Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, September 23, 2008

Makan2

Assalamualaikum…


Semalam petang tak ada idea nak masak. Bila ternampak banyak sangat tomato dalam fridge, terus aje terpikir nak buat nasi tomato. Daging pun dari tengahari dah mintak bibik rebuskan kat pressure cooker. Malas nak masak cam biasa, sure liat. Pulak bulan puasa ni tak terlarat nak gigit kuat2..he…he…


So, dengan cepatnya maklang memasak sebab nak tengok soleha…tengah mabuk soleha sekarang ni. Sambil2 tu sempat jugak maklang siapkan RE maklang tu. Lega dah selesai. Kalau ada pun untuk trimmings Neeza dan untuk rumah sendiri aje yang lom siap 100%. Yang ini boleh buat relax laa…Berangan jugak nak menyulam tudung untuk raya…nak sulam tangan . Tengok orang pakai memang cantek2. Tapi apakah aku sempat melakukannya semua?


Sebab tak dapat nak lelap sangat, pagi tadi lepas Subuh, maklang buat biskut lagi. Masa dok asing2 biskut orang tempah dengan yang nak bawak pada Wan, tengok2 biskut Wan tak ada….biskut sarang semut terjual dah semenya…Apalagi, tadi pagi 2 adunan masuk dalam mixer tulaa..Angah yang ponteng ari ni pun tolong. Pukul 7:35am, cepat2 maklang naik ke atas nak bersiap. Lambat sikit pergi office ari ni! Ampun..ampun…Tapi tak pe, petang nanti ganti balik lewat sikit.

Insyaallah petang ni nak buat pulak kek buah yang maklang lupa nak buat petang semalam! He..he…teruk betul! Besok pulak ada kawan order kek coklat…Seronok kalau orang suka beli kueh mueh yang kita buat! Syukur ada rezeki…And Neeza thanks for the new order! And Yana, dah bentang ke alas meja tu??
pacheri noneh
acar mentah
daging masak tomato pedas
salad telur
nasik tomato
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

14 Comments:

At September 23, 2008 at 1:05 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Nampak nasi tomato tu alahai macam teringin ler plak makan nasi tomato berbuka petang nie karang uhuksss...rajin maklang...dalam sakit2, bizi2 pun sempat lagi ya masak2 memasak ambik tempahan lagik.

 
At September 23, 2008 at 1:16 PM, Blogger zino said...

menyelerakan je tengok gambar2 tu.. hehe

 
At September 23, 2008 at 3:01 PM, Blogger cikdinz said...

tergugat iman ku...

 
At September 23, 2008 at 4:01 PM, Blogger KAK DIEDA said...

mak lang!

nak tengok kuih raya mak lang

 
At September 23, 2008 at 4:07 PM, Blogger maklang said...

azwa:

sedap jadiknya nasik tomato ekspress tu...alhamdulillah...

zino:

kalau ada sama boleh ajak makan!

cikdinz:

gambar makanan aje..kalau cekci2 lagi parah..he..he..

eida:

ada gambar biskut dalam n3-n3 yg lepas!

 
At September 23, 2008 at 5:00 PM, Blogger Sya said...

Haritu masa buka puasa ramai2 dah buat nasi tomato. Ada nenas tapi malas nak masak pajeri .. so buat acar mentah aje

 
At September 23, 2008 at 5:13 PM, Blogger cikMilah said...

Sedapnya nasi tomato.. kita nak laparkan perut ..nak simpan resepi nasi tomato maklang dengan ayam masak serai untuk hari raya nanti...
Wink.. dah buat ke biskut suji tu...

 
At September 23, 2008 at 6:50 PM, Blogger maklang said...

sya:

lain kali kalau masak ajak maklang eh...he..he..

cikmilah:

woo...dah plan nak makan apa waktu raya eh...

biskut suji tu nanti kalau rajin buat lepas raya or masa balik JB nanti..dah mabuk tepung dah ni..he..he..

barang yang maklang pos tu dah dapat lom?

 
At September 23, 2008 at 7:44 PM, Blogger Neeza Shahril said...

alamak!! masakan maklang post hari ni memang sangat menggiurkan.. terasa lapar betul hehe... paceri nenas tu memang favorite neeza.. tak kiralah makan dengan apa sekali pun.. makan gitu pun sodapppp... :)

 
At September 23, 2008 at 8:30 PM, Blogger Kak Elle said...

nampak kedai maklang tak akan tutup ye?hehee

 
At September 23, 2008 at 9:52 PM, Blogger Mama Rock said...

hahaha, mak lang kelam kabut masak nak tengok soleha ke? kat rumah ni pun si nadia dok mengadap tengok soleha tetiap hari, smapai hari sabtu nak keluar pun mesti balik rumah before 5.30 :)

ps - mama akan balik ke JB petang hari raya. calling-calling la ya :)

 
At September 23, 2008 at 10:46 PM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Sedap nasik tomato... Salad telur tu cute sangat. Dah nak raya dah, tentu maklang excited, kan..??

 
At September 24, 2008 at 8:27 AM, Blogger maklang said...

neeza,

kalau neeza suka, nanti bila neeza datang, ada dah idea nak masak apa...harap2 sedap!

kak elle:

tak tutup sampai pagi besok kot!

 
At September 24, 2008 at 8:29 AM, Blogger maklang said...

mR:

memang suka pulak cerita ni..hiburan di waktu petang...lepas raya ni kena berkejar sebab balik dah pukul 5!

cat:

salad tu memang cute sebab tu cepat abis! he..he..

 

Post a Comment

<< Home