Seraaaaammmmm.....
Assalamualaikum...
Semalam maklang baru aje diceritakan pasal cerita hangat. Sebenarnya cerita ni dah berlaku sejak 3 minggu lepas. Bila maklang tanya kawan2 semua dok gelakkan sebab yang maklang tanya tu macam cerita dah basi! Kebetulan peristiwa yang menyeramkan berlaku masa maklang bercuti tempohari.
Ceritanya begini:
Semalam masa Kakak yang buat printing kat office maklang ni hantarkan document yang dah diprintkan, entah macamana terbukak cerita ni. Kakak tu kata, masa tu si Man ( our office helper) jaga malam kat office sebab gantikan Pok (panggilan orang Terengganu untuk Pakcik). Malam tu Man tak rasa sihat sangat. Masa Man dok jaga malam tu , lebihkurang pukul 2:00pagi, tak aleh2 Man nampak satu lembaga. Putih aje. Rambut dia panjang dan menutupi muka dia.Man kata dia tunduk and macam2 dibaca. Tapi benda tu stay aje kat situ. Lepas tu bila Man kerling kat dia macam benda tu makin dekat lagi. Entah apa perasaan Man masa tu. Dia kata, dia tunduk terus. Last2 benda tu hilang macam tu aje.
Seram aje maklang masa dengar cerita tu. Kalau maklang lah lama dah basah kain gaknya..
Sebenarnya, maklang pun masa solat kat bilik sembahyang kat tingkat 5 masa baru2 masuk sini pun rasa macam semacam aje.Masa tu tak ada orang pun kat bilik tu. Cuma maklang sorang aje sebab petang tu ada kerja, so maklang solat lewat sikit, dalam 5:30pm. Masa solat tu pun rasa macam tak tenteram aje. Cepat2 solat. Lepas tu turun bawah and balik. Tak adalah rasa apa2 sangat. Tak teringat pun masa nak tidur, tapi malam tu maklang mimpi bukan2. Besok tu, maklang terus aje solat dekat tingkat 4, tempat Dept. kami. Seram jugak!
Then ada lagi cerita. Kakak yang buat printing tu cerita pulak. Dia kata masa dia dok berkemas buku2 kat tingkat 5 bersama2 sorang lagi dia komplen lah panas bilik tu. Tak aleh2 aircond tu on aje dengan sendirinya...tapi kakak tu buat donno aje...
Then Cik Yah pulak cerita. Masa dia solat sorang2 kat tingkat 5 tu, tak aleh2 dengar bunyi Whooosh...kalau bunyi angin tak macam tu. Terus aje dia kuatkan bacaan dia and cepat2 solat.
Entahlah kan...takut jugak bila dengar macam2 cerita ni. Masa maklang menaip ni pun rasa macam meremang aje bulu roma.
Maklang rasa masa Neeza duduk kat bangunan tu pasti ada banyak cerita. Orang kata building tu memang agak keras. Even masa contractor tengah buat kerja kat ofis tu, ada jugak yang di kacau. Apa2 pun maklang berdoa moga2 hijab diantara maklang dengan makhluk halus ini tidak terbuka....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Life