Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, November 17, 2008

Cuti

Assalamualaikum..


Semalam maklang submit surat cuti. Mintak cuti mulai 30hb Nov ke 4hb Dec. Tapi mulai cuti sejak dari 27hb kira cam leave in lieu sebab ada kerja one Friday tu maklang tak calim overtime. So, dapatlah jimat cuti yang dah tinggal beberapa hari aje lagi. Rasanya takat ni je kot boleh cuti, sebab kalau boleh , maklang nak cuti panjang bulan 5 tahun depan. Sama2 dengan anak2 yang cuti sekolah..Berangan lagilah tu...

Petang lepas balik kerja maklang dapat selesaikan jahit telekong mak teh. Dah masuk dalam plastic bag dah. Tapi tak post lagi . Mungkin Khamis ni kot baru boleh pos. Ada sikit lagi benda yang maklang nak letak kat dalam parcel tu nanti.Biarlah mak teh surprise bila dia terima. Sebab dek benda tulah, mak teh kena tunggu sikit lagi. Lepas tu, maklang nak siap jahit kan 2 helai telekong yang Ina Paka pesan sejak awal tahun, then telekong anak2 OO serta beg nya. RE dah siap, tapi belum jadik begnya. Then come Kak Liza punya telekong pulak. Nasib baik bibik ada tolong bersihkan jahitan, kalau tak, tak boleh lah lagi nak menyiapkan nya. Masa punya lah terhad. Ada lagi 7 telekong rasanya nak kena siapkan. Entahlah bila tu. Tapi buat masa ni, maklang dah jahitkan 4 helai tak silap, kalau tekun bolehlah siap. Rasanya masa cuti tu, maklang kena hangkut segala RE untuk nak jahit. Untuk Ibusara, InsyaAllah boleh siap untuk pakai Raya Haji. Boleh lah buat masa waktu malam masa cuti nanti. InsyaAllah lagi. Tak tahu lagi macamana perancangan nya...


Itulah, cakap pasal cuti ni, malam semalam, maklang bercuti lagi dari menjahit RE untuk Syami. Sori eh dek, ada sikit lagi. Maklang target nak siapkan beg2 tu by this wiken InsyaAllah. Maklang tak sabar nak buat untuk sendiri punya. Sekarang dah half way maklang jahit. Ni seme sebab terkenan kat berries yang maklang buat ari tu. Kali ini letak dalam pasu. Idea datang masa tengok gambar pokok kat pinggan makan...terus datang idea nak buat berries. Tambah berries aje..he..he..tak sabar nak tunggu siap. InsyaAllah kalau tekun kejap aje siap. Kecik aje jahitan dia. Maklang berangan nak buat beg kecik untuk nak letak camera, USB port dia dan charger dia. Asyik ilang aje...sebab tak ada bekas. Bersepah pun iye. Nanti lah bila dah siap 2/3 hari nanti maklang letakkan kat sini. Sementara tu, maklang letakkan gambar inspirasi maklang tu eh...






Pening kepala ingat banyaknya kerja menunggu. Langsir ada sebeban nak dijahit. Kalau lah Cik Abang boleh tolong kan kain tu...kan ke best...tapi kena buat dgn along laa...Maklang tak ada 4 tangan! ( selalunya gunting langsir dengan Cik Abang!)


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

14 Comments:

At November 17, 2008 at 8:44 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

waduh waduh maklang, i wonder where u got all the energy to do all these...jeles i la...

selamat bercuti2an pada 30/11 dan semoga berjaya menyiapkan semua tempahan tu hehehe

 
At November 17, 2008 at 8:48 AM, Blogger maklang said...

azwa:

kat rumah kerja lain tak ada selain masak...sebab tu boleh buat kerja ni seme. Mana kuat nak angkat cucian seme..bibiks lah yang buat. Dari menyapu, mop, gosok, etc. Maklang cuma jadik tukang masak and tukang jahit aje..he..he..

InsyaAllah nak siapkan tu...kesian orang yang tempah tu...

 
At November 17, 2008 at 10:08 AM, Blogger Ummu Aqil said...

cantik ahh maklang...

geram nengoknye....

 
At November 17, 2008 at 11:32 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...sibuknya...

Takpelah...seb baik along ade..

Banyaknya telekong yang nak disiapkan...rajin lah maklang ni...

 
At November 17, 2008 at 11:55 AM, Blogger rossana said...

salam maklang...cantikla pinggan tu..maklang beli kat mana?

 
At November 17, 2008 at 12:14 PM, Blogger Neeza Shahril said...

bagusnya maklang ni.. tengok aje benda benda terus datang idea.. neeza ni, kalau tengok.. tengok aje lahh... hehee..

nak cuti panjang bulan 5? nak gi mana tuuu??? :))

 
At November 17, 2008 at 12:33 PM, Blogger maklang said...

aisha:

apa yang cantek tu???

apa yang geram tu???

kak anie:

memang sibuk memanjang, kalau tak sibuk kang tido aje kerja..mengepam badan yang dah sedia bulat ni..

neeza:

entahlaa neeza, sebenarnya sedang ketandusan idea tu...apa aje ade, ikut ajelah nak buatnya...tak sabar nak jahit beg kamera tu!

 
At November 17, 2008 at 12:37 PM, Blogger arsaili said...

salam..seronoknya bercutian

 
At November 17, 2008 at 2:26 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang jadi wonderwoman ye?...hehe

kerja-kerja tapi rehat pun ye tau:)

 
At November 17, 2008 at 2:33 PM, Blogger maklang said...

arsaili:

cuti jahit je tu...kerja lagi ni...

kak elle:

WW tak lah....relaz je banyak...jahit sambil layan tv. kalau boring..baring aje..he..he..

 
At November 17, 2008 at 2:40 PM, Blogger Tepi Sungai Batu said...

Bagus juga kalau pandai menjahit ni. Tapi Pak man tahu masak laksam saja.

 
At November 17, 2008 at 3:06 PM, Blogger cikdinz said...

cuti pun mcm tak cuti plak. nak jahit langsir lah. nak buat itu. nak buat ini...hehehe...

 
At November 17, 2008 at 5:31 PM, Blogger Mulan said...

biar betul maklang ni.. banyak nya benda nak buat.. super duper woman ni..!!!

jgn kecik hati tau.. tengok tu dah lambat......... jadi ke?

 
At November 17, 2008 at 8:49 PM, Blogger maklang said...

pakmanlaksam:

maklang teringin nak belajar buat laksam...kalau kena masaknya memang sedap tu...

cikdinz:

memang macam tu every wiken, maklang tak reti nak berbaring aje..mesti nak pegang sesuatu!

mulan:

memang betul mulan...lambat tak per...ok per...tapi sure ada punya...he..he..

tak kecik atilaa...hati I sentiasa besar..he..he..no worries dear, I gurau aje...laa..risau pulak dia..

 

Post a Comment

<< Home