Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, November 10, 2008

Hectic

Assalamualaikum....


Jam dah menunjukkan 11:19pm. Maklang baru aje khatam menjahit 5 buah beg. Punya buat kerja dalam rushing. Sejak dari 2-3 minggu yang lepas, sambil menjahit untuk kawan2 yang tempah, sibuk dengan kerja dan ke sana kemari, maklang cuba jugak nak habiskan jahitan tu sebelum tutup sekolah. Ni seme kes Angah laaa...Masa memula nak bagi hadiah kat cikgu beg2 ni, dia kata dia yang nak sulamkan RE tu tapi as usuallah ..mak yang kena habiskan...biasalah tu. Dia sempat buat satu aje...yang tulip tu, tu pun mak dia yang habiskan...


Ni cik Abang dah berkeruh kat sebelah. Dia tak berapa sihat. Tak ada suara dan asyik pening kepala aje. Kena ujan lah tu hari Sabtu lepas, langsung semalam dah tak sedap badan. Penat pun iye agaknya sebab baru aje balik dari KL...


Maklang pun sibuk tak tentu arah. Sejak dari Jumaat pagi tu lepas pulang dari pasar , maklang dah menumpukan sepenuhnya pada jahitan untuk beg ni. Sambil2 tu maklang on kan mesin sulam untuk nak siapkan sulaman telekong mak teh. alhamdulillah dah siap tinggal nak manikkan aje. Insyaallah dalam sehari dua ni akan mula nak letak manik kat telekong tu. Hmm...penat tu...InsyaAllah by wiken kalau tekun sempat siapkan. Nak letak renda lagi...memang leceh betul nak jahit manik ni... ( I dah menguap dah ni) So, whole day sampai ke malam maklang duduk menjahit. Terpaksa break tengahari tu sebab pergi rumah jiran depan rumah, dia ada buat kesyukuran sebab naik rumah. Oklah makanan dia.


Cik abang tiba malam Jumaat tu kira2 kol 10 kot. Maklang tak tido lagi Anak2 eronok sebab seme dapat hadiah...mak aje tak dapat hadiah..Sedih sungguh lah...tapi nak buat camana, kalau orang tak ingatkan kita...sob....sob...

Oklah nak tido dulu...enjoy the gambars...Maklang kan updet bila dah relax!

Sambung cerita Sabtu pulak.

Pagi tu maklang bangun macam biasa. Paklang lepas Subuh, pegi ambik Angah kat sekolah. Dia baru aje tiba dari Cameron Highlands tu..Penat sangat kata dia. Pinggang macam nak patah. Mana taknya naik bas sejak dari malam sebelumnya. Rushing sungguh. Dari sini terus ke Perak, pergi tempat jual labu sayong, then lost world and entah mana2. Tiba CH hari Jumaat tu. Dia sibuk sms tanya nak beli sayor tak. Maklang pesan belikan leek. Hmm..bila balik sini, memacam dia shopping. Maklum lah duit ada. Semuanya ada strawberry. Cuma jem strawberry je lupa suruh dia belikan. Ada fridge magnet, selipar, bantal, phone punya chain semenya ada strawberry. Sampai cekak rambut pun ada buah tu. So, sekarang kami panggil dia minah Strawberry…Angah..oh Angah..

Pagi tu Cik Abang 3 kali ulang alik ke sekolah, kes Angah tertinggal barang. Pulak tertinggal tu the yang dia belikan untuk abah dia. Tu yang nak pergi jugak. Nasib baik jumpa… Bila anak2 dah kompol seme ni mulalah dia usik dia, dia usik dia…BINGIT betul!

Cik Abang sambung beradu lepas tu. Penat tak ilang lagi. Maklang as usual continue jahit. Sempat YM ngan RIna kata nak pi makan thosei kat MM. Dan tak sangka pulak 2 jam lepas tu dapat sms dari Rina kata dia nak ke sana. So, berjumpalah kami. Dapat tengok si tembam Umair..Memang sungguhlah tembam. Rasa cam nak dukung, tapi takut tak steady pulak nak dukung baby sekarang ni…Sikit lagi bila dah rasa kuat betul nanti maklang dukong…tapi kot2 sekali lagi jumpa, dapat dukung adek Umair pulak!

Sedap makan thosei tu…puas atilaa..sebab kuah dia kasi kaw-kaw. Tapi tak puas nak bual ngan Rina…nanti kita date lagi..ajak mulan and Kak Liza nak???

Petang tu ingat bolehlah I mengspent masa untuk RE lagi. Tapi Pak Omar call suruh pergi rumah dia sebab ada doa selamat sebab dia nak pi haji dah. Dia dah beritahu last week ke 2 weeks back, tapi memang totally lupa. Ingat kan wiken akan datang ni. Nasib baiklah ada sedikit lengkong yang bibik buat, kalau tak memang pergi dengan tangan yang kosong. Makan lagilah jawabnya kat rumah Pak Omar. Tapi control jugak. Sesia aje 1 minggu dah tak makan banyak, kena sekali kenduri dok makan banyak…Sib baik boleh control…Alhamdulillah!

Balik dari rumah Pak Omar, maklang mula menjahit beg. Alhamdulillah siap 2 petang tu, tapi Cuma tinggal finishing aje..alhamdulillah tiba pagi ini siap dah seme…Lega sat, tapi Angah mintak pulak jahit 2 kusyen cover simple2 untuk cikgu kelas…Hmmm terkejar2 lagilah jawbnya malam ini…Harap2 dapat siap!!!

Ini antara hantaran yang maklang buat. Malas nak letak semenya...susah tak ada streamyx ni..dok rebut modem kecik tu aje!
Tu dia Umair tido ternganga..Jap lagi menjerit sampai satu MM dengar suara DJ tu...

Balik MM, pi petik kacang panjang luar rumah..Pak Omar yang tanam!


Ini hasil tuaian...banyak tak habis..sempat agih2 kan ke rumah jiran2! ( bekas strawberry tu...bukan dari Angah. maklang beli kat air itam entah berapa tahun dulu!

Bunga ni tak terbalik...sana buat cam tu..cam bunga pengantin pegang...Main campur2 aje kaler. Ambil roses yang dah siap!




Ini Angah buat part of it. Dia claim kupu2 yang banyak tu dia yang buat. Bunga tulip tu memang dia buat, Dedaunan tu mak dia yg abiskan!





Ini pun sama. Bunga kuning sebelah kiri aje dia buat pun tak abis..Mak lagi yang selesaikan..


Ni totally by mak ni...buat masa cuti kat Melaka hari tu..masa tu Angah tengah hot! Baru kena marah ngan Abah dia.


Heri penyampaian hadiah. Akim dapat no3. bolehlah sebab tak pernah belajar pun. Dia dapat naik kelas pertama tahunakan datang..Amin..harap2 berjaya seterusnya, InsyaAllah..

Ini anak YDP...YDP kasi hadiah sebab anak dia jadik pengawas perpustakaan...Angah dapat 2 kali naik pentas...Khamis ni result Angah keluar, doakan moga Angah lulus cemerlang. Begitu juga dengan Alang yang ambik specialist exam dia...Doakan ye!




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

12 Comments:

At November 10, 2008 at 11:49 PM, Blogger zino said...

cantik2 beg tu... lain kali pesan kat paklang tu kalau beli hadiah jangan ada yg tertinggal.. nanti dia paham la tu hehe

 
At November 10, 2008 at 11:49 PM, Blogger erisya nor said...

salaams maklang,

cantik betul hasil seni maklang...kagum ngan kreativiti insan seni seperti maklang

 
At November 11, 2008 at 5:34 AM, Blogger Kak Elle said...

kenape bag yg pertama tu bunga nya terbalik?

nampak handbag EA terselit ngan gubahan2 tu maklang punya ke?

 
At November 11, 2008 at 8:35 AM, Blogger maklang said...

zino:

Terimakaseh...

ada dia ingat cuma tak beli lagi..entahlah nak beli cum anniversary kot...

erisya nor:

Salams...selamat datang ke Teratak maklang...

Biasa2 aje...alhamdulillah diberi Allah ...

Kak Elle:

Kenapa pulak terbalik? Memang saje buat bunga mengadap ke bawah..macam bouquet pengantin pegang tu...lainlah sikit!

Aha..beg maklang...lama dah beli tu...

 
At November 11, 2008 at 9:14 AM, Blogger silversarina said...

nanti nak jugak beli beg RE maklang tu,cantik betul .

Paklang pun taktau nak beli apa sebab maklang dah ada semuanya :)


Nanti kita dating lagi ye , maunya ke MM selalu nak makan tosai.. hehehe.

 
At November 11, 2008 at 10:07 AM, Blogger chekdenoor said...

Salam maklang,

Tahniah untuk akim...dapat no 3....wah...banggakan.... itulah kita sebagai ibu.

Kreatif juga maklang ni..... chekdee tak pandai menjahit..... mesin jahid ada dirumah...hanya untuk jahit lurus bolehlah...heheheheh..... nanti bolehlah maklang anjurkan kelas menjahid untuk kita orang....kalau kena masa yang sesuai...nak juga belajar........ menambah ilmu

 
At November 12, 2008 at 4:22 PM, Blogger Neeza Shahril said...

jelesnya tengok kacang panjang tu... kalau dekat, nak je neeza petik hehee...

 
At November 12, 2008 at 6:25 PM, Blogger Unknown said...

Salam MakLang,

Amboi sekarang ni asyik ke MM je tapi macam mana kita tak pernah terserempak ye. Suke lah yang bunga terbalik tu, lain dari yang lain. Sekarang ni saya pun dah belajar suke warna2 ceria ni.

 
At November 12, 2008 at 7:14 PM, Blogger Mulan said...

untung cikgu2 angah.. dapat bag RE lagi.. kalau beli mahal kan..!!

 
At November 12, 2008 at 10:17 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Kalau nak tempah beg...sila nyatakan yang mana, nanti siap order yang ada ni maklang akan jahitkan awak punya..

Yelaaa..kena jumpa lagi ek..bilalah agaknya ye...


Chedenoor:

Maklong ni duduk Kerteh. Nak anjurkan kelas menjahit nanti awal Januari. Menjahit RE aje...InsyaAllah...

 
At November 12, 2008 at 10:20 PM, Blogger maklang said...

Neeza:

Kalau Neeza balik nanti, kalau ada pokok tu lagi nanti maklang kasi awak eh...


Ina:

Taklah..mana ada selalu, seminggu sekali je kot...saje nak lepas angin ni...he..he..

Eloklah warna ceria, lambat sikit buroknya...Buat RE ni kena macam2 kan, atas bawah kiri kanan, ikutlah kreativiti kita kan!

 
At November 12, 2008 at 10:20 PM, Blogger maklang said...

Mulan:

Saje aje nak kasi beg RE..suka kalau kasi hasil buatan sendiri...

 

Post a Comment

<< Home