Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, March 3, 2008

Dr. Muda

Assalamualaikum...


Semalam petang masa maklang balik dari office si kecil molek hitam manis dah tunggu kat garage. Tersengih tersenyum aje.


Rupa2nya dia pass periksa untuk nak jadi Dr. Muda. Suka sangat sebab antara dia 3 beradek, Along, Angah dan Maya, Maya sorang aje lulus.Bila Maya dah lulus, ada pulak yang jaki. Sebabnya dia tak dapat masuk jadik Dr.Muda. Mula lah mengejek2 adek dia. Maklang kata kat dia, jangan lah macam tu kat adek. Patutnya Angah kenalah bagi semangat kat adek. Budak2 memang macam tu.

Hari ini pulak bila maklang balik dari Kuantan tadi, Hakim tidur dah. Penat agaknya. Bila maklang kejut2 tak mau bangun. Rupa2nya dia demam. Makan coklat lah tu. Tapi at the time maklang menaip ni, dia dah pun nampak sihat. Dah bangun and dah makan burger dah pun. Abah dia belikan tadi.

Cik Abang pulak dah terbongkang sebelah maklang ni, kepenatan sebab baru balik dari team building.

Pendek kata, dah dekat2 nak cuti sekolah ni, semuanya macam tak larat aje...Everybody deserves a break...a long break ( mata maklang ni pun dah nak tutup dan pedih aje...)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

20 Comments:

At March 3, 2008 at 9:52 PM, Blogger Mama Rock said...

eh mak lang, mama ni lost la...apa dr muda tu? and a belated birthday to hakim too.

 
At March 3, 2008 at 11:15 PM, Blogger Kak Elle said...

macam mama rock saya pun blur sikit..kalau maya pass kenape kakak2 nya usik dia pulak?...tak faham saya.

 
At March 4, 2008 at 12:01 AM, Blogger cikMilah said...

Wahhh, tahniah Maya dapat masuk program Dr Muda. Bagus, bagus...

 
At March 4, 2008 at 12:51 AM, Blogger tulipurple said...

a;ah lah maklang...sy yg lama tak berbloghop pun lagi ler lost...apa itu dr muda?

 
At March 4, 2008 at 4:59 AM, Blogger victoire said...

salam.
dulu zaman saye darjah 6 mase tahun 2000 ade gak join program doktor muda kat sekolah.
program doktor muda yang dalam entri ni untuk budak sekolah rendah jugak ke?

 
At March 4, 2008 at 7:17 AM, Blogger maklang said...

mr:

Dr. muda tu macam kokorikulum...belajar macamana nak jadik Dr. kot. Maklang pun tak berapa tahu, tapi it is something to do with becoming a dr. laa...memang payah nak masuk!

TQ...Hakim dah besar dah!

Kak elle:

Kakak diajeles laa sebab masa mereka Std. 4 dulu ambik periksa nak jadi Dr. Muda tak pas!

 
At March 4, 2008 at 7:18 AM, Blogger maklang said...

Cik Milah:

Terimakaseh... Cik Milah faham kan...sebab ada anak2 macam maklang! he..he...

Tulip:

Apasal lama menghilang? Takkan celebrate anniversary begiru lama kot?

Jawapannya seperti yang maklang beritahu MR di atas tu!

 
At March 4, 2008 at 7:19 AM, Blogger maklang said...

k-riey:

tak pernah nampak kat sini! Selamat Datang...dan datanglah lagi!

Kat sini program tu bermula dari Darjah 4 lagi!

 
At March 4, 2008 at 8:27 AM, Blogger YuszTieY said...

APER ItEW dr muda????

 
At March 4, 2008 at 9:48 AM, Blogger IKHWANI said...

Wah! Congrats to Maya!!!!
Bagus ya, boleh lah encourage lagi tu!

Kat rumah ni pun dah tak sabar nak break!

 
At March 4, 2008 at 9:48 AM, Blogger Nur said...

Salalama tak bloghop..Mak Lang sihat ke? huh..sibuk juga ye mak lang, kerja lagi, kerja rumah lagi, menjahit lagi..cuti le mak lang. Saya pun lama cuti ni baru balik PD opps bukan cuti..kursus. Kusyen cover lum guna lagi, sayang nak guna nanti raya la

 
At March 4, 2008 at 11:05 AM, Blogger Zareda Norman said...

Dr muda? what is that?

Yelah mak lang, anak anak yang sekolah, kita mak mak yang tak sabar nak school holiday.. hehhee

 
At March 4, 2008 at 12:28 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

x sabar nak cuti skolah...

boleh cuti jugak jd drebar anak2 g n balik skolah...

 
At March 4, 2008 at 2:55 PM, Blogger Neeza Shahril said...

kat malaysia nak cuti sekolah ye.. kat sini takde. tapi takpe, bulan 7 nanti cuti panjang.. hehehee.. tahniah kat Maya dapat masuk program Dr. Muda. Hopefully besar esok boleh jadi Doctor besar pulak :)

 
At March 4, 2008 at 4:04 PM, Blogger MAMAMIA said...

Anak saya pun ada masuk Dr Muda dulu. Lebih kurang macam PBSM lah..

Happy Belated Bday utk Hakim. Lama tak singgah sini, sebab internet lembap macam siput!!!

Cuti tak turun KL?

 
At March 4, 2008 at 10:58 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang Dr Muda tuh apa? Kena masuk sekolah berasrama ke kalau mcm tuh? Dimana?

Tahniah buat Maya

 
At March 5, 2008 at 8:37 AM, Blogger @ju said...

Salam maklang,
lama dah saya tak singgah sini...takda gambar masakan hari ni? saya dah update blog... sikit-sikit je...sudi-sudilah ya

 
At March 5, 2008 at 7:19 PM, Blogger silversarina said...

bila baca komen ni baru tau dr muda tu apa...tahniah maya, nanti boleh jadi dr betul pulak InsyaAllah.

 
At March 6, 2008 at 12:34 AM, Blogger maklang said...

yus:

ada explain kat mama rock tu...

OO:

Memang tak sabar nak cuti! Bestnya...

Nur:

Macam tu lah kalau kerja..sibuk aje memanjang!

 
At March 6, 2008 at 12:42 AM, Blogger maklang said...

zar:

ada explain kat mama rock tu..

memang tak sabar nak cuti! bestkan...

mama ranggie:

memang agaknya semua mak cam tu kot!

 

Post a Comment

<< Home