Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, September 11, 2008

SEDAPP..

Assaalamualaikum...


Semalam cerita tak banyak. Balik kerja masak2 separuh jalan, then suruh bibik yang selesaikan sebab semenya nak makan panas2. Tumis untuk kuew teow then mintak bibik siapkan. Kentang dah goreng , then biar bibik yang siapkan tumisan oreganonya. Nampaknya bibik no.2 ni boleh tahan jugak. Dari masa awal2 dulu tu, 0 knowledge, sekarang dah boleh haraplah...Apart from panaskan air batu kacang dan simpan sayur dalam freezerlaa... Alhamdulillah makanan habis semenya except tinggal ikan kembong aje sikit lagi...Malam nanti kena makan ler tu...Tapi entahlah anak2 plus mak and abah anak2 ni ,lauk yang semalam tu tak berapa laku laa...

Kentang oregano...nyum nyum...


Mee teow goreng, sedap gak. Licin walau terkurang bahan. Lupa letak tomato sos! Telor pun cam tak de aje..Bila turun bawah, bibik dah letak dalam pinggang. Malas pulak nak modify lagi!

Senang..bende rebus asam. Sedap makan dengan ikan kembong goreng berlada.





Ikan pari kering goreng dengan terung. Sedap gak...Tapi dah banyak lauk...tak lakulah pulak!










blogger-emoticon.blogspot.comSEDAPPblogger-emoticon.blogspot.com ( Ini dari anak dara sulong)

Anak dara no. 2 , MERDEKA ari ini. Hopefully dia berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah...Besok bolehlah tolong maklang buat kueh raya...he..he..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

13 Comments:

At September 11, 2008 at 12:46 PM, Blogger ummu asiah said...

Mak lang..

dah merdeka depa 2day..

2 hari lepas saya masak kentang oregano tu..dpt dari blog mak lang la..tapi saya letak ayam goreng gak..memang simple sedap and berbeza. saya pun masak tauchu telor dari resipi kak elle lepas ummi n maklang masak. best tu dpt gang org bnyk resipi..hmmm...teringin nak makan kuoew teaw goreng pulak..

 
At September 11, 2008 at 2:18 PM, Blogger cikMilah said...

Thanks for the idea maklang, Ni tengak cracking head tadi, berkira nak masak apa yang simple dan sedap untuk sahur. Kentang oregano mmg best!

 
At September 11, 2008 at 2:25 PM, Blogger maklang said...

ummu aishah...

lega dah abis exam kan...macam kita pulak yang exam...

goreng lah kuew teow tu..panas2 sedap tau...Letak pulak daging cincang or udang besar2..dan kerang..lagi enak!

Cik Milah:

Berdesup habis kentang tu semalam...Senang hati tengok mangkuk kosong...Ari ni ingat nak masak daging lemak kuning ...makan dengan ikan kering..sedap tu and sambal belacan!

 
At September 11, 2008 at 3:25 PM, Anonymous Anonymous said...

salam ML, dah nak start buat kueh ke? seronok kalau buat ramai ramai tak perasan dah buat 2-3 jenis satu hari. raya kat mane tahun ni?

 
At September 11, 2008 at 3:37 PM, Blogger Kak Elle said...

oh angah dah bolih hooray2 ye? dah nak buat kuih raya cepat nya...saya beli aje lah maklang.


tumpang lalu...
ummu asiah buat taucu telur jadi tak?

 
At September 11, 2008 at 4:03 PM, Blogger D said...

alah mak lang... ni kena pergi kedai cina cari kuey teow nih.

selamat beribadah..

 
At September 11, 2008 at 4:31 PM, Blogger Emily said...

Wow! So many delicious dishes and lovely RE!

Will be back to steal some cooking ideas!

Thanks for dropping by my blog!

 
At September 11, 2008 at 7:06 PM, Blogger Neeza Shahril said...

wah!! sedapnya kentang oregano tu yummyyy..

dah merdeka ke? alhamdulillah.. lepas ni masa untuk berdebar tunggu result lah pulak kan..

 
At September 12, 2008 at 8:07 AM, Blogger en_me said...

sodapnyerrr.. kannns

 
At September 12, 2008 at 11:17 PM, Blogger Ezza Aziz said...

Mak Lang.
saya amat tertarik dengan jahitan ribbon yang Mak Lang buat tu. Saya nak tanya kat mana nak belajar jahitan ni..cantik sungguh laa.

 
At September 13, 2008 at 9:43 AM, Blogger zino said...

tengok gambar tu pun dah boleh bayangkan kesedapan nya hehe.. oops kurang pahala puasa nanti hehe

 
At September 13, 2008 at 10:58 AM, Blogger .K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

Salam mak lang

mak lang tlg bagi resipi kentang oregano .. sedap n t'liur air kite skrg nie masa naip..

Nak buat kat umah .. 10 Q mak lang

 
At September 13, 2008 at 10:31 PM, Blogger maklang said...

Eids63:

Kalau buat ramai2 memang seronok. Cepat siap!

Kak Elle:

Kami cuma ada 2 wiken aje. Wiken terakhir, dah nak balik JB. Tak kiralah cepat ke lambat. Asalkan siap sebelum balik JB!

D:

Carik...jangan tak carik!:)

 

Post a Comment

<< Home