Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, November 20, 2008

Kerja lagi

Assalamualaikum...


Penatlah sungguh semalam. Tak plan pun nak ke Kuantan. Petang hari Selasa Client ada call tanya pasal submission. Gelabah jugak nak jawab sebab maklang tak berapa tahu pasal yang satu ni. Memang critical abis sebab masa yang authority kata boleh bagi approval ialah 3 bulan lepas submission. Jadinya kita yang nak facilitate benda ni jadi gabra lah juga. Maklang call jugak orang DO3 tu. Nasib baik dia baik aje. Sejak 2/3 kali call dia layan aje. Dia kata biasalah selalu consultant call dia tanya2 benda ni seme!


Sebab banyak sangat nak tanya, maklang decided just to drive down and see her. Senang cerita. Apalagi, ari ni mengdrivelah saya. Sampai Gebeng aje, then kawan maklang ambik dan kami terus ke Kuantan untuk attend meeting. Alhamdulillah it went well...

And lepas meeting, maklang singgah kat hotel Taman MS ambik si Ucop and Yasmeen serta bibik. Maklang hangkut mereka ke Kerteh..he...he...tembam betul si Yasmeen, and Ucop is forever skinny! Bilalah nak ikut Abang Akim kan? Alang tinggal lagi semalam sebab Uncle J ada conference. Ucop tu anytime, kalau nak bawak ke rumah nak jumpa Idola dia memang suka sangat. Dia jadik tak tentu arah kata Alang bila beritahu maklong nak ambik dia.


Sempat jugak menyinggah kat kedai kek kat Kemaman. Beli koko yang tak ada dah. Sempat beli dadih yang rasa mocha and cappucino. Punyalah lama nak makan yang ini. Dok teringat aje masa makan kat rumah OO 4-5 bulan lepas. Beli jugak cream cheese etc sebab dalam kepala nak buat blueberry cheese cake sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17 ni. Besok lusa aje...Moga berkekalan keakhir hayat, InsyaAllah...


Bukan itu saje maklang sempat buat. Maklang sempat singgah kat kedai grocery. Mengangkut se troli. Tak kuat angkat mintak tolong budak yang keje kat situ. Tak bagi tips pun...camanalah nak salam budak Cina tu. Kalau pompuan ok jugak, ni lelaki...tapi pelah dek...tolong2 aje. Lepas tu maklang pecutlah balik Kerteh. Nasib baik tak ujan cam pagi tadi tu...kalau tak lagi lewat nak sampai. Alhamdulillah 3:15 kot sampai rumah. cepat2 makan and terus aje ke pejabat. Kalau tak pasal janji nak antar email kat Client tu memang maklang tuang terus. Penat sangat rasanya..maklumlaa mengdrive sikit punya lama - break record 1 jam semalam!( sejak lepas baik ni tak pernah drive sejauh ni , sebelum ni sampai Cherating aje, nasib baik tak apa2!)


Petang tu kol 5:30pm dah balik . Terasa letih. Balik rumah main ngan Yasmeen tembam jap, then mandi manda and you know what I did? I menjahit laa, apalagi!. Ingat telekong kak Liza tak siap lagi. Rupanya maklang dah jahit entah bila!. So, jahit telekong anak2 OO. Ada 1.5 aje tak letak renda, lagi 1.5 dah siap. So menyiapkannya lah semalam. Ni tinggal letakk getah aje kat kain dia sebab tak ingat berapa ukuran pinggang anak2 OO. InsyaAllah petang ni. Malam lepas jahit tu, maklang sambung RE Syami. Sikiiiiiit aje lagi. InsyaALlah kalau selesai malam ni, besok boleh jadik beg :). then kena stop RE jap, langsir rumah KL tu, lama dah tersadai. Maklang dah train bibik guna mesin, nanti boleh lah dia jahitkan sikit2...


Ari ni maklang pakai baju baru. Beli kain dah lama,tapi baru siap sebulan lepas kot, so ari ni baru pakai. Sama ngan kain, beli masa raya dapat 70% off kalau tak, tak merasa jenama Somerset ni..he...he..so. Pakai baju barulaa...tapi kaler ni Cik Abag kata kaler Ereeeneee, Alang aah tu. Muram durja aje...dia tak berapa kenan. Dia suka isteri di pakai kaler terang menderang...tapi tak pe, tudung I kaler peach.

Best ari ni khamis besok dah tak kerja...tak sabar nak cuti. Moga2 kerja ari ni smooth sailing lah hendaknya...Tengok ujan kat luar tu rasa cam malas je nak ke office!


Ini part of my hadiah anniversary...Ni permintaan kak Elle. Tak payah tunjuk semelah kak...akak imagine jelah apa bendanya tu...he..he...I suka. Walaupun a bit besar, sebab Cik Abang ukur sendiri..
Ini baju kaler Ereeny ni..muram durja aje..
Ha..Ucop nak jugak tidur celah Along. Dia menempek kat Along masa Along tengah tengok CSI kat bilik Maklang. Lepas tu Along hangkut bawak masuk bilik dia. Alang kena upah ni..Along jaga anak lelaki kesayangan dia...


Selamat berwiken seme!







Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......jahit tu

Labels: ,

14 Comments:

At November 20, 2008 at 8:50 AM, Blogger silversarina said...

Hadiah tu...sure lip lap lip lap maklang pakai, cantik.

Mana gambar si kecil Yasmeen tu, nak kena gomol ni :)

 
At November 20, 2008 at 9:05 AM, Blogger Norabella said...

Happy anniversary merpati dua sejoli ! Semoga berbahagia selalu hendaknya...

 
At November 20, 2008 at 9:29 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang tak aci nak tengok semua tak bolih nak teka ... hehehe

aha mana gambar si kecik tu..nak tengok dia guna booties and headband jugak

 
At November 20, 2008 at 9:36 AM, Blogger maklang said...

Rina:

cantek..maklang suka...he...gambar Yasmeen besoklah pulak tembam tol. maklang suka gomol pipi putih melepak dia...

Nora:

thank you...nanti kena ucap lagi bila tiba harinya..

Kak Elle:

Aci memang tak ada ..dia dengan Aya...

Paklang belikan gelang tanga ler..he..

Yasmeen tu tak bawk kot headband dia...tengah free hair.

 
At November 20, 2008 at 11:04 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, cantiknya design gelang yg Pak Lang beli tu, pandai Pak Lang pilih utk Mak Lang. Kami ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yg ke17, semoga murah rezeki & berkekalan hingga ke akhir hayat. Tak ada buat makan2 ke? kalau ada, jemputlah kami saya ya. Kami, tahun depan baru sambut yg ke 15

 
At November 20, 2008 at 11:10 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, cantiknya design gelang yg Pak Lang beli tu, pandai Pak Lang pilih utk Mak Lang. Kami ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yg ke17, semoga murah rezeki & berkekalan hingga ke akhir hayat. Tak ada buat makan2 ke? kalau ada, jemputlah kami saya ya. Kami, tahun depan baru sambut yg ke 15

 
At November 20, 2008 at 1:10 PM, Blogger tulipurple said...

wowwyyy..maklang BlinG BLinG lah.
moga maklang berbahgia selalu bersama paklang terChenta!
syiok ler ucop duk umah maklong dia...puas ler makan..ehhehe.

 
At November 20, 2008 at 1:21 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak lang.... happy annivesary to you.. Moga ceria ceria selalu.

p.s
Yasmeen tuh anak alang ker? Dah berapa bulan mak lang?

 
At November 20, 2008 at 2:33 PM, Blogger Neeza Shahril said...

tengok the way maklang snap gambar hadiah anniversary tu, teringat neeza ada 1 program kat tv dulu yang tunjuk gambar pas tu suruh kita teka benda apa kah itu.. hehee..
neeza still takleh agak apakah hadiah tu.. tapi semestiya ianya sangat istimewa...

 
At November 20, 2008 at 4:18 PM, Blogger maklang said...

ibusara:

tak ada buat makan laa...duduk rumah aje kot. atau pun maybe bawak anak2 pergi makan...tu aje...

tulip:

TQ...Ucop duduk kat mana pun tak mo makan tau...tu slim sentiasa aje!

 
At November 20, 2008 at 4:19 PM, Blogger maklang said...

neeza:

he..he...tak mo lah tunjuk semenya..I segan laa...

ajzie:

Yasmeen anak alang..dah dekat 4 bulan!

 
At November 20, 2008 at 4:28 PM, Blogger cikMilah said...

maklang.. itu gelang kan...
tak aci tunjuk sikit-sikit..
Happy Anniversary,bila tu?

Eh, cantik apa kain tu, apa pulak muram durja nya! I suka, pakai dengan tudung yang bright sikit, matching kasut and handbag...ermmm
cantik you.....tak caya?

 
At November 20, 2008 at 9:07 PM, Blogger Mulan said...

oh oh...

hepi eni-berseri2..!!!
moga murah rezeki & loving2 forever..!!

 
At November 21, 2008 at 8:13 AM, Anonymous Anonymous said...

Hepi Anniversary maklang.. suka tgk u all ber2 ni.. nmpk loving sgt2.. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.. take care maklang

 

Post a Comment

<< Home