Anniversary...
Assalamualaikum...
Lega dah...petang tadi maklang dah siapkan tempahan beg buat Syami..lega betul. Maklang ingatkan tak sempat nak siap since cukup minggu ni, InsyaAllah maklang sekeluarga dah nak cuti2 Malaysia...kalau tak siap kang, tak dapat pulak nak dihantar pada Syami. Maklang harap Syami, berpuas hati ye..punya lah payah nak menjahit yang hijau tu jadik beg. Tebalnya ya amat...sampai terpaksa jahit tangan kat sebelah atas tu... Kalau nak tengok yang closeup pergi lah kat bilik jahit maklang ye...
Semalam kami tak kemana2 nak celebrate Anniversary...duduk rumah aje pada siangnya. Maklang sempat pi melawat kawan maklang yang baru bersalin. Baru tak baru, dah last day of her pantang semalam...Dah kata rezeki kami, dapat makan pulut kuning dengan rendang ayam masa melawat dia. Dia buat makan sempena abis pantang...Seolah2 menyambut Anniversary kamilah pulak..Syukur Alhamdulillah..
Tengahari tu, sambil2 maklang menjahit langsir, maklang dok main sms dengan Cik Abang sebab maklang kat atas and dia kat bawah, malas nak menjerit and nak gerak dari mesin jahit, jadiknya maklang sms dia...Dia tak balas pun..cuma setuju nak date maklang dengan anak2..He...he...So, malam tu kami makan by the sealaa ( Dhira..bukan windows by the sea kat
aw@n@ tau...)...gerai jual ikan bakar...Ok jelaa..taklah sedap mana pun, tapi harga boleh tahan mahalnya...
Inilah antara makanan yang diorder. Kangkung belacannya dah selamat dah tu...
Ada ikan sebelah (orang kata ikan sisa nabi) dibakar with sambal, sotong goreng tepung, kangkung belacan, sup tomyam and telur dadar...
Haa..bulat tak muka I??.tak per..bulat2 tu lah yang Cik Abang sayang...perasan lah pulak maklang ni...tak habis2 mood perasan tu..he....he...Angah kata Abah ambik gambar camtu cam lembut jer:)
As usuallaa...kalau lambat makan...ada ajer yang angin...Merajuk jer kerja, tak kasi main buaian, merajuk..seram nak kasi main buaian sebab ada dalam 100m dari kami...takut jugak ada ulau malam2 tu...Bila dah kasi makan...boleh pulak gurau!
Ha...ni lauk tengahari semalam. Goreng Sabah vege with tauhu lembut and kicap kikkoman. Sedap..sekarang ni musim makan sayur and lauk aje...kurang kan nasi...
Ini pulak maklang campurkan aje kacang botol yang bibik petik belakang rumah tu...dengan sambal kacang ikan bilis yang maklang buat entah beberapa hari yang lepas! Minyaknya...takut tengok kekilatan sebab minyak tu...
Ini pulak ayam ketumbar...maklang bake/ grill dalam microwave...sedap jugak!
Sebelum lupa...terimakaseh kak liza, datang rumah I semalam...dapat makan cheesecake kan...he..he..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration, Food, RE
15 Comments:
ni dinner anniversary ya maklang.. bestnya makan luar.. :)
tapi, lauk yang maklang masak tu lagi mengancam... terliurnya tengok sayur dengan tofu lembut tu..
maklang, masa ummi study dulu, kitaorang malas nak menumis we all selalu gaul ayam dengan mayonaise and serbuk cili letak susu sikit pastu tu bakar.. ermm masa tu semuanya sedap. segala minyak air ayam keluar siap letak tepi and tumis chili untuk buat sos.. hehehe.. kalau sekarang buat macam tu rasanya mau cholesterol naik tahap klcc kut.
Happy Anniversary...
Alamak, seksanya tengok all the great food you guys had... Meleleh air luir... Aduh!!!!
Hello Maklang, wow! Saya suka tengok your gambars and the food looks so delicious. Boleh dapat wangi diadisini pun, ha ha.
Maklang, I like your photo, you look very nice, beautiful smile too, ha ha.
You keep well and have a nice day, Lee.
walaupun makan kat gerai dapat juga makan kat luar kan?
adoi hakim muncung nya muka..
neeza:
lebihkurang gitulah neeza! makan kat luar sikit2..nak makan pi Awana musim gawat ni rasa cam tak mampu aje...
lauk kat rumah memang sedap lagi kot..hrrmmmm
ummi:
maklang gaul rempah aje, tak tumis pun, minyak ayamnya cam semangkuk! kena jaga ni...
cat:
Thanks...
Ingatkan I yang seksa tadi..he..he...
Uncle Lee:
Thanks for dropping by..lama tak nampak...
Lauk apa pun sedap waktu2 kena diet ni...:(
Kak Elle:
Kalau Akim merajuk memang muncung sekaki! he..he..he..
happy aniversary mak lang........mak lang nak bercuti ke mana???
happy aniversary, semuga bahagia hingga hujung nyawa.
sedap nya makanan...
mak lang sedap nya lauk tu...
dapat hadiah apa dari abang tahun ni..
Assalamualaikum..
Kami sekeluarga nak ucapkan happy Anniversary buat Kak Lina dan hubby.
Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kak Lina buat selama2nya..
Ikhlas,
Abu Dhabi_sekeluarga
kat mana tu, kat mana tu.. sedap nampak tu..!!!
aisey kak liza, tak ajak kita pooonnn... huwaaaaaa....
yatie:
maklang nak pergi kat tempat yang Yatie baru pergi tulaa...
kak eids:
TQ..lama tak nampak akak...pegi mana?
cik dinz:
memang sedap! I kan pandai masak..he..he...
mulan:
by the sealaaa...
malik:
TQ.
Kak ezza:
Ada gambar kat N3 yang lepas!
Post a Comment
<< Home