Cuti pun bermula....
Hari ini dah hari ke 2 kat sini. Baru aje celik mata dah terus aje nak updet. Kalau simpan lama2 nanti kang lupa pulak apa yang kami buat kat sini…almaklum...memori space dah kurang kan. Rasanya hari ini tak boleh nak letak berita bergambar memandangkan signalnya agak kelembapan kat sini…Duduk kat utanlah katakan..he..he…
Kita flashback jap ye..
26/11 – Rabu.
Petang itu kami bergerak lewat. Sekitar jam 7:30 lepas solat maghrib. Mana taknya, ada lagi nak pack2 last minute tu, kerja Cik Abanglah, pack ubatlah etc. Kerja maklang dah settle malam sebelumnya. ..he..he..he…
Perjalanan was OK. Cuaca ok. As usual 2 jam perjalanan, maklang mintak berenti sebab belakang ni dah rasa macam nak jem. Memang kalau tak berenti memang akan turun kekaki nanti lagi masaalah… So, sampai Gambang kami berentilaa…Boleh tunaikan solat Isyak jugak. Tapi bila keluar kereta, Akim nampak tayar kereta dah pancit…Nasib baik kami kat hiway, senang panggil MTD mintak betulkan tayar tu. Lepas iru, perjalanan kami slow sedikit. Maklumlah tayar kereta kecik! Alhamdulillah selamat sampai pukul 12:30pagi. Kesian Cik Abang drive sorang2 aje…yang lain selamat sampai ke Disneyland malam tu…sedap tidur sebab sejuk dek ujan tu…Tapi cik Abang sikit pun tak mengeluh. Sebabnya dia dapat menikmati lagu2 kegemaran dia sambil menjadi conductor music ..he.,.he…sampai naik syehlah orang kata, Nasib baik tak sampai jadi penyanyi lagu opera…kalau tak haru kami tak leh tido!
27/11 – Khamis
Sesampai di rumah. Kami mengemas pulak. Nasib baik Angah pandai nak tolong. Maklang menyapu dan mop rumah sikit2 dengan bantuan Angah. Kalau tak ada yang sorang ni , mau bengkok pinggang maklang. Mop rumah pun banyak yang dia buat sebab belakang maklang dah sakit. Cik Abang pulak sibuk bukak the electric goods kat dapur. Mesin basuh, fridge, microwave etc yang kami beli sebulan dua yang lepas masih dalam kotak lagi. Then, kami pasang langsir2 kat bilik. Kat bilik2 seme cantek2 walau jahitan tak ada quality. Maklumlah main hentam jahit aje sebab nak cepat. Yang tak bestnya bila gantung langsir kat pintu ruang tamu, the pintu pakai skirtlaa…langsir pendek by 2 kaki! Malam tu I tak dapat tido dok piker macamana nak betulkan langsir. Last2 pagi2 tu dapat idea sebab ada lebih 2 keping langsir. Nak guna langsir tu nak tampal aje. Tapi bila tengok2 lagi, rupanya kain2 tu lain. Maklang terguna kain langsir untuk area rumah maklang kat Kerteh. Warna sama pattern dia lain. Haru betul! So, in the end, tengahari tu, maklang ke kedai beli lagi kain. Kenalah dekat 100. Balik jalan ini nak kena jahit langsirlah pulak kat KL tu. Alang dah bawak mesin jahit dia, so bolehlah menjahit!
Sempat jugak maklang sopping riben2 maklang. Habislah sebelah tangan…Fengsan! Beli bahan2 untuk nak buat kit untuk kelas Sulam Riben awal January nanti InsyaAllah…Doakan usaha kami ini berjaya ye…Dalam pada maklang beli2 langsir tu tadi, sempat jugak maklang kebas 2/3 potong kain untuk my RE tu.
Thanks to Alang sebab menyelitkan 1-2 helai kain cantek2 untuk maklang. Alang beli entah berapa helai kain buat nak kasi hadiah kat nurse2 kat spital dia. Sebagai tanda terimakaseh dia semasa kerja dan menolong dia nak get thru her exams. Alhamdulillah…pass dah dia jadik speselis! He..he..tak lama lagi senang nak ngecek apa2 ha..ha..ha..
Lepas dari itu, maklang balik. Best betul sebab rumah maklang dekat sangat ngan town. Jem2 pun 10 mins aje dah tiba. Sesampai di rumah, terus aje siap2 nak ke airpot.
Perjalanan ke airpot lambat betul. Hujan lebat. It took us almost 2 hours nak tiba. Alhamdulillah semenya selamat. The flite was delayed about 20 mins kot. Perjalanan was good. Kenyang makan kat dalam plane. Mana taknya, kami makan kebab yang maklang beli petang tu kat jalan TAR. Agaknya satu kapalterbang berbau. Yang bestnya kami dapat minum banyak air sebab duduk dekat dengan pantry ..seat no 25! Belakang betul! Kacang entah berapa packat airhostess tu kasi. Ada agaknya dekat 10-15pckts kami ambil and mereka kasik jugak!Ingat kan duduk kat belakang tak best sebeb turbulence teruk…he…he..tulah rezeki rupanya..siap mereka offer minum kopi lagi…Atok as usual kelakar dia, siap stack glasses air oren kosong tu sampai 5-6 tingkat and minum, sampai steward tu dok terpusing2 tengok atok pegang gelas tui…Kami ketawa nak pecah perut!
Tiba Langkawi jam 9:30pm. Dah ada kereta manunggu ( kami ingat kena tipu sebab masa Cik Abang buat booking, and reconfirm dgn otel tu, nama kami tak ada. Deposit dah bayar kat orang tu, tapi otel kata mereka tak ada janji dah dgn orang tu sebab ada yang tak bayar..Nasib baik, orang tu datang and bawak kereta untuk kami, and deposit kami ditukar untuk kereta. So, tinggal tambah sikit lagi untuk total sewa kerete. Kereta Serena for RM128/day. Oklah..tapi kete tu tak baru. Cik Abang kata kalau nak cantek…beli sendirilaa..)
The Kondo yang kami tinggal was below expectation. Malam tu maklang tido lambat sebab surf internet, cari bilik2 yang kami rasa mampu nak bayar! So, kami deciced untuk sewa kat Kg. Tok S3nik. Rupa2nya Cik abang was even faster then maklang. Dia dah buat survey b4 kami datang. Details of a few resorts dia dah tengok dulu…so, tak jadik hal..
28/11.
Pagi2 bangun, rasa mcam pinggang nak patah! Mana taknya tilam lendut betul. Lembik. Pinggang sensitip ni tak leh kalau salah tidur. Anak2 pulak tak selesa tido. Bersepah kat ruang tamu. Angah, Along and Maya berterabur kat luar. Tidur atas selimut. Ingatkan sewa 3 bilik ni boleh lah dapat anak2 tido selesa. Satu bilik maklang and Hakim, paklang tido sendiri kat satu bilik tu ada katil bujang, atok and Wan satu bilik, so memang tak selesa. Kesian kat anak2!
Lepas siap pagi tu, maklang, Cik Abang dan 2 kecik pergi hotel hunting. Kami terus menuju ke KTS ni. ALhamdulillah ada bilik ( lagipun tengah malam tadi Cik Abang dah call and reconfirm our booking – dia dah book sejak dr Kerteh lagi– contingency plan!). Kami masuk satu chalet with 3 rooms…agak jauh ke dalam. Risau atok tak leh jalan jauh, kami mintak rumah dekat tepi jalan. Alhamdulillah kami pun dapat good rate ( tak rugi cakap rate yg ada travel agency offer and they offered a rate lower and tak rugi maklang tanya, tak ada nak kasi breakfast ke untuk kami pagi tu…he..he..dapat for 4. Resort ni pun ada bagi breakfast untuk hari2. Kiranya oklah as compared to the one b4. )
Lepas dari situ kami singgah beli breakfast untuk yang tak ikut. Sebelum tu sempat singgah kat Idaman Suri. Memacam ada kat situ. Segala mak nenek pinggan mangkuk, my to be Corelle and Vision ( berangan laa… - tapi I think I would settle with a tea set je kot!). Tak beli pun…survey aje dulu..
Almost 12, kami check in kat Resort ni. Bestnya…3 rooms…Maklang and my kekasih in one room, atok on the other end2 , anak2 kat tengah2. Lega…Ada connecting doors in between ors/atok and the kids. Taulah kalau anak2 campur, memang tak leh tahan bising dia. Tapi sebab ni rumah kayu, kebisingna nya tembus! Anyway, at least we could rest peacefully. Tengahari sementara tunggu solat Jumaat, maklang sempat RE jap. Hampir siap one small jahitan untuk Jurra kat KK ..Seronoks enjoy RE ni…
Lepas makan kat veranda depan rumah tu, kami pi jalan2. Sampailah kat Zon Free Duty Shop. Sempat shopping coklat entah berapa keping plus 3 pasang baju tido Hakim. Harga tak banyak beza dengan tanah besar, tapi sebab ada size maklang beli jugak . Almaklum Hakim ni comei , payah nak dapat size. On the way balik, dapat beli Laksa Power ( ada kat along jalan pantai airport)… and memang power gila…and sedap. Tapi kami tak recommend the rojak and cendol. Kantoi!!!...Lepas makan I RE lagi, siap 2-3 kuntum duth hyacinth, susah mengRE dalam lampu kuning ni…kaler tak leh beza sangat. Jap lagi nak pi beli mentollaa…Cik Abang and anak2 pi jalan2 cari makanan lagi malam tu…Dari Abah dia ngantok sangat, lepas pekena kopi by Angah, langsung Abah can lompat2 jadi antu cina mengusik anak2. Pecah perut ketawa kacau budak2 ni…Gelihati den!!
Will updet again bila ada masa!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Jalan2
11 Comments:
happy holiday maklang!
enjoy yr holiday maklang and family. Kalau free tu,naik bot ke Penang ye!he he he...
kalau dah ramai2 berholiday tu seronok kan?
shopping maklang beli banyak2
Seronoknya cuti .... shopping jangan tak shopping jugak .
seronok!!!
enjoy langkawi maklang and famili....u so deserve the break...
jgn dok menjahit byk sangat ye....releks and enjoy!!
bila la dapat peluang pergi langkawi.. nak kena tunggu 2 @ 3 tahun lagi kot.. bila anak2 semua dah besar, baru syok..
selamat bercuti ye maklang :)
tabik springgg ngan maklang, dalam berholiday tak lepas ngan REnya.
hehe tang paklang jd antu cina tu sure kelakor..hehe.
have a nice holiday maklang...syioknyee!!
mak lang buatla review yek...bolehla..jadi panduan untuk yang nak pergi nanti...dengan harga nya sekali
mana emailnya maklang..
Selamat bergumbira Maklang.
Post a Comment
<< Home