Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, September 15, 2008

Updet

Assalamualaikum...


Macam yang maklang cakap tadi pagi...kalau rajin maklang updet lagi...

Haa...ini nak updetlah ni. Sebenarnya baru aje selesai solat tarawikh. Buat kat rumah aje. Camanalah nak ke masjid ni, solat pun masih atas kerusi. Maklang kalau solat berdiri lepas dah duduk tu, payah nak bangun. Tak kuat lagi. So, atas kerusi ajelah. Kadang2 solat duduk antara 2 sujud tu...tu pun kadang sakit pulak kaki ni duduk lelama, almaklum boghek!

Sebenarnya tadi kami pi makan kat luar. Kompeni paklang ada buat makan kat luar bersama keluarga. Makanan boleh tahan sedap. Konyang poghut den. Yang tak bestnya...maklang lupa nak bawak kamera. Tak dapatlah maklang ambik gambar yang menunjukkan makanan yang sodap2 tu...rugi...rugi...

Sebab tak ada cerita lain, maklang letakkan makanan sekitar last wiken...inilah kueh2 raya yang sempat kami buat...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Ini biskut cornflakes...inilah dia kalau dah terlebih gula warna warni tu... bertaburang!
ini sarang semut maklang...maklang malas nak parut...so main terap aje...
ini almond london yang lom pakai purdah lagi...he..he...


Yang kat bawah ni pulak, gambar lauk2 semalam...

ini tak tau ikan apa...maklang buat sos masak asam, tapi letak daun salam, then marinate ikan tu, then bakar kan...sedap...abang kata cam ikan sambal petai yang makan kat tanjung lumpur. Agaknya kalau ikan siakap maybe lebih sedap kot!
Ini sawi jepun. Muak tak tahu letak perencah apa, maka maklang tumiskan bawang2 seta udang dan cendawan, letak tepung jagung dan telur serta lada putih dan sedikit gula, lepas tu, maklang suruh bibik curahkan atas sayur...
Ikan cencaru sumbat belakang, pastu letak kicap manis cap kipas udang...


Kerabu mangga lebihan yang dibawa ke kuantan ari jumaat lepas..
tempe salut tepung yang bibik buat...laku masa panas2...
Tauhu lembut goreng dengan oyster sos...


Tadi siang, maklang rasa lembik betul. Mata nak lelap aje kat opis. Agaknya sebab telan ubat selsema masa bangun minum air sahur tadi. ( maklang memang tak pernah makan waktu sahur sebab kalau makan kang terbaghai segala2 nya waktu gosok gigi. Masuk angin, kepala pening! Cukuplah sekadar makan ubat dan minum beberapa teguk air.)

Ni jap lagi nak gone. Badan letih satu macam. Tak menjahit langsung ari ni. Kena relaxla...

(At the moment tengah susah ati sebab Cik Abang nak ke KL ari Rabu..ada hal sikit. Balik ari khamis kot...maklang macam tak rela aje dia balik ari Khamis...alamak..kena hantar anak2 ke sekolah lah...terkejar2 lah badan ku yang bengkok ni...sob...sob...)

Labels: ,

9 Comments:

At September 16, 2008 at 5:38 AM, Blogger Kak Elle said...

koset tu jgn lupa pakai maklang bila nak drive budak2 ke sekolah hari paklang takde...alhamdulillah ok nanti jgn risau kena practise kan? buat slow2 jgn kelam kabut ye?

 
At September 16, 2008 at 7:25 AM, Blogger Queen Of The House said...

Hai MakLang ... pagi2 ni buka your blog memang kena banyak sabar .... bila scroll down aje, nampak gambar makanan memanjang!

Kaki tak baik betul lagi ke? Sabar je lah, operation macam tu memang lambat nak fully recover pun. Take care!

 
At September 16, 2008 at 8:30 AM, Blogger .K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

Salam mak lang

mak lang kite nak kuih sarang semut tu blh tak .. masih terima tempahan ke ...

kalu dapat satu balang pun jadilah.. kempunan gila

 
At September 16, 2008 at 8:52 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

sekarang kemana2 pun maklang pakai koset tu except waktu nak tidur. kadang rasa lemas pulak!

Ialah kena slo2...

QOTH:

Lama tak nampak kat sini! Memang kaki ni akan take a long time to recover..at least another 6 months kot! Doa ajelaa..

Kite punya:

Ada lebih kueh tu, tapi takut kalau pos nanti, hancus. Awak kat mana?

 
At September 16, 2008 at 12:31 PM, Blogger Fara said...

salam mak lang... salam perkenalan dari fara. fara slalu jengah blog mak lang ni tp silent reader jer.. take care yer mak lang..

 
At September 16, 2008 at 5:23 PM, Blogger Sya said...

Sya buat tarawikh kat rumah je maklang, memang dah 2 tahun tak ke surau atau masjid, jemaah ngan anak2 pompuan je

 
At September 17, 2008 at 1:32 AM, Blogger CT said...

wahh dh buat kuih raya...besstt nyerr....i baru nk jejak mesia 28hb niii....terliur tgk the msian food ...arrgghhh...

 
At September 17, 2008 at 7:49 AM, Blogger silversarina said...

salam,

wah, dah start buat kuih raya, I next week baru nak buat sejenis je, cornflakes madu sebab memang anak-anak kata kuih tu mama je yang pandai buat,orang lain buat tak sedap.,tu yang bersemangat, kuih lain dah tempah... 8 jenis tempah, smeua yang memang saya takkan buat sebab rumit,semua ada topping :P

semoga bertambah sihat.

 
At September 18, 2008 at 9:17 AM, Blogger .K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

Salam mak lang

Kite kat KL .. kempunan nak makan kuih sarang semut .. kat KL rasanya dah xde orang buat lagi .. kuih moden atau kuih tunjuk yang banyak ..

alamat nannie @ Enal
7 , Jalan Cecawi 6/15, Sek 6
Kota Damansara, 47810 sel

 

Post a Comment

<< Home