaksam:
TQ!
neeza:
kalau cuti tak ber RE takut bosan lah pulak!
kak eids:
cuti pi langkawi aje...
mommy:
TQ
Zino:
Selamat lah kalau nak cuti2 ni...duit kat poket aje tak selamat!
Post a Comment
<< Home