Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, September 19, 2008

All made by Angah ~ thanks sayang...

Salam,

Hari ini maklang letih bebenor. Pagi2 lepas Subuh dah mula jahit kusyen Neeza. Siap dah tapi ada sikit lagi nak tampal trimmings dia..Jenuh nak menyelesaikannya. Lepas tu jahit pulak kusyen Yana and table runner. InsyaAllah selesailah kusyen Yana tu. Sebab tu tak boleh lama mengadap PC ni. InsyaAllah lepas Raya legalah sikit. Tak ada tempahan lagi selain Ibusara punya. Adalah sikit2 lagi nak buat, tapi tak ada dateline. So, can relax.


Dalam 8:30 pagi, maklang dah turun ke dapur. Buat kueh. Sarang semut dan cornflakes. Lepas tu sebab masih ada tepung jagung, maklang buat biskut tepung jagung. Main reka sendiri aje resepinya sebab resepi dari mak kawan maklang tu entah kat mana. ALhamdulillah masa makan masa buka tadi, rasanya sedap jugak...wah..dah boleh mereka sendiri ha..ha.. Lepas siap seme biskut, maklang letak pulak coklat kat almond london.Of courselaa bibik tolong. Kadang Maya ada, kadang Angah ada. Mata dah nak lelap betul masa tu. Letih sangat. Masa break kejap, maklang dapat call dari Kite punye. Tanya pasal kueh sarang semut dia. InsyaAllah nanti datang ambik dari maklang kat rumah Wan kat Johor ye...InsyaAllah kita jumpa nanti...

Lepas solat zohor, I keboom selama 2 jam..Lega bila bangun. Masa nak solat Asar, baru nampak ada sms dari Ummi. Thanks Ummi...dapat jamu mata tengok beg Ummi yang cantek tu...


Nasib baik angah rajin. Petang tadi Angah yang masak. Along dah marinate ayam and the rest were made by Angah.

Pandai dah anak dara mak...tak sia2 selama ni mak ajar Angah. Pukul 6:35pm maklang turun buat nasi goreng butter. Sedap jugak. Resepi macam biasa, cuma bila tengok kering sangat, maklang tambah sesudu butter, langsung jadik nasi goreng butter.







Cik Abang ari ni tersenyap lepas buka tadi...Kekeyangan dek makanan anak dara dia.....ha..ha...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

14 Comments:

At September 19, 2008 at 8:53 PM, Blogger Kak Elle said...

kalau ada lebih ayam pas lah kat sini sikit....maklang anak2 semua bolih di harap sebab tu lah org kata ada anak pompan bolih tolong mak.

 
At September 19, 2008 at 10:34 PM, Blogger D said...

waduh waduh... boleh buat delivery tak Angah? All the way to England yea?

 
At September 20, 2008 at 7:16 AM, Blogger KakNi said...

Dulu saya pernah jugak buat biskut sarang semut tapi lain pulak ruper nyer dari yang Mak Lang buat ni...

Alhamdulillah Mak Lang kalau Angah dah cekap kat dapur, nanti bila dah besar, dah keje, dah kawin, tak de la terkial-kial nak belajar, syabar Mak Lang dan Angah.

 
At September 20, 2008 at 9:13 AM, Blogger zino said...

lepas ni boleh minta angah masak lagi.. hehe kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi kan hehe

 
At September 20, 2008 at 7:07 PM, Blogger Neeza Shahril said...

sedapnya almond london tuuuu... :)

bagusnya angah.. baru darjah 6 dah boleh masak semua tu.. lepas ni Mak boleh rehat dah laaa... zs

 
At September 21, 2008 at 12:14 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...akak belum buat kuih raya lagik...

Alhamdulillah...anak dara maklang dah boleh diharap...

 
At September 21, 2008 at 12:45 AM, Blogger zura aini said...

maklang,
angah dan along mana lebih berminat kerja dapur? Apa-apa pun bertuah maklang, anak dara rajin, ada juga saya jumpa anak perempuan tak minat langsung kerja dapur, sebab adik beradik semua lelaki. Yang tu mashed potato ye, macam mana buat gravy dia maklang.

 
At September 21, 2008 at 12:47 AM, Blogger Unknown said...

wah maklang....terrer anak dara maklang masak!!! ni mesti dpt talent ibunya la ni kan...

jika ada dubai, boleh masuk bazaar ramadan kami..hehehe

 
At September 21, 2008 at 6:21 AM, Blogger D said...

mak lang, dah sudah dah... hop over my blog - ada message sket! hehe

 
At September 21, 2008 at 1:25 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Sodapnya tengok ayam tu...pandainyer angah...tak sia2 maklang ajarnya masak memasak. Biskut almond london ...comelnya...tengok ajer gambor pun dah terasa sedap...yummyyy

 
At September 21, 2008 at 9:31 PM, Blogger Tie said...

Salam maklang..dah lama tak singgah ni..wah..meriahnya..mmg dah betul2 sedia nak raya..he he..

 
At September 22, 2008 at 1:11 AM, Blogger Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

kecur tengok gambo2 tuh... tolong pos kuih raya mai LA boleh ka? :D

 
At September 22, 2008 at 8:43 AM, Blogger silversarina said...

salam,

nampak ayam yang dah diperap tu pun dah meleleh air liur dibuatnya , pandai Angah ,, like mother like daughter .

wah ada projek besar ni.. apa tu ekk....nak busy body..... hehehe.

semoga berjaya !!

Camne paklang dapat ular emas tu ke... tumpang happy walaupun I ni paling takut ular :P

 
At September 22, 2008 at 9:52 AM, Blogger Mulan said...

angah!!!! nak order boleh tak? lapar.. lapar.. sedapnya ayam tu..!!

 

Post a Comment

<< Home