Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, September 22, 2008

22 Ramadhan

Assalamualaikum…

Kejap aje dah 22 hari kita berpuasa. Begitu pantas masa terbang ye..Maklang sekarang dah rasa sangat nak balik kat rumah Wan. Tak konfem lagi bila. Ikut kata Boss laa..tapi yang pasti kami akan balik ke Kuantan hari Khamis petang, InsyaAllah. Bibik pun malam ni sorang dah kena naik bas. Tak cukup space dalam kereta kalau semenya nak ikut. Kueh2 seme dah bungkus. Tak buat banyak tahun ni. Tak daya. Letih sangat. Untuk Wan pun tak buat banyak. Tengok nanti kalau rajin, nanti maklang buat pulak bila kat JB nanti. Tu pun kalau balik JB awal. Kalau tak mana sempat! Nak menganyam ketupat lagi…Hmm…banyak kerja tu…Petang ni pulak, kalau sempatlah, ingat nak buat kek buah. Nak try resepi Cik Milah towkey biskut Raya tu…hmm..tengoklah macamana. Harap belakang ni tak sakit macam semalam!

Semalam memang tak tertahan sakit belakang ni. Batuk maklang teruk. Tu yang buat jadik sakit. Lepas buka aje, makan ubat batuk dan pain killer. Makan pun macam tak lalu aje, tapi sumbat jugak sebab takut tak kuat badan the next day. Maklumlah, sahur, tak boleh makan apa2 except makan ubat aje. Mata pulak mengantuk sangat. Tak cecah 9:30pm kot, maklang dah melayang entah kat mana. Terbaring aje…Agaknya penangan ubat batuk sekali dengan pain killer!


Kadang rasa letih jugak sebab balik kerja nak kejar nak masak lagi. Syukur sekarang ni Asar masuk awal, jadinya bila balik rumah, tak lah terkejar nak masak cepat sebab nak solat Asar sebab dah selesaikan kewajipan kat ofis. Malas nak naik ke atas rumah and turun balik nak masak. Bibik pun banyak membantu. Alhamdulillah. Anak2 kalau hangin rajin, adalah sorang dua kat dapur. Kalau tak, nasiblah..terkial2 masak sensorang. Bila dah rasa penat, makan pun macam tolak2 aje masuk kat mulut ni. Maca semenya tak sedap..Ke memang tak sedap kot..he..he..Tapi tengok anak2 makan berselera aje…yang tak puasa sebab uzur yang paling selera, nampaknya. Cik Abang kata, kurang dah sikit kelam kabut nak makan tu…kadang2 entah segala benda dalam pinggan tak abis lagi, tangan dah capai kuehlah, buahlah…hmmm…maklang kata, kalau boleh, kaki pun nak kepit kueh agaknya…siapalah agaknya tu ye…he.he…Gelihati tengok gelagat mereka. Bila dah macam tu, sure kena kutuk ngan yang lain2…Nasib baik, perut dah agak penuh, so usik2 kat meja makan ni seronoklah…Kalau lah perut masih lapar sangat, jangan harap ler..mesti ada yang moncong, hot, hangin dan macam2 lagi..


Sebenarnya banyak gambar nak upload, tapinya….charger maklang entah kat mana…battery dah kong, tak boleh nak buat apa2 laa.. Semenjak dua menjak ni asyik ilang barang aje…puas dah geledah…jarum2 RE maklang and pen erasable pun entah kat mana tak jumpa….macamalah nak carik ni..


Maklang dah tutup kedai biskut dah. Tapi tadi, ada lagi yang mintak tolong buatkan...Malasnya laa...RE maklang untuk another friend masih tak siap lagi. Masa terbuang sebab mencari charger ...manalah pulak charger tu...pueh den carik!


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

9 Comments:

At September 22, 2008 at 3:26 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Selamat bercuti raya maklang. Kalau berkesempatan ke KT tu ha singgah la beraya kat rumah azwa okey...

 
At September 22, 2008 at 3:27 PM, Blogger Kak Elle said...

Selamat hari raya maklang dan maaaf zahir batin....

Keta MPV kan bolih muat 7 org .. kesian bibik yg satu kena naik bus.

 
At September 22, 2008 at 3:37 PM, Blogger maklang said...

azwa:

selamat hari raya...nanti azwa datang beraya rumah maklang jugak ye,...

kak Elle:

MPV memang boleh muat 7 orang.. kami ada 8 orang pun boleh muat, tapi perjalanan jauh jadik kesian kena naik MPV sempit2. Baik dia naik bus, cepat sikit, boleh tiba rumah Wan dan tolong2 Wan kemas rumah...Afterall, ada yang menjemput dia nanti di JB..

 
At September 22, 2008 at 3:50 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang dah nak cuti raya ke? Alahai best nyer kalau gitu... kami ni kena keje lagi ha...

 
At September 22, 2008 at 3:52 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang kat rumah ke?asal leave msg kat YM tak jawab pun....

 
At September 22, 2008 at 10:46 PM, Blogger pB said...

Salam Mak Lang

dah nak raya dah kita nie

tak dok aroh kelik KB tok lalu Kerteh , kalu tidok soheh singgoh ....

 
At September 22, 2008 at 11:33 PM, Blogger Bergen said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri to you and your family, ma'am. You take care of yourself, y'hear?

Drive safe.

 
At September 23, 2008 at 12:12 AM, Blogger Neeza Shahril said...

syoknya maklang nak balik kampung.. ingat dulu masa kat malaysia, excited nak balik especially kalau balik kampung sendiri hehee...

maklang jaga diri ya.. minum air masak banyak2.. nanti batuk tu slowly hilang. Insyaallah..

 
At September 23, 2008 at 10:11 AM, Blogger MAMAMIA said...

Sekejap aje rasanya, dah nak raya kan? Mesti best utk org yg balik kampung macam Mak Lang.

Batuk Dah ok? Hopefully sembuh sepenuhnya sebelum raya. Kalau tak, tak boleh nak enjoy makan kueh raya.

 

Post a Comment

<< Home