Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, November 16, 2008

Pentingnya makan...

Assalamualaikum…

Dah bermula pagi Ahad dah…

Hmmm…kalau ikut hati malasnya nak kerja. Tak puas kalau wiken y ang pendek ni. Seronok menjahit sepanjang hari. Lega. Ilang segala stess dan problem2 kerja kat opis tu.

So, bermula lah seminggu lagi untuk nak cari duit. Duit untuk menampung keperluan kami sekeluarga..

Ni baru aje selesai menumis apa yang patut untuk makan tengahari. Sempat jugak mintak bibik panaskan kuah laksa Penang yang tak sedap tu. Maklang ada buat laksa Penang last week tapi entah kat mana silapnya..maklang rasa fail ..tapi Cik Abang kata pass laa…Hmmm..Memang tak sedap langsung. Tadi maklang tambah kan sedikit lada kering, serai dan sedikit bawang putih. Letakkan lagi asam jawa. Rasa2 macam sedaplah sikit dari hari tu. Entahlah…Along yang suka sangat, tapi mak dia tak pandai buat! Frust jugak. Tapi rasanya laksa Penanglah yang paling ringkas! Cik Milah kalau baca ni, bagilah petua nya sikit. Kalau orang tua2 kata…menyeman masak ni. Menyeman tu, macam buat apa aje memang tak menjadi.

Masak sempoi aje ari ni. Sup petola dan ikan gelama sumbat belakang. Perencah dah buat. Maklang mintak bibik modify bila nak bakar. Tambah sedikit serunding kelapa yang Cik Abang bawak balik dari opis ari tu. Letak kat 2 ekor and 2 ekor lagi biar kosong. Waktu anak2 cuti ni kena masak lebih sedikit sebenarnya sebab kalau dah semenya di rumah memang makanan tu kenalah banyak. Mana tak nya…keje lain selain main, and BERGADUH ( sampai ada yang bercekau!), makan ajelah kerjanya. And kalau tak cukup makan memanglah akan menyebabkan hangin seluruh badan. Darah tak naik ke otak, dan pemikiran jadi singkat and gaduhlah jadiknya. Itulah kepentingan makanan kat rumah ni. Yang paling naik hangin Si Mayalaa…Tak padan kecik tu…kalau lapar, memang dia naik hangin. Ingat dulu2 masa dia 5-6 tahun, boleh dia gaduh aje sepanjang jalan dari JB nak ke Kerteh. Dia angkat skirt dia, tunjuk ponggong kat kakak dia and jelir lidah. Ingat lagi. Cepat2 CikAbang berenti kat KFC, beli ayam, kasik makan, and tak lama lepas tu boleh gurau dengan yang lain. Maklang dah paham benar Maya tu..So, kalau signal macam tu, jawabnya cepat2 lah ajak makan, or suruh dia tidur. Kalau tak cukup tidur pun groggy semacam…

Malam tadi dah selesai jahit manik kat telekong Mak Teh. Hari ini boleh letak renda dan jahit kain dia. Then kalau sempat boleh jugak buat RE. 2 hari I tinggal Re tu...

Ni tak leh lama, nak ke pejabat jap lagi. Tak siap lagi…Selamat bekerja untuk yang mula hari ini dan selamat berhari minggu untuk yang lain!

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

13 Comments:

At November 16, 2008 at 9:35 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

maklang...besa la anak2 bila dah semenya dok kat rumah...sekejap baik, sekejap bergaduh...kita pun adakalanya jadik incredible hulk gak bila dah tak tahan nengok perangai mereka tu..hehehe

 
At November 16, 2008 at 9:36 AM, Blogger Nadhirah Nazarudin said...

wakakaakaka...tak sangke maya camtu dlu!!

betul, bila maya naik angin along ni ha yang jadik mangsa cannabalism dia tuh! abis tangan along ni kena cekau and gigit...

 
At November 16, 2008 at 9:38 AM, Blogger zura aini said...

maklang,
masak pun ada pass dan fail juga ke?
he, he....

 
At November 16, 2008 at 9:49 AM, Blogger maklang said...

azwa:

memang..kalau anak orang dah antar balik dah tu...

along:

padan muka awak..kasi aje apa dia nak, kalau tak jadi mangsa lagi!

zany:

pass or fail tu kena ada...jadi boleh diperbaiki..

tulaaa..tiap ari kena ada exam memasak ni! :)

 
At November 16, 2008 at 10:49 AM, Blogger Kak Elle said...

kalau dah semua di rumah lagi ni hampir 2 bulan pening kan maklang?
takpe siapkan aje extra makanan senyap lah mereka semua asal sibuk memakan...hehe

 
At November 16, 2008 at 11:50 AM, Blogger Ummi365 said...

tudung dah jadi ke?

 
At November 16, 2008 at 12:32 PM, Blogger Ummu Aqil said...

sedapnye laksa penang...kite nih hantu laksa penang...tak mkn 1 hari pon tak pe...
anak2 camtu ahh maklang...kalu lapo + tak cukup tido cam gitu ler jdk nye...

 
At November 16, 2008 at 5:55 PM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza ingat ada gambar makanan tadi.. rindu lah nak tengok food kat meja cantik maklang tu.. tengok pun dah kenyang..

maya cam tu ke? hehee.. kelakar jugak ya.. badan je kecik.. hati besar tu nak gaduh dengan kakak dia..

 
At November 16, 2008 at 6:34 PM, Blogger silversarina said...

Cuti ni memang kena sediakan makanan lebih sikit kat rumah atau kalau I yang tak keje ni boleh lebih JJCM :)

Laksa penang faveret Zaid anak I, laksa paling sedap pernah kami makan adalah di perlis , on the way ke Padang Besar dari kangar, gerai tu full house sokmo.

ting, tong ..mana kisah 'itu' ???

 
At November 16, 2008 at 10:35 PM, Blogger Mulan said...

alhamdulillah.. congrats to angah & alang..!!

jgn kecik hati ya, cuti sekolah ni kita buat makan2. ada dalam hati tapi belum kesampaian. rasanya kena ladies & anak2 je kot.

bila pi langkawi? kami macam terperok kat sini je..

 
At November 17, 2008 at 3:20 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam,

Saya selalu ke teratak maklang tapi tak pernah beri ulasan.

Saya kalau buat laksa, letak sikit ikan jeruk, blend dan masuk sekali dgn ikan rebus tu. Tulang ikan yg direbus pun saya blend (asing la dari ikan), lepas tu tapis dan masuk airnya dalam kuah.

Tak payah guna asam jawa, guna asam keping dan masukkan masa mula2rebus ikan. Cubalah petua ni, jangan lupa daun kesum dan bunga kantan. So far org cakap laksa saya sedap la..hehehe

 
At November 17, 2008 at 11:25 PM, Blogger maklang said...

kak L:

nasib baik I kerja...memang bingit telinga kalau anak2 seme ada kat rumah!

ummi:

tudung tak sempat gunting lagi! he..he..

aishah:

sekarang maklang pun dah mula suka laksa penang.kena lah belajar buat supaya sedap!

 
At November 17, 2008 at 11:28 PM, Blogger maklang said...

neeza:

meja tu dah lama tak terima tetamu...nanti raya haji pulak kot!

rina:

memang kena masak banyak2. kalau tak cukup mintak bibik aje layan!

mulan:

tak kecik ati pun ..saje usik awak!

nona azizah:

pagi sebelum kepejabat tu, alonh dah rasa sedap, tapi lepas tu bibik tambah ikan lagi agaknya, tu yang tak rasa dah...memang maklang guna asam keping.salah type tu!

 

Post a Comment

<< Home