Kisah keluarga...
Assalamualaikum...
Rasa seronok sebab lama tak updet. Malas dah. Macam HHTA pulak. Tapikan bila perasaan malas ni datang, rasa bersalah lah pulak! Sebabnya, kot2lah ada yang bertandang, tak ada pulak hidangannya!
Sebenarnya maklang sibuk. Biasalah kalau kerja dengan orang ni!
Hari Khamis lepas maklang ke Kuantan. Kerja punya hal. Dalam pukul 8:00pagi maklang dan Cik Abang dah bertolak ke Kuantan. Tumpang kawan. Sebenarnya Cik Abang nak ke KL lagi. Meeting apa entah. And maklang dan kawan nak meeting jumpa authorities di Kuantan. Oklaa...semuanya berjalan lancar...
Jumaat memang sibuk as usual. Pagi ke pasar tani dengan Along. Kena pergi dengan Along sebab dia tu tukang angkat barang! Senang sikit!.Then rush nak balik antar anak2 ke Taekwando. Then balik breakfast. Dapat jugak tolong2 bibik masak sekejap. Then ke office sebab ada kerja nak kena buat. Kejap kat situ, maklang keluar ambik anak2 pulak. Along teman jugaklaa. Sebab nak mintak tolong angkat pasu bunga untuk nak letak kat tempat maklang. Tukang angkat la katakan!Lepas dah ambik anak2 , maklang ke office lagi sampai pukul 1 lebih!Petang baru dapat rehat. Tapi tak rehat mana sebab nak menjahit pulak. Kejap aje menjahit, kaki maklang kesakitan. Rasa macam ada batu kat kepala lutut ni. Bibik sudah bising. Rehatlaa buk..kata bibik.
Petang tu memang maklang terbaring aje. Sambil2 layan komputer tengok cerita kat PC. Oklah. Sampai terlelap2. Dapat call dari Cik Abang kata dia akan sampai dalam pukul 8:00malam. Dan betul pun dekat2 pukul 8 dia sampai. Masa tu maklang dah terlelap kat depan PC ni. Tak solat lagi! Berkejar maklang nak solat.
Dalam pukul 9 malam Cik Abang keluar pulak ambik Angah. Dapat info dari adek2 dia, kata kena ambik Angah pukul 9:00 malam. So, keluarlah Cik Abang ku sayang nak ambik anak dia. Keluar dengan baju tidur and kain pelikat. Sepuluh minit lepas tu dia call kata, ada perjumpaan ibubapa. Laaa...ingat kena ambik aje, rupanya ada perjumpaan! Cik Abang tak mau ke sekolah semula. Penat agaknya. Maklang pulak by the time Cik Abang tiba rumah, dah terbaring nak mengurut kaki and seluruh badan. Memang tak tahan betul sakit kaki ni!
Malam tu Cik Abang keluar ambik Angah semula dalam pukul 11lebih. Kesian Angah. Dia sorang aje tak ada ibubapa. Kesian! Sedih pikirkan dia. Selalunya mesti salah seorang akan ada kat sekolah nak dengar ceramah and teman dia. Maklang pun rasa tak sedap jugak sebab tak dapat nak attend. Dengarnya Angah menangis terok. Tapi pikir2 balik, agaknya ada hikmahnya jugak. Mungkin sebab Allah nak tunjukkan kat dia macam mana rasa kalau mak abah tak ada dekat dia! Mungkinlaa...
Yang peliknya memang Angah dah pesan 2-3 kali kat adek2 tapi message tak tiba. Dia call jugak malam tu tapi, Hakim yang jawab.. And nak tau apa Hakim kata masa Angah dia call? Dia kata...Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami...tooot...toooot...toooot! Bertuah punya budak. Maklang ada terima 1-2 call kat hp. Bila return call tak dapat. Cuma kedengaran bunyi bising aje. Mungkin itulah dia. Memang kami tak di takdirkan untuk bersama Angah malam itu!
Hari Sabtu, maklang relax. Pagi goreng Kuey teow. Tengahari buat rojak India. Goreng ketam and buat masak lemak ketam. Goreng terong. Sempat jugak buatkan kentang oregano untuk kawan2 Along yang datang tuition. Habis semangkok besar mereka bedal. Then petang sibuk menyambung jahitan.
tahu and cucur kelapa
cucur udang...tak garenglaa...ada resepi tak nak buat dia jadi crunchy? Kak Liza boleh tolong tak?
Kentang rebus
Ketam goreng
Ikan tenggiri goreng
Inilah dia benda2 yang buat maklang sibuk last wiken. Ribbons semuanya dah siap, tinggal nak melekat2 the pieces untuk nak dijadikan beg dan kusyen aje. Rasa macam ages nak siap...seram sejuk bila jahit beg tu, Banyak jugaklah jarum yang patah. Memang kena patient sangat sebab kalau silap, mesti gone punya jarum tu! Sebab kain terlalu tebal!Penat betul tengkok!
sepasang kusyen untuk Wan Sara
Sebuah beg yang ditempah oleh Ida dari KT (dah lama dijadikan beg, cuma kemaskan aje! Masih tak complete sepenuhnya!)
Bakal pemiliknya ~ Puan OO . Tinggal letak manik aje kat tepi dia.
Ini, khas buat Wan tercinta..bukan main lama nak disiapkan!
Lagi satu tempahan Ida Untuk adek ipar maklang, Aunty Leen. Buat besar sikit, senang nak isi barang2 si kenit Alman.
Ini bakal terbang ke Jakarta. Khas buat Kak Yudi
As usual, malam Ahad, Cik Abang jadik polis. Cek beg anak2. Kalau semua Ok baru bagi duit belanja for the whole week. Alhamdullillah semuanya OK. Tapi as usual, Angah banyak cerita! Gelihati tengok ...macam sketsa pulak! Abah tengah cek kerja2 Hakim..banyak jugak soal dia
Ini Angah tengah tunggu turn dia...kalau kerja tak siap, no duit belanja!
Petang tadi Cik Abang dah ke Impiana. Ada team buiding. Besok dia balik.
Syukur banyak2 sebab kaki ni dah beransur baik! Untung ada Cik Yah nak urut!. Malam ni, Insyaallah Cik Yah datang lagi. Moga2 sembuh betul2! Maklang dah rindu nak kaki yang baik!So, malam ni boleh lepak2 sambil diurut kaki ni dan tengok anak2 buat homework!
Selamat bertugas semuanya...especially untuk Kak Elle yang nak kerja di tempat baru. Selamat Harijadi untuk Alang...semuga panjang umur dan murah rezeki dan moga2 pass periksa dengan cemerlang, InsyaAllah...Maklang nak ke Kuantan lagi besok dan lusa kami tak kerja...Best!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Life
10 Comments:
IBUNDA ML:
If you could, try massaging your leg while reciting the selawat shifa. Godwilling it'll help and kept harms away.
And as always, those food looks yummy.
THE CHILD AND THE SKY
-o0o-
the little child stare staright at the sky,
his eyes shouted to the sky a red stare of bile,
his tears reek hideous blight,
his lips whispered a truth not nay,
fisticuffs be the feast of this night,
as hurt reigns in the place of his smile,
something he thought the sky sowed in guile,
by hiding shines that are gentle and mild,
and bring forth storms that made all sacrosancts rile,
pointing to him a divine lie.
but,
the sky kept sporting a havenly smile,
that kept the soil under the child's feet fertile,
and chase hunger far from his mama's scullery,
by keeping the fire merry,
and making the stove proof its worthy,
so that what was once raw became a lovely fricassee,
that would make darkness say goodbye,
hence giving place to a lovely smile,
and calmed the heart of a sadden child.
oh sibuk semacam ye maklang?lutut tu buat hal lagi eh kena byk berehat & kalau bolih buat physio kat kaki tu juga.
wah paklang bagi allowance untuk seminggu kena beratur macam workers dapat gaji dari supervisor lak.
Kak, kena rehat betul-betul nanti nak pi jalan-jalan nanti!
hehehehe..nak gelak bila teringat masa akak called kita dengar bunyi "kluk, kluk, kluk" ingatkan ke bendalah, rupanya bunyi mesin jahit!
Yayy! Beg kita dah siap, nanti akak email lah detailnya macamana, seperti dah janji dalam phone!
And barang nak bagi akak dah siap!!! InsyaAllah petang ni nak hantar framekan! Tunggu ya! Tapi akak kena tunggu lama sikit baru boleh tengok..hehehehe...
Food looks so scrumptious! Aha, nak buat kentang oregano lah nanti! Dah 2 kali kita buat, memang jadi favourite dah! Thanx to you!
ermmm...baru muncul arini yer..tiap ari kita uka ,byk ari tu tak ader citer maklang n family..upernya ke kontan lagi yo...moga kesakitan maklang akan beransur pergi ...amin
kena rehat panjang sikit ni maklang, kesian sakit kaki tu, try lah pergi cucuk kat klinik.
rasa nak tolong angah kemas beg dan lain-lain urusan dan tunggu giliran dapat elaun mingguan, share 50/50 , akay kan angah ???
Maklang...kaki tu tak elok lagik ke...alahai kesiannya...
Banyak projek yang dah siap...cantik2...
Ramai yang masih bersekolah...paklang kene lah jadi Guru Besar kat rumah...hehehe...macam kak lady ni 2 orang aje...Huda dah ambil alih tugas...senang lah sikit...
Besnyer makan ketam.. zar pun nak cuti ke Taiping minggu depan, nak makan seafood banyak banyak..
Take care Mak Lang..
Salam buat Alang.. and Happy Besday.. dengan pertanyaan bila Ucop nak dapat adik???...hihihii
rajinnya mak lang buat ribbon tu.. cantikla.. tu semua orang tempah ke mak lang? hmm.. dalam pada sibuk tu sempat lagi masak berjenis jenis ye.. best nya laaa dapat makan sedap sedap.. :)
selalunya kalau kkliza buat cucur udang..akak campurkan sikit tepung beras..kasi garing..krup krap..adunan agak cair la..pastu goreng..curahkan dari tepi kuali meluncur masuk dalam minyak..biarkan cucur tu leper gitu..masa nak makan potong kecil...
apa kata nanti akak buat dan bawa p umah maklang nanti bila2..nak tak?
Post a Comment
<< Home