Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, September 13, 2008

Balik Kuantan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kami dah selamat tiba di Kerteh petang tadi. Semalam selamat dah buat kueh sedikit2 aje...Adalah sikit almond london dan sarang semut. Buat jugak kek buah. Oklah...Sebelum bertolak ke Kuantan, (plan terkejut!), maklang sempat mixed kan bahan2 dan tinggalkan kat Bibik mintak dia buatkan bentuk2. Alhamdulillah siap dah 3 jenis. Nanti nak kena buat almond London sikit lagi. Ada jugak orang tempah sikit2 ni. Oklah, dapat cover duit beli bahan jadiklaa...

Sebenarnya semalam maklang tak ada pun plan nak balik Kuantan. Cik Abang beritahu dia nak balik. So, lepas dia balik dari pasar, maklang kata, kalau dia balik lepas Jumaat, boleh maklang buatkan lauk sikit untuk datok dan nak ikut balik Kuantan sekali. Kaklong ada beritahu yang datok tak berapa sihat. Muntah2 sebab silap makan agaknya. ( Alhamdulillah bila kami sampai semalam, datok nampak sihat. Berpuasa jugak.). Alhamdulillah dapat jugak kami bawak ayam masak serai dan telor bungkus serta kerabu mangga ( joint cooking ngan bibik...sekerat2 masak, sebab maklang sibuk jugak buat biskut kat atas).

So, bermalam lah kami di Kuantan. Selesai berbuka, Cik Abang, Hakim, FIL dan BIL (suami kak long) serta anak bongsu mereka pergi tarawikh. Maklang duduk rumah aje ngan Maya, SIL dan anak perempuan mereka. Along dah Angah tinggal kat rumah Kerteh. Angah malas nak gerak sebab baru aje habis periksa. Dan Along pulak kena belajar sebab dah dekat periksa...tak berapa lama dah tinggal tu...


Bila tiba sini tadi, maklang mintak bibik masak nasik lemak aje. Dah nak dekat maghrib tadi, maklang buat lontong goreng sebab ada lebihan lontong yang Wan bawak masa kami jumpa kat KL last 2 wikens. Kalau tak digoreng takut tak elok pulak. Tadi pun makan popia goreng yang kami mintak Kak long tempah kat jiran di Kuantan. Sedap memang!

Dapat jugak maklang jahitkan kusyen Neeza. Alhamdulillah..lega. InsyaAllah sempatlah tu siap sebelum nak Raya. Mintak2 badan ni sihat dan kuat...InsyaALlah....




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

8 Comments:

At September 14, 2008 at 3:23 AM, Blogger demonsinme said...

ASSALAMUALAIKUM

Please dear friend, come by to my space, and leave me your thought, as it is something I dearly sought.

___________ooOoo___________

WHEN DARK ONE COMES

when the dark one come,
let not smile to tears it succumb,
let not fear raise his arrogant thumb,
let not love be turn to a limping lump,
in confusion when the dark one come.

the dark one come,
not to bring glum,
but notes sweeter than rum,
something that our children could hum.

___________ooOoo___________
oo(O)oo

 
At September 14, 2008 at 3:56 AM, Blogger Neeza Shahril said...

waaahh!! maklang dah start buat biskut raya tu.. sure sedap tu.. nak gi raya kat sana laa hehee..

neeza baru nak tanya pasal sarung kusyen tu.. nanti neeza gi ambik ya.. lepas raya la kot..

 
At September 14, 2008 at 4:58 AM, Blogger Kak Elle said...

Semoga atok kuantan bertambah sihat ye maklang.

Maklang tak yah jual kuih nanti badan tu sakit2 lagi rehat ye maklang.

 
At September 14, 2008 at 8:50 AM, Blogger KakNi said...

Seronok nyer dapat makan kat umah mak...

 
At September 14, 2008 at 9:55 AM, Blogger .K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam..

Mak lang buat kuih sarang semut .. Yg kat atas tu ada taburan coklat rice kan
Sedapnya dah lama tak buat. last sekali masa sekolah

mak lang ambil tempahan tak ...
Kite teringin dapat sebalang pun jadilah mak lang .. kat kedai langsung tak sedap

 
At September 14, 2008 at 5:05 PM, Blogger simah said...

salam akak...
maaf dah lama tak datang sini? akak dah ke sana ke sini..siap dengan buat kuih etc..etc... maksudnya akak dah completely sihat ker akak?

baj raya tahun ni anak akak sorag berapa pasang? akak ker yg akan jahit?

take care n selamat bergiat! rasa mcm tak complete kalau baca blog akak dan tak baca akak terkejar sana sini buat itu dan ini hehehe

 
At September 15, 2008 at 3:55 AM, Blogger zino said...

dah start cerita kueh raya..mesti banyak yg nak kena buat tu..

 
At September 15, 2008 at 5:33 AM, Blogger YuszTieY said...

laa...dan ambik tempahan biskut raya jugak yer maklang....bz22...chef chef memang tak boley lari dgn masakan walaupon bz setara mana kan...

 

Post a Comment

<< Home