Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, November 6, 2008

Termakan...

Assalamualaikum…


Kejap aje dah petang. Macam biasa before nak melangkah kaki keluar dari pejabat maklang nak updet jap.

Sebelum nak bercerita..maklang nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 70 buat ayahanda/atokanda yang tercinta...semuga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik...Kami semua sayang abah/atok...dari Kerteh with Love...

Hari ini kerja so-so aje. Tak sabar nak tunggu besok sebab besok hari Jumaat, tak kerja dan lebih2 lagi buah2 hati nak balik. Cik Abang dah kata dia akan bertolak balik tengahari nanti dan Angah, insyaAllah sampai malam. Kesian Angah, dengar dia cakap aje macam penat sangat perjalanan dia. Just imagine dari sini 7 pagi, tiba di Perak dekat 8 malam…letihnya ya amat. Bas ikut jalan ke arah KT then turun balik ikut mana tak tahu lah. Dia dok merungut panas, and tak boleh tidur. Kejap2 maklang terima sms dari dia.


Malam tadi, lepas Dudy balik dengan kawan dia ambik hantaran tu, maklang keluar ke MM dengan si tembam tu. Tak sabar2 dia nak keluar. Maklang beritahu, kita keluar lepas Uncle Dudy ambik barang, sebab tak sabar2 nak jalan, suruh dia talipon Dudy bila nak sampai. Pukul 8 baru mereka sampai. Lepas minum air mereka balik dan kami terus ke MM. Wah..seronok dia…


Kami pi makan roti canai aje. Hakim nak roti canai telur, maklang pulak makan thosei. Hakim order horlicks ice and maklang order sirap limau. Total RM7.80 je. Sedap jugak thosei tu..kuah kari ikan dia kaw! Tapi sayang tak ada chutney. Kalau tak sure lagi sedap. Kalau rajin, nanti Sabtu pagi, nak ajak Cik Abang and anak2 pi breakfast kat situ..( alamak…hancus diet aku!). Cakap pasal diet, sejak seminggu kurangkan makan ni, nampaklah scale tu turun sikit..Lega rasa…kena teruskan ni…mana tau boleh slim melim…he..he..mintak kuatlah iman ni nak kuruskan badan ni..pulak lagi 4 bulan nak jumpa Dr. tulang tu, kot2 lah dah kurus. Kang Dr. kata cakap tak serupa bikin…tapi usaha mestilaa ada, jangan dok cakap aje kan…


Lepas kami makan tu, Hakim ajak makalng pi kedai yang ada jual hailer tu. Alamak, ingat kan dia nak tengok hailer. Tapi sejak dari rumah dia dah kata dia nak pakai mask yang kat Star Wars tu. Mask tu siap ada voice controller yang kalau cakap tu boleh keluar suara jadik cam robot. Harga dia aje, pening kepala maklang tengok. RM 169.90.. Maklang kata kat dia…Kim…mak kena kerja 2 minggu baru dapat banyak tu…Sempat jugak lah dia testing masukkan kepala dia dalam benda tu. Kejap aje dia try mintak suruh bukak , agaknya dia rasa lemas kot. 2 kali cuba, 2 kali dia suruh keluarkan…Lepas tu sambil jalan balik, dia dok kata lagi 2 minggu dapat ke benda tu? Maklang kata eh…taklah..2 minggu baru dapat banyak tu, mungkin seminggu RM25 aje boleh simpan untuk itu, yang lebih nak beli telor, beras, sayur, ayam etc…Termakan jugak dia bila dengar mak dia punya reasons! On the way nak balik singgah kat 7-E. Saje belikan dia Bubble Yum. Memang dia suka sangat tu! Bila dah beli, maklang ceritalah, kalau beli BY tu boleh dapat 80 bungkus ~ 400 biji kalau tukar dengan harga mask tu. So, dok berkira2 lah kalau beli BY dengan mask tu. Last2 dia kata tak maulah mask tu…Baik beli BY aje…and konfem kat abah suruh belikan kereta kecik aje untuk dia…Hot wheels agaknya…janji ngan Abah pulak…Dalam hati, lega ya amat sebab tau kalau dia main pun kejap aje…2-3 hari aje yang main all the time, lepas tu terperok kat kotak meinan dia.

Malam ni tak tau lagi nak bawak dia kemana. Tengoklah kalau dia nak ke McD ke..or maybe makan kat rumah aje sebab bibik masak nasi ayam tadi, sedap betul.

Akhirnya..si bujang termakan kata2 ibu dia…ha..ha…

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

18 Comments:

At November 6, 2008 at 8:56 PM, Blogger aNIe said...

Betul tu maklang...bebudak ni kita beli mainan memahal...last2 terperuk...sebab mainnya sekejap je...tak pun...dah terbarai...sayang duit tu...macam2 boleh buat

 
At November 6, 2008 at 10:24 PM, Blogger zino said...

macam hazwan la bila nak tu bukan main lagi sekejap nanti benda tu bersepah je kat merata tempat..

kat tepi lemari tu sekotak mainan dia.. dah tak heran pun hehe

 
At November 6, 2008 at 11:33 PM, Blogger cikMilah said...

sesekali kena psycho gak anak-anak ni..:)

 
At November 7, 2008 at 4:03 AM, Blogger D said...

ingatkan termakan makanan apa tadi! LOL! yelah, biasanya pasal makanan je blog mak lang ni kan?!

 
At November 7, 2008 at 12:36 PM, Blogger tulipurple said...

wahh...ni salah satu tips gak nie nak physcho anak2 sy yg sedang membesar itew.
skrang ni mcm2 makneka toys ada kat pasaran, tak mcm dulu very limited choices kan.

 
At November 7, 2008 at 2:57 PM, Blogger silversarina said...

salam,

I ada tengok helmet voice changing tu, memang mahal tapi canggih , nasib baik tak de anak lelaki kecil, mimi memang takkan nak benda tu.... nak pulak Hakim dengar cakap maklang , so kena beli BY banyak2 le ...hehehe.

 
At November 7, 2008 at 8:59 PM, Blogger Neeza Shahril said...

bagusnya Hakim dengar cakap mak.. cam ni boleh lah mak beli bubble yum selalu.. hehee..

 
At November 8, 2008 at 6:13 AM, Blogger maklang said...

kak anie:

betul kak...mainan ni macam pakai bukan aje dibuatnya...macam mudah aje nak cari duit...

zino:

nasib baik simpan dalam kotak...kalau sepah merata, mau angin mak bapak!

 
At November 8, 2008 at 6:15 AM, Blogger maklang said...

cik milah:

memang selalu kena gitu. Anak2 ni kadang tak pandai nak appreciate duit tu and nak value the money! :)

D:

dah lama tak masuk entry pasal makanan...kena nak cipta baru laa pulak..he..he..

Tulip:

Budak2 ni kalau boleh tiap hari nak beli mainan...pengsan mak bapak tau...

 
At November 8, 2008 at 6:20 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Mintak2 dia lupa2kan lah benda tu...

neeza:

takut dengarnya kejap aje...lepas tu mintak nak lagi...

 
At November 8, 2008 at 2:51 PM, Blogger Mulan said...

now nak beli toys kena pakai duit raya sendiri tapi ada limitnya dgn tegas sekali..

teruk la toys r us tu.. besar nya kedai dia. budak2 surely terpanggil2.. camni nak pi MM, kena pi time2 anak pi sekolah.. ha ha..

 
At November 8, 2008 at 6:43 PM, Blogger Kak Elle said...

nasib baik hakim mencuba and rasa lemas..apa ke tidak kalau buka tertutup susah nak tarik nafaz kan?


kalau insect tu masuk kat baju kita agak kita pun terlompat2 kan maklang?

 
At November 9, 2008 at 12:55 PM, Blogger Abang Long said...

Keletah anak -anak, ada ketikanya menggembirakan...

 
At November 9, 2008 at 4:52 PM, Blogger chekdenoor said...

Salam maklang,

Anak-anak tahu...mak dia mampu...sebab tu dia orang ni senang-senang jer nak itu dan ini.....dan kita pulak.... sebab selalu sibuk dengan keje.... untuk hilangkan rasa bersalah dengan anak-anak....kita gantikan masa dengan benda..... heheheheh..... nak buat cam mana....that's live sekarang ni......

 
At November 9, 2008 at 6:29 PM, Blogger arsaili said...

salam...ahahaha terror aa maklang pujuk memujuk ni..kalau sy masa kecik tak makan saman..ahahaha

 
At November 10, 2008 at 2:14 PM, Blogger cikdinz said...

nak buat apa lak mende tu...

 
At November 10, 2008 at 3:49 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

budak2 memang la cenggitu...masa tak dapat mainan tu, bukan main lagi memujuk kita nak beli. Bila dah dapat, dah boring dah main akhirnya kalau tak rosak, tersadai tak dipedulikan lagi...

 
At November 11, 2008 at 9:51 AM, Blogger maklang said...

mulan..

memang masaalah betullah...kena hati2..kalau tak poket bocor memanjang!

kak elle:

kejap aje tu, nanti datang angin dia nak, dia nak jugak!

abang long:

betul tu! :)

 

Post a Comment

<< Home