Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...


Maklang dan keluarga nak ambik kesempatan nak mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...


pada semua pengunjungan teratak maklang ni...kalau ada salah dan silap dan ada permintaan yang tak dapat ditunaikan, ampun jua di pinta....


Moga2 kita akan memperoleh keberkatan bulan Ramadhan sehingga ke hari raya nanti...


Beg2 seme dah pack, agaknya at this moment Cik Abang tengah masukkan kat kereta. Dia keluar sebab ada waktu rehat. Anak2 seme dah merasa keriangan nak balik kampung...dah menyanyi masa nak ke sekolah tadi...


Malam tadi sempat kena seround ngan Hakim...masa dia balik dari terawikh dengan Abah dia dalam kol 9:30pm tu, maklang tengah sibuk buat kek sebab kek yang along buat cam ada gaung, takkan nak jual. Dia kata "Wah..semangat mak malam ni...biasa cam ni dah tido!" Bertuah punya anak..ikutkan memang nak baring dah..belakang dah sakit2! Abah dia gelak je..sambil angkat tangan and kata ," Wallahi..abang tak ajar dia cakap macam tu...". Bertuah betul! :)

Berhati2 di jalan raya...Kami nak balik dah petang ni...besh!


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Wednesday, September 24, 2008

Sunyi...

Assalamualaikum....


Ingatkan hari ini nak deviate sikit dari hal makanan. Saje nak tunjuk REs maklang yang dah siap dan dah tiba pun kat tuan dia...he..he..seronoks I...lega dah siap. Tapi lepas balik raya kena kejar pulak Neeza punya! InsyaAllah sempat tu... Malam tadi pun dah hantar table runner untuk meja makan...Alhamdulillah tuan punya amat berpuas hati!


Ini Neeza punya masih dalam progress, sekarang buat kerja kalah siput...selo betul!



Ini set table runner dan kusyen buat Yana...


Close up Yana punya



Ini table runner..

Sebenarnya ini tak ada dalam plan. Sebab kawan nak sangat kaler ini and kain tak cukup, kenalah maklang buat ubah suai. Maklang jahitkan bunga tu kat atas sambungan, maka jadilah hiasan sedikit. Bila dah buat nampak cantek pulak! ( perasan pulak pagi2 ni!)

Close up lagi...warna terang2 sebab tuan punya suka terang2...


Tapi ampun dan maaf jua di pinta sebab nak jugak letak gambar makanan...ni pun lauk 2-3 hari lepas. Kan maklang punya camera charger hilang...dah jumpa pon..rupanya ada kat bawah katil ni. Tak nampak! Walhal, bawah katil tu kosong aje. Sebab wire PC ni ngan camera sama aje...tu yang tak nampak...Malam tadi jugak, masa korek2 kain kat bilik jahit tu, maklang akhirnya dah jumpa pen erasable dan jarum2 RE maklang...tapi kain telekong tu tak jumpa. Ampun lah tuanpunya, lepas raya nanti carik lagi. Sakit pinggang maklang tertunduk2 cari barang..hmmm..banyak sangat kain putih untuk telekong, tu yang tak jumpa. Nasib baik kakak tu ketawa aje masa beritahu...ampun sekali lagi kak!

Ikan masak tomato
Terung goreng berlada
Kentang berlada...

Dua tiga hari ini, hati rasa sunyi sangat walau dikelilingi dengan anak2. Riuh rendah, tapi rasa sunyi sangat di sudut hati ku. Perasaan seronok nak pulang ke kampung seolah2 tidak ada...kenapa ye? Moga2 diberi cahaya kegembiraan buat kami sekeluarga..InsyaAllah dan doa maklang semuga Atok punya kesihatan bertambah baik .. ( Alang kata buah pinggang Atok nampak tak berapa elok!)...


Malam ini akan mula pula misi mengemas baju. Petang ini masih ada lagi baju untuk diambil dari tailor. Then balik nak buat sedikit kek untuk pesanan kawan di pejabat and untuk nak bawak balik ke Kuantan, InsyaAllah. ( Semalam buat kek buah..entah apakabar, maklang tak tengok lagi sebab masa mengukus, bibik yang jaga. Maklang dah pengsan kat atas rumah!).Moga hari ini badan akan rasa sihat sedikit..sebab at this moment kepala pening, perut macam sebu semacam...rasa macam nak muntah...agaknya dari hati naik ke kepala dan turun ke perut. Nasib baik well distributed, or else lagi parah kot...Moga2 Allah beri maklang kebahagiaan dunia akhirat! Amin...
p/s: Pagi ini di sini suasana kelihatan amat hening sekali...adakah malam ini malam yang dinanti2 oleh semua? Yang pasti orang yang diberi rahmat akan menemui malam tersebut yang entah tak tahu bila??? Moga2 kita adalah diantara mereka itu..dan moga2 terubat hati yang sunyi ini...InsyaALlah...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Tuesday, September 23, 2008

Makan2

Assalamualaikum…


Semalam petang tak ada idea nak masak. Bila ternampak banyak sangat tomato dalam fridge, terus aje terpikir nak buat nasi tomato. Daging pun dari tengahari dah mintak bibik rebuskan kat pressure cooker. Malas nak masak cam biasa, sure liat. Pulak bulan puasa ni tak terlarat nak gigit kuat2..he…he…


So, dengan cepatnya maklang memasak sebab nak tengok soleha…tengah mabuk soleha sekarang ni. Sambil2 tu sempat jugak maklang siapkan RE maklang tu. Lega dah selesai. Kalau ada pun untuk trimmings Neeza dan untuk rumah sendiri aje yang lom siap 100%. Yang ini boleh buat relax laa…Berangan jugak nak menyulam tudung untuk raya…nak sulam tangan . Tengok orang pakai memang cantek2. Tapi apakah aku sempat melakukannya semua?


Sebab tak dapat nak lelap sangat, pagi tadi lepas Subuh, maklang buat biskut lagi. Masa dok asing2 biskut orang tempah dengan yang nak bawak pada Wan, tengok2 biskut Wan tak ada….biskut sarang semut terjual dah semenya…Apalagi, tadi pagi 2 adunan masuk dalam mixer tulaa..Angah yang ponteng ari ni pun tolong. Pukul 7:35am, cepat2 maklang naik ke atas nak bersiap. Lambat sikit pergi office ari ni! Ampun..ampun…Tapi tak pe, petang nanti ganti balik lewat sikit.

Insyaallah petang ni nak buat pulak kek buah yang maklang lupa nak buat petang semalam! He..he…teruk betul! Besok pulak ada kawan order kek coklat…Seronok kalau orang suka beli kueh mueh yang kita buat! Syukur ada rezeki…And Neeza thanks for the new order! And Yana, dah bentang ke alas meja tu??
pacheri noneh
acar mentah
daging masak tomato pedas
salad telur
nasik tomato
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Monday, September 22, 2008

22 Ramadhan

Assalamualaikum…

Kejap aje dah 22 hari kita berpuasa. Begitu pantas masa terbang ye..Maklang sekarang dah rasa sangat nak balik kat rumah Wan. Tak konfem lagi bila. Ikut kata Boss laa..tapi yang pasti kami akan balik ke Kuantan hari Khamis petang, InsyaAllah. Bibik pun malam ni sorang dah kena naik bas. Tak cukup space dalam kereta kalau semenya nak ikut. Kueh2 seme dah bungkus. Tak buat banyak tahun ni. Tak daya. Letih sangat. Untuk Wan pun tak buat banyak. Tengok nanti kalau rajin, nanti maklang buat pulak bila kat JB nanti. Tu pun kalau balik JB awal. Kalau tak mana sempat! Nak menganyam ketupat lagi…Hmm…banyak kerja tu…Petang ni pulak, kalau sempatlah, ingat nak buat kek buah. Nak try resepi Cik Milah towkey biskut Raya tu…hmm..tengoklah macamana. Harap belakang ni tak sakit macam semalam!

Semalam memang tak tertahan sakit belakang ni. Batuk maklang teruk. Tu yang buat jadik sakit. Lepas buka aje, makan ubat batuk dan pain killer. Makan pun macam tak lalu aje, tapi sumbat jugak sebab takut tak kuat badan the next day. Maklumlah, sahur, tak boleh makan apa2 except makan ubat aje. Mata pulak mengantuk sangat. Tak cecah 9:30pm kot, maklang dah melayang entah kat mana. Terbaring aje…Agaknya penangan ubat batuk sekali dengan pain killer!


Kadang rasa letih jugak sebab balik kerja nak kejar nak masak lagi. Syukur sekarang ni Asar masuk awal, jadinya bila balik rumah, tak lah terkejar nak masak cepat sebab nak solat Asar sebab dah selesaikan kewajipan kat ofis. Malas nak naik ke atas rumah and turun balik nak masak. Bibik pun banyak membantu. Alhamdulillah. Anak2 kalau hangin rajin, adalah sorang dua kat dapur. Kalau tak, nasiblah..terkial2 masak sensorang. Bila dah rasa penat, makan pun macam tolak2 aje masuk kat mulut ni. Maca semenya tak sedap..Ke memang tak sedap kot..he..he..Tapi tengok anak2 makan berselera aje…yang tak puasa sebab uzur yang paling selera, nampaknya. Cik Abang kata, kurang dah sikit kelam kabut nak makan tu…kadang2 entah segala benda dalam pinggan tak abis lagi, tangan dah capai kuehlah, buahlah…hmmm…maklang kata, kalau boleh, kaki pun nak kepit kueh agaknya…siapalah agaknya tu ye…he.he…Gelihati tengok gelagat mereka. Bila dah macam tu, sure kena kutuk ngan yang lain2…Nasib baik, perut dah agak penuh, so usik2 kat meja makan ni seronoklah…Kalau lah perut masih lapar sangat, jangan harap ler..mesti ada yang moncong, hot, hangin dan macam2 lagi..


Sebenarnya banyak gambar nak upload, tapinya….charger maklang entah kat mana…battery dah kong, tak boleh nak buat apa2 laa.. Semenjak dua menjak ni asyik ilang barang aje…puas dah geledah…jarum2 RE maklang and pen erasable pun entah kat mana tak jumpa….macamalah nak carik ni..


Maklang dah tutup kedai biskut dah. Tapi tadi, ada lagi yang mintak tolong buatkan...Malasnya laa...RE maklang untuk another friend masih tak siap lagi. Masa terbuang sebab mencari charger ...manalah pulak charger tu...pueh den carik!


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Friday, September 19, 2008

All made by Angah ~ thanks sayang...

Salam,

Hari ini maklang letih bebenor. Pagi2 lepas Subuh dah mula jahit kusyen Neeza. Siap dah tapi ada sikit lagi nak tampal trimmings dia..Jenuh nak menyelesaikannya. Lepas tu jahit pulak kusyen Yana and table runner. InsyaAllah selesailah kusyen Yana tu. Sebab tu tak boleh lama mengadap PC ni. InsyaAllah lepas Raya legalah sikit. Tak ada tempahan lagi selain Ibusara punya. Adalah sikit2 lagi nak buat, tapi tak ada dateline. So, can relax.


Dalam 8:30 pagi, maklang dah turun ke dapur. Buat kueh. Sarang semut dan cornflakes. Lepas tu sebab masih ada tepung jagung, maklang buat biskut tepung jagung. Main reka sendiri aje resepinya sebab resepi dari mak kawan maklang tu entah kat mana. ALhamdulillah masa makan masa buka tadi, rasanya sedap jugak...wah..dah boleh mereka sendiri ha..ha.. Lepas siap seme biskut, maklang letak pulak coklat kat almond london.Of courselaa bibik tolong. Kadang Maya ada, kadang Angah ada. Mata dah nak lelap betul masa tu. Letih sangat. Masa break kejap, maklang dapat call dari Kite punye. Tanya pasal kueh sarang semut dia. InsyaAllah nanti datang ambik dari maklang kat rumah Wan kat Johor ye...InsyaAllah kita jumpa nanti...

Lepas solat zohor, I keboom selama 2 jam..Lega bila bangun. Masa nak solat Asar, baru nampak ada sms dari Ummi. Thanks Ummi...dapat jamu mata tengok beg Ummi yang cantek tu...


Nasib baik angah rajin. Petang tadi Angah yang masak. Along dah marinate ayam and the rest were made by Angah.

Pandai dah anak dara mak...tak sia2 selama ni mak ajar Angah. Pukul 6:35pm maklang turun buat nasi goreng butter. Sedap jugak. Resepi macam biasa, cuma bila tengok kering sangat, maklang tambah sesudu butter, langsung jadik nasi goreng butter.







Cik Abang ari ni tersenyap lepas buka tadi...Kekeyangan dek makanan anak dara dia.....ha..ha...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, September 17, 2008

excited...

Assalamualaikum...


Seronok, teruja, macam2 dalam kepala otak ni. Lepas solat tadi baring2 pun masih teringat. Macam Sarinah, maklang pun ada projek besar jugak, tapi lepas2 Raya laa..nak jual kueh, tak cukup promotion tahun ini...he..he..lagipun, tuan rumah ini, tak 100% kuat lagi...so banyak relax lagilaa...tapi masih terkejar jugak nak buat RE maklang tu...

Sebab hari ini cuti Nuzul Quran, maka malam tadi maklang rehat abis. Tapi dalam rehat2 tu, otak berpusing2 fikir apa nak buat untuk projek besar maklang tu. Harap menjadilah hendaknya. Nak cerita sangat tak boleh lagi, sebab lama bebenar lagi ( Kak Elle..dendiam eh..). Tapi preparation yang diperlukan untuk membuatnya memanglah akan ambil masa. Semuanya kena dengan penat lelah sendiri. Nasib baik jugak ada yang akan membantu...

So, hari ini, maklang plan nak buat the so called Famos Amos cookies tu. Ada dalam 500 pieces kot orang order - taklah banyak mana. Tak lawan Cik Milah yang tengah mandi dengan segala macam tepung tu...he..he...

Petang ni nak ke rumah tailor nak hantar Maya pi ukur badan dia. Then nak ke rumah Kak Ina, my business partner..he..he..Layarilah blog kami, Ribbon Chantiq ~ The House of Beautiful Crafts tu...kalau ada yang berkenan, boleh lah order...

Cik Abang and Angah pagi2 dah bertolak ke KL sebab Cik Abang, macam Jo jugak kena patuk2 ular, tapi bukan ular itam tapi ular emas itam kat KL tu...harap2 dan doa2 adalah rezeki baik pulak kat situ...mana taukan, boleh I have an early retirement...berangan nak concentrate business...he...he...

p/s: Semalam lepas dah rindu kat Kak Intan, my mentor in RE...seronok dengar suara dia yang lama menghilang tu...he..he...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Monday, September 15, 2008

Updet

Assalamualaikum...


Macam yang maklang cakap tadi pagi...kalau rajin maklang updet lagi...

Haa...ini nak updetlah ni. Sebenarnya baru aje selesai solat tarawikh. Buat kat rumah aje. Camanalah nak ke masjid ni, solat pun masih atas kerusi. Maklang kalau solat berdiri lepas dah duduk tu, payah nak bangun. Tak kuat lagi. So, atas kerusi ajelah. Kadang2 solat duduk antara 2 sujud tu...tu pun kadang sakit pulak kaki ni duduk lelama, almaklum boghek!

Sebenarnya tadi kami pi makan kat luar. Kompeni paklang ada buat makan kat luar bersama keluarga. Makanan boleh tahan sedap. Konyang poghut den. Yang tak bestnya...maklang lupa nak bawak kamera. Tak dapatlah maklang ambik gambar yang menunjukkan makanan yang sodap2 tu...rugi...rugi...

Sebab tak ada cerita lain, maklang letakkan makanan sekitar last wiken...inilah kueh2 raya yang sempat kami buat...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Ini biskut cornflakes...inilah dia kalau dah terlebih gula warna warni tu... bertaburang!
ini sarang semut maklang...maklang malas nak parut...so main terap aje...
ini almond london yang lom pakai purdah lagi...he..he...


Yang kat bawah ni pulak, gambar lauk2 semalam...

ini tak tau ikan apa...maklang buat sos masak asam, tapi letak daun salam, then marinate ikan tu, then bakar kan...sedap...abang kata cam ikan sambal petai yang makan kat tanjung lumpur. Agaknya kalau ikan siakap maybe lebih sedap kot!
Ini sawi jepun. Muak tak tahu letak perencah apa, maka maklang tumiskan bawang2 seta udang dan cendawan, letak tepung jagung dan telur serta lada putih dan sedikit gula, lepas tu, maklang suruh bibik curahkan atas sayur...
Ikan cencaru sumbat belakang, pastu letak kicap manis cap kipas udang...


Kerabu mangga lebihan yang dibawa ke kuantan ari jumaat lepas..
tempe salut tepung yang bibik buat...laku masa panas2...
Tauhu lembut goreng dengan oyster sos...


Tadi siang, maklang rasa lembik betul. Mata nak lelap aje kat opis. Agaknya sebab telan ubat selsema masa bangun minum air sahur tadi. ( maklang memang tak pernah makan waktu sahur sebab kalau makan kang terbaghai segala2 nya waktu gosok gigi. Masuk angin, kepala pening! Cukuplah sekadar makan ubat dan minum beberapa teguk air.)

Ni jap lagi nak gone. Badan letih satu macam. Tak menjahit langsung ari ni. Kena relaxla...

(At the moment tengah susah ati sebab Cik Abang nak ke KL ari Rabu..ada hal sikit. Balik ari khamis kot...maklang macam tak rela aje dia balik ari Khamis...alamak..kena hantar anak2 ke sekolah lah...terkejar2 lah badan ku yang bengkok ni...sob...sob...)

Labels: ,

Selamat Menjamu mata

Assalamualaikum...


Cerita pendek aje. Ini aje yang sempat upload...kalau rajin nanti malam kita sambung cerita!

moon cake...kesukaan anak2 dan suami...beli kat Cosway aje..


Ini is that carrot cake with cream cheese topping...sedap ni kalau makan sejuk2 masa buka posa..hmmm
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Saturday, September 13, 2008

Balik Kuantan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kami dah selamat tiba di Kerteh petang tadi. Semalam selamat dah buat kueh sedikit2 aje...Adalah sikit almond london dan sarang semut. Buat jugak kek buah. Oklah...Sebelum bertolak ke Kuantan, (plan terkejut!), maklang sempat mixed kan bahan2 dan tinggalkan kat Bibik mintak dia buatkan bentuk2. Alhamdulillah siap dah 3 jenis. Nanti nak kena buat almond London sikit lagi. Ada jugak orang tempah sikit2 ni. Oklah, dapat cover duit beli bahan jadiklaa...

Sebenarnya semalam maklang tak ada pun plan nak balik Kuantan. Cik Abang beritahu dia nak balik. So, lepas dia balik dari pasar, maklang kata, kalau dia balik lepas Jumaat, boleh maklang buatkan lauk sikit untuk datok dan nak ikut balik Kuantan sekali. Kaklong ada beritahu yang datok tak berapa sihat. Muntah2 sebab silap makan agaknya. ( Alhamdulillah bila kami sampai semalam, datok nampak sihat. Berpuasa jugak.). Alhamdulillah dapat jugak kami bawak ayam masak serai dan telor bungkus serta kerabu mangga ( joint cooking ngan bibik...sekerat2 masak, sebab maklang sibuk jugak buat biskut kat atas).

So, bermalam lah kami di Kuantan. Selesai berbuka, Cik Abang, Hakim, FIL dan BIL (suami kak long) serta anak bongsu mereka pergi tarawikh. Maklang duduk rumah aje ngan Maya, SIL dan anak perempuan mereka. Along dah Angah tinggal kat rumah Kerteh. Angah malas nak gerak sebab baru aje habis periksa. Dan Along pulak kena belajar sebab dah dekat periksa...tak berapa lama dah tinggal tu...


Bila tiba sini tadi, maklang mintak bibik masak nasik lemak aje. Dah nak dekat maghrib tadi, maklang buat lontong goreng sebab ada lebihan lontong yang Wan bawak masa kami jumpa kat KL last 2 wikens. Kalau tak digoreng takut tak elok pulak. Tadi pun makan popia goreng yang kami mintak Kak long tempah kat jiran di Kuantan. Sedap memang!

Dapat jugak maklang jahitkan kusyen Neeza. Alhamdulillah..lega. InsyaAllah sempatlah tu siap sebelum nak Raya. Mintak2 badan ni sihat dan kuat...InsyaALlah....




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Thursday, September 11, 2008

SEDAPP..

Assaalamualaikum...


Semalam cerita tak banyak. Balik kerja masak2 separuh jalan, then suruh bibik yang selesaikan sebab semenya nak makan panas2. Tumis untuk kuew teow then mintak bibik siapkan. Kentang dah goreng , then biar bibik yang siapkan tumisan oreganonya. Nampaknya bibik no.2 ni boleh tahan jugak. Dari masa awal2 dulu tu, 0 knowledge, sekarang dah boleh haraplah...Apart from panaskan air batu kacang dan simpan sayur dalam freezerlaa... Alhamdulillah makanan habis semenya except tinggal ikan kembong aje sikit lagi...Malam nanti kena makan ler tu...Tapi entahlah anak2 plus mak and abah anak2 ni ,lauk yang semalam tu tak berapa laku laa...

Kentang oregano...nyum nyum...


Mee teow goreng, sedap gak. Licin walau terkurang bahan. Lupa letak tomato sos! Telor pun cam tak de aje..Bila turun bawah, bibik dah letak dalam pinggang. Malas pulak nak modify lagi!

Senang..bende rebus asam. Sedap makan dengan ikan kembong goreng berlada.





Ikan pari kering goreng dengan terung. Sedap gak...Tapi dah banyak lauk...tak lakulah pulak!










blogger-emoticon.blogspot.comSEDAPPblogger-emoticon.blogspot.com ( Ini dari anak dara sulong)

Anak dara no. 2 , MERDEKA ari ini. Hopefully dia berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah...Besok bolehlah tolong maklang buat kueh raya...he..he..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, September 10, 2008

Berita sedih...

Assalamualaikum...



Hari ini maklang tak jadi nak ambil half day. Semalam ambik half day pun buat rugi aje. Sebabnya maklang balik rumah, masak2 then tidur sampai ke petang. Pukul 6 baru bangun. Letihnya ya amat. Sebab malam sebelum tu tak dapat nak tidur! Angah pun tengok TV aje. Malas nak paksa dia tengok buku, takut stress lah pulak anak dara sorang tu.





Semalam lauk berbuku, licin. Maklang buat ikan siakap ala chef wan. Memang sedap ( perasan lah ni!). Tauhu Jepun dan mintak bibik goreng sayur. Tu aje. Lepas masak, sempat gak maklang buat cheese dengan leftovers cake carrot. Masa makan semalam belum cukup lama dalam fridge so, rasa cam kureng aje. Nanti malam tengok macam mana.
Cream cheese with laici . Thanks kak liza for the lengkong...





Sayur kalerful bibik goreng petang semalam

Tahu Jepun with oyster sauce



Ikan siakap ala chef wan - enak sekali

Ini buat Yanna - 2 dah siap tapi orientation bunga tu maklang buat berlainan. Takut Yana tak suka. Kalau tak suka, nanti maklang buat lain...












Semalam sebab mak ada rumah, Hakim jadik manja. Kata dia boleh tak kalau hari Rabu dia tak posa! Hmm...terpaksa pulak pujuk. Mak belanja McD ok. Ok kata dia. So, lepas mandi petang semalam pergi lah ke McD. Maya ikut tapi yang lain pesan aje.





Malam tadi dapat berita sedih. Isteri Pakcik Maklang di Shah Alam mati kena bunuh. Then dapat tahu jugak yang ibu Pakcik tu meninggal. Doa dan fatihah moga kedua2 nya dicucuri rahmat... Bila dapat tahu berita tu, maklang cepat2 turun ke bawah pesan kat bibik2 supaya jangan keluar waktu sahur. Ngeri dengar perompak masuk rumah waktu nak sahur. Pulak belakang rumah ni belukar kecik. Hari tu masa mula2 puasa dah pesan supaya jangan keluar, tapi pembantu kadang tak mo dengar, keluar jugak. Walhal, semua boleh buat kat dalam. Cik Abang pun setuju kalau masak or goreng ayam or telur kat dalam. Yang lain2 boleh panaskan kat mocrowave aje...Doa2lah moga2 kita semua terlindung dari perkara2 yang macam ini...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Tuesday, September 9, 2008

Seram Sejuk

Assalamualaikum...





Seram sejuk tonggang terbalik perasan maklang hari ini. Angah ambik periksa UPSR...Doakan Angah berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah tengahari ini dan besok, maklang ambik cuti 1/2 day nak teman dia kat rumah....





Tak leh nak cerita panjang...Cuma iringan doa maklang pohon dari teman2 semuga anak maklang yang no.2 ni berjaya dan tak gemuruh masa periksa nanti...Ya Allah...kalau berilah kejayaan dunia akhirat buat semua anak2 ku...Amin...


Saje...nak bagi idea nak masak apa...Ini soto Jogja by bibik - 100 %..I berehat abis semalam! Sedap...nanti maklang kasi resepinya, InsyaAllah..





Ini rengginang..dari pulut. Mula2 dikukus, di keringkan, then di jemur, baru goreng. Sebab tahun ni barang seme naik, maka raya ni makan rengginang aje///

Dua ini gambar DINO dari Mus yang maklang guna untuk nak jahit. Seret atas katil pun boleh...memang efficient. Sape2 nak order boleh pergi kat blog Mus. Or kasi tau maklang aje..




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,