Cuti2 Penggal Pertama - Part 1
Assalamualaikum...
Maklang bersiaran lagi...setelah hampir 2 minggu bercuti. Kejap aje dah 2 minggukan ( penat jalan tak ilang lagi..dah kena ke KL pulak!).... Sebenarnya ni, maklang baru aje pulang dari Kopitiam Bangi dengan Sya. Terimakaseh Sya sebab bawak maklang ke kedai bakery tu dan makan malam. Nasib baik jugak Sya ada, kalau tak maklang kesunyianlah malam ni. Sorang2 duduk kat hotel tak ada kelas kat Uni Letrik kat Bangi ni (maklang ada 1.5 days course kat Bangi ni. Nak duduk hotel satu lagi penuh pulak sebab ada F1!). Macamana nak ada kelas! Semalam masa tiba sini, dengan penat2 tu, bilik tak ada fon, air cond tak sejuk, TV tak ada connection ( cable tak ada connected to aerial pun!) and worst of all bila nak mandi, dispenser sabun tu tak ada sabun!Nasib baiklah air mandi tu kuat, kalau tak mau maklang hangin lagi!
Anyway, tu bukan sebenarnya cerita hari ini. Ni atas permintaan Syikin,Shikin, Rina, Kak Elle, Tulip, marinna, etc2, maklang nak cerita lah serba sedikit tentang cuti penggal satu yang lepas.
Untuk executive summary nya: It was an excellent break! Memang tak ada connection langsung dengan internet. Best sekali sebab tak payah nak risau pasal kerja sebab tak ada connection and syoknya belanja2 kat Mangga Dua dan Tanah Abang. Tak lupa jugak kat Ciputat yang banyak kain2 sulam untuk nak buat blaus. Ada lah beli sikit2 untuk nak buat jual2 sikit..
Khamis malam:
Kami meninggalkan Kerteh jam setengah tujuh (6:30ptg) dan tiba kat JB pukul 12:30am pagi Jumaat. Nasib baik Busu ada ambik kami kat Kerteh. Cik Abang dah tiba dulu sebab naik plane dari KL.
As usual, pagi Jumaat tu menempek kat kedai Thosei. Sedap jugak lepas gian ni!
Penuh semeja kalau makan2
Entah apalah yang dikata Cik Abang tu...
Alman pun enjoy makan2..
Lepas makan sempat jugak maklang pergi cari barang untuk rumah atok, beli selipar budak2 and ganti fon baru ( terbang duit sebab fon lama tu asyik kong aje bateri. Dah tukar bateri pun sama jugak!)
Jumaat malam:
Kami bertolak dari rumah Wan dalam pukul 6ptg ke bus stop kat bandar JB untuk nak naik bas ke Senai. First trip ke bus stop Busu hantar. 2nd trip kawan Busu hantar. Penuh Saga dia. 4 orang duduk belakang. Memang macam sardin.
Jumaat malam:
Best! Satu bus tu untuk kami sekeluarga aje!
Petang tu kami dapat tahu fligt delay. Biasalah tu. Schedule tukar ke 11:25 malam. Puas nak tunggu. Atok ambik wheel chair sebab kaki dia sakit.
Semangat anak2 nak ke tempat menunggu. Si Alan tak tahu betul duduk diam!
Man dah tido. Kapalterbang tak sampai2!
Dalam bas untuk nak ke airport Jkta..
Tiba di airport di Jkta dekat 12:30am. Wan Sara bersama Abang Eddie dan Supir Towok dah tunggu. Kami balik naik 2 Kijang. Maklang bersama anak2 dan Cik Abang, sementara Along dan Busu and family and Atok, Wan, Wan Sara dan Abang Eddie di kereta satu lagi. Kijang yang kami naiki memang penuh dengan barang2.Macam van barang. Apalagi kena tahan dengan Pak Polisi. Bilangnya Nggak boleh begini. Kalau bawak barang ya, kenak bawak van barang! Nasib baik tak kena fine! Samapi aje rumah Wan Sara semuanya lepask. Bersih2 kan diri and gone semuanya!
Sabtu:
Lepas Subuh, semuanya sambung tidur.
Tengahari lepas makan, maklang, Cik Abang, Wan Sara, Wan, Busu dan Aunty Leen and of course Man pergi ke Ciputat. Mabuk tengok sulam2 baju tu. Banyak betul!
Di Ciputat. Melambak2 kain sulam di jual....tu Wan and Maklang tengah sibuk pilih kain ler tu....
Ahad:
Pagi after breakfast, Cik Abang bawak kami semua and Busu ke factory outlet, REMPOA, yang terletak kat belakang tumah Wan Sara, ada kot 3 km or less,away agaknya.
Lepas bershopping kat Rempoa. Dekat aje dengan rumah Wan Sara...Borong jangan tak borong!
Nak jugak bergamabar depan Rempoa..Kat sini aje entah berapa helai anak2 cukai. Nasib baik within budget lagi!
Petang tu kami rehat2 aje dan pergi makan2 di:
Makan kat Lapangan Tembak BAKSO kat Bintaro Plaza
Mau makan apa Pak? Kelakar kat sini. Minta sup bakso. Dapatlah bakso without mee. Kalau order bakso mee, dapat bakso and meelaa... Last2 kami mintak tambahkan meehoon untuk semua Sup bakso! Anak2 kalau bakso ni memang feberet!
Paket Heboh...Macam Jom heboh aje!
Isnin pagi.
Kami siap2 nak ke Mangga 2. Kali ini Angah ikut. Merajok kata tiap kali Along aje yang dapat ikut. So, bawaklah Angah. Memang mabuk tengok segala macam barang. Maklang borong beg2 murah serta baju2 balus buat Angah 2-3 helai and also seluar 3/4 untuk Along. Memang mabuk membeli belah. Kalau pasal beg2 budak2 ni, segala macam beg ada. Hakim nak Ben 10. Bila Hakim nak, Busu pun belikan untuk Alan dan Wan pulak belikan untuk Ucop. Three Stooges lah katakan!(gambar next N3 eh...)
Nanti kita sambung lagi eh...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Cuti2
20 Comments:
Bercuti rupanya MakLang.. patut la lama tak kemaskini blog...
seronok nya tgk maklang n wan shopping kat kedai sulam2 tuh. Ada barang untuk jualan ker?
amboi2 maklang.... bestnyer shopping!! Jeles ni, jeles ni!!!
SALAM
pB pulak yang sedih skrg nie
Ini betul- betul cuti-cuti shopping-shopping ... bestnya shoppingggggggg , memang bagus bila cuti biar cuti betul , baru puas hati.
hari-hari mai jenguk sini kot-kot dah update...saya ada sms akak dapat tak? nak tanya envelope berisi RM tu dapat tak?
sure best shopping kan? langsung tak internet connection tu agaknya macam kat dunia lain - dunia nyata! hehehehe...
agaknya murah tak kain sulam kat sana?? tax macamana dah bawak banyak barang balik tu?
Rupanya Mak Lang ke Jakarta ye. Menarik nampak tempat tempat tu... Neeza tak lepas ke sana lagi. Dalam Malaysia pun ada 2 negeri belum pegi.. yang besar tu.. Sabah & Sarawak heheee..
Banyak Mak Lang shopping? Murah tak barang sana?
ha...mcm nila..barula..terlepas rindu...
Hah tu dia!ada part1 lagi, berapa part ni maklang! Seronoknya kalau bab shopping kan.. dok tungguuuu cerita selanjutnya!
at last ada berita terkini dari maklang...hari2 masuk check.
shopping gila ye mesti beli byk kan?
alamak kalau tau u nak jumpa I kirim barang2 tu pada sya for you...sorry eh lom masa nak pos lagik.
Balik semalam bawa keta pelan2 .. nak dkt one hr baru sampai rumah.. takut lak sebab wiper tu rosak.
fuiiyoooo....shoppin!syiok nyeee.cant wait 4 d next n3...tgh2 tension ni best gak g shoppin ek....
patutlah senyap, rupanya ke jakarta.. mesti siok shopping kan...
bestnye dpt pegi jkarta. (:
Ibu Maklang. Material Borderan tu bukannya di Ciputat, tapi Cipadu. Ciputat tu hampir dengan rumah Wan Sarah. Cipadu tu di Tangerang, jauh.
Ini Pak paklang koreksi.
selain shopping, banyak tak tempat menarik untuk pergi?
best nya JJCM.. mesti banyak soping ni..
Ramai betul orang yang rindu kat Mak lang, maklumlah lama tak update N3, sure seronok pegi bercuti, mesti bawa berJUTA2 duitnya
maklang.. takde extra for sale kaa? saya pi umah nengok saki baki barang2 tu buleh kaa?? he he..
maklang hp saya jahanam, habis semua no hp ilang. nanti sms no maklang ya.. lately selalu jumpa hakim kat sekolah, suka usik dia. dia sokmo tensen.. he he.. pipi monggel dia putih merah bila panas.
mak laaaaaaang!!!! i suuuuuka sangat shopping kat sana, tau!!! i bet kaki mak lang tak sakit langsung masa 'mengukur' toko (kedai) kat situ, kan???? ha ha ha..o-ooo...itu tanah abang...mak lang cover kesemua 14 tingkat tu kaaaa???
salam..
patut la lama tak ber n3 ...tiap hari buka asyik dok yg sad tu jer...hehehehe,,upenya udah terbang ke indon ya.
moga maklang se family ceria dgn percutian yg lepas
Post a Comment
<< Home