Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, September 24, 2008

Sunyi...

Assalamualaikum....


Ingatkan hari ini nak deviate sikit dari hal makanan. Saje nak tunjuk REs maklang yang dah siap dan dah tiba pun kat tuan dia...he..he..seronoks I...lega dah siap. Tapi lepas balik raya kena kejar pulak Neeza punya! InsyaAllah sempat tu... Malam tadi pun dah hantar table runner untuk meja makan...Alhamdulillah tuan punya amat berpuas hati!


Ini Neeza punya masih dalam progress, sekarang buat kerja kalah siput...selo betul!



Ini set table runner dan kusyen buat Yana...


Close up Yana punya



Ini table runner..

Sebenarnya ini tak ada dalam plan. Sebab kawan nak sangat kaler ini and kain tak cukup, kenalah maklang buat ubah suai. Maklang jahitkan bunga tu kat atas sambungan, maka jadilah hiasan sedikit. Bila dah buat nampak cantek pulak! ( perasan pulak pagi2 ni!)

Close up lagi...warna terang2 sebab tuan punya suka terang2...


Tapi ampun dan maaf jua di pinta sebab nak jugak letak gambar makanan...ni pun lauk 2-3 hari lepas. Kan maklang punya camera charger hilang...dah jumpa pon..rupanya ada kat bawah katil ni. Tak nampak! Walhal, bawah katil tu kosong aje. Sebab wire PC ni ngan camera sama aje...tu yang tak nampak...Malam tadi jugak, masa korek2 kain kat bilik jahit tu, maklang akhirnya dah jumpa pen erasable dan jarum2 RE maklang...tapi kain telekong tu tak jumpa. Ampun lah tuanpunya, lepas raya nanti carik lagi. Sakit pinggang maklang tertunduk2 cari barang..hmmm..banyak sangat kain putih untuk telekong, tu yang tak jumpa. Nasib baik kakak tu ketawa aje masa beritahu...ampun sekali lagi kak!

Ikan masak tomato
Terung goreng berlada
Kentang berlada...

Dua tiga hari ini, hati rasa sunyi sangat walau dikelilingi dengan anak2. Riuh rendah, tapi rasa sunyi sangat di sudut hati ku. Perasaan seronok nak pulang ke kampung seolah2 tidak ada...kenapa ye? Moga2 diberi cahaya kegembiraan buat kami sekeluarga..InsyaAllah dan doa maklang semuga Atok punya kesihatan bertambah baik .. ( Alang kata buah pinggang Atok nampak tak berapa elok!)...


Malam ini akan mula pula misi mengemas baju. Petang ini masih ada lagi baju untuk diambil dari tailor. Then balik nak buat sedikit kek untuk pesanan kawan di pejabat and untuk nak bawak balik ke Kuantan, InsyaAllah. ( Semalam buat kek buah..entah apakabar, maklang tak tengok lagi sebab masa mengukus, bibik yang jaga. Maklang dah pengsan kat atas rumah!).Moga hari ini badan akan rasa sihat sedikit..sebab at this moment kepala pening, perut macam sebu semacam...rasa macam nak muntah...agaknya dari hati naik ke kepala dan turun ke perut. Nasib baik well distributed, or else lagi parah kot...Moga2 Allah beri maklang kebahagiaan dunia akhirat! Amin...
p/s: Pagi ini di sini suasana kelihatan amat hening sekali...adakah malam ini malam yang dinanti2 oleh semua? Yang pasti orang yang diberi rahmat akan menemui malam tersebut yang entah tak tahu bila??? Moga2 kita adalah diantara mereka itu..dan moga2 terubat hati yang sunyi ini...InsyaALlah...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

17 Comments:

At September 24, 2008 at 8:15 AM, Blogger pB said...

salam Mak Lang


cantik nyer table rummer yang kaler coklat tu ...

 
At September 24, 2008 at 9:00 AM, Blogger Ummi365 said...

cantik2nya kushen tu..

tenguk terung maklang, teringat ummi ada beli kat rumah, ari ni nak masang sambal terunglah pulak..

 
At September 24, 2008 at 9:27 AM, Blogger Kak Elle said...

semoga atok cepat sembuh ye maklang.

 
At September 24, 2008 at 10:59 AM, Blogger cikdinz said...

insyallah, semua nya ok.

 
At September 24, 2008 at 1:08 PM, Blogger silversarina said...

salam,

dah siap-siap packing nak balik raya ye, bestnya :)

semoga kita semua dipertemukan dengan lailatul qadar, InsyaAllah.

 
At September 24, 2008 at 3:46 PM, Blogger Salmi said...

salam maklang,

very nicely done all the RE's, especially pink and red cushion tu, thats my fav color..

selamat bercuti dan berhari raya bersama keluarga di kampung..drive safely..and take care.

 
At September 24, 2008 at 4:35 PM, Blogger Sya said...

laa ingatkan takde gambar makanan rupanya ada jua .. hihi ya ampun..

 
At September 24, 2008 at 4:35 PM, Blogger Sya said...

oops lupa.. semuga atok cepat sembuh

 
At September 24, 2008 at 8:38 PM, Blogger Neeza Shahril said...

nak balik raya dah? bestnya.. neeza masih tak kemas baju lagi ni hehe.. sibuk entah apa apa aje..

cantik kusyen tu.. :)

 
At September 25, 2008 at 8:15 AM, Blogger Rahiza Haszian Abdul Rahim said...

mak lang, rasa tergedik2 la pulak hati ni nak bajor wat kusyen tuh..malangnya tak kreatif :P

 
At September 25, 2008 at 11:41 AM, Blogger Mulan said...

selamat hari raya & selamat semuanya..!!! insyaAllah..

maaf zahir batin maklang.. bergurau senda & semuanya..
lepas cuti raya, kita raya sakan kat kerteh ya..

 
At September 25, 2008 at 12:51 PM, Blogger Unknown said...

maklang....selamat pulang. selamat hari raya dari saya dan k lil....dan maaf zahir batin.

semoga atok cepat sembuh!

maklang mamang ber-talented...teruskan hobi ini!

 
At September 25, 2008 at 1:16 PM, Blogger aNIe said...

Salam maklang...dah rasa okay tak badan tu...banyakkan rehat...maklang tu penat...tu sebab macam tak rasa nak beraya...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari akak...

Jemput ke blog akak ambil e-kad...nak antar yang betul tak dpt...

 
At September 25, 2008 at 2:09 PM, Blogger umie@kakyong said...

Salam Mak Lang,

fav umie tu terong berlada....

berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... silap dan salah harap maafkan ... kdg2 tersilap komen atau tersilap kata...

t/care ye maklang... hati2 di jalan raya...

 
At October 16, 2008 at 1:23 AM, Anonymous Anonymous said...

salam maklang....kalo nk tempah RE sebijik cam yana punyer tu cam mane ye?brape rege nya?

Berkenan sungguh kite...cantik sangat

 
At October 16, 2008 at 1:29 AM, Blogger Unknown said...

salam maklang...cam mane kalo nk tempah RE sebijik cam yana punye tu?
cantik sungguh...kena ngan sofa kite

 
At October 16, 2008 at 12:18 PM, Blogger maklang said...

anon dan ummi:

sama orang ke?

kalau nak tempah sila hantar email ke nazdin_2000@yahoo.com.

Penghantaran akan dibuat setelah duit dimasukkan. 2 biji tu maklang jual RM180 tidak termasuk harga pos. Postage dan handling maklang charge lebih kurang RM10.oo. will send by courier.

Harap dapat hantar email ye atau lawat blog http://jahitanmaklang.blogspot.com.
Kat situ ada no hp dan account etc. dan banyak lagi choices RE!:)

 

Post a Comment

<< Home