Seram Sejuk
Assalamualaikum...
Seram sejuk tonggang terbalik perasan maklang hari ini. Angah ambik periksa UPSR...Doakan Angah berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah tengahari ini dan besok, maklang ambik cuti 1/2 day nak teman dia kat rumah....
Tak leh nak cerita panjang...Cuma iringan doa maklang pohon dari teman2 semuga anak maklang yang no.2 ni berjaya dan tak gemuruh masa periksa nanti...Ya Allah...kalau berilah kejayaan dunia akhirat buat semua anak2 ku...Amin...
Saje...nak bagi idea nak masak apa...Ini soto Jogja by bibik - 100 %..I berehat abis semalam! Sedap...nanti maklang kasi resepinya, InsyaAllah..
Ini rengginang..dari pulut. Mula2 dikukus, di keringkan, then di jemur, baru goreng. Sebab tahun ni barang seme naik, maka raya ni makan rengginang aje///
Dua ini gambar DINO dari Mus yang maklang guna untuk nak jahit. Seret atas katil pun boleh...memang efficient. Sape2 nak order boleh pergi kat blog Mus. Or kasi tau maklang aje..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
11 Comments:
Semoga Angah berjaya dengan cemerlang.
Mak Lang..sedap nampak soto tu eh..tapi sedap lagi regginang? Kita panggil inang2.
Semoga angah berjaya dgn cemerlang..
duk dak duk dak kan.. tak senang duduk di buatnya..
good luck to angah...
semoga sukses hendaknyaaa aminnnnnnnnn
Untuk Angah dan semua anak-anak calon UPSR:
"Ya Allah, tenangkan hati mereka, cerdaskan minda mereka, lapangkan fikiran mereka; permudahan ujian mereka"
Anak-anakku, doa ayah ibu bersamamu
Amin....
Semuga Angah berjaya dengan cemerlang..
Kat Melaka kami panggil mende tu Inang2
Mak Lang..
samalah anak kita ye..selalunya orang kata anak perempuan okay saja..InsyaAllah berjaya..
memang dok terfikir macam mana keadaan depa dok menjawap.teringat time kita exam, kecut perut gak..
Semoga anak2 kita berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang gemilang terbilang hehehehe...
sedapnya soto ...pandai bibik masak.
Semoga Angah berjaya dengan cemerlang.
aha ada idea nak masak soto lak..tapi kena tunggu weekend baru leh masak...weekday yg recycle or bungkus aje.
oops!! dino naik atas katil tu.. tapi senang sikitlah kan Maklang..
Angah UPSR ye.. semoga Angah berjaya dengan cemerlang.. dan dapat 5A Insyaallah..
Maklang, soto tu memang nampak sedappp...
good luck Angah + maknya Angah. Hehehe.. ingatkan apasal la Mak Lang seram sejuk!
Ish.. D dah 2 hari teringin nak makan soto ayam. Nampaknya nak makan jugak la esok! slurp!
Post a Comment
<< Home