Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, November 21, 2008

Kita hanya merancang...

Assalamualaikum...

Dah pun Jumaat.

Sejak petang semalam, suasana agak muram kat rumah ni...Hmmm... 2 anak kesayangan maklang dah pun tiba kat JB. Ikut Alang. Apa yang dirancang telah terhalang oleh kehendakNya...apa2 pun redha aje. Alang sebenarnya nak spend wiken kat sini lepas periksa dia, tapi sebab FIL dia masuk hospital, apa yang dirancang langsung bertukar! Lepas aje dari course Uncle J tengahari semalam, mereka langsung ke sini nak ambik Ucop dan Yasmeen and of course bibik mereka. Tapi sempat lagi singah kat MM sebab dia nak beli hadiah untuk anak2 sedara sempena lulus periksa. Akim dapat binoculars, Angah dapat 2 buku cerita ( salah satu darinya by Ummi Kalthum Ngah), Maya tak tau pulak dapat apa, Along pun maklang tak tau dapat apa. Sebabnya masa maklang ke pejabat lepas lunch tu, mereka tak sampai lagi ke rumah. Mereka bertolak ke JB sekitar jam 4. Dah Alhamdulillah sampai jam 10:30pm. So, tak sempat lah maklang nak ambiik gambar si tembam Yasmeen. Alang kata dia dah ada ambik gambar si tembam tu pakai booties and hairband dari Singapore, nanti dia akan hantarkan kat Maklang...


Hari ini maklang akan spend most of the time in my sewing room. Ada lambakan langsir sedang menanti giiran untuk dijahit tu...Alhamdulillah dah hampir separuh siap sejak dari petang/ malam semalam. Tadi pagi pun sempat siap 4 keping. Tapi belum kelim laa...Langsir jahit straight ni senang sikit. Nasib baik jugak Cik Abang tolong potongkan sesama maklang semalam. Kalau tak mau pinggang jem. Beg telekong untuk Kak Ina pun maklang dah siapkan satu malam tadi, cuma kena finishing touches aje...harap2 semenya selesai by this wiken so that I could move on to others punya pulak...Aaaahh...semacam tak cukup masa aje kan...


Hari ini jugak akan ada operasi nak buat dendeng untuk nak bawak bekal kami bercuti minggu depan, InsyaAllah. Moga apa yang diplan menjadi kali ni...Amin..Amin...Ya Rabbal Alamin...:)

Sejak semalam hati rasa sedih sangat...tapi biarlah ianya rahsia...kan..:(:(:(

Ok lah..setakat ini aje maklang bersiaran, tak ada gambarlaa ari ni, I nak pi shopping kat Tani Mall...he..he...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

8 Comments:

At November 21, 2008 at 9:18 AM, Blogger Kak Elle said...

sunyi eh maklang budak kecik 2 tu dah takde?

 
At November 21, 2008 at 9:31 AM, Blogger Tepi Sungai Batu said...

Sebelum pergi ke kebun sempat lagi Pak man baca blog Maklang.
Cuti sekolah ni macam-macam boleh buat.

 
At November 21, 2008 at 9:32 AM, Blogger Abang Long said...

Kita terus merancang dan terus berusaha. Berdoa tidak putus. Allah penentu segalanya... semoga maklang sekeluarga sihat, ceria dan sukses dalam kehidupan.

 
At November 21, 2008 at 10:46 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Sedih kenapa pulak tu Mak Lang? Banyakkan bersabar ya, jangan ikut sangat perasaan tu. Langsir baru sempena Raya Haji ke, mesti letih memotongnya, maklumlah tingkap kat rumah tu banyak sangat kan

 
At November 21, 2008 at 7:47 PM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza tak dapat agak kenapa maklang bersedih.. tapi boleh rasa kesedihan maklang tu..
semoga mendung tu bakal di ganti dengan pelangi.. Insyaallah...

 
At November 22, 2008 at 1:21 AM, Blogger zino said...

nak bercuti ke mana tu.. selamat bercuti walaupun rahsia hehe

 
At November 22, 2008 at 6:53 AM, Blogger D said...

rajin betul la mak lang nih!

apa-apa yang menyedikan tu, D harap mak lang redha je la. :)

 
At November 22, 2008 at 7:17 AM, Blogger silversarina said...

salam,

Usah bersedih, dah nak bercuti dah tu... wah, siap bekal makanan lagi , bolehlah hakim teropong ikan duyung kat tempat cuti tu nanti :)

 

Post a Comment

<< Home