Cuti2 Penggal Pertama - Part 2
Assalamualaikum….
19hb March 2008
Maklang sekarang ni tengah menunggu Alang habis kerja. Tadi lepas habis seminar, kawan maklang hantar maklang kat hospital kat tempat Alang kerja. So, sambil2 tunggu ni, maklang sambung lah bercerita ye…
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Isnin:
Lepas balik dari Mangga 2. As usual macet. Lewat baru sampai rumah. Maklang pulak badan tak berapa sedap sebab sejak hari Ahad macam dah kena gatal2. Habis bintik2. Entah kan air entahkan kena gigit binatang. Busu kata mungkin air. Atok kata mungkin hama. Ataupun terkena ulat2 bulu yang banyak kat taman Wan Sara tu! Lepas sampai aje kami berkejar untuk nak solat. Lagi sikit nak tiba rumah, kedengaran azan Maghrib. Astaghfirullah…..Kat Jakarta ni memang teruk. Walaupun cuma 30km jaraknya, ianya mengambil dekat 2 jam baru tiba. Padahal kami keluar sebelum 4:30pm. Nak buat macamana, lepas solat, maklang buat sunat Taubat. Takutnya…Lepas dah selesai semuanya, baring2 sebab tak sedap lah gatal2 ni! Then tak aleh2 Cik Abang panggil dari bawah. Kata Kak Yudi dah beli 3 tiket nak tengok wayang. Memang dia ada cerita2 hari Ahad tu nak ajak pergi bioskop. Bila maklang dengar aje tajuk cerita t uterus nak pergi. AYAT-AYAT CINTA! Wah…memang best betul cerita tu. Maklang tau pun dari Kak Roza kita. Dia ada cerita pasal cerita ni. Buku yang Kak Roza cakap pun maklang dah beli, tapi as usuallah tak sempat nak baca…sibuk and malas!
Selasa:
Kami tak kemana2 sangat. Anak2 ke Akuatik. About 30 km away from rumah Wan Sara. Cik Abang with Sapura dan husband, Hari, serta anak2 maklang , Alan dan anak bongsu mereka ke sana. Dalam pukul 10 lebih, lepas hantar Uncle Rahman (suami Wan Sara) ke kantor nya, kami ke Mayestic. Ada lah tengok kain2 sikit. 2-3 potong aje untuk nak buat blaus. Then kami ke Pondok Indah Mall sebab nak beli glucosamine untuk atok dan maklang. Lepas tu kami balik. Petang tak kemana lagi. Rehat2 aje di rumah. Malam tu kami rehat kat rumah. Melepak sebab letihnya duduk sini. Mungkin sebab cuacanya yang terlalu humid.
Rabu:
Sekali lagi kami menyopping. Kali ini ke Tanah Abang. Mabuk lagi!
OOOOpppppsss...kena stop sebab nak pergi kerjalaa...Masih di KL sebab hari ini ada meeting kat BOMBA...( Friday 21.3.08)..Weekend ni kalau sempat di sambung lagi dan masukkan photo2 yang diambil lagi...! Have a niceweekend!
Terimakaeh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Cuti2
10 Comments:
banyaknya tempat shopping kat sana , takutlah pulak nak pergi..takut 'tergila' shopping... waduh !!!
memang lebih humid dari KL ke ???
Maklang masih di KL ingat 1.5 days aje...wah shopping habis nampak?
Maklang...seronoknya dpt jenjalan kat Jakarta ye...sya beritau akak Maklang kat KL...hehehe...lama akak tak masuk sini...sibuk upload gambar kat blog kristal akak...heheh
Menariknya tempat2 yang Mak Lang pergi ni... nak pergi juga lah. tapi bila tak tahu lah sebab nak balik Malaysia pun tengah kira kira aje cuti.. hmmm...
Seronoknya pergi menyopping ramai2. Letaklah gambar barang2 yg dibeli, biar kami lagi teruja...
Mak Lang, siapa yang pakai tudung coklat labuh tu, anak maklang ke?
Ni dari shah alam.
Blog baru saya kularilari.blogspot.com
acara seterusnya soping lagi hehe
Rina:
Memang seronok tabur duit ni. Masa shopping tu, tak ingat, bila dah balik, gigit jari le...
Memang tersangatlah humid!
Kak Elle:
Kat KL dari Isnin sampai semalam baru balik sini! Letihnya!.
Kak Lady:
Teimakaseh kerana sudi nak singgah sini....
Neeza:
Memang lah seronok kalau nak shopping kat sini!
Ahni:
Yang tudung coklat labuh? Tak ada anak atau adek pakai tudung labuh. Kalau yang dukung anak tu, adek ipar, kalau yang tembam tu memang lah anak maklang.
Mamamia:
Malu nak letak gambar barang2 yang dibeli...tak apalah, tak payah teruja...he..he..
Zino:
Salah tu...ajenda seterusnya ...TIDOR!
Post a Comment
<< Home