Menyibuk..
Assalamualaikum...
Sungguhlah maklang menyebokkan diri last wiken. Sungguh tak ku sangka begitu sibuknya aku ini..he..he.. Hari Jumaat tu, lepas ke Dr. Kami pi makan kat gerai. Rasa guilty lah pulak sebab makanan kat situ minyaknya boleh diperah sampai rasa geli kat tekak. The last time we went Ok aje food dia. Lepas dari situ, Cik Abang hantar maklang dan Maya ke K@md@r. Pi cari material buat beglah, apalagikan. Sambil2 dapat jugak 2-3 potong kain koton untuk buat baju Kedah Wan. Bila tengok bunga cantek2 Maya pun nak, and mak Maya pun nak. Rasanya kejap sangat tak sempat nak lelama membelek2. Tapi tak pe, lagi lama, lagi banyak kang mengangkut! Syukurlah tu, Cik Abang called kata dia dah selesai solat Jumaat. Si Bujang ikut dia solat aje...
Lepas tu, kami pergi tempat nak test kete. Memang berangan nak tukar kerete sebab masa balik raya tu...kerete kami ni dah penuh bebenor. Padahal barang2 seme dah naik atas kepala kereta. Sumbat pulak kat belakang tu...Memang penuh. Row no. 2, Along duduk dengan Angah. And tengah Hakim, sampai berlaga bahu. Row ke 3, Maya dan bibik. Bibik 1 dah dipos naik bus. Kalau tak memang tak nafaslah kerete tu. Himpit2 betul. Tu pun nasib baik Maya comei. Kalau tak terasalah pulak cam sardin segar kami ni semue! So, akhirnya perancangan Cik Abang nak pi try test kereta tu terlaksanalaa..Hakimlah paling seronok. Maklang so-so, Maya terus hot. Dia tak mo tukar kereta. Maklang ikut aje. Cik Abang kata Oklah kereta tu. Power ada,space lagilah ada...Hmmm...lepas dari try test kereta tu, terus aje dia pergi berbincang nak tengok harga kereta tu. Lepas kira2 macam tak banyak aje monthly payment dia. Wah..Hakim tak sabar nak berkereta baru...Tunggu je laa...Ni sebut aje nak tukar kereta, Maya dah menjeling dah ni haa...gelihati maklang...Payah2 kita beli lori aje...banyak space!
Lepas tu kami pi servis kereta. Sambil tunggu2 maklang sempat ber RE and dok tengok internet kat PC yang ada kat situ. Cik Abang malas nak pakai Huawei dia sebab asyik putus aje connection dia! Kami bertolak dari situ dah pukul 5:00kot. Singgah kat Cherating sebab maklang dan Maya tak solat lagi. Then kami singgah shopping..Shopping barangan dapur. Sekali dengan bahan2 untuk nak masak spaghetti untuk kawan maklang. Dia tempah buat 50 orang makan. Mana tak banyak!Penatnya hari tu. Lepas makan malam mintak bibik urut kaki. Tak larat dah.
Hari Sabtu ingatkan naklah meleser atas katil lepas solat Subuh. Bila keluar bilik air, katil ku dah siap dikemas oleh suami tercinta. Dia ajak ke Dungun nak beli daging batang pinang. Anak2 dah lama request mintak buatkan RAWA. Cam steamboat tulaa..Mahalnya lah ikan2 and ayam kat Dungun. Yang peliknya minyak turun tapi harga ayam jadi RM8/kg...Kami beli 2 ekor aja. Dari pasar, maklang singgah beli interfacing kat kedai jahitan. Barang2nya murah. Then on the way balik kami singgah kat Paka. Banyak jugak beli ikan kat sini. Murahlah sikit. Cik Abang pun tambah lagi ayam sebab harga macam harga semasa - RM7/kg.
Sampai rumah apalagi..memotong dan menyianglaa sebab nak makan tengahari. Memang berbaloi makan kat rumah, baru puas kata anak2.
Lepas makan, maklang sambung buat hantaran yang lom siap. Akhirnya siaplah jugak semalam. Cik abang pulak sibuk ke sekolah untuk persiapan terakhir sebelum Malam Alumni kat SKRP ni. Kami ke sana lepas maghrib. Jumpa Mulan dan Asiah. Ada performance by Azizi AF1. Oklah presentation dia. Walaupun ada 9 kad, kami cuma dapat 1 aje - hadiah makan free untuk 4,oklah dari tak dapat.
Letihnya ya amatz. Kami tiba rumah dekat pukul 12. Gitu gini, dekat pukul 1 pagi. Memang letihnya ya amat. In fact masa meniap ini pun mata cam nak lelap je...infact dah terlelap masa nak proff read tadi sampai cik abang gerakkan!
Kami ber4..along dan angah tolong ambikkan gambar...
Ini YDP dengan isteri...sian isteri kena duduk meja belakang dengan anak2. YDP duduk meja VIP...
Kad aje beratur...hmmm...rezeki tak banyak malam tu...dapat makan for 4 aje. Lain kali kalau pergi, kenalah bayar untuk anak2 kecik yg 2 tu!
This was really2 good. Ni share2 tau!
Ha..dapat tangkap gambar ngan Mulan dan Asiah...Betapa besarnya I berbanding mereka...hmmm...cepat diet!
Ini persembahan pembukaan - Boria. Memang best!
Lagi the 3 of us. Last2 maklang suruh bujang duduk kat abah dia sebab tak larat nak marah dia sebab tak tu dok diam!
Nilah monopoly yg diidam2kan tu...Along sorang aje dah bayar RM4o. Yg lain tu, alamatlaa...
Besok nak ke Gebeng pulak. Maklang layan je orang minyak. Hari ini rasa best sebab laluan kabel tu BOSS I terpaksa ikut! :) . Ialah masaalahnya, orang yg tak pi site, memang payah nak tengok the constraint yang kami hadapi.Entah lah...maklang kalau tak pi sendiri tengok, mesti illek punya idea, camana aku nak keje tu...Hmmmm.......
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
10 Comments:
busy weekend ye maklang...wah nak beli keta apa tu?asal ada 1 space untuk saya cukup lah...hehe
hehehe.. kita samalah maklang, keluarga ramai. dad kata nak space beli lori tu hah, siap boleh bawa katil, bantal apa bagai.. hehehe.. nak kecik sikit beli bas ..sabar jelah.
kak elle:
biarlah rahsia..ha..ha..kang tak jadi kang..buat heboh aje...
ummi365:
memang ..senang beli lori, pernah satu ketika nak beli tanker supaya boleh berenang dalam lori tu...anak2 punyalah suka!
salam,
tersilap komen kat blog lama tadi...mamai naik bas ni..hehehe.
weekend bagi orang bekerja rasanya selalunya lagi busy sebab masa nilah nak buat segalanya...apapun selamat embeli kereta baru...kereta besar.... bus coaster okay jugak banyak barang boleh bawak...hehehe.
beli kete beru , pass tu mai Penang ya!
okaylah tu maklang dapat makan for 4.. dari tak dapat langsung kan... ada gak rezeki malam tu kan...
hmmm... nak tukar kereta baru ya... tak sabar nak tengok kete tu... :)
rina:
tersilap komen..he..he...kena tido lagi tu..penat tu...
Cikmilah:
tak payah kereta baru pun boleh pi penang kan..kan...
neeza:
aha..nasib baik dapat kalau tak pulang tangan kosong...lagi parah...
kereta baru tu tunggu ekonomi tak merundum lagi, nanti baru beli..he..he...
nak tukar bas macam pak teh tu ke? hehehehe...kereta yang jenis akak ada tu cam rendah sikit kan? Alhamdulillah kalau jadi beli kereta baru tak adalah sakit telinga dengar anak terjerit2 bergaduh kat belakang..hehehehe (bercakap ikut pengalaman) tapi kalau dah tukar pun nanti, kes lain pulak yang di bisingnya! budak-budak!!
yeyyy.. lepas ni boleh tumpang kete baru..
kenyang gila malam tu..
OO:
bas cam pak teh tu buat masa ni di luar kemampuan kami...hmm..bus mini je kot!
Mulan:
Kita naik bas tong Aik tu ok kot! he..he..
Post a Comment
<< Home