Perasan
Assalamualaikum...
Lambat pagi ini. Maklang tak sempat nak menaip malam tadi. Penat and mengantuk betul. Sesampai dari office jam 6ptg semalam, maklang makan roti and soup tomyam. Terasa sedap pulak tom yam yang maklang buat semalam...he..he..perasan I ni kan.. Ada jugak buat tauhu jepun goreng dengan daging dan capsicum. Oklah yang itu. Tapi Along kata sedap. Entahlah..nanti kalau nak tahu, cubalah sendiri bila maklang dah letakkan dalam blog masak. Bila tu tak tahulah kan...I ni kan rajin...he..he..
Nilah kerja maklang semalam petang. Tak menyempat nak siapkan. Terasa cute pulak beg ni..Perasan lagilah tu...Just nice untuk nak isi camera and accessories dia. Maklang saje buat tangkai panjang, senang nak sauk. Sekali sekala nak sauk kat lengan nak pi pasar tani pun boleh jugak...Lepas siap tu, maklang siap letak renda kat telekongs Ina Paka. So, siaplah kedua2nya. Ina order pulak 2 beg telekong. So, kena buat segera ni. Dia nak ambik next week.
Malam tadi anak2 kecik 2 tu dah mula berkhemah kat sini...penuh bilik ni..tak ada chance mak nak meraba..ish..ish...orang tua ni...teruk betul...
Petang ni kalau sempat and tak letih, nak selesaikan telekong kak Liza pulak. Kak liza nak beg telekong jugak ke?..beg tu terhad tau...kalau nak order cepat2 he..he..
Oklah ..pendek ari ni , tak leh cerita panjang, maklang nak ke office jap lagi...
Beg ni comei je..ukuran dia 10"x6"x 3". Lebihkuranglaa..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
15 Comments:
salam,
Bukan perasan, memang betul sedap masakan maklang dan cantik beg2 yang maklang jahit , anugerah yang tak ramai orang miliki.
memang nampak sedap la tomyam tu. eehh...tauhu jepun ngan capsicum, my feberettt tu.. beg tu pun tersangat laa lawanya...multi talented betoi la maklang nie.
Mak Lang,
Saya nak order beg. Nak isi telekung. Lagi satu, kalau saya nak pasarkan di Shah Alam ni...camane ye? Saya ada kedai kraftangan dan batu permata di Kompleks PKNS. Harap dapat hubungi saya, Suria, di talian 03-74922238 atau 017-3209050. Terimakasih banyak2.
Eh bila ek sya nak rasa masakan ni.. dok tenguk gambau aje kejanya..
salam mak lang
betul mcm kak rina cakap... hasil keje mak lang mmg cantik... :)
:-) setuju dgn sarina....memang sedap masakan maklang, dan cantik2 hasil kraf tangan!!!
mak lang
memang cantik pun beg tu..
betullah kata kak sya tu.. asik tengok gambor jer.. ntah bila nak rasa ek.. tapi 28-30 nov ni memang zar cuti cuti ke KT tau!
betul, betul, betul!!
mak lang memang domesticated. next time D balik, nak serbu rumah mak lang & nak request makan lauk2 yg menggiurkan nih. oh, nak jugak mintak hasil kerjatangan mak lang...
kalau panjang umur & murah rezeki la!
kita yang buat, kita nampak cantik di mata, kita rasa sedap di lidah,tak salah maklang perasan :)
lagipun dah terbukti; ermmm...boleh pos mai sini sikit tomyam tu....
macam sya saya tunggu bila agak nya bolih rasa masakan maklang tu...
kalau neeza buat ikut resepi, memang tak sedap lah jawabnya...
dia nak air tangan maklang jugak.. :)
Rina:
Alhamdulillah..kalau maklang tak perasan...tapikan takut jugak kalau orang cakap sedap ke, cantek ke sebab nak jaga hati aje..hee..he.
.
azwa:
tulaa..maklang kat maklang ni perasan...beg tu maklang sendiri geram tengok ..he..he...
suria:
nanti kita calling2 laa eh...harap suria tak silap paham ye...beg telekong bukan yang maklang tunjuk tu, beg telekong ada kat blog http://jahitanmaklang.blogspot.com
sya:
maklang dah puas pujuk suruh datang...ni minyak dah turun ni datang lah sini!
manje:
ye ke...alhamdulillah...he..he..
Abe Id:
Thank you so much! :)
comelnya mak lang.....beg tu....
siap ada buah2 berguguran....
Post a Comment
<< Home