Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, November 5, 2008

Hakim ku Lucu!

Assalamualaikum...


Jap lagi maklang dah nak balik ke rumah. So, sebelum offkan PC ni , nak updetlah kejap. Kat rumah memang tak ada harapanlaa...


Lepas maklang solat Asar tadi, terasa pulak sunyinya. Hari ini, balik ni kang, sendirilah. Kalau kebiasaan di ambil oleh suami tercinta, hari ini, balik ke rumah bawak kereta sendirilaa...Nasib baik perjalanan takes less than 10 mins. Kalau tak tentu rasa sunyi lagi kot. And bila sampai rumah, Akim sorang aje ada....Sedey..


Sedeh jugak masa Akim tanya tadi...

Mak Angah pegi mana?

Angah dah ke Cameron dengan kawan2 sekolah...

..Ooh..mak hantar ke Cameron ke? Akim tanya lagi.

Taklah..mak hantar ke sekolah je.

Angah balik bila?

Hari Jumaat...

OOOooo

Pastu lepas maklang hantar dia balik lepas makan kat rumah kawan, ada buat open house tengahari tadi, dia call..

Mak ..abah balik bila?

Abah balik ari Jumaat...

Ooooo..kata Akim


Masa maklang hantar Angah tadi belum pun pukul 7pagi. Kena sampai about 6:40am. Tau ajelah Angah. By 6:00 am dah ngadap TV. Dah siap seme, tapi beg yg nak di bawa, bukan dia nak siapkan . Tunggu last minute, carik beg tak jumpa terus hot...Sabau jelaa...


Petang semalam masa Cik Abang and Along and Maya nak pergi, sebak jugak rasa hati. Nak keluar dah air mata ni. Kalau lah tak kerja..kan boleh ikut. Tak pelaa...sekejap aje. Besok lusa, Insyaallah dah balik. Malam tadi alarm 2 kali bebunyi. Nasib baik awal lagi. Tapi seram jugak. Along siap kata baik2, sebab rumah cikgu dia dekat2 situ baru aje kena potong grill. Mintak2 tak ada apalah. Cik abang and co. sampai rumah Alang almost 11. Lega bila tau dah sampai.


Dalam pada sedih semalam, Akim buah hati maklang tu buat maklang ketawa sampai nak pecah perut.


Mana taknya...petang tu dia mandi tak sampai 2 minit kot. Bila cium rambut and badan wangilaaa..memang geram tengok badan dia yang putih gebu and tembam. Rasa nak gigit aje. Maklang tau dia mandi kerbau. Bila suruh lagi mandi, dia tak mau. Tak apalah...Penat nak cakap banyak kali..

So, bila maklang nak makan, dia ikut sekali. Tengah2 makan tu, adalah sekor kumbang terbang masuk kat pinggan dia. Menjerti dia. Nak ketawa tengok. Badan punyalah besar, tengok kumbang sebesar kelinking dah menjerit. Maklang angkat kumbang tu and buanglah nasi kat mana kumbang tu landing. Langsung dia tak mau makan. Bibik gantikan dengan nasi baru. Tengah2 dia nak makan tu, kumbang terbang lagi masuk kat dalam baju dia. Lagilah dia menjerit. Menangislah dia. Sambil menghentak2 badan dan kaki sebab nak suruh kumbang keluar dari baju. Bibik bukakkan baju dia, barulah kumbang terbang keluar. Langsung dia lari masuk bilik air nak mandi...Maklang apalagi, carik chancelah terus kata...


Ha....mak dah suruh mandi tadi tak mau..kumbang tu tau awak bau busuk! (sambil buat muka serius). Dalam hati puaslaa menahan ketawa. Sian bujang I...Bila naik atas, call Along kat bilik air and cerita. Kalau cerita depan dia mau dia hangin. Merajuk kang, tak ada orang I nak peluk nanti! Agaknya entah bila Along dia call dia, dia tanya camana Along boleh tau...Hakim..Hakim...lucu betul!


Malam ni, sepupu maklang nak datang dgn kwan dia nak ambik hantaran kawan dia. Then maklang cadang nak bawak Hakim pi makan thosei kat MM...Berdua ajelaa kami..jangan dia mintak maklang belikan dia hailer berharga RM50 kat kedai Mainan 'R' kami, tu dah lee...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

12 Comments:

At November 5, 2008 at 6:02 PM, Blogger Ezza Aziz said...

ha tu laa,kalau mandi kerbau lagi,buat setakat kerbau,biawak pun datang kat awak Hakim.....
telatah anak anak mmg menggeli kan hati..dia ingat kita ni tak tau...Maklang sihat ker..tak rindu rinduan ker...
Nama Hakim ni membuat saya teringat kan arwah anak saya,,,masa kecik macam ni lah telatah nye

 
At November 5, 2008 at 7:09 PM, Blogger cikMilah said...

Sian dia kena buli dengan kumbang....at least ada jugak buah hati buat peneman ya.
Take care maklang...

 
At November 5, 2008 at 7:20 PM, Blogger Neeza Shahril said...

bila Abah takde... Hakim jadi teman maklang.. tak lah sunyi kan melayan perangai lucu dia... mana tak terhibur bila tengok pipi tembam dan badan bulat dia tu... kalau anak neeza sendiri pun neeza peluk2 macam bantal hehee...

 
At November 5, 2008 at 8:28 PM, Blogger Unknown said...

lucu.....tergelak juga saya especially bila bayangkan badan dia yg mmg best untuk di peluk tu...

jgn nangis ye maklang....cik abang kejap jer tu...

pp

 
At November 6, 2008 at 8:43 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

kelakar lak hakim takut kat kumbang hehehe. Cam anak2 azwa plak paling takut kat lipas...tak tahu la kenapa.

cian maklang kena tinggal cik abang ek...tak per esok2 balik la tu..

 
At November 6, 2008 at 9:11 AM, Blogger Kak Elle said...

bukan tak biasa di tinggalkan tu maklang...suami kecik kan ada...

kalau saya pun akan melenting kejap bila kumbang masuk dlm baju:)

 
At November 6, 2008 at 9:56 AM, Blogger aNIe said...

Hahaha...sekarang akim dahh rajin mandi tak?

Tak baik mak dia ni tau...cari chance aje nak mengenakan anak dia...

Hahahah...dpt bayangkan Akim yang gebu sedang lompat2 hentak2 kaki...memang comel...

 
At November 6, 2008 at 11:47 AM, Blogger Tie said...

Oh! Hakim ni la yang takut kumbang tu..hi hi..kesian dia..kena buli dgn kumbang...

 
At November 6, 2008 at 4:04 PM, Anonymous Anonymous said...

hheeh mak lang

anak bujang kecik emmang manja ngan mak kak.

anak kak long zar tu kucing pun dia takut.. Si Ika plak selalu nyakat dia, campak anak kucing ler, campak lipas mati ler..

Mak lang, tu ler jadi penawar duka ek

 
At November 6, 2008 at 4:26 PM, Blogger maklang said...

ezza:

mandi kerbau tu memang selalu laa..memang kena cium untuk proof

Alfatihah untuk arwah anak ezza..

Cikmilah:

Buli-buli sayang tu...memang sayang sungguh tu...

 
At November 6, 2008 at 4:29 PM, Blogger maklang said...

neeza:

teman tidur ni kadang dia henyak aje mak dia...hmmm...berat betol!

pp:

tak nangis, paklang kalau jauh2 ni dia rajin call...pagi2 subuh dah call nak dengar suara 'seksi'( basi is more like it..he..he..) isteri dia..

 
At November 6, 2008 at 4:31 PM, Blogger maklang said...

azwa:

buah hati tu baik kalau abah n kakak dia tak ada..ikut aje kat mak dia ni..

kak elle:

memang lah biasa kena tinggal tapi kenkadang tu datang hangin sedih tu tak leh nak elak laa...tapi InsyaAllah besok dah ada depan mata...

 

Post a Comment

<< Home