Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, March 31, 2008

Seraaaaammmmm.....

Assalamualaikum...

Semalam maklang baru aje diceritakan pasal cerita hangat. Sebenarnya cerita ni dah berlaku sejak 3 minggu lepas. Bila maklang tanya kawan2 semua dok gelakkan sebab yang maklang tanya tu macam cerita dah basi! Kebetulan peristiwa yang menyeramkan berlaku masa maklang bercuti tempohari.

Ceritanya begini:

Semalam masa Kakak yang buat printing kat office maklang ni hantarkan document yang dah diprintkan, entah macamana terbukak cerita ni. Kakak tu kata, masa tu si Man ( our office helper) jaga malam kat office sebab gantikan Pok (panggilan orang Terengganu untuk Pakcik). Malam tu Man tak rasa sihat sangat. Masa Man dok jaga malam tu , lebihkurang pukul 2:00pagi, tak aleh2 Man nampak satu lembaga. Putih aje. Rambut dia panjang dan menutupi muka dia.Man kata dia tunduk and macam2 dibaca. Tapi benda tu stay aje kat situ. Lepas tu bila Man kerling kat dia macam benda tu makin dekat lagi. Entah apa perasaan Man masa tu. Dia kata, dia tunduk terus. Last2 benda tu hilang macam tu aje.

Seram aje maklang masa dengar cerita tu. Kalau maklang lah lama dah basah kain gaknya..

Sebenarnya, maklang pun masa solat kat bilik sembahyang kat tingkat 5 masa baru2 masuk sini pun rasa macam semacam aje.Masa tu tak ada orang pun kat bilik tu. Cuma maklang sorang aje sebab petang tu ada kerja, so maklang solat lewat sikit, dalam 5:30pm. Masa solat tu pun rasa macam tak tenteram aje. Cepat2 solat. Lepas tu turun bawah and balik. Tak adalah rasa apa2 sangat. Tak teringat pun masa nak tidur, tapi malam tu maklang mimpi bukan2. Besok tu, maklang terus aje solat dekat tingkat 4, tempat Dept. kami. Seram jugak!

Then ada lagi cerita. Kakak yang buat printing tu cerita pulak. Dia kata masa dia dok berkemas buku2 kat tingkat 5 bersama2 sorang lagi dia komplen lah panas bilik tu. Tak aleh2 aircond tu on aje dengan sendirinya...tapi kakak tu buat donno aje...

Then Cik Yah pulak cerita. Masa dia solat sorang2 kat tingkat 5 tu, tak aleh2 dengar bunyi Whooosh...kalau bunyi angin tak macam tu. Terus aje dia kuatkan bacaan dia and cepat2 solat.

Entahlah kan...takut jugak bila dengar macam2 cerita ni. Masa maklang menaip ni pun rasa macam meremang aje bulu roma.

Maklang rasa masa Neeza duduk kat bangunan tu pasti ada banyak cerita. Orang kata building tu memang agak keras. Even masa contractor tengah buat kerja kat ofis tu, ada jugak yang di kacau. Apa2 pun maklang berdoa moga2 hijab diantara maklang dengan makhluk halus ini tidak terbuka....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

17 Comments:

At April 1, 2008 at 12:09 AM, Blogger zino said...

memang menyeramkan... tak boleh dok sorang kat opis kalau mcm tu..

 
At April 1, 2008 at 8:22 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Masa Cath kerjo kat KL, bangunan Cath pun gitu jugak... Pernah Cath dengar ada suara lelaki sighing (cam "hmmmm hmmmm hmmmm") banyak kali pulak tu... "Mamat" ini Hmmmm Hmmm Hmmmm and stop... 30 second later, Hmmm Hmmm Hmmm again... Apalagi... Punya lah takut Cath, mau terk@ncing dibuatnya... :(

Ada member Cath kerja air steward, jumpa "Minah Putih" dalam airplane... Seramnya masa dia cerita kat kita orang ...

 
At April 1, 2008 at 9:28 AM, Blogger IKHWANI said...

aiyoooo seramnyaaaaaaa....

saya kalau benda2 halus masa budak2 teenager dulu memang ada pengalaman, masa mula2 dok rumah ni pun ada gak, tapi sekarang Alhamdulillah dah tak ada!

saya pernah dengar kat radio IKIM pasal khasiat air jenama an-nusyrah - ada macam2 jenis..khabarnya boleh buat kan ikhtiar untuk kes2 cam ni.

 
At April 1, 2008 at 10:02 AM, Blogger silversarina said...

salam,

baca pepagi ni pun seram jugak dibuatnya.

Kereh tu dulu tempat 'jin bertendang', dan bangunan maklang tu bekas MRSM ( sekolah neeza lama ) , kalau sekolah memang ada je penunggu nya dan pulak tu dah lama tak berpenghuni dan bertingkat-tingkat .... harap pihak company maklang ambik langkah untuk alihkan benda halus yang terdapat di situ.

 
At April 1, 2008 at 11:28 AM, Blogger Helena said...

ooo ceta hantu la pulak.... hehe

Helena pernah kena usik hantu. Demam terus Helena....

 
At April 1, 2008 at 9:40 PM, Blogger cikMilah said...

Buat tak tahu je maklang, kita nak kerja cari rezeki, bukan nak kacau dia,kan. cikMilah ni cakap jer mudah, tapi seriau jugak ni! InsyaAllah tak da apa-apa deangn doa dan amalan ayat suci kita...

 
At April 1, 2008 at 9:43 PM, Blogger maklang said...

zino:

memang tak ingin maklang nak duduk sorang2 kat opis tu...

cat:

menggigil agaknya kawan cat tu...kesian dia...kalau maklang agaknya sure terjerit2!

 
At April 1, 2008 at 9:45 PM, Blogger maklang said...

OO:

memang le seram, tak sangka sampai camtu sekali. tapi off late ni tak ada pulak, kata Man...

agaknya benda tu saje nak usik aje kot!

Rina:

Hari tu sebelum masuk, dah buat dah solat hajat. Ingatkan semuanya dah berpindah ler...rupa2nya masih ada yang lekat. Orang kata tempat tu memang keras!

 
At April 1, 2008 at 9:46 PM, Blogger maklang said...

Helena:

Seram kan...memang ler..kalau maklang pengsan dah agaknya!

Cik Milah:

Orang macam maklang yang lemah semangat ni memang kena selalu baca ayat2 suci..buat pendinding, InsyaAllah...

 
At April 2, 2008 at 6:36 AM, Blogger Kak Elle said...

baik di semah sekali lagi bangunan tu maklang buat lah ramai2...seram tu kalau sorang2 kalau terjumpa nak jerit pun nantu suara tak terkeluar nanti akhir nya banjir kang....

 
At April 2, 2008 at 9:42 AM, Anonymous Anonymous said...

Maklang...orang kata kalau kita terasa seram sejuk semacam tu...memang ada ada something...

Satu dua minggu ni kak lady asyik tgk cerita seram aje tau...malam2...sebab hubby takde...kalau dia ada dia tak bagi tengok...sampai Huda marah2 akak...dia suruh tutup dia tak suka tgk...dia kata

'Ibu ni...apsal asyik tgk citer antu ni...' heheheh

Cerita hantu minatlah kot...kalau kena macam mamat tu...memang dah menjerit kot...

 
At April 2, 2008 at 2:08 PM, Anonymous Anonymous said...

mak siska pun penah alami seram2 masa solat sendiri kat floor atas sekali kat ofis dia. masatu ofis baru siap bina. penah kena tolak dr lif tergelincir. bengkak kejap kaki. dia ckp mmg terasa ditolak.. opismet lain pun ckp yg sama. tp masa awal2 dulu skrg tade cite lagi.

 
At April 2, 2008 at 2:40 PM, Blogger MamaFaMi said...

Hish Mak Lang ni...nasib baik kita baca tengah-tengahari buta. Kalau kita baca tengah malam, harus ku cepat naik tidur kot...seram semacam la... lenkali Mak Lang baca banyak-banyak ayat Kursi la. Tak pasal-pasal, kita pun tengah baca ayat Kursi ni! Tu dia eh, penangan hasil penulisan Mak Lang!

 
At April 2, 2008 at 3:47 PM, Blogger Mulan said...

aaahhh.. tak nak baca..!!! citer toyol baru habis tu hari..!!

alamak sori lupa nak email resipi cheesecake tu.. nanti yek..

 
At April 2, 2008 at 4:47 PM, Blogger Zareda Norman said...

mak lang
kalau bab mahkluk halus mulus ni, kat opis zar memang selalu ada.

kalau kita kerja lewat, dia mulalah main kabinet besi, main pintu.. kitaorang dah biasa sangat sampai wat tak tahu jer.. ada sekali dia main tolak tolak kerusi depan zar..

 
At April 2, 2008 at 5:55 PM, Blogger Mak Su said...

wohoooo, seremnyer....hish, jauhkanlah

 
At April 6, 2008 at 4:34 PM, Blogger Neeza Shahril said...

senyum neeza baca cerita Mak Lang. Bukan gelakkan Mak Lang tapi sebab teringatkan segala benda yang pernah terjadi pada kawan2 neeza..

banyak cerita.. antaranya.. pak guard nampak lembaga putih melangkah dari tempat pasu bunga ke pasu bunga yang sebelah lagi. Tak sure tingkat berapa.. TIngkat 4 kot. Jaraknya rasanya lebih dari 3 meter kan..

lepas tu, asrama kami berhadapan dengan asrama lelaki. Budak lelaki nampak salah 1 bilik (tingkat 6 rasanya) bergoncang. Bilik lain tak pulak..

Kes2 lift berhenti tiba2 dan jalan tiba2 tengah malam tu biasa dah bagi kami. Neeza dan kawan2 selalu stay up kat luar lift sebab bilik takleh pasang lampu lepas curfew. Selalu aje lift tu turun and naik.. tapi kami anggap benda tu macam dah di assign cam tu.. hehehe..

Alhamdulillah, neeza tak pernah nampak and terkena lagi. memang tiap2 hari neeza doa Mak Lang supaya neeza tak nampak...

Memang seram sangat tempat tu. Masa kes kawan2 kena histeria pun, memang teruk sangat. Ramai yang kena dan berjangkit2... eeeee... kalau jumpa balik kawan2 mesti diorang akan cerita semula..

 

Post a Comment

<< Home