Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, March 26, 2008

Rezeki

Assalamualaikum..

Macam biasa. Hari ini masih tak berapa sihat. Bukan apa cuma rasa macam orang mabuk aje sebab makan ubat batuk sebelum ke pejabat. By 10 lebih dah tak tentu arah. Tak boleh nak bukak mata betul. Rasa masa terawang2. Melayang2. Minum kopi pun tak jalan. Last2 maklang masuk tempat solat dan lelapkan mata for 10 mins. At least pahit nak tidor tu dah dilayan. Lepas tu baru lega. Tapi tak tinggal minum kopi.

Serik rasa mengantuk tu. Tengahari lepas lunch cuba baring2 tapi tak mahu pulak mata nak lelap. Pukul 2 balik ke ofis dan kejap lepas tu attend talk on sexual harassment. Macam2lah cerita orang tu. Tapi cerita biasa aje. Tak ada apa sangat. Nak jugak tanya kalau dok berkata2 luc@h kat pejabat tu kira cam sexual harassment ke. Bagi maklang yang satu2nya perempuan yang selalu attend dengan lelaki2 yang ramai ni, kadang2 menyampah jugak dengar benda2 macam tu. Just imagine, kita sorang perempuan dan yang lain lelaki. Yang cakap tak senonoh tu dah tua2 pulak. Bila dah terlepas cakap pandai nak apologize pulak. Macam tak ada maruah. Tapi tak tertanya pulak sebab orang yang selalu berkata begitu memang ada sama mendengar. Tapi mungkin kalau pangkatnya lebih tinggi dari kita tak apa kot cakap macam tu. Biarkan lah dia...moga2 lepas dah dengar talk tu dia insaf dan tahu kedudukan dia tu macamana!

Anyway, tu tak menjadi hal. Kita kerja aje dan carik makan kat situ. Sampai masa balik, kita balik. Tak payah banyak cerita.

Yang bestnya tadi petang, lepas makan roti bakar dengan telur goreng with tomato and kobis ( Dhirah made it - dinnerlah tu!), maklang masuk dapur nak masak lauk2 yang dah habis. Walaupun buat tauhu sumbat, sambal udang, ikan pindang dan lala goreng tadi pagi, semuanya dah tinggal sipi2 aje. Terpaksalah maklang memasak lagi. Bukan apa cuma goreng sayur kobis manis dan lepas tu buat sambal ikan selar yang beli kat pasar malam semalam. Tengah sibuk2 , Cikgu Zihan datang bawak kueh. Macam risolles, tapi version Malaysis.aInti dia macam rasa kari and the lempeng tak di coat pun dengan serbuk roti. Sedap kata budak2.

Tengah2 maklang tunjuk2 kain kat Cikgu Zihan, datang pulak kawan kita. Macam2 dia bawak. Ada cheese cake yang Dhirah kata sedapnya sampai nak mintak resepi. Bestlah maklang dapat rezeki. Ada beg tangan, ada wallet, ada telekong, ada tshirt and ada tissue cover. Kawan kita kata tu hadiah birthday tahun lepas. So, tahun ni Maklang boleh tunggu lah lagi..he..he...Tulah dia, rezeki nak datang kita tak tahu bila kan...Alhamdulillah....

p/s: Untuk mak teh EZ pun ada jugak. Bila jumpa nanti maklang bawaklah ye...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: ,

13 Comments:

At March 27, 2008 at 9:07 AM, Blogger IKHWANI said...

itulah dia kak, rezeki macam bentuk dan rupa ada. Alhamdulillah murah rezeki akak kali ni. SEmoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh NYA.

cakap pasal risolle tu, nak carilah resepi risolle kat blog masak akak, ada tak?

 
At March 27, 2008 at 9:15 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

rajin betul maklang masak ek?

jeles mama tgk...mama ni kalo ado mood jo...

hehehe...

 
At March 27, 2008 at 2:16 PM, Blogger silversarina said...

kesian maklang terpaksa tahan mengantuk masa kerja... orang lelaki dah 'tua' pun cakap lucah jugak in public , tak tahu malu betul lah pakcik2 tu.

bestnya dapat hadiah dari kawan kita tu... bila kawan kita nak bagi kita cheesecake yang sedap tu...hehehe.

 
At March 27, 2008 at 2:31 PM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang..murah rezeki mak lang tahun ni.Alhamdullillah semoga terus dimurahkan rezeki. Sakit-sakit pun rajin lagi masak! seronok baca entry mak lang.

 
At March 27, 2008 at 8:02 PM, Blogger Kak Elle said...

hmm tak sabar saya nak rasa cheesecake yg i katakan seap tu:)

rezeki melimpah kan maklang?

 
At March 28, 2008 at 1:42 AM, Blogger simah said...

masyaAllah...rezeki mak lang murah....

laaaa kan memang bat batuk power gila utk kasi tidur..nasib baik akak lelap 10 min kat tempat solat... kalau tidak... gerenti akak lelap kepala atas meja... :0)

hope u will get well soon :0)

 
At March 28, 2008 at 8:56 AM, Blogger MAMAMIA said...

Bila makan ubat tu, memang kena rehat betul2. Kalau tak memang rasa terawang2 aje..

Saya pun tak selesa bila dengar org cakap yg ada double meaning. Kita pulak yg rasa segan..

Semoga rezeki Mak Lang terus melimpah. Amin..

 
At March 28, 2008 at 3:31 PM, Blogger Mama Rock said...

dah puas jenjalan, dapat lagi rejeki bergolek :)
seronok baca orang pi jalan-jalan.

ps - bila nak mai kl lagi - i mean yang free boleh le ber-coffee-cofee..bukan nya jauh na office tu :)

 
At March 28, 2008 at 9:25 PM, Blogger zino said...

itu lah rezeki yg datang menggolek.. semuga bertambah rezeki maklang sekeluarga..

 
At March 29, 2008 at 5:42 PM, Blogger Neeza Shahril said...

sape sangka kan rezeki tiba-tiba cam tu. Sekali datang, melimpah ruah pulak. Itu berkat Mak Lang pun selalu memberi tu rasanya... Alhamdulillah...

 
At March 29, 2008 at 6:34 PM, Blogger maklang said...

OO:

Rezeki kita..Allah swt yang tentukan...

Rezeki OO nak tau resepi tu...kena tunggu sat eh...

MR:

Kalau rumah ni tak ada lauk...hangin budak2 ni...nak buat camno???:))

 
At March 30, 2008 at 4:22 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Bila kedengaran cam tu memang menyampah! Tak larat I...

Memang best dapat hadiah...tapi tak terlarat pulak takut tak terbalas!

Nur:

Syukur atas nikmatnya!...Rajin2lah kemari!

 
At March 30, 2008 at 4:23 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

nanti akak datang sini, kita paksa dia buat cheesecake, nak tak?

Simah:

lama tak nampak simah kat sini...terimakaseh doakan maklang sihat!

 

Post a Comment

<< Home