Berita sedih...
Assalamualaikum...
Hari ini maklang tak jadi nak ambil half day. Semalam ambik half day pun buat rugi aje. Sebabnya maklang balik rumah, masak2 then tidur sampai ke petang. Pukul 6 baru bangun. Letihnya ya amat. Sebab malam sebelum tu tak dapat nak tidur! Angah pun tengok TV aje. Malas nak paksa dia tengok buku, takut stress lah pulak anak dara sorang tu.
Semalam lauk berbuku, licin. Maklang buat ikan siakap ala chef wan. Memang sedap ( perasan lah ni!). Tauhu Jepun dan mintak bibik goreng sayur. Tu aje. Lepas masak, sempat gak maklang buat cheese dengan leftovers cake carrot. Masa makan semalam belum cukup lama dalam fridge so, rasa cam kureng aje. Nanti malam tengok macam mana.
Cream cheese with laici . Thanks kak liza for the lengkong...
Sayur kalerful bibik goreng petang semalam
Tahu Jepun with oyster sauce
Ikan siakap ala chef wan - enak sekali
Ini buat Yanna - 2 dah siap tapi orientation bunga tu maklang buat berlainan. Takut Yana tak suka. Kalau tak suka, nanti maklang buat lain...
Semalam sebab mak ada rumah, Hakim jadik manja. Kata dia boleh tak kalau hari Rabu dia tak posa! Hmm...terpaksa pulak pujuk. Mak belanja McD ok. Ok kata dia. So, lepas mandi petang semalam pergi lah ke McD. Maya ikut tapi yang lain pesan aje.
Malam tadi dapat berita sedih. Isteri Pakcik Maklang di Shah Alam mati kena bunuh. Then dapat tahu jugak yang ibu Pakcik tu meninggal. Doa dan fatihah moga kedua2 nya dicucuri rahmat... Bila dapat tahu berita tu, maklang cepat2 turun ke bawah pesan kat bibik2 supaya jangan keluar waktu sahur. Ngeri dengar perompak masuk rumah waktu nak sahur. Pulak belakang rumah ni belukar kecik. Hari tu masa mula2 puasa dah pesan supaya jangan keluar, tapi pembantu kadang tak mo dengar, keluar jugak. Walhal, semua boleh buat kat dalam. Cik Abang pun setuju kalau masak or goreng ayam or telur kat dalam. Yang lain2 boleh panaskan kat mocrowave aje...Doa2lah moga2 kita semua terlindung dari perkara2 yang macam ini...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
14 Comments:
Mak lang..
tak sangak ya..sedara mak lang. saya ada tulis dlm blog saya. saya dgr news ni di tv3 tghari smlm. ngeri sgt. kesian kena waktu nak sahur lagi. bayangkan perompak masuk rumah at 4.50am. takut betul saya skrg if turun bawah sorang2. jahat betul manusia ni.
anak saya pun saya dah malas nak ckp apa. kesian pun ada and kita pun dah tak larat.do'a sajala bnyk2 dlm bulan posa ni.
Takziah buat keluarga pakcik mak lang tu..memang tie dengar kat tv dan baca kat ternet...tak sangka ada kaitan dgn mak lang...sedih kan..kesihan kat anak2nya...
kena bunuh? ish... innalillah.
takziah pada keluarga arwah dan al-fathiha...cam mana tu kena bunuh?
maklang tahu jepun saya minat lah...nak sikit.
nanti dhirah tolong makan kan tauhu jepun tuh untuk auntie elle yek!
alfatihah.. sedara maklang ke...innalillahi wainn ailaihirajiun. Sedih menang sedih. Semuga aruah ditempatkan dikalanagn org beriman
Salam Maklang...
takutnya dengar.. kena bunuh?? Hari tu rumah neeza di Kuantan ada orang masuk. Nasib baik takde tenant tu. Dia ambik barang aje.. memang takut kalau melibatkan nyawa ni..
takziah untuk Maklang dan keluarga pakcik Maklang tu.. semoga mereka tabah hadapi dugaan besar ni..
Mak lang,
ni first time saye kat sini :)
mak lang, Ya Allah terkejutnye dengar berite tu,
takziah buat keluarge mak lang, tak baiknye org tu buat keje camni. dahla bulan pose.
ape pun kite doa arwah ditempatkan di kalangan org beriman dan Allah balas perompak tu balik.
saye still terkejut..
salam takziah buat keluarga pakcik maklang yaa,alfatihah
maklang,
My deepest condolences to your Pakcik. I read the news on the internet and was shocked to know you are related to the family. May her soul rest in peace.
Salam takziah.. Ada tengok & baca news tu. Tragis betul
Sekarang ni kes bunuh macam dah biasa sangat.Dalam rumah sendiri pun tak selamat.
Al Fatihah buat isteri pakcik maklang, memang kejam betul perompak tu .Saya pun sahur pagi tadi nak buka tingkap dapur pun macam terasa takut , memamng tragedi ini menggerunkan kita semua.
maklang..saya ada baca dalam hmetro online....sedih !! dan marah tak terkira rasanya dengan those penjahat2 tu....mahu jer biar yg dua org dalam lokap itu di seksa!!
gerammmmm!!
apa2 pun, di atas sifat redha, marilah kita doakan arwah makcik maklang...
Al Fatihah....
Ummu Asiah:
TQ...semuga anak2 kita berjaya...
Tie:
Yelah kesian kat anak2 dia...
D:
Semuga di cucuri rahmatNya...
Post a Comment
<< Home